Hukum Syarikat Sebagai Harta Pusaka



SOALAN:
Saya ada soalan berkenaan harta pusaka dalam bentuk syarikat perniagaan. Ayah saya telah meninggalkan kepada kami sekeluarga 2 buah perniagaan, dan proses pembahagian terbantut atas sebab-sebab tertentu. Dan perniagaan tersebut diteruskan oleh adik beradik. Sekitar 5 tahun setelah itu syarikat telah berkembang dan telah mempunyai cawangan dan anak syarikat baru, kesemua syarikat tersebut dikendalikan oleh adik beradik.

Jadi bila kami ingin faraidkan syarikat tersebut mengikut syer saham, adakah kesemua syarikat sejak arwah ada sehinggalah syarikat baru yang tertubuh setelah peninggalannya termasuk dalam kiraan? Atau cuma 2 syarikat yang wujud ketika arwah ada sahaja dikira sebagai harta faraid. Manakala syarikat yang baru tidak termasuk dalam kiraan faraid? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

﴿لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا تَرَكَ الْوَالِدَانِ وَالْأَقْرَبُونَ مِمَّا قَلَّ مِنْهُ أَوْ كَثُرَ نَصِيبًا مَفْرُوضًا﴾
“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).” [Surah al-Nisa’ (7)]

Kemudian, sabda Rasulullah SAW:

«أَلْحِقُوا الفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا بَقِيَ فَهُوَ لِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»
“Bahagikanlah harta perwarisan kepada yang berhak dalam kalangan ahli waris. Sekiranya ada yang berbaki maka yang lelaki dalam kalangan kamulah yang lebih berhak.” [Riwayat al-Bukhari (6732), Muslim (1615)]

Berdasarkan ayat al-Quran dan juga hadith Rasulullah SAW di atas menunjukkan pensyariatan perwarisan harta peninggalan kepada para waris yang berhak. Imam al-Qurtubi di dalam tafsirnya mengatakan bahawa ayat ini juga menjadi dalil kepada pembahagian harta peninggalan seseorang mengikut faraid. [Lihat: Tafsir al-Qurtubi; 5/47]

Harta peninggalan ialah semua yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya sama ada dalam bentuk harta alih seperti emas, perak, duit, perabot, saham dan sebagainya, atau dalam bentuk harta tidak alih seperti tanah, rumah dan sebagainya. Kesemua ini termasuklah dalam takrifan harta peninggalan. Maka, apabila meninggalnya seseorang dan meninggalkan sekian-sekian harta seperti di atas, maka hendaklah ia dibahagikan kepada para warisnya yang berhak. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji; 5/71]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan mengenai anak syarikat dan juga keuntungan saham yang berkembang setelah pemergian seseorang, jika ia (saham dan syarikat) berkembang dari modal yang sama iaitu dari harta peninggalan ayahnya, maka kami katakan bahawa keuntungan saham dan juga anak syarikat yang terbit walaupun setelah sekian lama pemergian ayahnya itu, kesemua itu adalah termasuk dalam harta pusaka dan mestilah dibahagikan secara faraid kepada ahli waris yang berhak. Ini mengambil kaedah yang dipegang dalam mazhab Syafi’i iaitu:

أَنَّ التَّرِكَةَ بِزَوَائِدِهَا لِلْوَرَثَةِ، كُلٌّ حَسَبَ حِصَّتِهِ فِي الْمِيرَاثِ
“Sesungguhnya harta peninggalan dan pertumbuhannya adalah menjadi milik ahli waris mengikut bahagian masing-masing.” [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah; 11/216, al-Majmu’; 16/53]

Berkenaan dengan hal orang yang mengusahakan harta peninggalan sehingga berkembang namun belum dibahagikan kepada ahli warisnya yang berhak, jika orang yang menguruskan misalnya dalam kes ini, abang sulung menguruskan syarikat tersebut sehinggalah berkembang biak di bawahnya wujud anak-anak syarikat yang baharu dan juga saham yang banyak, maka perlulah dilihat di sini terlebih dahulu status asal syarikat tersebut yakni jika abang sulung tersebut meletakkan modal juga maka bolehlah diasingkan modal abang sulung dari harta asal dan yang bertambah darinya sebelum dibahagikan. Seterusnya, jika abang sulung menguruskannya atas sebab kerelaannya sendiri dan dia menghalalkan kesemua pengorbanannya bersama keuntungan syarikat dan sebagainya supaya dibahagikan sesama waris mengikut hukum faraid adalah lebih baik dan ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Namun, jika dia meminta upah dari usahanya itu, maka bolehlah dibayar mengikut upah yang setimpal dengan usahanya.

Di sini, terdapat juga satu prinsip yang dikeluarkan oleh Dar al-Ifta’ al-Misriyyah, mereka berkata:

التركة وما نتج عنها من نماء تكون لجميع الورثة ما دام الذين قاموا بتنمية التركة كانوا يأخذون مرتبات شهرية نظير ما قاموا به
“Harta peninggalan berserta apa yang terhasil daripadanya kesemuanya menjadi milik ahli waris yang berhak selagimana mereka yang mengembangkan harta, mereka mengambil gaji bulanan berdasarkan apa yang mereka usaha padanya.”

Penutup

Kesimpulannya, harta peninggalan bersama-sama setiap benda yang terhasil atau berkembang biak berpunca darinya, adalah dikira sebagai harta pusaka, maka ia perlulah dibahagikan mengikut hukum faraid kepada para warisnya yang berhak. Justeru, dalam konteks soalan yang diajukan, maka kami katakan syer saham bagi kesemua syarikat sama ada yang asal begitu juga yang terhasil daripadanya adalah pusaka.

Adapun, jika ada usul ataupun pertentangan dari seseorang, maka sebaiknya hal ini dirujuk ke mahkamah bagi menjalankan prosedur dan juga pengagihan yang lebih kemas.

Akhirnya, semoga Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama, memberikan kemudahan dalam urusan di dunia dan di Akhirat, semoga Allah SWT menerima dan memberkati segala amal perbuatan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-syarikat-sebagai-harta-pusaka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Harta Bayi Yang Meninggal Dunia

Hukum Harta Bayi Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 282 hits
SOALAN Anak saya yang berusia 2 bulan baru sahaja meninggal beberapa bulan lepas Semasa hayatnya arwah ada menerima hadiah berupa wang sewaktu kelahirannya semasa hari raya juga sedekah selepas meninggal daripada saudara mara dan kenalan ka...
Hukum Bekerja Di Syarikat Pos Yang Melibatkan Penghantaran Arak

Hukum Bekerja Di Syarikat Pos Yang Melibatkan Penghantaran Arak

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 177 hits
SOALAN Saya sedang melanjutkan pelajaran di luar negara dan bekerja part time di syarikat pengeposan barang Di tempat saya agak susah untuk mencari part time lebih lebih lagi kerana saya memakai tudung di negara mejoritinya bukan orang Isla...
Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Galaxy Bloom

Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Galaxy Bloom

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 258 hits
https ift tt 3a5eUym Pada 11 Februari hadapan Samsung akan melancarkan peranti terkini mereka Antara yang dilancarkan ialah peranti skrin boleh lipat yang kedua Sebelum ini kami melaporkan ia akan menggunakan nama Galaxy Fold 2 tetapi menur...
Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

Spekulasi Mukhriz Mahathir Ganti Maszlee Malik Tidak Benar Rupanya Mahathir Mohamad Sebagai Pengganti

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 373 hits
Sumber gambar dari Astro AwaniInfo terkini yang Ohmedia dapat Tun Mahathir kini memangku jawatan Menteri Pendidikan selepas jawatan berkenaan kosong ditnggalkan oleh Maszlee Malik Dipetik dari Sinar Harian menurut Pejabat Perdana Menteri pe...
Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

Apakah Tindakan Sprm Mendedahkan Audio Tersebut Sebagai Suatu Yang Beretika

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 330 hits
Apakah tindakan SPRM mendedahkan audio tersebut sebagai suatu yang beretika Samada ianya beretika atau tidak bergantung kepada pelbagai pandangan Ianya subjektif Negara ditadbir secara perundangan Sekiranya tindakan SPRM itu dilihat bercang...
Sultan Haitham Bin Tariq Al Said Dilantik Sebagai Sultan Oman Yang Baharu

Sultan Haitham Bin Tariq Al Said Dilantik Sebagai Sultan Oman Yang Baharu

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 451 hits
KUALA LUMPUR Sultan Haitham bin Tariq al Said diangkat sebagai pemerintah baharu Oman menggantikan Almarhum Sultan Qaboos bin Said Al Said Sultan Haitham merupakan bekas Menteri Kebudayaan Oman dan merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Qa...
Pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman Oleh Anggota Pkm Sebagai Perbuatan Jenayah Paling Kejam

Pembunuhan Tan Sri Abdul Rahman Oleh Anggota Pkm Sebagai Perbuatan Jenayah Paling Kejam

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 623 hits
InfoPeristiwaPada 7 Jun 1974 Polis Diraja Malaysia kehilangan seorang pemimpin berkaliber selepas Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Abdul Rahman Hashim terbunuh dalam kejadian tembakan di persimpangan Jalan Mountbatten berhampiran Bangu...
Tak Jadi Guna Vellfire Kerajaan Kekal Guna Proton Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi

Tak Jadi Guna Vellfire Kerajaan Kekal Guna Proton Perdana Sebagai Kenderaan Rasmi

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 839 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kerajaan akan terus kekal menggunakan Proton Perdana sebagai kenderaan rasminya Menjelaskan mengenai keputusan menggunakan Toyota Vellfire Guan eng berkata ketika kontrak pembekalan kenderaan diumum...
Perparah Defisit Berjalan Impor Gas Tak Dipilih Sebagai Solusi Turunkan Harga

Perparah Defisit Berjalan Impor Gas Tak Dipilih Sebagai Solusi Turunkan Harga

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 202 hits
Kementerian Energi Sumber Daya Mineral tidak melirik impor gas sebagai solusi untuk menurunkan harga gas di tingkat konsumen industri menjadi USD 6 per MMBTU Pemerintah lebih memilih mengurangi bagian pemerintah dari transaksi penjualan gas...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut