Disangka Pemandu Mabuk Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki


TASEK GELUGOR, 20 Jun (Bernama) — Polis menafikan kemalangan jalan raya membabitkan sebuah kereta dan dua motosikal masing-masing ditunggang dua beradik kembar adalah disebabkan pemandu kereta berkenaan mabuk, sehingga orang ramai membakar kereta itu dalam kejadian di Jalan Ara Kuda, di sini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata kemalangan pada pukul 9.50 malam Khamis itu berlaku selepas wanita berusia 56 tahun berkenaan yang memandu kereta Kia Spectra terbabas ke laluan bertentangan untuk mengelak haiwan yang melintas.
“Berdasarkan siasatan awal, wanita yang merupakan pekebun sayur itu dari arah Kubang Semang hendak balik ke rumahnya di Bumbung Lima setelah selesai menghantar sayur. Sebaik sampai di Jalan Ara Kuda, kereta tersebut telah terbabas ketika mengelak haiwan yang berada di laluannya sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Dua remaja lelaki berumur 14 tahun yang sedang menunggang dua motosikal datang dari arah bertentangan gagal mengelak menyebabkan mereka melanggar bahagian tepi kanan kereta itu. Dua beradik kembar itu masing-masing patah kaki kanan serta cedera pada muka dan tangan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Beliau berkata beberapa penduduk kampung yang berang dan marah dengan kemalangan itu kerana menyangka pemandu kereta terbabit mabuk telah bertindak membakar kenderaan tersebut yang berada di tepi jalan lokasi kejadian.
Noorzainy berkata hasil pemeriksaan dan ujian saringan awal pernafasan menggunakan alat SD2+ ke atas pemandu itu mendapati wanita tersebut negatif alkohol dan tidak memandu dalam keadaan mabuk.
“Pemandu wanita yang tidak mengalami kecederaan itu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kemalangan dan kejadian keretanya dibakar. Kemalangan itu disiasat di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kami juga menjalankan siasatan menurut Seksyen 435 Kanun Keseksaan berhubung kejadian kereta dibakar itu,” katanya.
Menurutnya, polis juga telah mengenal pasti mereka yang terlibat dalam kejadian bakar kereta milik pekebun sayur itu dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri dalam apa juga kejadian, sebaliknya menghubungi polis dan jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menyalurkannya kepada pihak polis.
“Saya juga minta orang ramai tidak terus berkongsi berita tidak benar yang disiarkan di beberapa laman di Facebook. Polis juga akan siasat penulis berita tersebut kerana maklumat yang ditulis tidak betul,” katanya.
Sumber: BERNAMA 
The post Disangka Pemandu Mabuk, Orang Ramai Bakar Kereta Yang Melanggar Dua Beradik Kembar Hingga Patah Kaki appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/20/disangka-pemandu-mabuk-orang-ramai-bakar-kereta-yang-melanggar-dua-beradik-kembar-hingga-patah-kaki/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

Pemandu Disangka Mabuk Kereta Dibakar

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 600 hits
Keadaan kereta yang dibakar akibat marah kononnya seorang wanita memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan pasangan kembar cedera parah dalam kemalangan di Jalan Ara Kuda Tasek Gelugor NSTP Ihsan PDRMTASEK GELUGOR Seorang peniaga sayur...
Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

Geram Punya Pasal Orang Kampung Bakar Kereta Pemandu Mabuk Saksi

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 652 hits
MARAH dengan wanita MABUK sebabkan eksiden penduduk kampung bakar kereta TASEK GELUGOR 19 Jun Tindakan seorang pemandu wanita yang melanggar dua pemuda kerana berada di bawah pengaruh alkohol membawa padah apabila kenderaannya telah dibakar...
Marah Wanita Mabuk Sebabkan Kemalangan Penduduk Kampung Bakar Kereta

Marah Wanita Mabuk Sebabkan Kemalangan Penduduk Kampung Bakar Kereta

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 502 hits
Sebuah kenderaan dibakar penduduk kampung selepas pemandunya didakwa berada di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan Foto ihsan Facebook Hafiz ChipTASEK GELUGOR 19 Jun Tindakan seorang pemandu wanita melanggar dua pemuda ke...
Tidak Serik Serik Dua Pemandu Mabuk Ditahan Polis Di Ipoh

Tidak Serik Serik Dua Pemandu Mabuk Ditahan Polis Di Ipoh

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 400 hits
Tidak pernah serik Meskipun sudah banyak kes kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk namun kelibat mereka di atas jalan raya masih lagi kelihatan sehingga ke hari ini Terbaharu dua individu lelaki ditahan polis selepas didapati memandu ken...
Mengapa Pemandu Mabuk Banyak Berlaku Sepanjang Pentadbiran Ph

Mengapa Pemandu Mabuk Banyak Berlaku Sepanjang Pentadbiran Ph

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 533 hits
Pemandu mabuk membunuh Apa solusinya KISAH pemandu mabuk langgar mati mangsa cukup banyak berlaku di sepanjang pentadbiran PH kononnya dianggap strategi media oleh pihak tertentu untuk memburuk PH Malah pasca peralihan kepada Perikatan Nasi...
Tidak Tahan Diserang Anak Pukul Bapa Mabuk Hingga Maut

Tidak Tahan Diserang Anak Pukul Bapa Mabuk Hingga Maut

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 431 hits
Tidak tahan dipukul bapanya yang mabuk seorang lelaki bertindak membalas pukulan itu dengan besi pengangkat kelapa sawit di kampung Ulu Teburi Tungku dekat sini pada Isnin Dalam kejadian kira kira jam 1 petang itu mangsa yang dikenali sebag...
Ayah Lumpuh Dilanggar Pemandu Mabuk Rintihan Sayu Anak Buat Penonton Majalah 3 Sebak

Ayah Lumpuh Dilanggar Pemandu Mabuk Rintihan Sayu Anak Buat Penonton Majalah 3 Sebak

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 542 hits
Segmen terbaru rancangan dokumentari Majalah 3 yang bersiaran pada Isnin telah mendapat perhatian di media sosial selepas ramai yang turut sebak apabila menonton kisah sebuah keluarga yang diduga dengan ujian daripada Tuhan Dalam segmen ter...
Jitra Polis Kenal Pasti Identiti Pemandu Kereta Terjunam Dalam Sungai

Jitra Polis Kenal Pasti Identiti Pemandu Kereta Terjunam Dalam Sungai

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 496 hits
Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui dalam kereta yang terjunam ke dalam Sungai Lana Bulu Megat Dewa malam semalam adalah Mohd Shukral Hilmi Mohd Fauzi 37 tahun Mangsa adalah anggota tentera yang menetap di Kuarters Angkatan Tentera ...
Kedah Fa Tak Patah Kaki

Kedah Fa Tak Patah Kaki

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 419 hits
ALOR SETAR Ketua jurulatih Kedah FA Aidil Sharin Sahak yakin skuad Lang Merah masih kukuh meskipun berhadapan tekanan isu gaji tertunggak dan berita mengejut mengenai seorang pemain Kedah FA mahu meninggalkan pasukan itu Menurutnya segala i...
Court Returns Guan Eng S Passport As Pm Appoints Him Trade Official

Setback For Indians Without Special Allocations In Budget 2026

Wee Questions Funds For Vanity Projects Says Better Spent On Healthcare

Beliawanis Mca Stabbing Incident In Bandar Utama School A Wake Up Call For Moe

Detik Awal Sebelum Puting Beliung Mengganas Di Sijangkang Dirakam Penduduk

Sinopsis Filem Banduan

Sticker Produk Custom Kunci Branding Murah Tapi Efektif Untuk Usahawan Baru

8 Latest Trends Shaping Native App Development Services In 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Most Difficult Cleaning

Chinatown888 22 September Chinatown888 Top 9 By Lyn

Why Combining Retirement Income Planning With Tax And Estate Strategies Creates True Peace Of Mind

Don T Take Advice From Someone You Wouldn T Trade Places With

Honor Dedah Robot Phone Konsep Baharu Gabung Ai Dan Robotik Dalam Telefon Pintar

Nubhan Lafaz Cerai Kali Kedua Pada Ogos Pernah Ceraikan Isteri Kali Pertama Pada 2017 Akberdin