Hukum Memotong Dan Menyimpan Tali Pusat Bayi Selepas Lahir


Definisi “tali pusat” ialah bahagian usus yangg menghubungkan bayi dengan urinya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya. Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.
Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:
Sebahagian menyimpannya untuk faedah perubatan, sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering.Sebahagian pula menyimpan kerana kepercayaan bahawa ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia, atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain, atau apa-apa kepercayaan.Sebahagian lagi menyimpan bukan kerana faedah perubatan atau kepercayaan, tetapi hanya sebagai kenangan.Imam al-Syirazi dalam al-Muhazzab menyebut: “Mengebumikan mayat ialah fardu kifayah kerana jika meninggalkannya di atas permukaan bumi akan mencemarkan kehormatan mayat itu dan mendatangkan mudarat kepada manusia disebabkan bau busuknya. Pengebumian di kawan perkuburan adalah afdal kerana Nabi SAW mengebumikan para sahabat yang mati di Baqi`, dan kerana ramai orang yang menziarahinya akan mendoakannya.”
Imam al-Nawawi dalam komentarnya menyebut bahawa hadis Nabi SAW mengebumi jenazah di Baqi` itu adalah hadis sahih lagi mutawatir dan hukum fardhu kifayah ini menjadi ijmak kesepakatan semua orang Islam. Rujuk al-Majmu` Syarh al-Muhazzab (5/282)
Kemudian ulama membahaskan hukum organ atau bahagian tubuh yang terputus semasa hidup. Imam Muhammad al-Syarbini al-Khatib Rahimahullahu, pengarang kitab Mughni Muhtaj (1/349) berkata: “Adapun sesuatu yang terpisah daripada sesuatu yang hidup atau ragu tentang kematiannya seperti tangan pencuri yang dipotong, kuku, rambut, darah (alaqah), darah bekam dan seumpamanya maka sunat ditanam kerana memuliakan tuannya. Disunatkan juga membungkus tangan dan seumpamanya dengan kain.”
Manakala kitab Hasyiah Qalyubi wa Umairah (1/395), telah berkata pengarang: “al-masyimah (uri) yang dinamakan sebagai al-khalas (tali pusat) adalah seperti anggota  (anak) kerana ia diputuskan daripada anak tersebut. Maka tali pusat sebahagian daripada tubuhnya.”
Adapun hukum mengerat tali pusat sejurus bersalin, maka berkata Syeikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani dalam Matla` al-Badrayn (1/346): “Wajib dikerat tali pusat kanak-kanak setelah dilahirkan dengan berlalu sedikit masanya.”
Dapat kita simpulkan daripada dua rujukan di atas, bahawa tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.
Maka, kami katakan dalam hukum menyimpan tali pusat:
Makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan.Harus sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.Haram jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya di dalam Islam.Wallahua’lam.
MuftiWP


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/hukum-memotong-dan-menyimpan-tali-pusat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tali Pusat Anak Jangan Simpan Lama Lama Segerakan Tanam Ikut Sunnah Nabi

Tali Pusat Anak Jangan Simpan Lama Lama Segerakan Tanam Ikut Sunnah Nabi

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 207 hits
Adat dan kepercayaan kita sejak dulu iaitu menyimpan tali pusat anak sebaiknya perlu dihentikan segera kerana makruh menyimpannya sebagai kenang kenangan Malah menurut perkongsian video oleh Imam Muda Hassan amalan menyimpan tali pusat ini ...
Macam Pakai Lipstik Eyeshadow Viral Bayi Baru Lahir Miliki Wajah Cantik Berlipstik Eyeshadow

Macam Pakai Lipstik Eyeshadow Viral Bayi Baru Lahir Miliki Wajah Cantik Berlipstik Eyeshadow

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 172 hits
Seseorang doktor yang bertugas dalam jabatan perbidanan khusus dalam kemahiran menyambut kelahiran bayi pastinya sudah mengumpul banyak pengalaman dan memori yang tidak dapat dilupakan Persis satu kisah ini seorang pakar perubatan dari nega...
Salman Khan Dan Srk Setuju Dengan Plot Tiger Vs Pathaan Selepas Dibacakan Skrip Oleh Penerbit

Salman Khan Dan Srk Setuju Dengan Plot Tiger Vs Pathaan Selepas Dibacakan Skrip Oleh Penerbit

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 339 hits
Filem yang bakal menggabungkan Shah Rukh Khan dan Salman Khan dalam francais spy terhebat Bollywood YRF Spy Universe bakal memulakan penggambaran pada 2024 Filem yang bakal menyaksikan SRK dan Salman Khan bergabung dalam satu filem itu meru...
Selepas Pas Sapu Terengganu Sukacita Sewa Tapak Pasar Naik Hingga 230

Selepas Pas Sapu Terengganu Sukacita Sewa Tapak Pasar Naik Hingga 230

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 205 hits
HarapanDaily comARIF ATAN Pejabat Majlis Daerah Marang di Terengganu sukacita memaklumkan kenaikan kadar sewa di Pasar Baru Pekan Wakaf Tapai sehingga mencecah 230 bagi tapak sayur dan ikan Dokumen makluman kepada para penyewa premis terbab...
Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

Guru Tampar Murid Selepas Tuduh Surat Dicuri Rakan

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 299 hits
KLANG Polis membuka kertas siasatan berhubung laporan seorang murid darjah satu ditampar guru wanita di sebuah sekolah di sini Isnin lalu Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata kes itu disiasat mengikut S...
Selepas Beras Stok Gula Pula Akan Dihadkan Kadar Pembelian

Selepas Beras Stok Gula Pula Akan Dihadkan Kadar Pembelian

papar berkaitan - pada 21/9/2023 - jumlah : 298 hits
Kuala Lumpur Belum pun reda isu kekurangan bekalan minyak masak peket dan beras tempatan di pasaran rakyat negara ini dijangka berdepan kekurangan gula pula Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata harga pasaran antarabangsa bagi...
Shuhada Ditegur Netizen Fokus Beribadah Di Mekah Selepas Beri Komen Pada Video Janna Nick Hafidz Roshdi

Shuhada Ditegur Netizen Fokus Beribadah Di Mekah Selepas Beri Komen Pada Video Janna Nick Hafidz Roshdi

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 335 hits
Perkongsian pelakon Janna Nick di Instagram menjadi bualan ramai selepas memuatnaik babak dirinya sedang menyanyi bersama aktor Hafidz Roshdi dalam sebuah drama yang sedang ditayangkan di kaca televisyen
Apa Selepas 25 Tahun Anwar Ditangkap

Apa Selepas 25 Tahun Anwar Ditangkap

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 231 hits
Pada 20 September 1998 pasukan elit polis siap dengan balaclava menyerbu rumah Anwar Ibrahim di Bukit Damansara Kuala Lumpur Lapan hari kemudian dia dipecat sebagai timbalan perdana menteri Mengenang insiden genap 25 tahun lalu itu S Arutch...
Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

Mantap Betul Kit Siang Sucikan Umno Selepas Jadi Rakan Dap Kj

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 245 hits
agendaily com18 09 2023Khairy Jamaluddin dipecat UMNO ekoran pertembungan dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini disokong DAP Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberi sindiran pedas terhadap Tan Sri Lim Kit Siang yang seolah ola...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Ikan Siakap Bakar Kerabu Bunga Betik

Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord