Hukum Solat Hari Raya Wajib Atau Sunnah
KATA PENGANTAR
Tulisan dibawah ini merupakan terjemahan dari fatwa Syaikh Abu al-Hasan Mustafa bin Ismail as-Sulaimani berkaitan dengan hukum Solat 'Ied dan Takbir pada hari 'Ied. Kami angkat dari Silsilah al-Fatawa Asy-Syar'iyah No. 8 bulan Muharram dan Shafar 1419H, soal jawab No. 131 dan 137. Dan dimuat di majalah As-Sunnah edisi 07/Th III/1419-1998M.
Syaikh Abu al-Hasan as-Sulaimani adalah seorang 'alim dari Mesir yang kini tinggal di Ma'rib Yaman, murid senior dari Syaikh Muqbil bin Hadi al-Wadi'i yang ahli dalam bidang hadits. Semoga tulisan ini bermanfaat.
HUKUM SOLAT 'IED, WAJIB ATAU SUNNAH
Beliau ditanya tentang dua orang yang berselisih pendapat mengenai solat 'Ied, apakah hukumnya wajib, atau sunnah yang bila dilaksanakan akan berpahala tetapi bila ditinggalkan tidak berdosa.
Beliau menjawab :
"Berkaitan dengan persoalan ini, ada tiga pendapat yang masyhur di kalangan Ulama :"
1. Solat 'Ied hukumnya sunnah. Ini adalah pendapat jumhur (majoriti) Ulama.
2. Fardhu Kifayah, ertinya (yang penting) dilihat dari segi adanya solat itu sendiri, bukan dilihat dari segi pelakunya. Atau (dengan bahasa lain, yang penting) dilihat dari segi adanya sekelompok pelaku, bukan seluruh pelaku. Maka jika ada sekelompok orang yang melaksanakannya, bererti kewajiban melaksanakan solat 'Ied itu telah gugur bagi orang lain. Pendapat ini adalah pendapat yang terkenal di kalangan mazhab Hambali.
3. Fardhu 'Ain (kewajiban bagi tiap-tiap kepala), ertinya; berdosa bagi siapa yang meninggalkannya. Ini adalah pendapat mazhab Hanafiyah serta pendapat salah satu riwayat dari Imam Ahmad.
DALIL-DALIL
Para pendukung pendapat pertama berdalil dengan hadis yang muttafaq 'alaih, dari hadis Thalhah bin Ubaidillah, ia berkata :
"Ertinya : Telah datang seorang laki-laki penduduk Nejed kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, kepalanya telah beruban, gaung suaranya terdengar tetapi tidak boleh difahami apa yang dikatakannya kecuali setelah dekat. Ternyata ia bertanya tentang Islam. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab : "Solat lima waktu dalam sehari dan semalam". Ia bertanya lagi : Adakah saya punya kewajiban solat lainnya ? Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab : "Tidak, melainkan hanya amalan sunnah saja". Beliau melanjutkan sabdanya : "Kemudian kewajiban berpuasa Ramadhan". Ia bertanya : Adakah saya punya kewajiban puasa yang lainnya ?. Beliau menjawab : "Tidak, melainkan hanya amalan sunnah saja". Perawi (Thalhah bin Ubaidillah) mengatakan bahawa kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menyebutkan zakat kepadanya. Iapun bertanya : "Adakah saya punya kewajiban lainnya ?. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab : "Tidak, kecuali hanya amalan sunnah saja". Perawi mengatakan, "Setelah itu orang ini pergi seraya berkata : Demi Allah, saya tidak akan menambahkan dan tidak akan mengurangkan ini". (Menanggapi perkataan orang itu) Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda : "Niscaya dia akan beruntung jika ia benar-benar (melakukannya)".
Mereka (para pendukung pendapat kesatu) mengatakan : Hadis ini menunjukkan bahawa solat selain solat lima waktu dalam sehari dan semalam, hukumnya bukan wajib (Fardhu) 'Ain (bukan kewajiban perkepala). Dua solat 'Ied termasuk ke dalam keumuman ini (yakni bukan wajib melainkan hanya sunnah saja, -pen). Pendapat ini di dukung oleh sejumlah Ulama diantaranya Ibnu al-Mundzir dalam "Al-Ausath IV/252".
Sedangkan pendukung pendapat kedua, yakni berpendapat bahawa solat 'Ied adalah Fardhu Kifayah, berdalil dengan argumentasi bahawa solat 'Ied adalah solat yang tidak diawali azan dan iqamat. Kerana itu solat ini serupa dengan solat jenazah, padahal solat jenazah hukumnya fardhu kifayah. Begitu pula solat 'Ied juga merupakan syi'ar Islam. Disamping itu, mereka juga berdalil dengan firman Allah :
"Ertinya : Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu dan berkorbanlah (kerana Rabbmu)". (Al-Kautsar : 2).
(Ayat ini berkaitan dengan perintah melaksanakan solat 'Ied, yakni 'Iedul Adha, wallahu a'lam, red).
Mereka juga berkeyakinan bahawa pendapat ini merupakan titik gabung antara hadis (kisah tentang) Badui Arab (yang digunakan sebagai dalil oleh pendapat pertama) dengan hadis-hadis yang menunjukkan wajibnya solat 'Ied. Perhatikanlah Al-Mughni II/224.
Sementara para pengikut pendapat ketiga berdalil dengan banyak dalil. Dan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah mendukung pendapat ini.
Beliau mengukuhkan dalil-dalil yang menyatakan (bahawa solat 'Ied adalah) wajib 'Ain (kewajiban perkepala). Beliau pun menyebutkan bahawa para sahabat dulu melaksanakan solat 'Ied di padang pasir (tanah lapang) bersama Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak pernah memberikan keringanan kepada seorang pun untuk melaksanakan solat tersebut di Masjid Nabawi.
Bererti hal ini menunjukkan bahawa solat 'Ied termasuk jenis solat Jum'at, bukan termasuk jenis solat-solat sunnah. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam juga tidak pernah membiarkan solat 'Ied tanpa khutbah, persis seperti dalam solat Jum'at. Hal semacam ini tidak didapati dalam Istisqa' (do'a meminta hujan), sebab Istisqa' tidak terbatas hanya dalam solat dan khutbah saja, bahkan Istisqa' boleh dilakukan hanya dengan berdo'a di atas mimbar atau tempat-tempat lain. Sehingga kerana itulah Abu Hanifah Rahimahullah membatasi Istisqa' hanya dalam bentuk do'a, ia berpandangan bahawa tidak ada solat khsusus untuk istisqa'.
Begitu pula, sesungguhnya ada riwayat yang jelas dari Ali (bin Abi Thalib) Radhiyallahu Anhu, yang menugaskan seseorang untuk mengimami solat ('Ied) di Masjid bagi golongan kaum Muslimin yang lemah. Andaikata solat 'Ied itu sunnah, tentu Ali tidak perlu menugaskan seseorang untuk mengimami orang-orang yang lemah di Masjid. Kerana jika memang sunnah, orang-orang lemah ini tidak usah melaksanakannya, tetapi toh Ali tetap menugaskan seseorang untuk mengimami mereka di Masjid, bererti ini menunjukkan wajib (sehingga orang-orang lemahpun tetap harus melaksanakannya -red).
Dalil lain ialah bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan agar kaum wanita keluar (ke tanah lapang) walaupun sedang haidh guna menyaksikan barakahnya hari 'Ied dan do'a kaum Mukminin. Apabila Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan para wanita haidh untuk keluar (ke tanah lapang) -padahal mereka tidak solat-, apalagi bagi para wanita yang sedang dalam keadaan suci. Ketika ada diantara kaum wanita berkata kepada beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam bahawa : "Salah seorang di antara kami tidak memiliki jilbab (kain menutupi seluruh tubuh wanita dari atas kepala hingga hujung kaki, pen), beliau tetap tidak memberikan keringan kepada mereka untuk tidak keluar, beliau bahkan menjawab :
"Ertinya : Hendaknya ada yang meminjamkan jilbab untuknya". (Hadis sahih, muttafaq 'alaihi, sedangkan lafalnya adalah lafal Imam Muslim).
Padahal dalam solat Jum'at dan solat berjama'ah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda (bagi para wanita) :
"Ertinya : Dan (di dalam) rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka".
Juga bahawa solat Jum'at ada gantinya bagi kaum wanita serta kaum musafir, berbeda dengan solat 'Ied (yang tidak ada gantinya). Solat 'Ied hanya satu atau dua kali dalam satu tahun, berlainan dengan solat Jum'at yang terulang sampai lima puluh kali atau lebih (dalam satu tahun). Sementara itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pun memerintahkan (ummatnya) untuk melaksanakan solat 'Ied, memerintahkan (agar ummatnya) keluar menuju solat 'Ied. Beliau dan kemudian di susul para Khalifahnya serta kaum Muslimin sesudahnya terus menerus melakukan solat 'Ied. Demikian pula tidak pernah sekalipun diketahui bahawa di negeri Islam solat 'ied ditinggalkan, sedangkan solat 'Ied termasuk syi'ar Islam yang paling agung. Firman Allah berbunyi :
"Ertinya : Dan hendaklah kamu bertakbir (mengagungkan) kepada Allah atas petunjuk-Nya". (Al-Baqarah : 185)
Pada ayat itu Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan bertakbir pada hari Iedul Fitri dan Iedul Adha. Ertinya, pada hari itu Allah Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan solat yang meliputi adanya takbir tambahan, sesuai dengan cara takbir pada raka'at pertama dan raka'at kedua. (Demikianlah secara ringkas apa yang dikemukakan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah disertai sedikit penambahan keterangan dan pengurangan. Lihat Majmu' Fatawa XXIV/179-183).
Imam Shana'ani, dan Shidiq Hasan Khan dalam "Ar-Raudhah An-Nadiyah" menambahkan bahawa apabila (hari) 'Ied dan Jum'at bertemu, maka (hari) 'Ied menggugurkan kewajiban shalat Jum'at. Padahal solat Jum'at adalah wajib, tidak ada yang boleh menggugurkan kewajiban ini melainkan yang menggugurkannya pasti merupakan perkara yang wajib. (Lihat pula Subul as-Salam II/141).
Mereka (para ahli pendapat ketiga ini) membantah dalil yang digunakan oleh para pendukung pendapat pertama, bahawa hadis (yang mengisahkan persoalan) orang Badui Arab itu mengandung beberapa kemungkinan.
Mungkin kerana orang Badui Arab itu tidak berkewajiban melaksanakan solat Jum'at, sehingga apalagi solat 'Ied.Mungkin pula kerana hadis tentang Badui Arab itu (khusus menerangkan) masalah kewajiban solat dalam sehari dan semalam (bukan mengenai kewajiban setiap tahun). Padahal solat 'Ied termasuk kewajiban solat yang bersifat tahunan, bukan kewajiban harian. (Kemungkinan kedua ini dikemukakan oleh Ibnu Al-Qayyim Rahimahullah dalam "Kitab ash-Shalah" halaman 39).
Hadis (kisah tentang) Badui Arab inipun masih boleh dibantah (dari sisi lain, yaitu bahawa) keterangan umum pada hadis itu (mengenai solat wajib hanyalah solat lima waktu dalam sehari dan semalam) telah dikhususkan dengan solat nadzar, yaitu solat yang seseorang mewajibkan dirinya untuk melaksanakannya kerana nazar (maksudnya : seseorang yang bernazar untuk melaksanakan solat, maka solat itu hukumnya wajib untuk dilaksanakan, padahal itu tidak tertuang dalam hadis (kisah tentang Badui Arab, red-). Jika argumentasi ini dibantah bahawa tentang kewajiban solat nazar ada dalilnya tersendiri, maka demikian pula kewajiban solat 'Ied juga ada dalilnya tersendiri. Jika dibantah lagi bahawa tentang kewajiban solat nazar diakibatkan kerana seseorang mewajibkan dirinya (dengan nazar) untuk melaksanakan solat , maka apalagi solat yang kewajibannya ditetapkan oleh Allah untuknya, tentu kewajiban melaksanakan solat baginya itu lebih nyata daripada melaksanakan solat yang ia wajibkan sendiri.
Adapun argumentasi yang digunakan oleh orang yang mengatakan bahawa solat 'Ied hukumnya Fardhu Kifayah berdasarkan ayat :
"Ertinya : Maka dirikanlah solat kerana Rabbmu dan berkorbanlah (kerana Rabbmu)". (Al-Kautsar : 2).
Atau bahwa solat 'Ied merupakan syi'ar Islam, maka dalil ini justru lebih mendukung pendapat yang mengatakan bahawa solat 'Ied hukumnya Wajib 'Ain (wajib bagi tiap-tiap kepala).
Mengenai qiyas yang mereka lakukan terhadap solat jenazah bahawa solat 'Ied adalah solat yang tidak didahului azan maupun iqamat (Qamat) hingga mirip dengan solat jenazah, maka qiyas itu adalah qiyas yang berlawanan dengan nash.
Disamping itu, sesungguhnya telah dinyatakan bahawa manusia tidak membutuhkan azan bagi solat 'Ied, adalah kerana :
1. Mereka keluar (untuk solat) menuju tanah lapang, dan kerana jauhnya dari tempat-tempat pemukiman.
2. (Sebelumnya) Mereka telah menunggu-nunggu untuk memasuki malam hari raya, sehingga telah bersiap sedia untuk melaksanakan solat 'Ied (pada pagi harinya), dan telah menghentikan segala kesibukan lain (sehingga mereka tidak lagi memerlukan adanya azan, -red), berbeda keadaannya dengan solat yang lima waktu. Wallahu 'alam.
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah mengatakan : "Siapa yang berpendapat solat 'Ied itu Fardhu Kifayah, maka perlu dikatakan kepadanya bahawa hukum Fardhu Kifayah hanya terjadi pada sesuatu yang maslahatnya dapat tercapai jika dilakukan oleh sebahagian orang, misalnya menguburkan jenazah atau mengusir musuh. Sedangkan solat 'Ied maslahatnya tidak akan tercapai jika hanya dilakukan oleh sebahagian orang. Kemudian kalau maslahat solat 'Ied ini (dapat dicapai dengan hanya sebahagian orang) berapakah jumlah orang yang dibutuhkan agar maslahat solat tersebut dapat tercapai ..? Maka sekalipun dapat diperkirakan jumlah tersebut, tetapi pasti akan menimbulkan pemutusan hukum secara pribadi, sehingga mungkin akan ada yang menjawab ; satu orang, dua orang, tiga orang .... dan seterusnya". (Dinukil dari Majmu Fatawa Ibnu Taimiyah).
Imam Shana'ani, Imam Syaukani, guru kita Syaikh Al-Albani dan Syaikh kami Syaikh (Muhammad bin Shalih) Al-Utsaimin -hafizhallahu al-jami- berpegang kepada pendapat bahawa solat 'Ied adalah WAJIB 'AIN. Saya pribadi cenderung mengikuti pendapat ini, sekalipun pada beberapa dalil yang digunakan oleh para pendukung pendapat ini ada yang perlu dilihat kembali, tetapi pendapat tersebut adalah pendapat yang dalilnya paling kuat dibandingkan dalil-dalil pendapat lainnya.
Kendatipun saya takut menyelisihi jumhur (majoriti) ahli ilmu (Ulama), namun dalam hal ini saya lebih menguatkan pendapat yang mengatakan (solat 'Ied) hukumnya Wajib 'Ain, berdasarkan kekuatan dalil yang (menurut saya) mereka gunakan, terutama kerana sejumlah Ulama juga berpendapat seperti ini.
Begitulah kiranya sikap adil (tidak taklid). Wallahu a'lam
Halaman satu dari dua tulisan
http://www.assunnah.or.id
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ustazcyber.com/2021/05/hukum-solat-hari-raya-wajib-atau-sunnah.html