Hukum Memasang Bacaan Al Quran Tetapi Tidak Mendengarnya


Antara adab apabila dibacakan ayat Al-Quran adalah mendengarnya dengan teliti dan cuba memahami makna di sebaliknya. Bahkan sekalipun kita tidak mampu memahami ia secara sepenuhnya, mendengar bacaan Al-Quran mampu menghadirkan ketenangan di dalam hati kerana ia dapat mengingatkan kita kepada Allah.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Maksudnya: “Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.” (Surah al-A’raf 7:204)
Namun bagaimana pula jika seseorang itu tidak mendengar bacaan Al-Quran contohnya yang dipasang ketika berniaga mungkin kerana sibuk berjual beli. Apa pula hukumnya?
Dalam memahami anjuran mendengar bacaan ayat Al-Quran, ia boleh diperhalusi lagi dan difahami dalam beberapa keadaan.
Pertama, mendengar bacaan Al-Quran dalam solat.
Ibnu Kathir berpendapat bahawa anjuran mendengar bacaan Al-Quran di atas adalah mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran (selain Al-Fatihah) dalam solat fardu yang dikuatkan bacaannya oleh imam.
Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Musa Al-‘Asy’ari ra, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk diikuti, jika dia bertakbir maka bertakbirlah, dan jika dia membaca (bacaan Al-Quran) maka diamlah.” (Lihat Tafsir Ibnu Kathir, 3/484)
Kedua, mendengar bacaan Al-Quran secara terus (daripada orang yang membaca) di luar solat.
Jumhur ulama menghukumkan bahawa sunat mendiamkan diri ketika mendengar Al-Quran dibacakan di luar solat contohnya mendengar orang mengaji di dalam masjid, mendengar ibu bapa mengaji di rumah dan lain-lain.
Namun jika kita sedang berzikir secara khusus, kemudian rakan di sebelah pula sedang mengaji, maka tidak wajib juga untuk diam dan senyap ketika itu.
Ketiga, bacaan Al-Quran yang dirakam dan bukan terus daripada pembaca.
Mendengar bacaan Al-Quran daripada rakaman suara, atau radio juga akan mendapat pahala namun tidak sama hukumnya dengan bacaan Al-Quran yang didengar secara terus daripada pembaca seperti yang diberikan contoh dalam point kedua di atas. Sama juga dengan membaca Al-Quran daripada aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar berbanding mushaf sebenar yang boleh dipegang dan dibelek, hukumnya pasti berbeza.
Justeru, berbalik kepada persoalan pada permulaan artikel di atas, tidak mengapa untuk tidak mendengar bacaan Al-Quran yang dirakam sekiranya sibuk dengan kerja atau urusan seharian yang lain. Perbuatan itu tidaklah menggambarkan seseorang itu tidak menghormati bacaan ayat Al-Quran. Mereka boleh kembali mendengarnya selepas selesai pekerjaan yang dilakukan.
Rujukan: Mufti Wilayah Persekutuan
The post Hukum Memasang Bacaan Al-Quran Tetapi Tidak Mendengarnya appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-memasang-bacaan-al-quran-tetapi-tidak-mendengarnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Ph Buthurt Sangat Pasal Lge Apehal Baru Bacaan Pendakwaan Bro

Dap Ph Buthurt Sangat Pasal Lge Apehal Baru Bacaan Pendakwaan Bro

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 392 hits
Hari ini Setiausaha Agung DAP dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan rasuah dalam projek terowong ketika menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang Saya difahamkan akan ada beberapa pertuduhan lain yang akan dihadapkan kepada beliau Namun da...
Buku Bacaan Asas Bahasa Malaysia

Buku Bacaan Asas Bahasa Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 499 hits
Matlamat utama pengarang menerbitkan buku ini adalah untuk menyampaikan hasratnya dalam menyemarakkan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai medium bahasa perantaraan Bahasa Malaysia selain dilihat sebagai bahasa perantaraan untuk menyatupaduka...
Bacaan Zikir Dan Doa Setelah Sholat Wajib Yang Dianjurkan Demi Ibadahmu Yang Kian Sempurna

Bacaan Zikir Dan Doa Setelah Sholat Wajib Yang Dianjurkan Demi Ibadahmu Yang Kian Sempurna

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 306 hits
Jangan buru buru dilipat sarung dan mukenanya zikir dan berdoalah dulu meski 2 menit saja
Ketepatan Bacaan Suhu Badan Adalah Menyukat Suhu Di Dahi Bukan Di Tangan Kp Kesihatan

Ketepatan Bacaan Suhu Badan Adalah Menyukat Suhu Di Dahi Bukan Di Tangan Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 343 hits
Merekod suhu badan pelanggan di premis premis perniagaan sudah menjadi norma baharu di negara kita Semua premis perniagaan perlu merekod butiraan pelanggan seperti nama dan nombor telefon serta mengimbas suhu badan pelanggan Menurut Ketua P...
Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

Bacalah Ayat Al Quran Ini Untuk Elakkan Rumah Dimasuki Pencuri

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1139 hits
Sudah semestinya kita yang memiliki rumah tidak ingginkan perkara perkara buruk terjadi termasuklah kejadian pecah rumah Namun kami kongsikan pengalaman seorang suami memagar rumahnya dengan ayat Al Quran Saya nak share sesuatu yang saya ra...
Cadangan Siar Lagu Negaraku Bacaan Rukun Negara Diteliti

Cadangan Siar Lagu Negaraku Bacaan Rukun Negara Diteliti

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 279 hits
PADANG BESAR 25 Zulhijjah 1441H Sabtu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedang meneliti cadangan supaya semua media penyiaran menyiarkan lagu Negaraku dan bacaan Rukun Negara setiap 12 tengah hari Timbalan Menterinya Datuk Z
Tempah Roti Sempena Kenduri Rumah Baru Dan Bacaan Yasin

Tempah Roti Sempena Kenduri Rumah Baru Dan Bacaan Yasin

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 422 hits
Suka sangat tengok roti yang bulat bulat ini Ada roti pizza roti sosej kaya kacang dan juga coklat Tempah sempena majlis kenduri rumah baru dan juga bacaan yasin Kami buat kenduri pada hari raya ketiga Aidiladha Alhamdulillah semuanya berja...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco