Hukum Berpuasa Di Negara Yang Siangnya Panjang



Soalan:
Saya berpuasa di negara Norway yang mana siangnya adalah 19 jam setengah. Bagaimana dengan puasa saya? Bilakah waktu yang tepat untuk saya berbuka?

Jawapan:
Islam adalah agama yang mudah dan Allah tidak memberatkan hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggungnya. Firman Allah swt:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah al-Baqarah: 286)

Sheikh Ibrahim al-Baijuri ketika menjelaskan makna puasa yang ditakrifkan oleh Allamah Ibn Qasim al-Ghazzi: “Yang dimaksudkan menahan dari perkara yang membatalkan sepanjang siang hari bermaksud bermula dari terbit matahari sehingga tenggelam matahari.” [Rujuk Hasyiah al-Bajuri ‘ala Syarh al-Allamah Ibn Qasim al-Ghazzi(1/427)]

Dalam situasi yang dijelaskan oleh penyoal. Ada dua pandangan:

1. Dia perlu berpuasa seperti biasa bermula terbit matahari sehinggalah terbenam matahari. Walaupun siangnya panjang, akan tetapi malam dan siang tetap dapat dibezakan dalam tempoh 24 jam. Ini berdasarkan kepada ayat al-Quran dan hadis yang menyatakan waktu solat itu ada yang ditunaikan pada waktu siang dan ada yang ditunaikan pada waktu malam.

Firman Allah swt:

أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمْسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيْلِ وَقُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ ۖ إِنَّ قُرْءَانَ ٱلْفَجْرِ كَانَ مَشْهُودًا
“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).” (Surah al-Isra’: 78)

Firman Allah lagi:

إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’: 103)


Kedua-dua ayat al-Quran ini disokong oleh hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Bin Amru Bin al-‘As. Nabi saw bersabda:

وَقْتُ الظُّهْرِ إِذَا زَالَتْ الشَّمْسُ وَكَانَ ظِلُّ الرَّجُلِ كَطُولِهِ مَا لَمْ يَحْضُرْ الْعَصْرُ وَوَقْتُ الْعَصْرِ مَا لَمْ تَصْفَرَّ الشَّمْسُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ مَا لَمْ يَغْرُبْ الشَّفَقُ وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ وَوَقْتُ صَلَاةِ الصُّبْحِ مِنْ طُلُوعِ الْفَجْرِ مَا لَمْ تَطْلُعْ الشَّمْسُ فَإِذَا طَلَعَتْ الشَّمْسُ فَأَمْسِكْ عَنْ الصَّلَاةِ فَإِنَّهَا تَطْلُعُ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ
“Waktu Zohor adalah ketika matahari tergelincir. Iaitu bila bayang seseorang sama dengan ketinggiannya. Waktu Asar adalah selagimana matahari tidak kekuningan. Waktu solat Maghrib selagimana mega tidak hilang. Waktu solat Isyak pula berpanjangan sehingga sebahagian tengah malam. Dan waktu solat Subuh bermula terbitnya fajar dan berpanjangan selagi mana matahari tidak terbit. Jika matahari sudah terbit maka berhenti bersolat. Kerana pada waktu itu, matahari terbit di antara dua tanduk Syaitan.” [Riwayat Muslim (1419)]

Maka menurut pandangan ini, walaupun waktu siang di negara tersebut menjangkau 19 jam akan tetapi waktu berpuasa adalah tetap bermula dari terbit matahari sehinggalah terbenamnya mahatari mengikut waktu di Negara tersebut. Ini kerana, malam dan siang tetap dapat dibezakan dalam 24 jam. Ianya dikuatkan lagi dengan firman Allah swt:

كُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ ٱلْخَيْطُ ٱلْأَبْيَضُ مِنَ ٱلْخَيْطِ ٱلْأَسْوَدِ مِنَ ٱلْفَجْرِ ۖ
“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar.” (Surah al-Baqarah: 187)

2. Situasi sebegini disebut sebagai اختلال العلامة iaitu cacatnya alamat. Ini kerana siangnya panjang lebih daripada kebiasaan di sebahagian negara. Dalam keadaan ini boleh untuk menqiyaskan waktu berbuka kepada mana-mana dua kawasan ini. Iaitu:

Kota suci MekahNegara terdekat yang siang dan malamnya mempunyai tempoh waktu yang sama
Ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh Sheikh Muhammad Abduh, Sheikh Jad al-Haq, bekas Shaikhul Azhar, Sheikh Abdul Latif Hamzah,Sheikh Said Tantawi, Sheikh Ali Jumuah dan juga pandangan Sheikh Mustafa al-Zarqa’. [Rujuk al-‘Aql wa al-Fiqh Fi Fahm al-Hadith al-Nabawi (m/s 124)]

Kesimpulan dari dua pandangan tersebut, kami lebih cenderung kepada pandangan yang kedua. Ini kerana ia lebih menepati maqasid Syara’ dan memberi keringanan kepada mereka yang terpaksa berpuasa lebih dari 19 jam. Ini berdasarkan firman Allah swt :

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِى ٱلدِّينِ مِنْ حَرَجٍ ۚ
“Dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama.” (Surah al-Haj: 78)

Kata Sheikh Mustafa al-Zarqa’: “Yang paling penting adalah menjaga maqasid syariat dalam menentukan waktu solat dan juga waktu berpuasa agar ia tidak menjadi satu taklifan yang tidak mampu dilakukan. Dan juga menyerlahkan maksud syariat itu tanpa ada pengurangan padanya.” [Rujuk al-‘Aql wa al-Fiqh Fi Fahm al-Hadith al-Nabawi (m/s 125)]

Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/hukum-berpuasa-di-negara-yang-siangnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menderma Darah Berbekam Ketika Berpuasa

Hukum Menderma Darah Berbekam Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 454 hits
Soalan Apakah hukum puasa seseorang yang ingin menderma darah ataupun mengambil ujian darah Jawapan Isu mengenai menderma darah serta mengambil ujian darah tidak dibincangkan secara khusus di dalam kitab kitab fiqh klasik Ianya mula dibinca...
Hukum Berenang Dan Menyelam Ketika Berpuasa

Hukum Berenang Dan Menyelam Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 379 hits
Soalan Boleh tolong huraikan berkenaan aktiviti berenang dan menyelam semasa bulan Ramadhan Jawapan Maklum diketahui bahawa salah satu dari perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan secara sengaja Imam Al...
Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

Apakah Hukum Orang Yang Berpuasa Tetapi Tidak Sembahyang

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 515 hits
Apakah hukum orang yang berpuasa tetapi tidak sembahyang JAWAPAN Untuk menjawab soalan ini sebagai muqaddimah saya nukilkan pendapat Syeikh Dr Yusuf al Qaradhawi melalui kitabnya Fatawa Muasirah Orang Islam dituntut melakukan semua ibadat i...
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 372 hits
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa Assalamualaikum ustaz Apakah hukum suntik insulin bagi pesakit diabetes kronik pada siang hari di bulan Ramadhan Jawapan Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan p...
Hukum Menggigit Kuku Saat Berpuasa Bolehkah

Hukum Menggigit Kuku Saat Berpuasa Bolehkah

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 560 hits
Di antara kebiasaan orang yang aneh adalah menggigit kukunya sendiri Lalu bagaimana jika ia menggigit kukunya saat ia berpuasa apakah batal puasanya Terkait hal ini Syekh Dr Ali Jum ah Muhammad salah satu mufti dan ulama besar Mesir telah m...
Hukum Pakai Lipstick Di Ketika Berpuasa

Hukum Pakai Lipstick Di Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 360 hits
Hukum Pakai Lipstick di Ketika Berpuasa Adakah batal puasa saya apabila saya mengenakan lipstick pada siang hari Ramadhan Jawapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli kelua...
Banjir Kilat Di Ibu Negara Dua Lokasi Terjejas

Banjir Kilat Di Ibu Negara Dua Lokasi Terjejas

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 427 hits
Mohd Azam Shah Yaacob HUJAN lebat melanda ibu negara selama dua jam hari ini menyebabkan dua kawasan ditenggelami air Kejadian itu turut menyebabkan tiga kereta yang diparkir di kawasan letak kereta Menara PJD Jalan Tun Razak tenggelam hamp...
Zoo Negara Nak Bangkrup Baik Tutup Je Lah Netizen

Zoo Negara Nak Bangkrup Baik Tutup Je Lah Netizen

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 515 hits
Penulisan di bawah merupakan penulisan yang viral di media sosial dan tidak semestinya ia mencerminkan pendirian rasmi The Reporter 17 Mei lalu media tempatan melaporkan Zoo Negara berada dalam situasi terdesak memerlukan pengunjung yang le...
Donald Trump Sebut Indonesia Berhasil Jadi Contoh Negara Demokrasi

Donald Trump Sebut Indonesia Berhasil Jadi Contoh Negara Demokrasi

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 257 hits
Presiden Amerika Serikat Donald Trump menyampaikan selamat kepada Presiden Joko Widodo dan rakyat Indonesia atas suksesnya pelaksanaan Pemilihan Umum 2019 dan menyebut Indonesia sebagai contoh negara demokrasi
Ghea Indrawari Dendam Malam Kelam Chord

Luna Maya Bu Ketua Resmi Jadi Istri Maxime Ini Dia 7 Artis Belum Menikah Yang Bisa Jadi Patokan Umur Gen 90 An

Dolla Mwa Chord

Marsha Sudah Ku Temui Chord

Spring Fever Amazon Diesel Powered Mini Bike Pt 1

Nurul Izzah Kurang Setuju Lantikan Kali Ke 3 Azam Baki Sambungan Yang Tak Dialu Alukan

The Benefits Of Implementing Knowledge Management Tools In The Workplace

Telur Pindang Johor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kelas Berenang

Apa Punya Bengap Angkara Salam Tak Cium Tangan Vokalis Skinhead Kena Belasah

Ingatkan Tak Sambung Pas Terkejut Tak Sangka Azam Baki Dilantik Semula Terajui Sprm

Eh Xperience Kafe Menarik Di The Campus Ampang

Understanding Artificial Intelligence A Malaysian Corporate Perspective

Digital Twins In Urban Planning Building Smarter Cities Before They Re Built