Hukum Tunai Zakat Dengan Cara Menghalalkan Hutang Orang Sedang Kesusahan



SOALAN:
Bolehkah seseorang itu menunaikan zakat dengan cara menghalalkan hutang yang dipinjamkan kepada seseorang yang berada di dalam kesusahan? Adakah zakat dikira sah dengan cara tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Secara asasnya, zakat hendaklah ditunaikan kepada lapan golongan asnaf yang telah ditetapkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran melalui firman-Nya:

إِنَّمَا ٱلصَّدَقَٰتُ لِلۡفُقَرَآءِ وَٱلۡمَسَٰكِينِ وَٱلۡعَٰمِلِينَ عَلَيۡهَا وَٱلۡمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمۡ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَٱلۡغَٰرِمِينَ وَفِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَٱبۡنِ ٱلسَّبِيلِۖ فَرِيضَةٗ مِّنَ ٱللَّهِۗ وَٱللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٞ
“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (Surah al-Taubah: 60)

Apabila kita melihat lapan golongan asnaf tersebut, ia termasuk golongan al-Gharimin, yang bermaksud orang yang berhutang. Secara ringkasnya, asnaf al-Gharimin terbahagi kepada beberapa golongan seperti:

Mereka yang berhutang demi kemaslahatan diri sendiri/keluarga.Mereka yang berhutang demi kemaslahatan orang yang lain.Individu yang menjamin orang yang berhutang.Individu yang ditimpa bencana yang menyebabkan kemusnahan harta benda dan sebagainya.
Justeru itu, barangsiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka dia berhak untuk menerima zakat sebagai asnaf al-Gharimin.

Walau bagaimanapun, para ulama’ berbeza pandangan berkaitan hukum membayar zakat dengan menghalalkan hutang terhadap seseorang yang berada di dalam kesusahan. Jumhur ulama’ mengatakan bahawa perkara itu tidak dibolehkan dan tidak sah. Hal ini berdasarkan apa yang disebut oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab bahawa:

إِذَا كَانَ لِرَجُلٍ عَلَى مُعْسِرٍ دَيْنٌ فَأَرَادَ أَن يَجْعَلَهُ عَن زَكَاتِهِ... فَوَجْهَان: أَصَحُّهُمَا: لَا يُجْزِئُهُ وَهُوَ مَذْهَب أَحْمَد وَأَبِي حَنِيفَةَ لِأَنَّ الزَّكَاةَ في ذمته فلا يبرأ إلا بإقباضها
“Jika sekiranya seorang pemiutang yang mempunyai hutang ke atas seseorang yang berada dalam kesusahan dan dia ingin menjadikan hutang yang diberikannya tersebut sebagai zakat.. maka terdapat dua pandangan (dalam mazhab al-Syafie), pandangan yang paling sahih ialah tidak sah. Ini juga pandangan dari mazhab Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Abu Hanifah. Hal ini kerana zakat tersebut masih dalam tanggungan si pemiutang dan tidak terlepas tanggungan tersebut kecuali selepas diterima oleh si penerimanya.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6:210-211)

Di samping itu, disebut juga dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, bahawa:

الإْخْرَاجُ بِإِسْقَاطِ الْمُزَكِّي دَيْنَهُ عَنْ مُسْتَحِقٍّ لِلزَّكَاةِ: لاَ يَجُوزُ لِلدَّائِنِ أَنْ يُسْقِطَ دَيْنَهُ عَنْ مَدِينِهِ الْفَقِيرِ الْمُعْسِرِ الَّذِي لَيْسَ عِنْدَهُ مَا يَسُدُّ بِهِ دَيْنَهُ وَيَحْسِبَهُ مِنْ زَكَاةِ مَالِهِ، فَإِنْ فَعَل ذَلِكَ لَمْ يُجْزِئْهُ عَنِ الزَّكَاةِ، وَبِهَذَا قَال الْحَنَفِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ وَالْمَالِكِيَّةُ مَا عَدَا أَشْهَبَ، وَهُوَ الأْصَحُّ عِنْدَ الشَّافِعِيَّةِ، وَقَوْل أَبِي عُبَيْدٍ
“Mengeluarkan zakat dengan cara si pembayar zakat menghalalkan hutangnya kepada seorang yang berhak untuk mendapat zakat (mustahiq); tidak dibolehkan seorang penghutang untuk menggugurkan hutangnya terhadap si pemiutang yang fakir dan berada dalam kesusahan serta tidak mempunyai apa-apa untuk dibayar, lalu menganggapnya sebagai zakat. Jika sekiranya si penghutang melakukan demikian, maka tidak sah zakat tersebut. Pandangan ini merupakan pandangan mazhab Hanafi, Hanbali, Maliki selain daripada Imam Asyhab, serta ia merupakan pendapat yang paling sahih dalam mazhab Syafi’e dan pandangan Abu ‘Ubaid.” (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23:300)

Selain daripada itu, zakat juga haruslah dibayarkan kepada mereka dengan berlakunya pemindahan harta daripada pembayar zakat (muzakki) kepada penerima zakat (mustahiq) berdasarkan firman Allah SWT:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah al-Taubah: 103)

Begitu juga dalam satu hadith ketika Rasulullah SAW ingin mengutuskan Sayyidina Mu’az ibn Jabal ke Yaman untuk berdakwah, Rasulullah SAW bersabda:

فأخْبِرْهُمْ أنَّ اللَّهَ قدْ فَرَضَ عليهم صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِن أغْنِيائِهِمْ فَتُرَدُّ على فُقَرائِهِمْ
“Maka khabarkanlah kepada mereka bahawa sesungguhnya Allah SWT telah menfardhukan ke atas mereka zakat yang diambil daripada orang-orang kaya dan diberikan kepada orang-orang fakir miskin dalam kalangan mereka.” [Riwayat al-Bukhari (1496)]

Apa yang dapat dilihat daripada nas di atas ialah pembayaran zakat mestilah mempunyai proses ‘ambil dan beri’ atau ‘terima dan serah’ (الأخذ و الردّ). Justeru itu, cara menghalalkan hutang yang sudah diberikan kepada si penghutang tersebut tidak menepati cara pembayaran zakat yang betul kerana tiadanya pemindahan zat harta sebagai zakat daripada pembayar zakat (muzakki) kepada penerimanya (mustahiq).

Manakala pendapat yang kedua mengatakan bahawa cara tersebut harus dan dibolehkan. Imam al-Nawawi menyebut dalam kitab al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab:

والثاني: يجزئه، وهو مذهب الحسن البصري وعطاء؛ لأنه لو دفعه إليه، ثم أخذه منه جاز، فكذا إذا لم يقبضه
“Pendapat kedua: Sah zakatnya (dengan cara menghalalkan hutang), dan ini adalah mazhab Hassan al-Basri dan ‘Atha. Hal ini kerana jika dia membayar zakat kepada orang yang berhutang tersebut, kemudian mengambilnya semula wang itu maka hukumnya adalah harus. Begitu juga harus dan sah walaupun orang yang berhutang tidak menerima (memegang) wang zakat tersebut.” (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 6:210-211)

Selain itu, Dr. Sulaiman al-Asyqar dalam kitab Abhas al-Fiqhiyyah fi Qadaya al-Zakat al-Mu’asarah, mengatakan bahawa dibolehkan untuk menyerahkan harta zakat dalam bentuk manfaat semata-mata tanpa ada pemindahan harta. Oleh itu, jika si penghutang menghalalkan hutang yang membebani si pemiutang, maka walaupun tiada pemindahan harta zakat tersebut, namun manfaatnya diperolehi oleh orang yang berhutang tersebut dengan dibebaskan dari bebanan hutang tersebut dan ia diharuskan oleh sesetengah ulama’. Hal ini seperti di sebut dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah:

وَذَهَبَ الشَّافِعِيَّةُ فِي قَوْلٍ وَأَشْهَبُ مِنَ الْمَالِكِيَّةِ وَهُوَ مَنْقُولٌ عَنِ الْحَسَنِ الْبَصْرِيِّ وَعَطَاءٍ: إِلَى جَوَازِ ذَلِكَ، لأِنَّهُ لَوْ دَفَعَ إِلَيْهِ زَكَاتَهُ ثُمَّ أَخَذَهَا مِنْهُ عَنْ دَيْنِهِ جَازَ، فَكَذَا هَذَا
“Sebahagian daripada ulama’ mazhab Syafie dan Imam Asyhab daripada mazhab Maliki yang dinukilkan daripada Hassan al-Basri dan ‘Atha; mereka berpendapat bahawa cara tersebut dibolehkan. Ini kerana jika si penghutang membayar zakatnya kepada si pemiutang kemudian mengambilnya semula darinya sebagai hutangnya, maka hukumnya adalah diharuskan.” (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 23:300)

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami lebih cenderung kepada pandangan jumhur ulama’ dalam perkara ini, dengan menyimpulkan bahawa hukum menghalalkan hutang kepada orang yang berada di dalam kesusahan dan menjadikannya sebagai zakat adalah tidak sah dan kewajipan zakat itu masih berada dalam tanggungannya. Oleh itu, harta zakat hendaklah dibayarkan kepada penerimanya dengan berlaku pemindahan harta dari pembayar zakat (muzakki) kepada penerima zakat (mustahiq) atau wakilnya daripada pihak pemerintah seperti Pusat Pungutan Zakat Negeri dan Majlis Agama Islam Negeri.

Walau bagaimanapun, kami memuji niat baik saudara yang bertanya yang berhati mulia untuk menolong orang yang berada dalam kesusahan. Hal ini bertepatan dengan anjuran Allah SWT untuk melapangkan kesempitan bagi orang yang berhutang dengan bersedekah kepadanya, seperti dalam firman-Nya:

وَإِن كَانَ ذُو عُسْرَةٍ فَنَظِرَةٌ إِلَىٰ مَيْسَرَةٍ ۚ وَأَن تَصَدَّقُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Dan jika orang yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga dia lapang hidupnya dan (sebaliknya) bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya yang besar yang kamu akan dapati kelak).” (Surah al-Baqarah: 280)

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syariat-Nya dengan sebaiknya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-tunai-zakat-dengan-cara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Langsai Hutang Mengikut Pengalaman Sendiri

Cara Langsai Hutang Mengikut Pengalaman Sendiri

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 360 hits
CARA LANGSAI HUTANG MENGIKUT PENGALAMAN SENDIRI Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers Hari ni saya nak kongsi cerita tentang hutang memandangkan kita sudah berada di bulan terakhir tahun 2019 Matlamat saya setiap ta...
Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat Asb Oleh Ppz Maiwp

Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat Asb Oleh Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 404 hits
Dah Dapat Dividen Jangan Lupa Zakat Ini Cara Kira Zakat ASB Awal tahun ni kebanyakan kita akan update akaun simpanan tahunan check dividen dan baki terkini kewangan Bagi mereka yang cukup haul dan mencapai nisab yang ditetapkan maka wajibla...
Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

Ini Cara Untuk Tebus Rm30 E Tunai Rakyat Mulai Esok

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 892 hits
Seperti diketahui pada pembentangan Belanjawan 2020 yang lalu kerajaan mengumumkan mengenai pemberian RM30 ke dalam dompet digital atau lebih dikenali dengan e wallet buat Rakyat Malaysia Nampaknya rakyat Malaysia yang layak boleh menuntut ...
Hukum Pemberian Bantuan Zakat Kepada Pesakit Bagi Rawatan Dialisis

Hukum Pemberian Bantuan Zakat Kepada Pesakit Bagi Rawatan Dialisis

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 292 hits
SOALAN Bolehkah pesakit buah pinggang mendapatkan bantuan zakat bagi menampung perbelanjaan rawatan hemodialisis secara berkala Mohon penjelasan Terima kasih JAWAPAN Secara asasnya zakat hendaklah diberikan kepada lapan golongan asnaf yang ...
Tips Beli Rumah Cara Betul Beli Rumah Second Hand

Tips Beli Rumah Cara Betul Beli Rumah Second Hand

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 527 hits
Tips beli rumah Cara betul beli rumah second hand Aiik Sayidah Haritu update pasal kemudian entri tentang And then pasal cara beli rumah second hand Woww tengah intai intai nak beli rumah baru atau survey rumah secondhand subsale untuk tahu...
Cara Mudah Belanja Furniture

Cara Mudah Belanja Furniture

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 343 hits
Sekarang ini banyak toko online yang jual peralatan rumah tangga dengan harga yang menarik Meskipun ada beberapa orang yang menganggap jika berbelanja dengan sistem online banyak yang tertipu dengan barangnya Namun hal tersebut sebetulnya k...
Cara Buat Kek Manggo Cheese Leleh Versi Mamasab

Cara Buat Kek Manggo Cheese Leleh Versi Mamasab

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 1581 hits
Resepi Kek Manggo Cheese lelehBahan bahan utk kek spong1cawan gula halus3bji telur gred A 1sb ovelatte1 2cawan minyak masak1 2cawan susu cair1penutup Pewarna kuning1sk vanilla 2cawan tepung gandum1 sk baking powderCARA CARA Mixer gula telur...
Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah

Cara Pasang Kedudukan Lencana Sekolah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 2929 hits
Cara Pasang Kedudukan Lencana SekolahDah masuk saat saat akhir cuti persekolahan mesti ibu bapa dah siap menguruskan barang sekolah dan keperluan anak anak menjelang pembukaan sekolah tak lama lagi kan Untuk aku sendiri yang termasuk dalam ...
Begini Cara Nia Ramadhani Seleksi Calon Pengasuh Anaknya Kayak Casting Sinetron

Begini Cara Nia Ramadhani Seleksi Calon Pengasuh Anaknya Kayak Casting Sinetron

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 623 hits
Sebagai mantu pengusaha kaya raya Nia Ramadhani diberikan banyak fasilitas Di antaranya asisten rumah tangga dan suster untuk ketiga anaknya
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities