Panduan Solat Bagi Orang Sakit Uzur Di Rumah Atau Hospital



Kenapa Anda Yang Harus Sakit?Sakit merupakan suatu anugerah, nikmat dan mungkin juga suatu ujian sebagai kifarah untuk menyucikan dosa-dosa anda. Oleh itu, bersyukurlah kerana nyawa anda masih ada. Anda masih dikasihi dan diberikan nikmat untuk bernafas. Adakah seseorang yang sihat itu dikasihi oleh Allah SWT? Adakah Allah SWT mengasihi orang-orang yang syirik dan berbuat maksiat kepadaNya? 
Sepatutnya merekalah yang ditimpakan musibah ini, bukannya anda! Adakah Allah SWT membenci Nabi Muhammad SAW sehingga Baginda menempuh pelbagai penyeksaan dan azab sengsara ketika menyampaikan dakwah islamiyah

Jawapannya pasti tidak

Sebenarnya Allah SWT memang bersifat Pemurah. Kesihatan bukanlah tanda Allah SWT sayang kepada seseorang. Tetapi orang yang disayangi oleh Allah SWT ialah orang yang sentiasa bersabar apabila ditimpa musibah dan bersyukur apabila memperolehi kenikmatan kerana Allah SWT ingin mengurniakan darjat dan martabat iman dan taqwa kepada hambaNya yang terpilih

Perlukah Anda Menunaikan Solat Ketika Sakit?Ya! Selagi jantung anda masih berdegup, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah anda wajib bersolat. Solat adalah tanda hubungan hamba dengan Penciptanya. Tanpa solat, maka putuslah hubungan itu dan bertambah jauhlah rahmat Allah SWT dari anda

Bagaimana Membersihkan Najis Ketika Sedang Sakit?Bersihkan diri anda dari najis sekadar yang termampu.Najis yang sukar dibersihkan seperti darah dan nanah yang terdapat pada badan dan pakaian adalah dimaafkan.Begitu juga dengan najis yang sentiasa keluar seperti kencing, darah dan nanah. Ia hendaklah dibersihkan dahulu sebelum berwudhu’ atau balutlah jika boleh dibalutJika anda sedang solat dan tetap keluar najis tersebut, itu tetap dimaafkan. 
Bagaimana Dengan Aurat Dan Kiblat Untuk Solat?Aurat hendaklah ditutup sekadar yang terdaya dengan menggunakan selimut, tuala, stokin dan sebagainya.Hendaklah mengadap kiblat sekadar yang mampu. Jika perlu, alihkan katil ke arah kiblat (sekiranya boleh dialihkan dan mendapat bantuan kakitangan wad).Jika tidak mendapat bantuan, hadaplah ke mana sahaja.
Di Mana Anda Boleh Bersolat Ketika Sakit?Solatlah di surau wad jika mampu.Solatlah di mana-mana sahaja asalkan ianya suci dari najis.Memadai jika bersolat di tepi katil jika itu yang termampu. Gunakanlah apa jua alas seperti surat khabar dan kertas asalkan ianya suci dari najis.
Keadaan Yang Mengharuskan Pesakit Berwudhu’ Menggunakan Water Spray (Penyembur Air )Pesakit yang mengalami masalah pergerakan disebabkan patah tulang (kaki/ tulang belakang dan sebagainya).Pesakit yang terlantar di atas katil sepanjang masa.Pesakit yang berbalut (simen dan sebagainya) pada bahagian kaki.
* Pastikan anggota wudhu’ suci dari najis dan hadas (mengikut sekadar kemampuan)



TayammumRukun Tayammum
1. Niat bertayammum
2. Menyapu debu tanah ke muka
3. Menyapu debu tanah kedua belah tangan hingga ke siku
4. Tertib

Syarat Sah Tayammum
1. Menghilangkan najis terlebih dahulu
2. Debu tanah yang suci
3. Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan)
4. Ada qasad (niat) penggunaan debu tanah
5. Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan
6. Pastikan terlebih dahulu arah kiblat
7. Bertayammum apabila telah masuk waktu solat
8. Satu tayammum bagi satu solat fardhu dan beberapa solat sunat

Sebab - Sebab Bertayammum
1. Ketiadaan air setelah berusaha mencarinya
2. Ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan dan minum
3. Boleh membahayakan kesihatan dan nyawa sekiranya menggunakan air







Bagaimana Solat Ketika Sakit?
Solat Sambil DudukKeadaan duduk adalah seperti duduk antara 2 sujud.Mengadap kiblat.Niat, takbir, sujud dan duduk tahiyat awal/akhir adalah sama seperti solat biasa.Rukuk dilakukan dengan menundukkan kepala sehingga kedudukannya bertentangan dengan tempat sujud.Iktidal pula dilakukan dengan mengangkat kepala tegak semula.Sujud seperti biasa. Namun, jika tak mampu, bolehlah dengan menundukkan kepala rendah sedikit daripada tunduk ketika rukuk.
Solat Baring MengiringMengiring di atas rusuk kanan.Muka dan dada mengadap kiblat.Rukuk dan sujud dilakukan dengan cara menunjukkan isyarat kepala. Tundukkan kepala semasa rukuk, sementara sujud dilakukan dengan menundukkan kepala lebih rendah daripada ketika rukuk.Jika tidak mampu, bolehlah menggunakan isyarat kelopak mata bagi rukuk, manakala sujud dengan isyarat menutup mata.
Solat Baring MelentangBaring melentang dan kakinya diluruskan ke arah kiblatTinggikan sedikit kepala dengan menggunakan bantal (atau seumpamanya) supaya muka mengadap kiblat.Rukuk dan sujud dengan isyarat kelopak mata seperti dalam suasana solat mengiring di atasJika tidak terdaya, bolehlan rukuk dan sujud dengan cara lintasan (niat) di hati dengan mengingati setiap perbuatan dalam solat.Tangan diangkat seperti biasa ketika takbir. Jika tidak berdaya, memadai dengan ucapan Allahu Akbar sahaja.
Solat Secara Melakukan Isyarat Kelopak MataBerada dalam keadaan berbaring sambil terlentang.Kaki menghala ke arah kiblat.Rukuk dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata, manakala sujud pula dilakukan dengan memejamkan mata.
Solat Secara Ingat Di Dalam HatiMenggerakkan ingatan di dalam hati menurut tertib solat.
Solat JamakMaksud jamak ialah menghimpun
Syara’ memberi kemudahan kepada orang yang uzur dalam bentuk menggabungkan dua solat fardhu dalam satu masa untuk mengurangkan tekanan, kesukaran, kesakitan dan sebagainya
Harus menggabungkan dua solat dalam satu waktu (Zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak)
Boleh melaksanakan solat secara taqdim (waktu solat kedua dilakukan dalam waktu solat pertama) atau ta’khir (waktu solat pertama dilaksanakan dalam waktu solat ke dua)Hendaklah berniat melakukan solat Jamak Taqdim atau Ta’khir pada
Takbiratul Ihram solat yang pertama
Dilakukan apabila diyakini :1. Mengalami kesakitan yang amat kritikal
2. Kesukaran proses mengambil wuduk/ tayammum
3. Tidak sedar (akibat kesan pelalian) terhadap salah satu waktu solat tersebut
4. Waktu pembedahan/ rawatan yang mengambil masa terlalu lama

Solat QasarMaksud qasar ialah memendekkan sesuatu.Menurut syarak ia adalah kemudahan memendekkan empat rakaat solat kepada dua sahaja dan dihukumkan harus kerana menjalani rawatan penyakit-penyakit kronik di hospital.
Tonton Panduan Ibadah Solat Pesakit di bawah:

Anda boleh memuatturun Panduan Ibadah Solat Pesakit di Sini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://myinfosolat.blogspot.com/2019/12/panduan-solat-bagi-orang-sakit-uzur-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

Monyet Terjah Kedai Jual Ubat Mengadu Sakit Badan Luka

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 1022 hits
Seekor monyet menjadi perhatian orang ramai apabila dipercayai pergi ke kedai ubat ubatan untuk mendapatkan bantuan kerana mengalami luka pada badan Melalui satu video yang dimuatnaik oleh Trendup News di Youtube kejadian yang berlaku di Ma...
Penghisap Vape Masuk Hospital Kerana Alami Sesak Nafas Demam Sakit Dada

Penghisap Vape Masuk Hospital Kerana Alami Sesak Nafas Demam Sakit Dada

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 390 hits
Thailand Seorang lelaki berusia 48 tahun dimasukkan ke hospital swasta kerana mengalami masalah pernafasan yang dipercayai berpunca dari rokok elektronik atau vape Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia mula menghisap vape dengan flavour ...
Enam Orang Tewas Saat Insiden Penembakan Rumah Sakit Di Ceko

Enam Orang Tewas Saat Insiden Penembakan Rumah Sakit Di Ceko

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 253 hits
Seorang pria bersenjata membunuh enam orang di sebuah ruang tunggu rumah sakit di Ostrava Ceko sebelum menembak diri sendiri kata polisi Polisi bersenjata menemukan pelaku tewas bunuh diri tiga jam kemudian dalam sebuah kendaraan
Shafeea Sakit Hingga Dirawat Di Rumah Sakit Ahmad Dhani Kirim Bunga

Shafeea Sakit Hingga Dirawat Di Rumah Sakit Ahmad Dhani Kirim Bunga

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 393 hits
Putri Ahmad Dhani dan Mulan Jameela Shafeea Ahmad sedang sakit Shafeea pun harus dirawat di rumah sakit
Izzat Masuk Hospital Boleh Dah Ke Kita Balik Rumah Ibu

Izzat Masuk Hospital Boleh Dah Ke Kita Balik Rumah Ibu

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 701 hits
assalamualaikum wow entri kedua hari ni lah alhamdulillah maksudnya keje hakiki saya settle dgn jayanya if not takkan dpt tenang menaip entri ni di blog berkaitrapat dengan entri terdahulu has been mentioned that Izzat pernah masuk hospital...
Viral Penyelam Ini Masuk Rumah Sakit Gara Gara Masukan Penisnya Ke Kerang

Viral Penyelam Ini Masuk Rumah Sakit Gara Gara Masukan Penisnya Ke Kerang

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 326 hits
Seorang penyelam scuba terpaksa masuk rumah sakit di Ka u di Pulau Hawaii AS setelah dia memasukkan penisnya ke kerang raksasa saat menyelam Sean Madison 22 dipindahkan ke rumah sakit Ka u setelah menderita komplikasi pernapasan parah munta...
Vigor Spinning Bike Cardio Exercise Memudahkan Senaman Di Rumah

Vigor Spinning Bike Cardio Exercise Memudahkan Senaman Di Rumah

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 398 hits
Vigor Spinning Bike Cardio Exercise Memudahkan Senaman di Rumah Nak lakukan senaman kat mana mana pun boleh kan Yang penting usaha dari diri sendiri Ececeh Kemain lagi umi menasihati Tapi diri sendiri senam The post appeared first on
Dorong Para Ibu Masak Di Rumah Masako Rilis Program Undian Berhadiah Langsung

Dorong Para Ibu Masak Di Rumah Masako Rilis Program Undian Berhadiah Langsung

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 235 hits
PT Ajinomoto Indonesia melalui produk bumbu kaldu Masako sedang menyelenggarakan undian berhadiah langsung bertajuk Banyak Masak Banyak Rejeki
8 Potret Rumah Bergaya Elegan Milik Alya Rohali Koleksi Medali Curi Perhatian

8 Potret Rumah Bergaya Elegan Milik Alya Rohali Koleksi Medali Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 612 hits
Mewah dan bergaya elegan itu lah kesan dari rumah milik Alya Rohali Kediamannya yang ada di Jakarta itu terasa begitu nyaman dan luas
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Perempuan Melawan Lara

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Soodaap Fish Chip Viral Tepi Jalan Je

Gempa Myanmar Penyelamat M Sia Keluarkan Seorang Mangsa Masih Hidup

Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm