Hukum Nikah Wanita Hamil Anak Luar Nikah Ustaz Zaharuddin Merungkai Persoalan






Soalan: 
Sesungguhnya permasalahan ini amat berat. Perkahwinan seumpama ini pada hari ini sememangnya amat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung anak luar nikah, cepat-cepat dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini , perkahwinan ini adalah tidak sah! Maka pasangan tersebut akan hidup dalam zina sepanjang hayat. Mohon ustaz huraikan jawapan tuan imam dan tulisan ini.  

  Jawapan UZAR Telah agak lama saya terima soalan sebegini dan agak kerap juga. Jika ia hanya sekadar soalan ilmu yang bersifat amat jarang berlaku, ia tidaklah mengapa tetapi yang amat saya bimbangi adalah berdasarkan kekerapan soalan ini diajukan menimbulkan andaian bahawa kes begini sering berlaku dalam masyarakat kita. 

Ini bermakna, agak ramai wanita dan lelaki yang telah terlanjur sebegini dan kemudian baru terfikir hukum bagi menyelesaikannya.Sebagai manusia biasa, saya agak geram bila diajukan soalan ini. Hinggakan agak kerap juga saya menjawab dengan mudah iaitu."Hukumnya sememangnya menyukarkan, jadinya lain kali jangan berzina" demikian jawapan semasa geram saya. 

"Ini kerana jika sememangnya tiada "manual panduan yang normal" hukum yang mudah bagi menjawab keadaan sedemikian, sama seperti seorang yang datang mengadu kepada seorang mekanik kereta  apabila kerosakan enjin keretanya" . Setelah diselidiki , didapati enjin rosak dengan amat fatal, apabila ditanya apa sebab enjinnya seteruk ini rosaknya, maka si  empunya kereta memberitahu :- "Kerana saya letak minyak tar dalam tangki petrol" 

Saya kira sudah tentu mekanik itu juga merasa ‘bengang' dengan perangai ‘kurang cerdik' tuan punya kereta. Kemudian apabila diberitahu kos untuk membaiki enjin itu adalah mahal dan sukar,tuan punya kereta mulalah membebel dan marah-marah serta menuntut kos pembaikan yang mudah dan murah."mana boleh murah dan senang kalau gini, dah hang yang teruk sangat jaga dan guna kereta. Kalau nak murah..LAIN KALI JANGANLAH MASUKKAN MINYAK TAR DALAM TANGKI PETROL NI OK !" kata mekanik meradang apabila diminta membaiki kerosakan berat itu dengan kos murah.  

Inilah seolah-olahnya radangan saya juga di peringkat awal dulu. Dah berzina hingga mengandung, barulah sibuk ingin memikirkan hukum halal haram dan kesannya. Maka sudah tentu penyelesaiannya juga agak sukar sebenarnya.
Bagaimanapun, bagi memberikan penghargaan kepada pasangan yang telah bertawbat, maka inilah jawapannya:-  

Apabila seorang lelaki dan wanita itu telah bertawbat dengan tawbat yang benar, dan berkahwin semasa si wanita itu sedang mengandungkan anaknya secara pasti. Perkahwinan itu adalah sah menurut Mazhab Syafie dan perlulah didaftarkan sebaiknya.Mazhab Hanbali menjadikan tawbat sebagai syarat untuk diterima pernikahan tersebut. Ia berdasarkan tafsiran mereka dari surah an-Nur ayat ke 3. Bagaimanapun majority ulama tidak menjadikan tawbat sebagai syarat sah pernikahan penzina tersebut.  

HUKUM KAHWIN SEMASA ‘IDDAH DAN HAMIL Adapun berkenaan hal ‘iddah' dan bolehkah berkahwin semasa tempoh ‘iddah. Hukum asal bagi perkahwinan dan perceraian normal, adalah diwajibkan menunggu tamatnya ‘iddah wanita sebelum diizinkan untuk berkahwin baru.( Al-Ikthiyar li Ta'lil al-Mukhtar, 3/78).  

a) Tempoh Iddah Wanita Dicerai Dalam Keadaan Suami Masih Hidup Tempoh iddah bagi wanita yang diceraikan (jika tidak mengandung) adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT :- Ertinya : "Dan wanita-wanita yang tercerai ( iddahnya ) adalah tiga kali suci " ( al-baqarah : 228 )   


b) Tempoh Iddah Wanita Mengandung Tempoh ‘iddah bagi wanita mengandung, adalah sehingga ia selesai bersalin. Ia berdasarkan firman Allah SWT :- وأولات الأحمال أجلهنّ أن يضعن حملهنّ Ertinya : " Wanita-wanita yang hamil tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan kandungannya" ( At-Talaq : 3)
 
c) Tempoh Iddah Wanita Yang Bercerai Kerana Suami Mati
Tempohnya adalah 4 bulan sepuluh hari, jika tidak mengandung. Ia berdasarkan firman Allah :- والذين يتوفون منكم ويذرون أزواجاً يتربصن بأنفسهنّ أربعة أشهر وعشراً Ertinya : Dan bagi mereka yang meninggal dari kalangan kamu dan meninggalkan pasangan (isteri-isteri) hendaklah menunggu (tempoh iddah) nya 4 bulan sepuluh hari" ( Al-Baqarah : 234 ) 
Ulama telah bersepakat bahawa perkahwinan semasa iddah adalah dilarang dalam Islam ( Nizam al-Usrah Fil Islam, Dr Md Uqlah, 1/ 287), Ia berdasarkan firman Allah : ولا تعزموا عقدة النكاح حتى يبلغ الكتاب أجله Ertinya : "Dan jangan kamu melangsungkan aqad nikah sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan al-Kitab ( tempoh iddah) " (Al-Baqarah : 235 )

Bukan saja nikah, malah meminang seorang wanita semasa dalam tempoh ‘iddahnya juga adalah haram. Jika meminang pun tidak dibenarkan semasa iddah apatah lagi bernikah, sudah tentu lebih besar larangannya. Ia berdasarkan firman Allah.  

Demikian tadi hukum yang standard bagi seluruh umat Islam. Secara mudahnya, inilah hukum normal bagi keadaan normal. Sebagaimana manual dan panduan bagi sesebuah kereta yang rosak normal. Dengan mudah boleh dijumpai penyelesaiannya oleh si mekanik.  

Kes Zina Bermasalah Bagaimanapun dalam kes ‘iddah bagi individu yang ‘termengandung' akibat zina dan hukum si wanita ini berkahwin dengan lelaki samaada pasangan zinanya atau lelaki lain bagi menutup malunya dengan segera atau apa jua sebab lain. 

Ulama berbeza pandangan dalam hal ini. Mazhab Maliki, Syafie dan At-Thawry berpendapat bahawa tiada hukum ‘IDDAH bagi wanita berzina. Menurut aliran mazhab ini, perbuatan berdosa dan haram seperti zina tidak akan diiktiraf, Hasilnya, tiada hukum boleh terbina di atas sesuatu yang tidak sah seperti zina. ( Rawdah at-Tolibin, 7/113 ; Bidayatul Mujtahid, ibn Rusyd, 2/21) 
Pandangan ini juga diriwayatkan telah dipegang sebelumnya oleh beberapa sahabat Nabi yang utama seperti Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a , Umar Al-Khattab r.a dan Ali Bin Abi Talib r.a.  

Ia berdasarkan hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a : Ertinya : "..penzina (muhsan) tidak lagi layak kepada sesuatu kecuali rejaman batu sehingga mati" Dan juga sebuah lagi dalil iaitu : لا يحرم الحرام الحلال , إنما يحرم ما كان من نكاح
Ertinya  : Sesungguhnya perbuatan yang haram tidak akan mengharamkan yang halal ( iaitu perhubungan hasil zina tidak akan membawa sebarang kesan kepada hubungan semendaan) , sesungguhnya hanya akan menjadi haram kerana persemendaan jika dari nikah yang sah" ( Riwayat Ibn Majah, Al-Bayhaqi : As-Sayuti : Dhoif) 
  Hasil dari dalil-dalil itu, jelas bahawa zina yang haram tidak membawa sebarang hukum ‘iddah, hanya nikah yang sah terdapat ‘iddah. Justeru, perkahwinan penzina wanita yang sedang mengandung itu dengan pasangannya adalah sah menurut mazhab ini dan juga disepakati oleh Imam Abu Hanifah. 

Lagi Displin Khas Bagaimanapun, jika wanita penzina melakukan zina dengan ramai lelaki sehingga ia tidak pasti yang berada di dalam kandungannya adalah dari lelaki tertentu. Pernikahannya itu masih sah menurut seluruh mazhab yang telah disebutkan di atas tetapi dengan SYARAT : MEREKA TIDAK BOLEH BERSETUBUH SEHINGGALAH SI WANITA ITU TELAH BERSALIN!. Jika mereka bersetubuh, maka berdosalah mereka walaupun perkahwinan telah sah. 

Ia berdasarkan sebuah hadith yang ertinya : "Tidaklah halal bagi sesiapa yang beriman dengan Allah dan RasulNya, untuk menyiram benih kepada tanaman lelaki lain ( iaitu jika wanita sedang mengandungkan benih lelaki lain)" ( Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi : Hadith Hasan) 
  Sekiranya wanita itu berkahwin dengan satu-satunya lelaki dan pasti pula ia adalah benih lelaki tersebut. Di ketika itu, ia dibenarkan untuk bersama selepas pernikahan dan pernikahan itu juga sah. 
Adapun berkenaan jawapan seorang imam yang disebar luaskan oleh orang ramai berikut :- SIla buka di sini 

 
Jawapan di atas juga ada benar sebahagiannya jika dilihat dari perspektif mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari, yang mana mereka mengiktiraf mengandung hasil zina boleh membawa hukum ‘iddah, hasilnya, haram bernikah dengan wanita yang sedang ‘iddah dan berlakulah segala satu macam kerumitan sebagaimana yang digambarkan dalam jawapan tuan imam ini. 

Kesimpulan Bagi saya jawapan yang lebih utuh dalam keadaan masyarakat yang amat bermasalah hari ini adalah sah pernikahan dengan syarat si pasangan bertawbat dan jika wanita itu berkahwin dengan pasangan yang bukannya pemilik benih kandungannya, wajiblah ia menjauhi wanita itu sehinggalah ia bersalin. 

Sekian Ust Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/

Kredit : zaharuddin.net

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/10/soal-jawab-hukum-nikah-wanita-hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Anak Perempuan Suami Sampai Bernazar Hamil Anak Keempat Suka Melawa Rupanya Yang Kelima Baru Baby Girl

Nak Anak Perempuan Suami Sampai Bernazar Hamil Anak Keempat Suka Melawa Rupanya Yang Kelima Baru Baby Girl

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 402 hits
Anak anak pelengkap keluarga kehadiran mereka memeriahkan lagi kehidupan berumah tangga Tambah meriah bila lengkap punya anak lelaki dan perempuan dalam keluarga sempurna seadanya Bagi pasangan Siti Aisyah Abu 34 serta pasangannya Mohamad K...
Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar

Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 173 hits
Hamil Luar Rahim Hilang Banyak Darah Doktor Kata Saya Hampir Gagal Diselamatkan Shima Anuar PELAKON Shima Anuar berkongsi berita sedih apabila terpaksa menjalani pembedahan menggugurkan kandungan selepas disahkan hamil luar rahim Shima atau...
Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan

Hamil Luar Rahim Shima Anuar Terpaksa Gugurkan Kandungan

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 599 hits
PETALING JAYA Pelakon Shima Anuar reda rezekinya untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian apabila mengalami kehamilan luar rahim
Aliya Rajasa Istri Ibas Yudhoyono Kabarkan Hamil Anak Keempat Banjir Ucapan Selamat Dari Kerabat

Aliya Rajasa Istri Ibas Yudhoyono Kabarkan Hamil Anak Keempat Banjir Ucapan Selamat Dari Kerabat

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 182 hits
SBY akan punya cucu lagi dari pasangan Ibas dan Aliya yang sebelumnya sudah memiliki dua anak laki laki dan satu anak perempuan
Ibu Hamil 9 Bulan Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Titip Pesan Suami Kena Layan Mengidam Isteri Walaupun Pelik

Ibu Hamil 9 Bulan Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Titip Pesan Suami Kena Layan Mengidam Isteri Walaupun Pelik

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 189 hits
Bila hamil memang adakalanya isteri akan mengidam yang pelik pelik kadang rasa tak masuk akal tapi itu antara lumrah bila wanita mengandung Seperti yang dilaporkan dalam Mstar yang mana seorang wanita yang dikenali sebagai Farhana Zahra 32 ...
Ibu Hamil 9 Bulan Sering Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Tak Guna Wheelchair Sebab Tak Muat Kereta Sport Suami

Ibu Hamil 9 Bulan Sering Mengidam Naik Stroller Anak Di Mall Tak Guna Wheelchair Sebab Tak Muat Kereta Sport Suami

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 699 hits
MENGIDAM sudah menjadi sinonim dengan seorang ibu yang mengandung terutama sekali terhadap makanan pelik pelik atau susah dicari Begitu juga dengan wanita ini Farhana Zahra 32 yang mengidam untuk menaiki kereta sorong bayi sewaktu dia sedan...
Video Sedih Bakal Menantu Tak Jadi Wanita Hadir Wedding Ex Anak Dipuji Ramai

Video Sedih Bakal Menantu Tak Jadi Wanita Hadir Wedding Ex Anak Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 7/3/2022 - jumlah : 309 hits
Apabila kita dah menjalinkan hubungan dengan seseorang pastinya kita akan diperkenalkan dengan keluarga dan biasanya akan jadi rapat sampaikan ada ibu yang akan sayang bakal menantu lebih daripada anak sendiri Tapi tak semua hubungan mampu ...
Ketika Wanita Menutup Aurat Separuh Gejolak Nafsu Sudah Ditenangkan Ustaz Wadi Annuar

Ketika Wanita Menutup Aurat Separuh Gejolak Nafsu Sudah Ditenangkan Ustaz Wadi Annuar

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 200 hits
Kadang kadang kita tengok ada orang sekejap je bertudung sekejap lagi dia buka lepas dua tiga tahun dia bertudung pula kemudian dia buka pula apa punca itu Kita kena tahu yang mendedahkan aurat ataupun rambut itu adalah dosa besar Seramai m...
Wanita Lahir Anak Pada Usia 24 25 Tahun Hidup Lebih Lama

Wanita Lahir Anak Pada Usia 24 25 Tahun Hidup Lebih Lama

papar berkaitan - pada 24/2/2022 - jumlah : 177 hits
SEOUL Satu kajian baharu mendapati bahawa wanita yang melahirkan anak ketika berusia 24 atau 25 tahun cenderung untuk hidup lebih lama lapor portal berita MailOnline semalam Kajian dijalankan pasukan penyelidik dari Universiti Seoul itu dil...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik