Hukum Ke Atas Suami Yang Maki Isteri Dengan Perkataan Keji


Hukum Ke Atas Suami Yang Maki Isteri Dengan Perkataan Keji  | Semua pasangan yang berkahwin ingin hidup bahagia dan happy sampai bila-bila. Kalau boleh nak terus bersama dalam penuh suasana berkasih sayang sampai mati. Tapi tak dinafikan kita selalu dengar kisah isteri yang kuat membebel. Well, dah namapun perempuan of course ramai yang suka cakap banyak. 

TAPI! Tahukah kalian yang terdapat juga kes seorang suami suka maki isterinya. Suka ataupun tidak sebenarnya saat mengharungi rumah tangga ni ramai isteri telah makan hati dan memendam rasa. Ada yang merana kerana sikap suami, lebih-lebih lagi yang suka maki hamun tak kira depan orang atau depan anak-anak sendiri. 




Apabila terdapat kisah rumahtangga dengan perbuatan suami yang dengan mudah beri isteri dengan maki begini, terus rasa sedih yang amat sangat. Daku sendiri telah ada menerima perkongsian kes yang begini dari salah seorang pembaca blog. Namanya adalah IFA dan kalian boleh baca sendiri apa yang dikongsikannya di bawah ni.



Aku terus membayangkan bagaimana kalau ada sendiri duduk kat tempat IFA. Dari apa yang ku faham, suami Ifa ada sifat lemah lembut dan penyayang.... tapi dalam masa yang sama jenis mudah lepas cakap hingga beri kata-kata makian pada Ifa. 

Suami Maki Hamun Isteri Adalah Tidak Dibenarkan Dalam Islam
Apakah hukumnya kalau suami marah kepada isteri dengan meluahkan kata-kata seperti engkau ni bodoh, babi, bengap dan sebagainya? Adakah berhak suami berkata demikian kepada isteri?
Jawapannya Seorang suami hendaklah sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarganya di samping menunjukkan akhlak yang baik kepada mereka. Tidak sepatutnya suami menzahirkan ucapan caci-maki kepada isteri sedemikian rupa sekalipun ketika marah. 
Sabda Nabi s.a.w. (bermaksud); “Mencerca orang Islam adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur/kafir” (HR Imam Bukhari dan Muslim)


Nabi Telah Pesan Supaya Semua Suami Berbuat Baik Pada Isteri
Nabi s.a.w. berkata kepada para suami; “Aku berpesan kepada kamu; berbuat baik lah kepada isteri kamu. Sesungguhnya perempuan dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Sesungguhnya yang paling bengkok pada tulang rusuk ialah yang paling atas. Jika kamu berusaha meluruskannya, pasti kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya, ia akan terus bengkok. Maka terimalah pesananku agar berbuat baiklah kepada isteri kamu”. (HR Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
Menurut ulamak, hadis ini memberi panduan kepada suami agar sentiasa berlemah-lembut dengan isteri, berbuat baik kepadanya, menerima kelemahannya dan menangani krisis rumah-tangga dengan sabar dan tolak-ansur. Wallahu a’lam.
Rujukan; 1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, juz. 10, Kitab ar-Radha’, Bab al-Wasiyyah Bin-Nisa’. 2. Al-Azkar, Imam an-Nawawi, kitab Hifzil-Lisan, bab; Fi Alfaz Yukrahu Isti’maluhu.
Sumber : Google

Suami Ifa Beri Makian Mungkin Disebabkan Stress 
Dari apa yang daku baca menerusi cerita Ifa, besar kemungkinan suami Ifa dalam keadaan stress dan penat akibat kerja dan sebagainya. Mungkin juga suami Ifa ada tekanan dari boss. Maka apabila Ifa ada buat silap walau kecik, suaminya akan gunakan keadaan masa tu untuk lepaskan apa yang dia rasa. Ini semua berlaku secara spontan tanpa dia sedar sehinggalah Ifa sendiri buka mulut beritahu rasa terkilan bila terima ayat maki begitu. 
Aku sendiri sebagai seorang isteri yang dah lama berkahwin turut ada alami keadaan di mana suami stress. Tak la sampai tahap kena maki cuma memang akan nampak perubahan suami yang tiba-tiba monyok, lebih pendiam, tak nak senyum, tak boleh di ajak bergurau dan tiba-tiba boleh marah tanpa tahu apa sebab. Haaa jika ini keadaannya, sebagai isteri kita kena cepat-cepat handle situasi supaya keadaan tidak terus melarat. Macamana nak handle?? Jom baca tips kat bawah. 



Isteri Jangan Cepat Mengalah Sebaliknya Usaha Dulu Untuk Kawal Situasi
Antara tips yang boleh di cuba bagi mengawal sikap suami yang sesuka hati maki isteri ini adalah seperti berikut :
1. Ajak suami duduk berbincang dan tanya apakah suami ada sebarang masalah
2. Guna ayat dan cara percakapan yang baik, lembu dan halus supaya suami boleh cool down 
3. Sediakan juga minuman dan picit-picit pada mana-mana bahagian badannya sebaik saja dia pulang dari kerja atau ketika sedang menonton televisyen bersama
4. Elakkan bercakap tentang isu atau topik yang dia tidak suka 
5. Ubah sikap diri sendiri juga supaya lebih peka dan tidak berbuat kesilapan yang suami tidak suka walaupun ianya nampak kecik. Sebagai contoh kemas rumah dan sediakan makan minum untuk sambut suami balik kerja dan sebagainya

6. Masaklah makanan kegemarannya dan jika ada anak, gunakan keletah comel anak untuk mengembalikan suasana ceria dalam rumahtangga

7. Jika suami masih tidak berubah, beritahu masalah ini pada seseorang yg boleh di percayai dan dihormati oleh suami. Setelah itu minta orang tersebut nasihatkan suami bagi pihak kita

Rumahtangga Boleh Hancur  Jika Isteri Ikut Balas Dengan Maki Hamun 
Untuk Ifa, tahniah kerana berjaya mensabarkan diri sendiri. Terus terang jika Ifa turut balas maki tersebut dengan maki hamun yang lebih kurang sama maka besar kemungkinan rumahtangga Ifa boleh hancur. Kerana itu, di dalam rumah tangga kita di ajar untuk 'memberi dan menerima'. Bukan setakat memberi dan menerima dalam bentuk fizikal tapi juga perasaan. 
Untuk lebih mudah faham, jika suami sedang marah maka isteri janganlah balas dengan ayat marah juga. Jika isteri sedang membebel maka suami janganlah potong ayatnya dan jika salah seorang sedang marah anak, janganlah kedua-duanya ikut marah anak serentak. Kesian anak tu tak ada siapa untuk dia lari peluk dan mengadu. 
Nak marah anak tak salah cumanya biarlah ada seorang yang marah dan ada seorang lagi yang akan tolong pujuk. Jika suami marah, isteri jadi si pemujuk dan jika isteri marah suami pula akan bertindak sebagai si pemujuk. Barulah anak itu tahu yang ibu dan ayahnya dua-dua ada keistimewaan masing-masing. Kita sendiri tak tahan jika ada dua orang marah kita serentak bila kita ada buat apa-apa silap kan? Inikan pula anak yang masih kecil. 


Jangan Terus Diam Diri Makan Hati, Bertindak Segera Dengan Bijak Demi Suami, Diri Sendiri dan Anak
Pendapat peribadiku sendiri, Ifa kena ingat semula apakah kelebihan suami dan apakah juga pengorbanan yang suami Ifa pernah buat. Ifa jangan terus biarkan rasa tawar hati tu merebak dalam diri. Masalah Ifa ni InshaAllah masih boleh diperbetulkan kerana nampak sangat suami maki dalam keadaan tidak sedar. 
Setidaknya, Ifa masih beruntung kerana suaminya bukan dari jenis panas baran yang hanya suka mencari salah dan memaki hamun hingga tahap memukul setiap kali berlaku perselisihan faham. 


Dan Ketahuilah juga wahai para suami yang doa isteri dan anak-anak kalian itu adalah sangat dekat di sisi Allah SWT. Menjerit perkataan kesat dan maki hamun isteri bukanlah satu perbuatan yang baik dan elok. Jika stress sekalipun mohon cepat sedar yang isteri kalian itu adalah amanah dan cermin untuk diri kalian sendiri.


P/S : Pembaca turut di alu-alukan untuk memberi komen dan pendapat masing-masing berkaitan perkara ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sishawa.com/2019/08/hukum-ke-atas-suami-yang-sering-maki-isteri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pasangan Suami Isteri Bayi Maut Mayat Ditemui Rentung Di Bilik Utama

Pasangan Suami Isteri Bayi Maut Mayat Ditemui Rentung Di Bilik Utama

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 375 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Suami Isteri Rentung Bersama Bayi

Suami Isteri Rentung Bersama Bayi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 339 hits
Abang bangun ada api Ya ALLAH tolong Itu antara jeritan yang sempat didengar Rabaiah Yunus 58 jiran kepada sepasang suami isteri yang maut bersama bayi mereka dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu Ulu Bernam pagi tadi JOHORTIMES...
Suami Larang Isteri Mengenakan Tudung

Suami Larang Isteri Mengenakan Tudung

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 545 hits
Soalan Adakah wajib isteri taat kepada suaminya yang menyuruh isteri membuka tudung ketika keluar dari rumah kerana suaminya mahu kepala isterinya itu tidak ditutup ketika keluar dengannya Adakah menjadi derhaka jika isteri enggan menurut p...
Odyssey Dari Lembah Ke Puncak Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

Odyssey Dari Lembah Ke Puncak Kisah Hidup Sepasang Suami Isteri Menjadi Sumber Inspirasi

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 451 hits
AssalamualaikumBaru baru ni Lyssa ada terbaca satu buku yang mengisahkan kisah hidup sepasang suami isteri yang sangat unik versatile merendah diri dan penyayang dan juga dua insan ini sangat hebat dalam melalui pelbagai halangan dan rintan...
Isteri Cari Madu Untuk Suami Berpoligami

Isteri Cari Madu Untuk Suami Berpoligami

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 344 hits
Ku sunting maduku buat suamiku PERKENALANNYA bermula melalui laman sosial namun dengan izin Allah SWT membuatkan hati seorang isteri terbuka untuk melamar kenalan terbabit yang juga ibu tunggal menjadi madunya Khuzatul Atiqah Abu Seman 31 m...
Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

Pemergian Pilu 3 Beranak Sehidup Semati Suami Isteri Bayi 14 Bulan Rentung Kebakaran

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 418 hits
Seolah berjanji sehidup semati suami isteri pergi buat selama lamanya bersama sama Lebih menyayatkan hati si kecil buah cinta mereka turut sama terkorban Kejadian kebakaran yang berlaku di Kampung Alah Batu Selangor Slim River mengorbankan ...
Suami Isteri Ditemui Maut Didakwa Bunuh Diri Kerana Tiada Anak

Suami Isteri Ditemui Maut Didakwa Bunuh Diri Kerana Tiada Anak

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 392 hits
Bila sebut pasal anak setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehidupan yang indah bersama anak anak tersayang tetapi bagaimana pula untuk pasangan yang telah lama berkahwin tetapi masih tidak mempunyai cahaya mata Apa yang terjadi...
Suami Isteri Bayi Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

Suami Isteri Bayi Berusia Setahun Rentung Dalam Kebakaran

papar berkaitan - pada 19/8/2019 - jumlah : 267 hits
Pasangan suami isteri bersama dengan bayi mereka yang berusia setahun dilaporkan maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Alah Batu Jalan Kuala Slim Slim River hari ini Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan kece...
Anak Suka Melawan Cakap Suami Isteri Asyik Bergaduh Cuba Check Bilik Air Confirm Kotor

Anak Suka Melawan Cakap Suami Isteri Asyik Bergaduh Cuba Check Bilik Air Confirm Kotor

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 354 hits
Kebersihan bilik air selalu dipandang ringan maklumlah jarang sekali kalau ada yang berkunjung ke rumah mahu menumpang guna tandas Biasanya orang lebih mementingkan kebersihan ruang tamu dan dapur tetapi sebenarnya tandas adalah ruang yang ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025