Hukuman Mati Pemandu Mabuk Kenapa Wee Ka Siong Ragu Ragu Statistik Dah Jelas


Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan pindaan akta ke atas undang-undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebaliknya menegaskan masyarakat tidak harus terburu-buru mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman mati di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh

Menurutnya, walaupun masyarakat mendesak pemandu mabuk dikenakan hukuman itu, kementerian berpendapat kes melibatkan pemandu mabuk perlu mengikut lunas undang-undang

“Jika Seksyen 302 (Kanun Keseksaan) digunakan, ia perlu dibuktikan di mahkamah bahawa pemandu mabuk itu ada niat untuk membunuh

“Kita tidak mahu mereka terlepas kerana niat itu tidak dapat dibuktikan. Jadi kita perlu mengikut lunas undang-undang. Betul kita geram tetapi tidak boleh ambil tindakan melulu,” katanya dalam satu wawancara khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama)

Sesi wawancara khas itu sempena 100 hari perkhidmatannya sebagai Menteri Pengangkutan di pejabat kementeriannya baru-baru ini

Ka Siong berkata, Kementerian Pengangkutan telah mengemas kini kesemua seksyen berkaitan serta menyenaraikan apa yang perlu dipinda bagi rang undang-undang Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333)

Menurutnya, pindaan akta bagi mengenakan hukuman lebih berat ke atas mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah atau memandu secara melulu adalah satu usaha merentasi kepentingan kaum, agama dan politik yang pasti disokong semua pihak

“Draf pindaan akta itu juga telah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara sebelum dibentangkan ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh dua minggu lagi dan Dewan Rakyat pada sesi Julai ini

“Saya juga ada menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakan-rakan pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap pindaan akta berkenaan serta mahu hukuman ditingkatkan,” katanya

Beratkan hukuman
Ka Siong mendedahkan hasil kajian terhadap lebih 345,000 responden mendapati sejumlah 94 peratus daripada mereka menyatakan sokongan agar hukuman sedia ada diberatkan iaitu berkaitan denda, penjara dan hilang kelayakan lesen memandu

Peruntukan undang-undang terhadap individu yang memandu dalam keadaan mabuk ketika ini adalah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian, pesalah boleh dihukum mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa kepada denda maksimum RM10,000 dan penjara 12 bulan

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula merekodkan sepanjang tempoh tahun 2014 hingga 2018, sebanyak 637 kematian berpunca daripada kemalangan melibatkan pemandu mabuk.
Sementara itu, pada 3 Mei lalu, seorang anggota polis bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 di Plaza Tol Kajang Selatan, Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dekat Kajang maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki mabuk

Pada 23 Mei pula, seorang lelaki yang menaiki kenderaan pacuan empat roda didakwa merempuh gerai serta orang awam di tapak penjaja Pekan Bukit Sentosa, Petaling Jaya dan siasatan awal mendapati suspek dalam keadaan mabuk semasa kejadian itu

Sinar Harian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/hukuman-mati-pemandu-mabuk-kenapa-wee.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

Kes Pemandu Mabuk Jangan Terburu Buru Pinda Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pengangkutan belum mencadangkan pindaan akta ke atas undang undang sedia ada membabitkan pemandu mabuk termasuk hukuman jenayah di bawah Kanun Keseksaan
Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

Pemandu Mabuk Apakah Hukuman Berat Mampu Menanganinya Bernama

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR 2 Jun Akhir akhir ini kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk sehingga ada yang mengakibatkan kematian mencetuskan pelbagai reaksi serta pandangan mendesak kerajaan mengetatkan undang undang berkaitan bagi menanganinya Bagaikan...
Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Rider Hingga Mati Seret Motor Hingga 3km

Lagi Kes Pemandu Mabuk Langgar Rider Hingga Mati Seret Motor Hingga 3km

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 561 hits
KUALA LUMPUR Seorang lelaki maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara di sini awal pagi ini Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu mangsa dikenali ...
Disangka Pemandu Mabuk Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki

Disangka Pemandu Mabuk Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 341 hits
TASEK GELUGOR 20 Jun Polis menafikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal masing masing ditunggang dua beradik kembar adalah disebabkan pemandu kereta berkenaan mabuk sehingga orang ramai membakar kereta itu dal...
Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 441 hits
Keadaan kereta yang dibakar akibat marah kononnya seorang wanita memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan pasangan kembar cedera parah dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda Tasek Gelugor NSTP Ihsan PDRMTASEK GELUGOR Seorang peniaga sayur...
Alfatihah Moga Allah Balas Aishah Kongsi Video Bapa Saudara Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 2km

Alfatihah Moga Allah Balas Aishah Kongsi Video Bapa Saudara Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 2km

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 452 hits
Pelakon Aishah Azman menerusi laman Instagram telah berkongsi berita sedih tentang mangsa langgar lari pemandu mabuk yang dilaporkan media pagi Isnin adalah bapa saudaranya iaitu Mohamed Zaili Mohamed Aishah 24 berkata buat masa kini jenaza...
Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh Tak Diberi Ikat Jamin

Pemandu Mabuk Langgar Pekerja Alam Flora Dituduh Membunuh Tak Diberi Ikat Jamin

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 372 hits
Perkembangan terkini kes pemandu mabuk yang menyebabkan kematian Irwan Herman penyelia di Alam Flora iaitu Teoh Kian Peng hari ini telah ke Mahkamah Majistret bagi bacaan pertuduhan membunuh Pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes...
Makin Manjadi2 Dengan Pemandu Mabuk

Makin Manjadi2 Dengan Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 357 hits
Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu mangsa dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur Asisten ...
Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

Dap Pemandu Mabuk Dalam Politik Negara

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 288 hits
AMAT canggung bekas Timbalan Menteri Pertahanan yang juga bekas mahasiswa Sains Politik menelah kesilapan hala tuju PAS Sudah tentulah strategis DAP itu menempelak PAS kerana tidak memilih haluan seperti PAN sekutu rapatnya Jika Chin Tong m...
Parts Of Klang Valley Hit By Flash Floods Due To Downpour

Bayangkan Ejen Mossad Di Komtar Jb

Ainz Tulpe Introduces Hince In Malaysia

Business Website Boosts Credibility

Queue Cutting Police Patrol Car Gets Called Out By Angry Netizens

Ahli Parlimen Pembangkang Cadang Kerajaan Sedia Pulau Tempatkan Pelarian

Makna Dan Jobbie Meraikan Pink Wobbly Breast Odyssey Di Kpj Damansara 2

Apakah Kewujudan Jho Low Sudah Di Anggap Hearsay


echo '';
Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad

Biodata Terkini Penyanyi Liza Aziz Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Adik Beradik Kepada Azlina Aziz


Lunch Ayam Gepuk Putrajaya Bersama Anak Dara

10 Cara Berkesan Menjana Pendapatan Dari Media Sosial Pada 2024

Analisis Pertandingan Indonesia Vs Jepang Di Kelayakan Piala Dunia 2026

Persediaan Untuk Persaraan Berdasarkan Pengalaman Saya

Resepi Nasi Ayam Geprek Pedas Dan Lazat

Filipino Casino Game Favorites Explained From Roulette Spins To Poker Wins