Alfatihah Moga Allah Balas Aishah Kongsi Video Bapa Saudara Diseret Pemandu Mabuk Sejauh 2km


Pelakon Aishah Azman menerusi laman Instagram telah berkongsi berita sedih tentang mangsa langgar lari pemandu mabuk yang dilaporkan media pagi Isnin adalah bapa saudaranya iaitu Mohamed Zaili Mohamed.

Aishah, 24, berkata buat masa kini jenazah arwah adik kepada ibunya itu masih di unit forensik dan berkemungkinan akan dikebumikan pada malam ini atau pagi, Selasa.


"Ya... pak cik saya iaitu adik kepada ibu meninggal dunia selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk. Jenazah masih dalam unit forensik sebab ada pendarahan di bahagian kepala dan badan.  "Insya-Allah jenazah arwah akan dikebumikan malam ini atau pagi esok. Semua ahli keluarga sekarang ini masih menunggu keputusan dari pihak unit forensik. Setiap keluarga hanya boleh hantar wakil seorang menunggu di hospital," kata Aishah.

Terdahulu pemilik nama Nor Aishah Afika Azman Shah ini berkongsi video yang memperlihatkan motorsikal arwah Mohamed Zaili Mohamed diseret kereta terbabit sejauh dua kilometer di laman Instagramnya pada Isnin.

Difahamkan, kejadian kira-kira 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara itu menyebabkan Mohamed Zaili Mohamed, 44, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.


Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya, maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta yang dipercayai dipandu lelaki mabuk.

 Ketika dalam perjalanan, motosikal jenis honda EX5 yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba telah dirempuh dari arah belakang oleh sebuah kereta (MPV) yang dipercayai dipandu oleh lelaki mabuk.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.


Suspek yang berusia 21 tahun itu memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa berdekatan dengan lokasi kejadian selepas ditahan oleh orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 Dalam pada itu, menerusi Instastory Aishah berharap pihak berkuasa menjatuhkan hukuman yang setimpalnya terhadap pemandu tidak bertanggungjawab tersebut:

"Aku mohon pada pihak yang berkenaan untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal pada pemandu tak bertanggungjawab ini. Moga Allah membalas segala apa yang dilakukan pemandu mabuk ini," tulisnya.


ARTIKEL BERKAITAN:#ADOIII ~ LAGI KES NAHAS MAUT AKIBAT PEMANDU MABUK

www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aishah Azman


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://carianpanas.blogspot.com/2020/06/alfatihah-moga-allah-balas-aishah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Kenang Budi Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

Tak Kenang Budi Doktor Kongsi Kisah Pemandu Mabuk Mahu Saman Hospital

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 463 hits
Kes kemalangan akibat pemandu mabuk menimbulkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan ia perbuatan tidak bertanggungjawab Foto AFPKUALA LUMPUR 27 Mei Individu yang cedera dalam kemalangan akibat berada di bawah pengaruh alkohol perlu diken...
Pemandu Mabuk Rempuh Penghantar Makanan Seret Motosikal 2km

Pemandu Mabuk Rempuh Penghantar Makanan Seret Motosikal 2km

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 469 hits
KUALA LUMPUR Seorang penghantar makanan Food Panda yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas dirempuh oleh pemandu kereta yang di bawah pengaruh alkohol awal pagi tadi Nahas itu berlaku kira kira jam 1 30 pagi di Lebuh Raya Iskanda...
Pemandu Grab Kongsi Pengalaman Bawa Penumpang Mabuk Pulang Ke Rumah

Pemandu Grab Kongsi Pengalaman Bawa Penumpang Mabuk Pulang Ke Rumah

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 320 hits
Seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai Dinie Zil Iqram berkongsi pengalamannya menjadi pemandu Grab membawa penumpang mabuk pulang ke rumah Dia juga memberi pendapat bahawa individu yang mabuk tidak perlu memandu kereta kerana boleh...
Pemandu Mabuk Seret Motosikal 2 Km Penunggang Terkorban Video

Pemandu Mabuk Seret Motosikal 2 Km Penunggang Terkorban Video

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 313 hits
PENGHANTAR makanan maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara Kuala Lumpur awal pagi ini Dalam kejadian jam 1 30 pagi itu mangsa dikenali seba...
Pindaan Undang Undang Hukuman Lebih Berat Kes Pemandu Mabuk Dimuktamad Jun Kata Muhyiddin

Pindaan Undang Undang Hukuman Lebih Berat Kes Pemandu Mabuk Dimuktamad Jun Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 757 hits
PETALING JAYA Kerajaan memandang serius keresahan rakyat berhubung peningkatan kes kemalangan jalan raya akibat pemandu mabuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata susulan itu beliau mengarahkan Kementerian Pengangkutan supaya merangka p...
Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

Pemandu Mabuk Nyaris Rempuh Anggota Polis Bertindak Agresif Ketika Ditahan

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 406 hits
BAYAN LEPAS Beberapa anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya berhampiran Queensbay di sini nyaris dirempuh kenderaan yang dipandu lelaki dipercayai mabuk malam tadi Malah suspek berusia 64 itu turut bertindak agresif ketika ditaha...
Rakan Siti Kasim Maut Dipercayai Dirempuh Pemandu Mabuk

Rakan Siti Kasim Maut Dipercayai Dirempuh Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 969 hits
RAKAN peguam Siti Kasim maut dipercayai dirempuh pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol Dalam status terbaharu di Facebook Siti Kasim berkata beliau bersedih dengan pemerigian rakannya Allahyarham Khairul Anuar yang dikenali sejak 1...
Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

Pemandu Mabuk Terus Membunuh Netizen Gesa Hukuman Gantung Sampai Mati

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 441 hits
Pemandu mabuk terus membunuh Lagi kes terbaru seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34 2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur Menerusi laporan Sinar ...
Pekerja Kurier Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

Pekerja Kurier Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 617 hits
PETALING JAYA Seorang pekerja syarikat kurier tidak sempat menikmati gaji pertamanya selepas maut dilanggar pemandu mabuk di kilometer 34 2 Lebuh Raya Persekutuan menghala Kuala Lumpur hari ini Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komis...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia