Hukum Guna Dana Masjid Bagi Membantu Anak Kariah Yang Terkesan Ekoran Covid 19



SOALAN:
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini ramai yang terkesan dari sudut terjejas atau kehilangan sumber pendapatan dan lain-lain masalah lagi. Persoalan saya, adakah boleh untuk pihak masjid menggunakan dana masjid hasil dari kutipan sedekah atau dari sumber-sumber lain untuk membantu anak kariah dan juga pihak-pihak yang terkesan ini?

JAWAPAN:
Secara umumnya Islam amat menggalakkan sebarang usaha saling membantu meringankan beban antara satu sama lain. Ini jelas seperti yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ
“Dan saling membantulah kamu dalam perkara kebajikan dan ketaqwaan.” (Surah Al-Ma’idah: 2)

Perkataan التعاون seperti yang diketahui membawa erti saling membantu dari sudut setiap pihak mengambil peranan memberi bantuan antara satu sama lain. Dalam masa yang sama Islam meletakkan syarat bahawa bantuan tersebut mestilah berlaku dalam kerangka kebajikan dan ketaqwaan.

Kebajikan dan ketaqwaan itu pula merupakan perkara-perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah SWT, lalu syarak memerintahkan kepada orang beriman untuk melaksanakannya. Antara kebajikan yang dianjurkan oleh syarak adalah membantu golongan susah yang memerlukan. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏ مَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Sesiapa yang mempermudahkan ke atas orang yang susah maka Allah akan mempermudahkan urusan dirinya di dunia dan juga di akhirat.” [Riwayat Ibn Majah (2417)]

Demikian juga sifat kesatuan umat Islam yang pasti akan turut terkesan saat melihat saudara-saudara seagamanya berada dalam kesusahan dan memerlukan. Ini seperti yang disebutkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Bashir R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
“Perumpamaan golongan yang beriman dari sudut kecintaan, saling berkasih sayang, dan saling membantu sesama mereka adalah seperti satu batang tubuh. Apabila ada satu anggota badan yang sakit maka keseluruhan tubuh badan akan turut berasa tidak boleh tidur serta demam.” [Riwayat Muslim (2586)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa sumbangan derma yang disalurkan kepada pihak masjid menerusi apa sahaja saluran seperti tabung masjid atau secara atas talian (online) hakikatnya termasuk dalam kategori tabarru’ seperti yang dinyatakan oleh para fuqaha’.

Pengertian tabarru’ adalah: “Usaha seorang mukallaf mengeluarkan harta atau manfaat kepada selainnya pada masa sekarang atau di masa akan datang tanpa sebarang balasan, dengan niat berbuat kebajikan dan kemakrufan.” [Rujuk: Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah (10/65)]

Justeru, difahami dari takrifan di atas bahawa seseorang yang menderma itu tidak mengharapkan sebarang balasan duniawi secara khusus buat dirinya melainkan semata mengharapkan ganjaran dan pahala. Bahkan dalam masa yang sama dia menderma dengan tujuan untuk memberi manfaat kepada orang lain sama ada di masa sekarang atau masa akan datang.

Maka pihak pentadbiran dan pengurusan masjid dalam hal ini bertindak selaku pihak yang mengawalselia aturan dan saluran duit-duit tersebut dengan memastikan ia digunakan untuk kemaslahatan dan kebajikan umat Islam setempat khususnya dan umat Islam sejagat umumnya.

Meskipun begitu, kami menyatakan bahawa dalam isu menggunakan dana masjid bagi membantu golongan yang terkesan sepanjang tempoh PKP ini maka kami kongsikan kata-kata Syeikh Zakariyya Al-Ansari berikut:

(وَلَوْ أَعْطَاهُ دَرَاهِمَ وَقَالَ اشْتَرِ لَك) بِهَا (عِمَامَةً أَوْ اُدْخُلْ بِهَا الْحَمَّامَ) أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ (تَعَيَّنَتْ) لِذَلِكَ مُرَاعَاةً لِغَرَضِ الدَّافِعِ هَذَا
“Sekiranya seseorang itu memberikan beberapa dirham kepadanya dan berkata: ‘Belilah buat diri kamu serban dengan wang ini atau bawalah serban ini ke dalam tempat mandi’, atau (ucapan) seumpamanya, maka menjadi tuntutan kepadanya melakukan perkara tersebut bagi meraikan tujuan individu yang menyumbangkan (wang tersebut).” [Rujuk: Asna al-Mathalib, Zakariya Al-Ansari (2/479)]

Beliau menambah lagi:

(إنْ قَصَدَ سَتْرَ رَأْسِهِ) بِالْعِمَامَةِ (وَتَنْظِيفَهُ) بِدُخُولِهِ الْحَمَّامَ لِمَا رَأَى بِهِ مِنْ كَشْفِ الرَّأْسِ وَشَعَثِ الْبَدَنِ وَوَسَخِهِ (وَإِلَّا) أَيْ وَإِنْ لَمْ يَقْصِدْ ذَلِكَ بِأَنْ قَالَهُ عَلَى سَبِيلِ التَّبَسُّطِ الْمُعْتَادِ (فَلَا) تَتَعَيَّنُ لِذَلِكَ بَلْ يَمْلِكُهَا أَوْ يَتَصَرَّفُ فِيهَا كَيْفَ شَاءَ.
“Sekiranya seseorang (yang memberi duit) bertujuan supaya (orang yang diberikan wang tersebut) menutup kepalanya dengan serban dan membersihkannya, dengan cara membawanya masuk ke dalam bilik air, berdasarkan apa yang dia lihat dari orang tersebut dari sudut kepala terdedah (tidak tertutup) dan juga kekusutan serta kotoran yang terdapat pada badan orang tersebut (maka menjadi tuntutan untuk penerima itu melakukan seperti yang disuruh). Sekiranya tidak, iaitu jika dia tidak menyertakan tujuannya (niat sedekah umum), seperti dia menyebut (gunakanlah wang) dalam bentuk yang penuh keluasan dengan mengikut adat kebiasaan, maka tidak ditentukan wang tersebut untuk diguna pada perkara (yang ditetapkan itu). Bahkan dia (yang menerima wang) memilikinya atau boleh dia menggunakan wang tersebut sebagaimana yang dia kehendaki.” [Rujuk: Asna al-Mathalib, Zakariya Al-Ansari (2/480)]

Maka dalam bahasa mudahnya, sekiranya penderma menentukan derma tersebut hendaklah disalurkan kepada pihak sekian dan sekian, maka pihak pengurusan masjid hendaklah menyalurkannya pada tempat yang telah dinyatakan. Manakala, jika derma tersebut datang dalam bentuk umum, maka dibolehkan untuk pihak pengurusan masjid menggunakannya kepada mana-mana sudut dan pihak yang memerlukan dari kalangan umat Islam.

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami mengakhiri kenyataan kami dalam isu ini menerusi beberapa noktah berikut:

Dalam setiap kesulitan yang berlaku, pihak masjid dan juga surau-surau BOLEH menggunakan dana hasil sumbangan derma yang bersifat UMUM yang diperoleh dari pelbagai pihak untuk disalurkan kepada ahli-ahli kariah yang memerlukan.Bentuk dan kadar bantuan pula adalah diserahkan kepada kebijaksanaan pengurusan masjid dengan mengambil kira beberapa faktor serta mengikut kemampuan pihak masjid.Kami berharap, semua pihak berganding bahu bagi membantu sesama umat Islam dalam meringankan beban mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.
Berikut kami kongsikan bersama kenyataan Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan berkenaan isu ini:

1. Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan, setelah mengadakan perbincangan khas berhubung penggunaan tabung masjid bagi membantu kesusahan ahli kariah susulan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diisytihar oleh kerajaan bagi menangani wabak Covid-19, telah BERSETUJU seperti berikut:

Tabung masjid atau surau sekiranya bukan berbentuk tabung yang dikhususkan untuk tujuan tertentu, pada asasnya merupakan wang derma yang disumbangkan oleh umat Islam dengan niat untuk kemaslahatan masjid atau surau dan ahli kariah. Maka ia boleh digunakan untuk apa sahaja aktiviti atau kepada sesiapa sahaja golongan yang memerlukan selama mana terdapatnya maslahah kaum Muslimin menerusi pemberian tersebut.Inilah yang difahami daripada kenyataan Syeikh Zakaria al-Ansari yang menyebut: (وَإِنْ لَمْ يَقْصدْ ذَلِكَ بِأَنْ قَالَهُ عَلَى سَبِيلِ التَّبَسُّطِ الْمُعْتَادِ (فَلَا) تَتَعَيَّنُ لِذَلِكَ بَلْ يَمْلِكُهَا أَوْ يَتَصَرَّفُ فِيهَا كَيْفَ شَاءَ) “Sekiranya tidak, iaitu jika dia (orang yang memberikan duit) tidak menyertakan tujuannya, seperti dia menyebut (gunakanlah wang) dalam bentuk penuh keluasan yang mengikut adat kebiasaan, maka tidak ditentukan wang tersebut untuk diguna pada perkara (yang ditetapkan itu). Bahkan dia (yang menerima wang) memilikinya atau dia boleh menggunakan wang tersebut sebagaimana yang dia kehendaki.” [Rujuk: Asna al-Mathalib, Zakariya Al-Ansari (2/480)]Kaedah fiqh menyebut, (كل متصرف عن الغير فعليه أن يتصرف بالمصلحة) “Setiap yang bertindak bagi pihak orang lain, hendaklah bertindak berasaskan maslahah.”
2. Sehubungan dengan itu, dalam suasana kesusahan dan kesempitan hidup yang berlaku dalam tempoh PKP yang sedang berkuatkuasa sehingga 14 April 2020, Ahli Jawatankuasa menetapkan bahawa penggunaan tabung masjid / surau adalah DIHARUSKAN dengan syarat-syarat berikut:

Dana kutipan itu bukan daripada tabung khas seperti tabung wakaf, tabung pembinaan masjid, tabung anak yatim dan sebagainya;Sumbangan yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada kemampuan masjid / surau; danPenyaluran sumbangan hendaklah dilaksanakan dengan kaedah dan pemantauan yang rapi oleh Pengurusan Masjid / Surau.
3. Semoga Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala yang besar untuk penyumbang dan penderma kepada tabung masjid dan surau seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan khasnya dan seluruh negara amnya. Mudah-mudahan usaha murni ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban kesusahan ahli kariah masjid dan surau berkenaan. Sekaligus ia menjadi amal kebajikan seluruh umat Islam yang akan diganti oleh Allah SWT dengan melepaskan umat-Nya daripada ujian musibah Covid-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-guna-dana-masjid-bagi-membantu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jawatankuasa Masjid Perlu Manfaatkan Peruntukan Tabung Masjid Kepada Anak Kariah Kampung Dr Zulkifli

Jawatankuasa Masjid Perlu Manfaatkan Peruntukan Tabung Masjid Kepada Anak Kariah Kampung Dr Zulkifli

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 398 hits
Satu kenyataan media yang dikeluarkan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahagian Hal Ehwal Agama menggesa kepada Jawatankuasa Hal Ehwal Islam seluruh Malaysia untuk mengambil perhatian serius tentang hal ini Susulan daripada itu d...
Tidak Benar Hospital Tuanku Fauziah Guna Termometer Masuk Ke Mulut Saring Covid 19

Tidak Benar Hospital Tuanku Fauziah Guna Termometer Masuk Ke Mulut Saring Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 294 hits
SHAH ALAM 28 MAC Dakwaan kononnya Hospital Tuanku Fauziah Kangar Perlis menggunakan termometer yang dimasukkan ke mulut orang ramai bagi menyaring penyakit Covid 19 adalah palsu kata Kementerian Kesihatan Hospital Tuanku Fauziah hanya mengg...
Mb Adn Boleh Guna Rm30 000 Bantu Rakyat Terkesan Covid 19

Mb Adn Boleh Guna Rm30 000 Bantu Rakyat Terkesan Covid 19

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 288 hits
SHAH ALAM 20 MAC Pakej Rangsangan Selangor Prihatin Covid 19 memberi kelonggaran kepada Ahli Dewan Negeri untuk menggunakan peruntukan sehingga RM30 000 bagi membantu rakyat yang terkesan dengan wabak itu kata Dato Menteri Besar Dato Seri A...
Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

Anak Mengadu Sakit Tekak Guna Larutan Air Masak Garam Boleh Bantu Redakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 317 hits
Dengan cuaca yang tidak menentu dan kes penularan COVID 19 yang semakin meningkat sudah tentu sebagai ibu ayah kita akan merasa risau jika tiba tiba anak tidak sihat Mungkin tidak serius setakat batuk atau kurang selera makan tetapi tetap b...
Mendagri Perintahkan Pemda Alirkan Dana Tak Terduga Apbd Tangani Covid 19

Mendagri Perintahkan Pemda Alirkan Dana Tak Terduga Apbd Tangani Covid 19

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 119 hits
Pertama dana Belanja Tidak Terduga dapat digunakan untuk penyelidikan kontak dekat penyelidikan epidemologis termasuk biaya alat dan upah petugas
3 Jenis Ubat Boleh Guna Rawat Covid 19

3 Jenis Ubat Boleh Guna Rawat Covid 19

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 254 hits
KKM akan menjalankan pemantauan berterusan bagi memastikan kualiti keselamatan serta keberkesanan ubat ubatan terjamin demi kepentingan pesakit Gambar fail The Malaysian Insight 29 Mac 2020 BEKALAN ubat Klorokuin Hidroksiklorokuin dan kombi...
92 Kes Dirawat Di Icu 62 Daripadanya Guna Bantuan Alat Pernafasan Covid 19

92 Kes Dirawat Di Icu 62 Daripadanya Guna Bantuan Alat Pernafasan Covid 19

papar berkaitan - pada 30/3/2020 - jumlah : 274 hits
Menerusi sidang media berkaitan Perkembangan Covid 19 di negara kita Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa jumlah kumulatif kes positif mencecah kepada 2626 kes setakat ini Susulan daripada itu daripada j...
Bapa Kejar Kereta Guna Basikal Rayu Bantuan Untuk Anak Isteri

Bapa Kejar Kereta Guna Basikal Rayu Bantuan Untuk Anak Isteri

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 225 hits
SANDAKAN Akibat terputus sumber makanan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan seorang lelaki sanggup mengayuh basikal beberapa kilometer mengejar sebuah kenderaan yang sedang mengangkut bantuan makanan untuk merayu agar turut diberikan ban...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut