Hukum Lewat Ke Masjid Sehingga Hampir Ketinggalan Khutbah Jumaat


Gambar oleh: Farhan Che HassanSOALAN:
Apa hukum seseorang yang lewat datang ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat sehingga hampir ketinggalan khutbah jumaat? Mohon penjelasan dan nasihat.

JAWAPAN:
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” [Surah al-Jumu’ah (9)]

Menurut Syeikh al-Sa’di, ayat ini mengajar kita bahawa Allah SWT menyuruh hamba-hamba-Nya yang beriman supaya bersegera hadir ke masjid untuk solat Jumaat sejurus azan dikumandangkan, dan menjadikan solat Jumaat itu sebagai keutamaan dan urusan yang paling utama. (Lihat Tafsir al-Sa’di, 1/863)

Maksud ‘فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ’ (segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah), para ulama' mentafsirkannya dengan maksud segera untuk mendengar khutbah Jumaat dan melakukan solat Jumaat selepasnya. (Lihat Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Ali al-Sobuni, 2/362)

Imam Syaukani pula menyatakan: “Allah SWT memerintahkan di dalam kitab-Nya yang mulia supaya bersegera zikrullah. Dan khutbah adalah salah satu bentuk dari zikrullah. Sekiranya khutbah tidak termasuk dalam maksud zikrullah pun, maka khutbah itu hukumnya fardhu.” (Lihat al-Sail al-Jarrar al-Mutadafiq 'ala Hadaiq al-Azhar hlm. 182)

Islam melarang segala bentuk aktiviti melalaikan apabila muazzin telah mengumandangkan azan kedua berdasarkan firman Allah SWT di atas. Syeikh Jalaluddin al-Mahalli menyatakan: “Haram bagi mereka yang wajib Jumaat menyibukkan diri dengan jual beli dan selainnya selepas muazzin mula mengumandangkan azan yang kedua di hadapan khatib. Allah berfirman: “Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu).”

Perkataan perintah dalam ayat tersebut menunjukkan kepada kewajiban, dalam konteks ini dengan cara meninggalkan jual beli, maka haram melakukannya. Diqiyaskan dengan jual beli, iaitu segala aktiviti yang telah kami jelaskan, kerana secara maknanya sama dengan jual beli dalam isu melalaikan Jumaat.” (Lihat Kanz al-Raghibin Syarh Minhaj al-Thalibin, 1/ 334)

Syeikh ‘Umairah pula menjelaskan: “Ini memberi petunjuk kepadamu bahawa seseorang yang rumahnya sangat dekat dengan masjid jami’ dan dia meyakini dapat memperoleh Jumaat sekiranya dia menyusul di pertengahan khutbah, (tetap) haram baginya menetap di rumah kerana kesibukannya bersama keluarga atau lainnya, bahkan wajib baginya untuk bergegas menuju masjid jami’, kerana mengamalkan firman Allah SWT, “إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ...” (Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang…).” (Lihat Hasyiyah Umairah ‘ala al-Mahalli, 1/ 334)

Kesimpulan

Perbuatan lewat menghadiri solat Jumaat sehingga ketinggalan khutbah Jumaat adalah dilarang kerana ia menyalahi arahan Allah SWT di dalam al-Quran. Walau bagaimanapun, solat Jumaatnya adalah sah namun perbuatan dengan sengaja meninggalkan kehadiran mendengar khutbah Jumaat adalah dikira berdosa.

Marilah sama-sama kita menginsafi untuk hadir ke masjid khususnya pada hari Jumaat, pada awal waktu semampu yang mungkin kerana fadhilatnya yang besar. Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

مَنِ اغْتَسَلَ يَوْمَ الجُمُعَةِ غُسْلَ الجَنَابَةِ ثُمَّ رَاحَ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَدَنَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّانِيَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَقَرَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الثَّالِثَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ كَبْشًا أَقْرَنَ، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الرَّابِعَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ دَجَاجَةً، وَمَنْ رَاحَ فِي السَّاعَةِ الخَامِسَةِ، فَكَأَنَّمَا قَرَّبَ بَيْضَةً، فَإِذَا خَرَجَ الإِمَامُ حَضَرَتِ المَلاَئِكَةُ يَسْتَمِعُونَ الذِّكْرَ
“Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti) mandi janabah lalu segera pergi ke masjid, maka seakan-akan berkorban dengan unta, sesiapa yang pergi pada masa yang kedua, maka seakan-akan dia berkorban dengan lembu, dan sesiapa pergi pada masa yang ketiga, maka seakan-akan dia berkorban dengan biri-biri jantan yang bertanduk, dan sesiapa yang pergi pada masa yang keempat seakan-akan dia berkorban dengan seekor ayam, dan sesiapa yang pergi pada masa kelima, maka seakan-akan dia berkorban dengan sebiji telur dan apabila imam telah keluar (untuk berkhutbah) maka para Malaikat turut hadir untuk mendengar peringatan (khutbah).” [Riwayat al-Bukhari (881) dan Muslim (850)]

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita ilmu dan kefahaman yang tepat dalam mengamalkan titah perintah-Nya.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-lewat-ke-masjid-sehingga-hampir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bolehkah Mengedarkan Tabung Masjid Ketika Khutbah Jumaat

Bolehkah Mengedarkan Tabung Masjid Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 9/11/2019 - jumlah : 455 hits
Sedekah merupakan perkara mulia yang dianjur untuk dilakukan dalam Islam sama ada kepada sesama penganutnya atau juga bukan Muslim Mungkin anda pernah mendengar kata kata yang pernah diujarkan oleh golongan agamawan mengenai perumpamaan sed...
Pegawai Bumn Terlibat Terorisme Dpr Minta Khutbah Di Masjid Bumn Diperhatikan

Pegawai Bumn Terlibat Terorisme Dpr Minta Khutbah Di Masjid Bumn Diperhatikan

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 219 hits
Maman mengusulkan agar masjid masjid di BUMN dipegang pejabat eselon yang terbukti toleran dan juga memperhatikan khotbah yang menyejukkan Jangan hanya petugas kebersihan saja yang menjaga masjid
Karnival Jom Ke Masjid Seruan Tuju Kejayaan

Karnival Jom Ke Masjid Seruan Tuju Kejayaan

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 445 hits
Oleh AminjiKEMAMAN 3 November Karnival Jom Ke Masjid yang dilaksanakan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1441H oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Pasir Minal Kemaman bertujuan untuk menyeru masyarakat setempat menuju ke arah kejayaan Karnival y...
Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

Jangan Guna Masjid Untuk Kempen Prk Tg Piai Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 402 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata masjid adalah tempat ibadat dan tempat bagi semua penyokong parti KUALA LUMPUR Semua pihak yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai diingatkan supaya tidak menjadikan ...
Tanjung Piai Jangan Jadikan Masjid Pentas Kempen

Tanjung Piai Jangan Jadikan Masjid Pentas Kempen

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 342 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua calon Pilihan raya Kecil Tanjung Piai agar tidak menjadikan masjid sebagai tempat berkempen Jelasnya ia selaras dengan titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iska...
6 Masjid Warna Warni Paling Indah Di Berbagai Negara

6 Masjid Warna Warni Paling Indah Di Berbagai Negara

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 508 hits
6 Masjid warna warni paling indah di berbagai negara antara lain Sultan Ahmed Camii yang dikenal sebagai Blue Mosque dan Shah Cheragh yang berhias kristal hijau
Cantik Sungguh Masjid Sri Sendayan

Cantik Sungguh Masjid Sri Sendayan

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 1156 hits
Sewaktu perjalanan kami ke Melaka pada hujung minggu lepas alang alang
Karaoke Ilegal Dekat Masjid Agung Semarang Dibongkar

Karaoke Ilegal Dekat Masjid Agung Semarang Dibongkar

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 163 hits
Karaoke Ilegal Dekat Masjid Agung Semarang Dibongkar Fajar mengaku pembongkaran tempat karaoke ilegal dilakukan selain tidak mempunyai izin bangunan itu didirikan diu atas tanah sengketa
Heboh Masjid Riyadhul Jannah Di Sukoharjo Disita Bank

Heboh Masjid Riyadhul Jannah Di Sukoharjo Disita Bank

papar berkaitan - pada 6/11/2019 - jumlah : 142 hits
Masjid Riyadhul Jannah di Dukuh Bangsri Cilik RT 03 RW 01 Kelurahan Kriwen Sukoharjo Jawa Tengah heboh di media sosial Penyebabnya di sekitar halaman masjid itu terpampang papan pengumuman bertuliskan Tanah dan Bangunan Ini dalam Pengawasan...
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm