 Ini merupakan kunjungan kali pertama saya dan encik suami ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Lokasinya di tepi jalan besar, tak susah mencari. Kawasan parkir tak begitu luas, iaitu sekitar kawasan di luar pagar ini (rujuk gambar di atas). Tetapi memadai, sebab nampaknya tak begitu ramai pengunjung. Sewaktu kami tiba sekitar pukul 9.25 pagi, cuma ada beberapa buah kereta di kawasan parkir
Ini merupakan kunjungan kali pertama saya dan encik suami ke Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Lokasinya di tepi jalan besar, tak susah mencari. Kawasan parkir tak begitu luas, iaitu sekitar kawasan di luar pagar ini (rujuk gambar di atas). Tetapi memadai, sebab nampaknya tak begitu ramai pengunjung. Sewaktu kami tiba sekitar pukul 9.25 pagi, cuma ada beberapa buah kereta di kawasan parkir Inilah pokok Nipah. Antara pokok yang banyak terdapat di sini. Gambar ni saya ambil dari atas pelantar laluan. Dengan menggunakan binokular, kami dapat melihat buah dan bunga pokok Nipah dengan lebih dekat dan nampak lebih menarik
Inilah pokok Nipah. Antara pokok yang banyak terdapat di sini. Gambar ni saya ambil dari atas pelantar laluan. Dengan menggunakan binokular, kami dapat melihat buah dan bunga pokok Nipah dengan lebih dekat dan nampak lebih menarik Laluan ke kanan tadi pendek saja, dah habis menjelajah kami pun bertukar ke laluan satu lagi. Tapi langkah kami terhenti di sini, terdapat sekumpulan monyet dengan beberapa ekor daripadanya yang agak agresif. Kami berjalan ke hadapan, monyet-monyet ni pun tetap berjalan ke arah kami. Ada seekor tu saiznya agak besar. Masa ni tak ada pengunjung lain kelihatan di sini. Tak berani pula nak terus melangkah, kami terpaksa ambil keputusan berpatah balik saja. Hmm…sedih juga saya, gagal misi nak meneroka kawasan ni
Laluan ke kanan tadi pendek saja, dah habis menjelajah kami pun bertukar ke laluan satu lagi. Tapi langkah kami terhenti di sini, terdapat sekumpulan monyet dengan beberapa ekor daripadanya yang agak agresif. Kami berjalan ke hadapan, monyet-monyet ni pun tetap berjalan ke arah kami. Ada seekor tu saiznya agak besar. Masa ni tak ada pengunjung lain kelihatan di sini. Tak berani pula nak terus melangkah, kami terpaksa ambil keputusan berpatah balik saja. Hmm…sedih juga saya, gagal misi nak meneroka kawasan ni Masa kami sedang berjalan untuk berpatah balik, muncul seorang lelaki datang membantu. Mula-mula dicapainya kayu, monyet-monyet tu tak takut kayu. Lepas tu diambilnya penyapu panjang dan buat aksi seakan melibas. Barulah lari kumpulan monyet tersebut. Syukur Alhamdulillah ada yang menolong. Rupanya lelaki tersebut bekerja di sini. Sempat dia menunjukkan kepada kami beberapa gambar burung (di galeri handphone) yang sangat cantik yang pernah dilihat di kawasan ini. Terus pasang angan-angan moga ada rezeki dapat kami melihat burung-burung cantik di sini
Masa kami sedang berjalan untuk berpatah balik, muncul seorang lelaki datang membantu. Mula-mula dicapainya kayu, monyet-monyet tu tak takut kayu. Lepas tu diambilnya penyapu panjang dan buat aksi seakan melibas. Barulah lari kumpulan monyet tersebut. Syukur Alhamdulillah ada yang menolong. Rupanya lelaki tersebut bekerja di sini. Sempat dia menunjukkan kepada kami beberapa gambar burung (di galeri handphone) yang sangat cantik yang pernah dilihat di kawasan ini. Terus pasang angan-angan moga ada rezeki dapat kami melihat burung-burung cantik di sini Tiba di kawasan yang terdapat banyak pokok Putat (tak nampak dalam gambar) dan pokok Paku Pakis. Kalau ambil laluan ke kiri akan ada tandas dan menara jambatan gantung. Tapi jambatan gantung rosak dan tidak dibuka kepada pengunjung. Jomlah kita ambil laluan ke kanan…
Tiba di kawasan yang terdapat banyak pokok Putat (tak nampak dalam gambar) dan pokok Paku Pakis. Kalau ambil laluan ke kiri akan ada tandas dan menara jambatan gantung. Tapi jambatan gantung rosak dan tidak dibuka kepada pengunjung. Jomlah kita ambil laluan ke kanan… Tenang dapat berjalan-jalan di sini, mendengar bunyi nyanyian burung sambil mata menikmati hijau alam
Tenang dapat berjalan-jalan di sini, mendengar bunyi nyanyian burung sambil mata menikmati hijau alam Pokok yang menarik perhatian saya
Pokok yang menarik perhatian saya Jambatan gantung sepanjang 210 meter. Boleh tengok dari bawah jelah ya
Jambatan gantung sepanjang 210 meter. Boleh tengok dari bawah jelah ya Kalau penat berjalan, boleh berhenti rehat di gazebo
Kalau penat berjalan, boleh berhenti rehat di gazebo Ada jalan biasa di hujung pelantar laluan. Sesuailah kalau nak berjoging. Nampak ada satu dua motor dan beberapa orang berbasikal di sini. Rupanya kawasan ni tidak berpagar dan bersambung dengan kawasan penempatan. Di seberang jalan tu terdapat aliran sungai, juga sebuah gazebo untuk kita duduk-duduk menikmati keindahan alam
Ada jalan biasa di hujung pelantar laluan. Sesuailah kalau nak berjoging. Nampak ada satu dua motor dan beberapa orang berbasikal di sini. Rupanya kawasan ni tidak berpagar dan bersambung dengan kawasan penempatan. Di seberang jalan tu terdapat aliran sungai, juga sebuah gazebo untuk kita duduk-duduk menikmati keindahan alam Jalan-jalan ambil vitamin D. Sebelah kiri tu sungai dan sebelah kanan tu jalan biasa
Jalan-jalan ambil vitamin D. Sebelah kiri tu sungai dan sebelah kanan tu jalan biasa Indah dan tenang
Indah dan tenang Antara tempat yang cantik untuk berfoto. Kalau tak kerana terik matahari, tentu saya berlama-lama di sini. Tenang sungguh
Antara tempat yang cantik untuk berfoto. Kalau tak kerana terik matahari, tentu saya berlama-lama di sini. Tenang sungguh Antara aktiviti kami - mencerap burung. Cantik bila dapat tengok menggunakan binokular. Sepanjang kami mencerap burung, cuma jumpa dua spesis burung yang menarik. Yang dalam gambar ni bersaiz besar, bolehlah saya memotret gambarnya dari jauh walaupun tak jelas
Antara aktiviti kami - mencerap burung. Cantik bila dapat tengok menggunakan binokular. Sepanjang kami mencerap burung, cuma jumpa dua spesis burung yang menarik. Yang dalam gambar ni bersaiz besar, bolehlah saya memotret gambarnya dari jauh walaupun tak jelas| Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini | 
 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
				 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		 
		