Hukum Menerima Rasuah Bagi Menampung Kos Rawatan



SOALAN:
Adakah dibolehkan mengambil rasuah untuk menampung kos rawatan atas alasan darurat?

JAWAPAN:
Sebagai mukadimah, kami kemukakan dalil pengharaman rasuah daripada al-Quran mahupun al-Sunnah.

Allah SWT berfirman:

سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).” [Surah al-Maidah (5:42)]

Perkataan as-Suht menurut bahasa ialah kemusnahan. Sementara, Ibn Mas’ud R.A dan selainnya memberi maksud perkataan as-Suht sesuatu yang haram adalah rasuah. [Lihat: al-Jaami’ Li Ahkam al-Quran, al-Qurthubi (6:182-183)]

Sebuah hadith, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
“Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmidzi (1337) dan Ibn Majah (2313)]

Pelaku rasuah berhak dilaknat jika mendapatkan sesuatu yang bukan haknya selain bertujuan menyakiti Muslim yang lain. [Lihat: al-Kabair :132]

Amalan rasuah termasuk dalam dosa besar kerana ancaman laknat. Hal ini berdasarkan kalam Ibn al-Solah: “Ada beberapa tanda yang menunjukkan suatu dosa termasuk daripada dosa besar iaitu; pelakunya menjadi fasiq dan dilaknat.” Sementara Ibn Abd al-Salam menyebut: “Dosa besar ialah dosa yang disertakan dengan balasan buruk atau laknat.”

Berbalik kepada soalan yang diajukan, kami berpendapat menerima tawaran rasuah bagi menampung kos rawatan adalah ditegah berdasarkan hadith yang menyatakan penerima rasuah turut dilaknat. Tambahan pula, keadaan mendapatkan sumber kewangan bagi menampung kos rawatan tidak dikatakan pada situasi terdesak kerana masih terdapat saluran lain untuk mendapatkan bantuan kewangan. Sehubungan itu, kami mengesyorkan untuk membuat permohonan bantuan perubatan daripada pelbagai pihak mahupun agensi kerajaan seperti berikut:

Permohonan Bantuan Perubatan daripada Baitulmal.Permohonan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).Permohonan bantuan kos rawatan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.Permohonan menampung pembiayaan kos perubatan daripada zakat negeri.Kutipan derma kilat daripada orang ramai dengan memaparkan surat pengesahan penyakit daripada hospital.
Penutup

Konklusinya, jalan pintas menerima rasuah bagi kegunaan kos rawatan tidak dianggap darurat kerana masih terdapat saluran bantuan kewangan daripada pelbagai pihak. Tidak dinafikan rawatan merupakan salah satu usaha memelihara nyawa namun pada masa yang sama mencari sumber kewangan yang halal turut dituntut oleh syarak. Tambahan pula, ujian ditimpa penyakit merupakan salah satu wasilah untuk penghapusan dosa.

Hal ini bertepatan hadith daripada Abu Sa'id Al Khudri dan Abu Hurairah R.A daripada Nabi SAW bersabda:

مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلا وَصَبٍ وَلا هَمٍّ وَلا حُزْنٍ وَلا أَذًى وَلا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ
“Tidaklah seorang Muslim yang ditimpa suatu penyakit dan keletihan, kegusaran dan kesedihan, gangguan dan kesusahan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah SWT akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” [Riwayat al-Bukhari (5641) dan Muslim (2573)]

Seseorang hamba yang bersabar ditimpa musibah penyakit dan kesusahan akan diampuni dosanya. Oleh yang demikian, usaha merawat penyakit mestilah dengan cara yang diredhai Allah SWT. Mereka yang ditimpa kesempitan kewangan bagi menampung kos rawatan perlu sedaya upaya mencari alternatif mendapatkan bantuan kewangan yang patuh syariah berbanding menerima rasuah. Tambahan pula, pelaku rasuah mendapat kemurkaan Allah serta dijauhkan daripada rahmat-Nya. Akhir sekali, marilah kita menghindarkan diri dari gejala rasuah yang boleh menghakis keberkatan rezeki dan berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik dalam beragama.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-menerima-rasuah-bagi-menampung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenyataan Media Amksedih Keadaan Khairuddin Amk Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

Kenyataan Media Amksedih Keadaan Khairuddin Amk Gesa Khairuddin Menerima Rawatan Mental

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 396 hits
Kenyataan Media16 Januari 2020Sedih Keadaan Khairuddin AMK Gesa Khairuddin Menerima Rawatan MentalSaya memandang serius kenyataan Khairuddin Abu Hassan yang dilihat sangat biadab terutama dalam kenyataan terbaru beliau dengan kurang ajar me...
Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

Anda Mungkin Terkejut Dengan Anggaran Kos Rawatan Bagi Penyakit Penyakit Ini

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 331 hits
Kos perubatan sememangnya sesuatu yang sangat mahal Ada saja golongan yang kurang berkemampuan tidak mendapatkan rawatan kerana kekurangan wang Namun begitu ada sahaja kos perubatan yang ditanggung oleh pihak kerajaan supaya golongan yang k...
Berapakah Kos Rawatan Penyakit Penyakit Di Malaysia

Berapakah Kos Rawatan Penyakit Penyakit Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 697 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca sekalian Alhamdulillah aku disini sihat sejahtera Kesihatan merupakan satu aspek yang paling penting Tidak kiralah sama ada kesihatan diri atau kesihatan orang disekitar ...
Penyelaras Parlimen Bera Dilantik Dari Orang Yang Ada Kes Rasuah

Penyelaras Parlimen Bera Dilantik Dari Orang Yang Ada Kes Rasuah

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 273 hits
Satu lagi keajaiban di dalam kerajaan PH yang amat bertentangan dengan semangat reformasi salah satunya adalah mereformkan semua institusi dan pentadbiran dari sebarang amalan rasuah Kerajaan yang baik bukan sahaja perlu bersih tetapi mesti...
Airbus Ambil Langkah Perlu Susulan Dakwaan Rasuah

Airbus Ambil Langkah Perlu Susulan Dakwaan Rasuah

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 254 hits
Airbus ambil langkah perlu susulan dakwaan rasuah Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Feb 2020 11 26PM
Bicara Kes Rasuah Rosmah Bermula Esok

Bicara Kes Rasuah Rosmah Bermula Esok

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR 2 FEB Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan membuat penampilan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk menghadiri perbicaraan bagi pertuduhan jenayah Rosmah akan menghadiri per...
Netizen Cina Gelar Anggota Polis Raja Rasuah Perompak Wang

Netizen Cina Gelar Anggota Polis Raja Rasuah Perompak Wang

papar berkaitan - pada 29/1/2020 - jumlah : 303 hits
Hanya gara gara syor kenaikan saman sebagai amaran salah laku trafikBANGI Netizen Cina dalam satu halaman di Facebook bertindak kurang ajar apabila menggunakan kata kata biadab terhadap saranan polis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan untuk ...
Butterworth Pengarah Jpnin Pulau Pinang Anak Lelaki Didakwa Rasuah

Butterworth Pengarah Jpnin Pulau Pinang Anak Lelaki Didakwa Rasuah

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 262 hits
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pulau Pinang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memberikan projek bernilai RM45 472 kepada syarikat ...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan

Flexibility In Business Operations


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mb Kami Sempoi Tak Paham Buka Google Translate

Kawal Emosi Anak Pakar Psikiatri Kongsi Tip Mudah

Resipi Cheese Tart

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak