Husam Musa Beban Kewangan Rakyat Dari Kegagalan Aksb


 









Kita belum melihat jumlah kerugian wang dari kegagalan TELAGA JEJARI AKSB mencapai kapasiti seperti tujuan asal. Telaga siap, wang habis, kapasiti kurang. Berapa nilai kerugian?

Hari ini mari kita lihat dulu beban kewangan ditanggung Rakyat atas kegagalan Aksb. Dari kaca mata pengguna.

Bila tekanan air rendah, pengguna ada dua pilihan.

Pertama, memasang tangki untuk simpanan air.

Kedua, memasang pam untuk 'menghisap' air bertekanan rendah dari paip retikulasi Aksb.

Jika air terus bermasalah, mereka beralih kepada membuat telaga tiub sendiri di rumah masing-masing.

Itu sebab bilangan akaun pengguna Aksb menurun atau rendah.

Kita cuba lihat kos atas pilihan pertama tadi - memasang tangki tambahan di rumah masing-masing.

Jika tekanan air tinggi, memasang satu tangki di tempat yang lebih tinggi sudah mencukupi.

Jika tekanan air Aksb rendah - tangki atas bumbung rumah tak dapat diisi.

Pengguna terpaksa memasang satu lagi tangki bawah iaitu tangki atas tanah (suction tank) dan pam. Air akan dipam dari tangki bawah ke tangki satu lagi di tempat yang lebih tinggi tadi.

Kos tambahan ialah seperti berikut :

a) Beli tangki 250 gelen : RM 350. Jika dua tangki : RM 700

b) Bola tangki RM 30. Jika dua : RM 60

c) Pam air RM 550 (Hitachi)

d) Pemasangan paip dan tangki : RM 100

e) Pemasangan pam dan letrik: RM 100

f) Bil letrik purata RM 100 sebulan

g) Penyelenggaraan purata RM 10 sebulan

Jadi :

a) Kos permulaaan : RM 1,130 atau RM 1,540

b) Perbelanjaan berulang bulanan : RM 110

Tak fasal-fasal penguna terpaksa menanggung beban kewangan yang tak sepatutnya.

Setiap bulan, selain dari bil air Aksb, terpaksa pula menanggung tambahan bil elektrik.

(Nota: harga di atas adalah anggaran berdasarkan temu bual dengan kontraktor pemasang dan pengguna terlibat.

Aksb sudah menjadikan perkara ini syarat permohonan bekalan air kepada pemaju perumahan di kawasan bermasalah).

Aksb@Kerajaan Kelantan tolong tengok-tengok kan.

Urus Aksb dengan profesional, telus dan beramanah. Kurangkan kerugian dan projek membazir. Fikirkan solusi yg tepat dan bukan impromptu sehingga menemui kegagalan.

Jangan wang habis, masalah air tak selesai.

Husam Musa

21 Syawwal 1443H

22 Mei 2022

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/husam-musa-beban-kewangan-rakyat-dari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Husam Musa Aksb Gagal 32 000 Pengguna Menderita Sejak Semalam

Husam Musa Aksb Gagal 32 000 Pengguna Menderita Sejak Semalam

papar berkaitan - pada 16/5/2022 - jumlah : 188 hits
AKSB GAGAL 32 000 PENGGUNA MENDERITA SEJAK SEMALAMSemalam saya berjanji menyambung posting mengenai cadangan Aksb Kerajaan Kelantan nak membina kolam takungan air sebagai cara terbaru MENGUBAT PENYAKIT LOJI SIAP AIR TAK ADA Saya tangguhkan ...
Husam Musa Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap

Husam Musa Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap

papar berkaitan - pada 25/5/2022 - jumlah : 162 hits
Kontraktor Lambat Dibayar Projek Aksb Lambat Siap Masalah Air Jadi Lambat Selesai 1 Lambat bayar tuntutan kerja boleh menyebabkan projek Aksb lambat siap Kali ini kita melihat dari sudut yang lain sedikit Kita lihat dari kacamata kontraktor...
Husam Musa Aksb Merbau Condong Paip Beli Mahal Membazir Pula

Husam Musa Aksb Merbau Condong Paip Beli Mahal Membazir Pula

papar berkaitan - pada 17/5/2022 - jumlah : 207 hits
Aksb Merbau Condong Paip Beli Mahal Membazir Pula Sehari suntuk saya di Mahkamah Tinggi KB hari ini Kenyataan se orang saksi Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd atau Kpk Sdn Bhd En Ozmin telah dibatalkan sepenuhnya oleh YA Hakim Beliau gaga...
Husam Musa Loji Mini Kutip Komisyen Atau Selesai Masalah Air

Husam Musa Loji Mini Kutip Komisyen Atau Selesai Masalah Air

papar berkaitan - pada 13/5/2022 - jumlah : 280 hits
LOJI MINI Kutip Komisyen atau Selesai Masalah Air LOJI MINI pula 1 Mula mula kita lihat jumlah belanja bina LOJI MINI Aksb Projek baru ni Laporan media pada 6 Mei 2020 Pengurus Besar AKSB Dato Dr Ir Azuhan Mohamed memberitahu sebanyak RM 40...
Kisah Nrw Husam Musa

Kisah Nrw Husam Musa

papar berkaitan - pada 28/5/2022 - jumlah : 218 hits
Siri Bekalan Air Bersih kali ini menampilkan seorang Pakar NRW dari Australia Mr Martin Shaw yang pernah terlibat dengan satu projek nrw di kel satu ketika dulu NRW adalah singkatan dari Non Revenue Water yang bermaksud air tidak berhasil y...
Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

Bantuan Kewangan Rm 600 Kepada Rakyat Malaysia L Bantuan Bmt Tahun 2022 L Mohon Segera

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 317 hits
BANTUAN KEWANGAN RM 600 KEPADA RAKYAT MALAYSIA l BANTUAN BMT TAHUN 2022 l MOHON SEGERA Dalam usaha kerajaan membantu mereka yang memerlukan telah pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan melalui agensi agensinya yang p...
Husam Musa Dialog Selamatkan Tandak Air Bumi Kita Di Kuala Krai

Husam Musa Dialog Selamatkan Tandak Air Bumi Kita Di Kuala Krai

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 192 hits
Betul tu Dato Husam Pemimpin dengan rakyat tidak boleh berpisah Samalah juga kita sesama seagama adalah bersaudara Cubit di paha kanan paha kiri pun terasa sakit Masalah rakyat pemimpin kena
Husam Musa Kegilaan Teroka Hutan Simpan Untuk Ladang Hutan Sudah Jadi Ketagih

Husam Musa Kegilaan Teroka Hutan Simpan Untuk Ladang Hutan Sudah Jadi Ketagih

papar berkaitan - pada 22/5/2022 - jumlah : 208 hits
BORHAN AHMADKegilaan untuk meluluskan kawasan balak di Hutan Simpan Kekal untuk dijadikan kawasan Ladang Hutan sudah menjadi satu macam ketagihan di kalangan pemimpin kerajaan negeri Kelantan dakwa Pengerusi SaveKelantan Datuk Husam Musa Ia...
Malaysia Airlines Flight From Jakarta Declares Emergency Near Klia Lands Safely With Rescue Vehicles On Standby

Tiba Masa Pulihkan Kepercayaan Keyakinan Pengundi Dap Ronnie

Walauntit Padam Komen Di Facebook Dan Minta Maaf Kepada Mp Bangi

It Takes Just One Pregnant Guppy For An Alien Invasion Practical Fishkeeping

Produk Untuk Mereka Yang Mementingkan Kualiti Hidup

Promising New Lineup Mustn T Ignore Anxieties On The Ground Says Ex Dap Strongman

Pm Gesa Imarah Masjid Suburkan Kegiatan Ilmiah

How Google And Nvidia Are Teaming Up To Solve Real World Problems With Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Panduan Kesihatan Dan Pemakanan Wanita Pada Setiap Usia

Culture Of Entrepreneurial Mindset

Ngos Unite To Ensure Water Security Promote Responsibility The Star 19 03 2025

My Cat Expo 2025 Edisi Raya

Kembalikan Pelangiku

Lirik Lagu Ipg Kpm Yang Rasmi