Hukum Isteri Menanggung Nafkah Keluarga


Pelbagai isu-isu rumah tangga yang dihadapi generasi masa kini kian meruncing. Susulan daripada itu, peningkatan kes-kes pencarian yang dicatatkan kian meningkat.
Banyak kes yang dicatatkan melibatkan hal-hal remeh telah menjadi punca kepada perceraian pasangan-pasangan di Malaysia dalam era yang serba moden ini.
Satu senarai alasan cerai yang pernah tular suatu ketika dahulu, yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menjadi titik perdebatan di antara pengguna-pengguna media sosial kerana bagi kebanyakan mereka, alasan yang terdapat di dalam senarai tersebut dikatakan tidak masuk akal.
Antara alasan yang dicatatkan ialah punggung isteri menggerutu, isteri suka mengikuti rombongan, isteri suka membasuh baju pada waktu malam, berbeza fahaman politik gaji suami lebih rendah, pasangan lupa pam tandas dan banyak lagi.
Dalam satu persoalan yang ditujukan oleh pengguna sosial media ini ke atas Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan, isu ini merupakan salah satu isu yang paling dekat dalam masyarakat Malaysia pada hari ini terutamanya untuk pasangan muda yang baru sahaja menamatkan pembelajaran.
Dengan peluang pekerjaan yang amat terhad serta lambakan bilangan graduan yang masih lagi menunggu untuk mendapatkan pekerjaan tetap pada masa ini, penjelasan yang dilakukan oleh Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan ini boleh dimanfaatkan oleh pasangan muda pada zaman ini.
Bagi mendapatkan maklumat yang selanjutnya, ikuti kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara ini seperti berikut:
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Seorang perempuan kahwin dengan lelaki. Kemudian rumahtangga menjadi kacau bilau sehingga si isteri yang terpaksa menjaga suami tersebut dengan menanggung nafkah keluarga. Tidak berapa lama kemudian, suami tersebut mula menjalankan perniagaan. Akhirnya dia berjaya dalam perniagaan tersebut dan menjadi kaya. Namun, isteri masih tetap menanggung nafkah keluarga tanpa suami berusaha mengubah sistem tersebut. Mohon mufti berikan pandangan.
 
Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: Dan bergaullah dengan mereka (golongan wanita) dengan cara yang makruf.
Surah al-Nisa’ (19)
Imam al-Qurtubi ketika menafsirkan ayat ini berkata: (Iaitu) dengan cara yang Allah perintahkan daripada pergaulan yang baik. Dan seruan ini adalah kepada semua, kerana setiap seorang itu mempunyai pergaulan sama ada seorang suami atau seorang wali. Akan tetapi yang dimaksudkan dengan perintah ini secara kebiasaannya adalah para suami. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/84)
Syeikh al-Maraghi berkata: “Para suami diwajibkan bergaul dengan isteri-isterinya secara baik. Oleh itu, bergaullah dengan mereka secara yang dapat menyenangkan tabiat mereka. Tetapi tidak pula bertentangan dengan syariat dan adat. Janganlah kamu bersikap bakhil dalam menafkahi mereka dan jangan pula kamu sakiti mereka dengan ucapan dan perbuatan atau kamu menghadapi mereka dengan wajah muram dan kening berkerut.
Kalimah mu’asyarah (bergaul) di sini menunjukkan pengertian kebersamaan dan perkongsian iaitu layanilah mereka dengan cara yang baik dan para isteri perlu melayani kamu seperti itu juga. Jadi, suami dan isteri diseru agar saling memberikan kebahagiaan serta menjadi sumber ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari rumahtangga. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/1128)
Nafkah Bapa kepada Keluarga Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (4/170-179) menyebut: Bapa dan datuk ke atas, wajib memberi nafkah anaknya, cucu dan ke bawah. Oleh itu, bapa bertanggungjawab memberi semua jenis nafkah kepada anak-anaknya sama ada lelaki atau perempuan. Jika mereka tidak mempunyai bapa, maka datuk wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut dan begitulah seterusnya. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
فَإِنْ أَرْضَعْنَ لَكُمْ فَآتُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ
Maksudnya: …jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya;
Surah al-Talaq (6)
Ayat ini menjelaskan bahawa perempuan yang menyusukan anak orang lain wajib diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut. Ini bermakna kewajipan memberi nafkah kepada anak lebih utama dilaksanakan oleh bapa. Ini berdasarkan firman Allah SWT:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ ۖ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ ۚ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.”
Surah al-Baqarah (233)
Dalam ayat ini, menisbahkan anak kepada bapanya yang menggunakan huruf lam ikhtisas membawa makna bapa dikhususkan bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anaknya. Oleh itu, kewajipan bapa memberi nafkah kepada ibu yang menyusukan anaknya menunjukkan bahawa kewajipannya memberi nafkah kepada anak-anak adalah lebih utama. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 4/170-179)
Imam Ibn Kathir berkata ketika menafsirkan ayat di atas bahawa wajib ke atas ayah untuk memberi nafkah dari sudut pakaiannya dengan cara yang sepatutnya iaitu apa-apa pakaian yang diterima oleh adat atau seumpama dengannya di negara tersebut tanpa berlaku pembaziran dan tidak menyusahkan. Ia sekadar apa yang termampu ketika dia (ayah atau suami) dalam keadaan senang dan bersederhana serta apa yang melaziminya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 1/479)
Para ulama menetapkan bahawa nafkah yang wajib diberikan kepada sesiapa yang berada di bawah tanggungannya itu ialah seperti:
Makanan Barang-barang dapur Pakaian Tempat tinggal Alat-alat untuk membersihkan diri Pembantu bagi isteri jika sekiranya kebiasaan isteri mempunyai pembantu (bagi suami yang mampu sahaja). (Lihat Mughni al-Muhtaj, 4/542) Imam al-Syaukani menyebut: Rasulullah SAW memberi nafkah dan keperluan secukupnya kepada ahli keluarganya mengikut kemampuan Baginda SAW. Rasulullah SAW menyediakan untuk isteri-isteri Baginda SAW tempat tinggal, makanan, pakaian dan semua keperluan dengan mencukupi dengan tidak berlebihan. Ini bersesuaian dengan kehidupan Rasulullah SAW yang memilih zuhud dan tidak bermewah-mewah. Dalam pemberian nafkah, Rasulullah SAW memberikan 20 wasaq gandum dan 80 wasaq kurma kepada isteri-isterinya pada setiap tahun. (Lihat Nail al-Autar, 5/221)
 
Undang-undang Keluarga Islam Undang-undang keluarga adalah termaktub di bawah undang-undang negeri. Jika di Wilayah Persekutuan, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada Seksyen 72 memperuntukkan:
“…adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya.”[1]
Begitu juga pada Seksyen 73 antara lain menyebut:
Mahkamah boleh pada bila-bila masa memerintahkan seorang lelaki membayar nafkah untuk faedah mana-mana anaknya—
(a) jika dia telah enggan atau cuai mengadakan peruntukan dengan munasabah bagi anaknya itu;
(b) jika dia telah meninggalkan langsung isterinya dan anaknya itu adalah dalam jagaan isterinya;[2]
 
Kesimpulan Sebagai kesimpulan, kami nyatakan seperti berikut:
Menurut kitab-kitab fiqh, semua tanggungan nafkah adalah di bawah tanggungjawab suami. Walaupun berlaku keredhaan dari pihak isteri, tetapi untuk menenangkan hati, berilah ganjaran yang setimpal kepada isteri yang telah memulakan rumahtangga dengan berjaya. Alangkah baik sekiranya suami tersebut memberikan kredit dan penghargaan di atas pengorbanan isteri yang besar selama ini. Sifat isteri yang sentiasa membantu suami adalah sangat terpuji. Berilah hadiah kepada isteri tersebut. Suami janganlah mengambil kesempatan sehingga tugas hakiki beralih kepada si isteri sedangkan ia pada hakikatnya adalah berada pada tangan suami. Tanggungjawab yang sebenarnya tidak berpindah kepada isteri. Isteri hanya bersifat menolong dan membantu. Jika isteri tidak mahu membantu pun tidak mengapa. Suami wajib mengambil alih tanggungjawab tersebut daripada isteri dan inilah yang sebenarnya. Semoga rumahtangga kita menjadi seperti apa yang disebut Baiti Jannati dan marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT agar kehidupan kita diberkati dan dikurniakan kebahagiaan.
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Surah al-Furqan (74)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/06/17/hukum-isteri-menanggung-nafkah-keluarga/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

Tanggungjawab Suami Bukan Saja Bagi Nafkah Sepatutnya Bawa Anak Isteri Ke Syurga

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 460 hits
Secara realiti memahami hati seorang isteri tidaklah rumit Sebenarnya apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat ingin rasa ada ikatan emosi dan merasa yakin bahawa kita akan bersama mereka untuk seumur hidup Sepanjang tempoh perkahwi...
Gambar Ashraf Muslim Sambut Syawal Bersama Dua Isteri Keluarga Harmoni

Gambar Ashraf Muslim Sambut Syawal Bersama Dua Isteri Keluarga Harmoni

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 1257 hits
Please follow and like us 0 Baru baru ini pelakon Ashraf Muslim ada memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya Menariknya Ashraf atau nama sebenarnya Muhd Ashraf Muslim telah berkongsi gambar ketika menyambut hari raya a...
Nafkah Tidak Sama Dengan Duit Belanja

Nafkah Tidak Sama Dengan Duit Belanja

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 274 hits
Ramai orang terutama lelaki dan lebih tepat suami menganggap dengan memberi wang belanja kepada isteri dia sudah memberikan nafkah kepada si isteri Apakah Perbezaan Nafkah Dengan Wang BelanjaNafkah bermaksud perkara perkara yang WAJIB untuk...
Keluarga Gagal Hubungi Haziq

Keluarga Gagal Hubungi Haziq

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 231 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 20 pagiHaziq Abdullah Abdul Aziz individu yang menggemparkan negara kerana mengaku terlibat dalam hubungan sejenis bersama seorang menteri gagal dihubungi keluarganya sehingga kini Menurut laporan sebuah portal b...
Keluarga Besar Pp Al Falah Ploso Nikmati Wisata Banyuwangi

Keluarga Besar Pp Al Falah Ploso Nikmati Wisata Banyuwangi

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 210 hits
Kesan mendalam semakin terpancar dari rombongan kala dijamu oleh Bupati Banyuwangi Abdullah Azwar Anas di Pendopo Sabha Swagata Blambangan Rumah dinas bupati yang memadukan bangunan klasik masa kolonial dengan gaya kontemporer yang serba hi...
Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

Resepi Ayam Goreng Kunyit Yang Viral Mudah Dan Sedap Untuk Seisi Keluarga

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 558 hits
Bukan sahaja orang dewasa malah kanak kanak juga menggemari masakan ayam goreng kunyit rangup macam yang dijual di kedai makan Sesuai untuk dimakan bersama nasi panas atau dimakan dengan begitu sahaja sajian ini mendapat tempat di hati rama...
Just Stay Away From Me Amp My Baby Isteri Chef Fikree Dakwa Di C E R A I Amp Mangsa K E G A N A S A N Rumah Tangga

Just Stay Away From Me Amp My Baby Isteri Chef Fikree Dakwa Di C E R A I Amp Mangsa K E G A N A S A N Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 725 hits
Please follow and like us 0 Kemelut rumah tangga dihadapi chef selebriti dan pengacara Chef Fikree Aznan bersama isterinya nampaknya telah berpenghujung apabila mereka dikatakan telah bercerai tiga hari lalu Menurut posting terbaru di Insta...
Saya Tetap Bagi Duit Pada Ain Anak Abu Teruja Sambut Raya Dengan Isteri Baru Di Rumah Baru

Saya Tetap Bagi Duit Pada Ain Anak Abu Teruja Sambut Raya Dengan Isteri Baru Di Rumah Baru

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 653 hits
Pencetus Ummah Abu Sufyan tidak sabar dan gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri kali ini bersama isteri barunya di rumah baru mereka Abu dan isteri baru Hana Kisah Rumah tangga Abu pernah viral bulan lepas ekoran menceraikan bekas is...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Pelarasan Kadar Tarif Elektrik Tnb 2025

Dewan Terbuka November Progress


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Dua Lelaki Dicekup Ragut Pelancong Rusia Untuk Bayar Hutang

Kelantan Seorang Okt Meninggal Di Lokap Balai Polis Pengkalan Chepa Ianya Disahkan Kp Kelantan

Pengumuman Penting Menanti Ekor Harimau Malaya

Whatsapp Sedang Usahakan Ciri Chat Dengan Kami Untuk Sokongan Manusia Yang Lebih Pantas Di Aplikasi Webnya

Menangis Dan Menyesal Makcik Bakar Motosikal Mengaku Salah Di Mahkamah

Sementara Tunggu Pesanan Masuk Rider Ambil Peluang Baca Al Quran Atas Motosikal