Hukuman Jel Diganti Daniel Iskandar Kena Khidmat Masyarakat Di Masjid


Oleh Bernama Mahkamah Tinggi mengenepikan hukuman ke atas Daniel Iskandar sebelum ini dan menggantikan dengan hukuman khidmat masyarakat./ Gambar FB BERNAMA MAHKAMAH Tinggi Shah Alam hari ini mengetepikan hukuman penjara 10 hari dan denda RM4,000 kepada seorang remaja kerana cuba mencuri tabung masjid baru-baru ini yang dibuat Mahkamah Majistret Selayang sebelum ini. 
Hakim Datuk Abd Halim Aman berkata sebaliknya hukuman penjara dan denda ke atas Daniel Iskandar, 19, digantikan dengan perintah menjalani khidmat masyarakat selama 120 jam yang akan dilaksana dalam tempoh enam bulan, ditumpukan dengan khidmat di masjid-masjid. 
 Hakim turut menyarankan agar pihak masjid, pihak yang merakam dan yang menularkan video Daniel untuk membuat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Daniel dan masyarakat umum demi menjernihkan keadaan. 
Abd Halim juga menegur dan mengingatkan masyarakat untuk tidak mengambil tindakan undang-undang sendiri dan mengambil iktibar diatas kes ini demi masa depan Keluarga Malaysia.
“Mahkamah menyedari akan tempoh penjara yang telah dijalani oleh tertuduh selama 10 hari dan denda RM4,000 yang telah dijelaskan, namun demi masa depan tertuduh serta untuk mempunyai rekod kesalahan yang bersih, keputusan ini perlu disampaikan,” katanya ketika membacakan semakan berhubung hukuman yang dijatuhkan di Mahkamah Majistret sebeum ini, di sini hari ini. 
Susulan itu, katanya Daniel perlu melapor diri kepada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam tempoh tujuh hari dari hari ini dan wajib hadir mengikut jadual yang ditetapkan. 
“Pesalah muda ini dikehendaki mematuhi setiap aktiviti atau program yang telah ditetapkan atau lain-lain arahan oleh JKM dan hendaklah dikhususkan khidmat masyarakat itu di masjid-masjid sahaja,” katanya.

Beliau berkata perintah itu dikeluarkan di bawah Seksyen 293 (1)(e) Kanun Acara Jenayah (Akta 593) dan sekiranya Daniel tidak melakukan perintah itu, pesalah muda itu boleh dihadapkan semula ke mahkamah dan boleh dihukum mengikut peruntukan asal. 
Mengulas mengenai hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Majistret terdahulu, Abd Halim berkata berdasarkan hujah timbalan pendakwa raya, barisan peguam dan tertuduh serta nota catitan dan keterangan ketika prosiding di Mahkamah Majistret, pihaknya mendapati hukuman yang direkodkan adalah silap dan keterlaluan. 
“Pada masa yang sama hukuman itu tidak menunjukkan bentuk pemulihan dengan fakta jelas menunjukkan tertuduh adalah pesalah pertama dan telah mengaku salah. Apa yang dilakukannya hanyalah cubaan mencuri dan tiada kerugian yang dialami pihak masjid,” katanya.
Terdahulu ketika prosiding semakan, Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Daniel memaklumkan anak guamnya semasa kejadian berusia 18 tahun empat bulan iaitu masih muda, mempunyai masa depan dan kesalahan itu merupakan kali pertama dilakukannya.
“Jadi pihak kami memohon hukuman ditukarkan mengikut Seksyen 173A Kanun Prosedur Jenayah (CPC),” katanya dan menambah walaupun anak guamnya akan dibebaskan hari ini, namun rekod penjara 10 hari berpotensi mencemarkan masa depan anak guamnnya yang masih muda. 
“Saya mohon budi bicara yang Yang Arif untuk bagi bon di bawah Seksyen 173A dengan diberi teguran dan amaran. Saya juga mohon rekod penjara dipadamkan kerana boleh membawa risiko kepada masa depannya,” katanya.
Kata Mohamad Rafique, anak guam dan keluarganya merakamkan penghargaan kepada pihak mahkamah yang mengambil inisiatif memanggil sendiri untuk semakan itu.
Daniel turut diwakili Peguam Fahmi Abdul Moin, Azman Abdullah dan Ilyani Khuszairy. 
Sementara itu Timbalan Pendakwa Raya Norhana Sahat menegaskan pihaknya membantah untuk membenarkan bon di bawah Seksyen 173A (CPC) dengan tiada kesilapan semasa tangkapan.
“Tidak perlu semak keputusan ini memandangkan hukuman telah dijalankan, denda telah dibayar dan pesalah juga akan dibebaskan hari ini,” katanya.
Selain itu, dua peguam pemerhati adalah Peguam Muhammad Hariz Md Yusoff dari Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan Peguam Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie mewakili Masjid Al Islahiah.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2022/01/hukuman-jel-diganti-daniel-iskandar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukuman Penjara Diketepikan Remaja Curi Tabung Masjid Diperintah Khidmat Sosial 120 Jam

Hukuman Penjara Diketepikan Remaja Curi Tabung Masjid Diperintah Khidmat Sosial 120 Jam

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 190 hits
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini dilapor ketepikan hukuman penjara dan denda terhadap remaja yang didakwa cuba curi tabung masjid baru baru ini Menerusi perkongsian ciapan di akaun Twitter rasmi Bernama Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini ...
Daniel Tak Pernah Berparang Ugut Keluarga Kata Ibu Remaja Curi Tabung Masjid

Daniel Tak Pernah Berparang Ugut Keluarga Kata Ibu Remaja Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 227 hits
January 15 2022 Ibu kepada Daniel Iskandar Mohd Nasir yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Jas berkata anak sulungnya itu baik tenang dan tidak melawan apabila dimarahi atau ditegur KUANG Ibu kepada remaja yang dimandikan seperti jenazah me...
Daniel Remaja Bermasalah Saya Yang Suruh Buat Laporan Polis Datuk Remaja Curi Tabung Masjid

Daniel Remaja Bermasalah Saya Yang Suruh Buat Laporan Polis Datuk Remaja Curi Tabung Masjid

papar berkaitan - pada 15/1/2022 - jumlah : 288 hits
Rosli Sidek the grandfather to the Danial Iskandar the teenager who stole money from a mosque PIX MOHD ADZLAN MalaysiaGazette 14 JANUARY 2022 Datuk kepada Danial Iskandar Rosli Sidek ketika ditemui di Kuang Selangor Foto MOHD ADZLAN KUANG D...
Selepas Anak Terlepas Hvkuman Penjar4 Ini Kata2 Ibu Daniel Kepada Pihak Masjid

Selepas Anak Terlepas Hvkuman Penjar4 Ini Kata2 Ibu Daniel Kepada Pihak Masjid

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 359 hits
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam pada Isnin mengenepikan hukum4n penj4ra 10 hari dan denda RM4 000 terhadap Daniel Iskandar remaja yang didakwa atas kesal5han cubaan menc uri tabung masjid di Kuang Rawang minggu lalu
Sultan Selangor Benarkan Guna Sepenuhnya Ruang Masjid Untuk Solat Jumaat

Sultan Selangor Benarkan Guna Sepenuhnya Ruang Masjid Untuk Solat Jumaat

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 163 hits
UTUSAN ONLINE SEMUA masjid dan surau di Selangor yang mendapat kebenaran solat fardu Jumaat dibenarkan untuk menggunakan ruang solat utama dan ruang limpah secara sepenuhnya bagi menunaikan solat tersebut bermula Jumaat ini Pengarah Jabatan...
Enggan Mohon Maaf Pengurusan Masjid Mandikan Remaja Ala Jenazah Serah Pada Peguam

Enggan Mohon Maaf Pengurusan Masjid Mandikan Remaja Ala Jenazah Serah Pada Peguam

papar berkaitan - pada 19/1/2022 - jumlah : 206 hits
Nazir Masjid Al Islahiah berkata Daniel Iskandar Mohd Nasir yang mencuri tabung masjid itu perlu memohon maaf kepada pengurusan masjid atas kesalahan menceroboh PETALING JAYA Pengurusan Masjid Al Islahiah di Kuang Rawang yang terpalit video...
Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

Kes Remaja Curi Tabung Masjid Tonjol Kebijaksanaan Mahkamah

papar berkaitan - pada 18/1/2022 - jumlah : 184 hits
Syor masjid pusat zakat diperkasa santuni golongan miskin bermasalah BANGI Polemik kes remaja yang tular dimandikan ala jenazah kerana cuba mencuri tabung Masjid Al Islahiah pada 13 Januari lalu kini berakhir selepas mahkamah menggantikan h...
Preservation Versus Restoration Versus Renovation A Visit To Masjid Pokok Assam Klebang Melaka

Preservation Versus Restoration Versus Renovation A Visit To Masjid Pokok Assam Klebang Melaka

papar berkaitan - pada 17/1/2022 - jumlah : 154 hits
Been in Melaka last couple of days and yesterday I visited the quaint and cute Masjid Pokok Assam in Klebang When we lived in Melaka 48 years ago I used to attend Friday prayers at this masjid It was not only the cutest mosque but it is loc...
Saya Mohon Maaf Video Tular Untuk Rekod Masjid Imam

Saya Mohon Maaf Video Tular Untuk Rekod Masjid Imam

papar berkaitan - pada 16/1/2022 - jumlah : 200 hits
Imam tetap Masjid Al Islahiah Muhd Mohsin Nordin bercakap kepada media mengenai seorang remaja yang tular selepas dijirus air mengikut prosedur mandi jenazah berikutan telah mencuri tabung masjid ketika di Kuang Selangor Foto MOHD ADZLANKUA...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Cat888 1 2024