Hukum Membasuh Anggota Wuduk Melebihi Tiga Kali


Wuduk ialah simbol penyucian diri daripada dosa yang kita lakukan. Manusia itu sifatnya tidak lari daripada melakukan dosa dan pahala.
Ia bukan sahaja boleh dilakukan sebelum menunaikan solat, namun boleh sahaja pada bila-bila masa. Banyak kelebihan buat mereka yang mengamalkan wuduk terutamanya sebelum meninggalkan rumah.
Wuduk bermaksud menggunakan air dengan berniat untuk membersihkan anggota wajib bagi menghilangkan hadas kecil. Jika ibadah solat dilakukan tanpa wuduk, maka ia adalah tidak sah dan sia-sia.
Rukun wuduk yang wajib dibasuh ialah seluruh muka disertai niat, membasuh tangan hingga ke siku, membasuh sebahagian daripada kepala sekurang-kurangnya dengan membasahkan tiga helai rambut, membasuh kaki sehingga ke buku lali dan tertib.
Sunnah mengambil wuduk dengan tiga kali basuhan. Ia adalah untuk mengelakkan pembaziran dan juga untuk mengelakkan daripada membasuh dengan terlalu sedikit.
Maksud: “Beliau (Usman) telah meminta air dan berwuduk berdekatan tempat duduk. Beliau telah berwuduk sebanyak tiga kali, tiga kali. Kemudian berkata kepada para sahabat Nabi SAW: “Adakah kau semua telah melihat Rasulullah melakukan begini?” Mereka menjawab: “Ya.” (Hadis Riwayat Ahmad, no. 488)
Walau bagaimanapun, adakah dibolehkan untuk membuat basuhan melebihi tiga kali? Dalam hal ini, jumhur berpendapat bahawa ia adalah makruh kerana tidak mengikut sunnah dan boleh mengundang kepada pembaziran.
Melalui Imam Nawawi ada menyebutkan – “Para ulama telah bersepakat bahawa hukumnya ada makruh. Dan yang dimaksudkan tiga kali basuhan tersebut ialah aliran air yang mengenai seluruh anggota. Adapun, jika tidak dapat mengalirkan air ke seluruh anggota melainkan dengan dua kali siraman. Maka, dua kali siraman itu baru dikira sebagai satu kali basuhan.” (Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 3/109)
Justeru, dapat difahami di sini bahawa makruh hukumnya membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali. Walau bagaimanapun, wuduknya adalah sah dan masih boleh dibawa ke dalam solat.
Jika seseorang itu membasuh anggota wuduk melebihi tiga kali kerana was-was dengan basuhan tersebut, maka perlu difahami di sini bahawa was-was itu merupakan sejenis penyakit dan ia adalah bisikan yang datang dari syaitan.
Jadi, seseorang itu perlu merawat penyakitnya itu dengan perkara-perkara yang telah diajarkan seperti memperbanyakkan istighfar dan sebagainya.
Sumber: Mufti Wilayah
The post Hukum Membasuh Anggota Wuduk Melebihi Tiga Kali appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-membasuh-anggota-wuduk-melebihi-tiga-kali/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Aku Ikhlas Tiga Anggota Keluarga Meninggal Karena Covid 19

Aku Ikhlas Tiga Anggota Keluarga Meninggal Karena Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 505 hits
Penularan virus corona yang masih terjadi di masyarakat membuat jumlah kasus Covid 19 di Indonesia terus bertambah Tercatat hingga hari Sabtu kasus baru kembali dilaporkan dalam jumlah besar yaitu 2 277 Penambahan itu menyebabkan total kasu...
Kes Rasuah Tiga Anggota Polis Direman Termasuk Ketua Balai

Kes Rasuah Tiga Anggota Polis Direman Termasuk Ketua Balai

papar berkaitan - pada 13/8/2020 - jumlah : 334 hits
Belum reda mengenai isu rasuah membabitkan pihak berkuasa di Sungai Buloh timbul pula kes tiga orang anggota polis termasuklah ketua balai yang ditahan dan direman untuk membantu siasatan membabitkan kes rasuah Dipercayai ketiga ketiga mere...
Tiga Pemain United Tercalon Untuk Anugerah Pemain Muda Terbaik Epl

Tiga Pemain United Tercalon Untuk Anugerah Pemain Muda Terbaik Epl

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 248 hits
Senarai akhir untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris telah pun diumumkan dengan Manchester United mendominasi tiga pemain daripada lapan pemain yang dicalonkan untuk musim 2019 20 Saingan EPL akhirnya menutup tirai...
9 Tahun Menuntut Di Sekolah Perubatan Tiga Gadis Yang Berkawan Dari Zaman Sekolah Akhirnya Bergelar Doktor

9 Tahun Menuntut Di Sekolah Perubatan Tiga Gadis Yang Berkawan Dari Zaman Sekolah Akhirnya Bergelar Doktor

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 401 hits
Adakah anda masih berhubung dengan rakan sekolah anda dan sering bertanya khabar Waktu yang diluangkan bersama ketika di bangku sekolah dengan waktu setiap individu sudah mula melebarkan sayap untuk membina kehidupan sendiri pastinya berkur...
Playstation 5 Mendapat Iklan Tv Buat Pertama Kali

Playstation 5 Mendapat Iklan Tv Buat Pertama Kali

papar berkaitan - pada 23/8/2020 - jumlah : 253 hits
Iklan TV untuk PlayStation 5 dimuat naik buat pertama kali oleh PlayStation Melalui iklan tersebut ianya memfokuskan pengalaman pemain semasa menggunakan alat kawalan generasi baharu DualSense Mengikut dari kenyataan media tersebut VP untuk...
Peranti Mercu Samsung Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Tiga Tahun

Peranti Mercu Samsung Akan Menerima Kemaskini Sistem Operasi Selama Tiga Tahun

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 295 hits
Secara lazimnya peranti mercu Samsung akan menerima sokongan kemas kini versi sistem operasi selama dua tahun sahaja Ini menimbulkan kemarahan pengguna yang membeli peranti mercu seperti Galaxy S20 dan Note10 yang dijual pada harga yang tin...
Tiga Gajah Liar Timbulkan Konflik Di Kota Tinggi Ditangkap

Tiga Gajah Liar Timbulkan Konflik Di Kota Tinggi Ditangkap

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 442 hits
JOHOR BAHRU 8 OGOS Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Johor menangkap tiga ekor gajah liar yang dipercayai menimbulkan konflik di Kota Tinggi menerusi operasi di dua lokasi berasingan di daerah itu semalam Pengarahnya...
Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Pakej Percutian Turki

100 Jenis Style Gambar Lukisan Kartun Yang Boleh Dihasilkan Menerusi Chatgpt

Jdt Dinobatkan Juara Unifi Piala Malaysia Selepas Sewaskan Sri Pahang Fc 2 1 Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Boleh Tak Jangan Bagi Banyak Tanda Soal

Penang Water Supply 83pc Restored Amid Scheduled Outage


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabtu Cerdas Finansial Literasi Keuangan Jadi Kunci Hadapi Tantangan Ekonomi 2025

Bitcoin Overtakes Google Apa Artinya Untuk Dunia Digital

Chamber Hyperbarik Terobosan Pengobatan Modern Kini Hadir Di Rsud Dr Soedarso

Kaya Sebab Duit Banyak

Jackson Wang Ajak Fans Rayakan Pesta Percuma Netizen Pilih Lokasi

Infinity Nikki Akhirnya Hadir Di Steam