Husam Musa Kesan Empangan Nenggiri


 















KESAN EMPANGAN NENGGIRI :

PUSAT SEJARAH TERPENTING KELANTAN AKAN BERKUBUR DI BAWAH AIR SELAMANYA

Pembinaan Empangan Nenggiri akan menyebabkan sebahagian Bumi Kelantan akan tenggelam selama-lamanya.

Apakah perkara-perkara yang akan tenggelam sampai bila-bila itu?

Sebagai Rakyat Kelantan, wajar untuk kita fahami kesan-kesan negatif dan kekal yang akan timbul dari Projek Empangan Nenggiri yang nampaknya sangat dibanggakan oleh sesetengah pihak.

Melalui posting ini, saya melaksanakan tugas saya untuk berkongsi info untuk pengetahuan bersama.

Info ini saya petik dan kongsikan dari RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK EMPANGAN NENGGIRI OLEH UKM PAKARUNDING SDN BHD.

Berikut saya perturunkan laporan itu secara petikan terus, kecuali satu dua para yang bersifat terlalu akademik yang saya tinggalkan :

'Lembangan Sungai Nenggiri yang terletak di Hulu Kelantan mempunyai banyak tinggalan-tinggalan warisan kebudayaan yang antaranya ialah tapak-tapak arkeologi zaman prasejarah dan protosejarah.

Tapak-tapak ini amat signifikan dalam perkembangan sejarah di negeri Kelantan, terutamanya tapak yang terkenal SEPERTI GUA CHA DAN GUA CHAWAS YANG MENONJOLKAN ARTIFAK YANG MEMBENTUK KRONOLOGI SEJARAH AWAL NEGERI KELANTAN.

Fungsi utama Gua Cha ini adalah sebagai tempat perkuburan masyarakat Hoabinhian dan juga Neolitik sejak 12,000 hingga 13,000 ribu tahun yang lalu.

Sebuah lagi gua yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu tapak perkuburan, ialah Gua Peraling yang terletak berhadapan dengan Sungai Perias.

Gua Jaya dan Gua Chawan yang terletak di pertemuan antara Sungai Jenera dan Sungai Nenggiri digunakan sebagai tempat untuk menghasilkan alat batu Hoabinhian manakala di Gua Jaya telah ditemui beribu-ribu serpihan tembikar tanah yang digunakan untuk memasak, menyimpan makanan atau menyimpan air bersih.

Tapak yang paling penting di lembangan Sungai Nenggiri ialah Gua Cha yang telah pun didaftarkan dalam Daftar Warisan di bawah nombor pendaftaran GUA CHA P.U. (B)292 16 Jun 2016

Pendaftaran ini membolehkan Gua Cha dilindungkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 dan Pelan Pemeliharaan Gua Cha (yang seharusnya meliputi kawasan Zon Teras dan juga Zon Penampan) mencegah sebarang aktiviti pembangunan di kawasan tersebut'.

Petikan di atas saya ambil sepenuhnya dari muka 27 Ringkasan Eksekutif UKM Pakarunding itu.

Apa pula cadangan UKM Pakarunding mengenai hal ini?

Antara lain UKM Pakarunding mencadangkan seperti berikut :

• 'Semasa aktiviti kuari dan pembalakan, ada kemungkinan tapak-tapak Neolitik yang terletak berhampitan sungai atau muara sungai akan ditemui.

• Aktiviti ini akan memusnahkan tapak-tapak arkeologi tersebut jika tiada pemantauan berterusan ketika kerja-kerja ini dilakukan.

• Sebarang aktiviti kuari yang melibatkan bukit-bukit yang mempunyai gua seharusnya dilaporkan terlebih dahulu kepada pakar arkeologi. Ini adalah untuk memastikan sama ada gua tersebut mempunyai potensi arkeologi ataupun tidak.

• Langkah-langkah mitigasi yang boleh dilakukan adalah pemantauan berterusan terhadap kemungkinan terbongkarnya tapak arkeologi terbuka di kawasan pembalakan dan aktiviti kuari.

(Ringkasan Eksekutif UKM Pakarunding Projek Empangan Nenggiri - muka surat 28)

Cadangan-cadangan ini sangat mustahak dipatuhi. Kecuali kita lebih mundur dari manusia zaman gua. Mereka mungkin lebih memahami nilai sejarah dengan meninggalkan lukisan-lukisan kuno di dinding-dinding gua di sini.

Pertanyaan kita sekarang : APA PERSIAPAN TNB, KERAJAAN KELANTAN, JABATAN WARISAN NEGARA DAN KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA UNTUK MEMATUHI CADANGAN PAKAR RUNDING INI?

Bersambung InsyaAllah.

Husam Musa

14 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/husam-musa-kesan-empangan-nenggiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Ayuh Masuk Hutan Buktikan Balak Tidak Dicuri

Husam Musa Ayuh Masuk Hutan Buktikan Balak Tidak Dicuri

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 180 hits
Ayuh Masuk Hutan Buktikan Balak Tak Dicuri Saya mencadangkan YB Dato Hanifa Ahmad Kerajaan Kelantan membawa wartawan wartawan melawat kawasan yg disyaki berlaku pencurian balak di HSK Nenggiri seberapa segera Buktikan tak berlaku kecurian b...
Husam Musa Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah Balak Bernilai Rm 5 Juta Siap Ditebang Secara Curi

Husam Musa Siapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah Balak Bernilai Rm 5 Juta Siap Ditebang Secara Curi

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 178 hits
SILA KE LINK FB HUSAM MUSA UNTUK MENONTON VIDEO ATAU TEKAN VIDEO DIBAWAH AKAN TERUS KE LINK FB HUSAM MUSASiapa Curi Balak Sebelah Konsensi Daulah Najah Balak bernilai RM 5 juta siap ditebang secara curi Mengejutkan Tahniah pada SKUAD KHAS J...
Pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri Rugikan Kehidupan Orang Asli Jkoak

Pembinaan Empangan Hidroelektrik Nenggiri Rugikan Kehidupan Orang Asli Jkoak

papar berkaitan - pada 8/6/2022 - jumlah : 228 hits
Pembinaan empangan hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang Kelantan didakwa akan merugikan secara menyeluruh kehidupan Orang Asli yang terlibat Menurut kenyataan Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan yang mewakili suara lebih 3 000 Orang Asli d...
Sidang Media Husam Musa Isu Pembalakan Babitkan 2 Exco Kelantan Kisa

Sidang Media Husam Musa Isu Pembalakan Babitkan 2 Exco Kelantan Kisa

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 182 hits
SIDANG MEDIA HUSAM MUSA SKANDAL KRONI PEMBALAKAN DI KELANTAN MEMBABITKAN 2 EXCO KELANTAN BONGKAR KISAH LAMA TUN MAHATHIR KHIANAT ANWAR DAN KENAPA KENA IKUT SYARAT TUN MAHATHIR SERTAI KHEMAH BESAR YBhg Datuk Husam Musa
Husam Musa Liputan Berita

Husam Musa Liputan Berita

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 162 hits
Liputan Berita KUALA KRAI Seminggu sudah berlalu namun tidur malam kira kira 147 keluarga dari dua kampung di Tok Uban dan Kubang Kerian Lata Rek di sini masih dibelenggu kerisauan dan ketakutan kerana beberapa ekor gajah liar masih mencero...
Husam Musa Tinjauan Balak Jika Video Tidak Dapat Dimainkan Sila Ke Link Husam Musa

Husam Musa Tinjauan Balak Jika Video Tidak Dapat Dimainkan Sila Ke Link Husam Musa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 150 hits
Tinjauan balak yang telah disita oleh Jabatan Hutan di Hutan Simpan Nenggiri Gua Musang0 00 29 03
Husam Musa Kertas Siasatan Dibuka Kes Balak Kelantan

Husam Musa Kertas Siasatan Dibuka Kes Balak Kelantan

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 196 hits
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan mengesahkan kertas siasatan dibuka berhubung dakwaan berlakunya kes pencerobohan balak yang dikatakan berlaku di kompartmen 25 Hutan Simpan Kekal Nenggiri Gua Musang Pengarahnya Abdul Khalim Abu Samah turu...
Husam Musa Ustaz Nik Omar Nik Aziz Dialog Nostalgia Royalti

Husam Musa Ustaz Nik Omar Nik Aziz Dialog Nostalgia Royalti

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 187 hits
HUSAM MUSA USTAZ NIK OMAR NIK AZIZ DIALOG NOSTALGIA ROYALTI KELANTAN CREDIT TO FB SAVEKELANTAN SILA SUPPORT SUBCRIBE MABA CHANNEL
Husam Musa Exco Perak Dapat Tanah

Husam Musa Exco Perak Dapat Tanah

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 210 hits
ADUN Dapat Kelulusan Tanah Tambun Dua Adun Pas Kelantan tersenarai dalam satu syarikat bernama NUR IMTIYAS SYNERGY Sdn Bhd Pesuruhjaya Tanah Kelantan Dato Zamri Ismail telah bersetuju supaya Permit 4C dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Jajaha...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti