Hukum Bermesraan Bersama Pasangan Di Bulan Ramadhan


Mukadimah
Di antara persoalan yang sering diajukan berkenaan puasa adalah hukum-hakam yang berkaitan dengan perhubungan di antara suami dan isteri di siang hari bulan Ramadhan. Di dalam Irsyad al-Fatwa edisi khas Ramadan kali ini kami akan kongsikan beberapa permasalahan yang berkaitan isu tersebut.
Hukum Bercumbuan Dan Bermesraan Semasa Berpuasa
Kata Saidatuna Ummul Mukminin A’isyah R.anha:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ إِحْدَى نِسَائِهِ وَهُوَ صَائِمٌ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium salah seorang dari isteri baginda dalam keadaan baginda sedang berpuasa.
Riwayat Muslim (1106)
Di dalam riwayat yang lain, Saidatuna A’isyah R.anha mengatakan:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقَبِّلُ وَهُوَ صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وَهُوَ صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كَانَ أَمْلَكَ لإِرْبِهِ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu mencium dalam keadaan berpuasa dan baginda juga bermesra-mesraan dalam keadaan berpuasa akan tetapi baginda yang paling memiliki anggotanya (menahan nafsu).
Riwayat Abu Daud (2382)
Berdasarkan kedua-dua hadis yang sahih di atas, dapatlah kita ketahui bahawasanya baginda Rasulullah S.A.W juga mencium dan bermesraan dengan isteri baginda.
Manakala pendapat dalam mazhab al-Imam al-Syafie adalah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi berikut:
Kami telah nyatakan bahawa mazhab kami adalah makruhnya ia (bercumbuan dan bermesraan) bagi sesiapa yang kuat syahwatnya (teransang). Manakala tidak dimakruhkan bagi selainnya (yang mampu kawal nafsu) dan yang utamanya perbuatan ini ditinggalkan. Sekiranya seseorang yang kuat nafsunya mencium dan tidak keluar air mani maka puasanya tidak batal.
Kata Imam Ibn al-Munzir: (Di antara) yang memberikan kerukhsahan (kelonggaran) dalam mencium ini adalah Umar, Ibn Abbas, Abu Hurairah, A’isyah, Atha’, al-Sya’bi, al-Hasan, Ahmad, serta Ishak. Manakala Sa’ad Ibn Abi Waqqas menganggap tiada masalah untuk bermesraan dengan isteri (semasa berpuasa). Ibn Umar pula melarang hal tersebut. Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/355).
Seperkara yang perlu kami nyatakan, sekiranya seseorang itu bermesra-mesraan dengan isterinya pada bahagian selain faraj lalu terkeluar maninya, ataupun dia bercumbuan dan keluar air mani maka batallah puasanya. Sekiranya tidak keluar mani maka puasanya tidak batal.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saiduna Umar Ibn al-Khattab beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ صَنَعْتُ الْيَوْمَ أَمْرًا عَظِيمًا قَبَّلْتُ وَأَنَا صَائِمٌ ‏ قَالَ ‏‏أَرَأَيْتَ لَوْ مَضْمَضْتَ مِنَ الْمَاءِ وَأَنْتَ صَائِمٌ
Maksudnya: Wahai Rasulullah, hari ini aku telah lakukan sesuatu yang berat. Aku telah mencium dalam keadaan aku berpuasa. Maka Rasulullah S.A.W menjawab: Apa pendapat kamu sekiranya kamu berkumur-kumur dalam keadaan kamu sedang berpuasa ?
Riwayat Abu Daud (2385)
Ketika mengulas hadis ini, Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: Baginda S.A.W mengumpamakan perbuatan mencium itu dengan berkumur. Dan telah sabit bahawa jika seseorang itu berkumur lalu air sampai ke dalam rongganya maka itu membatalkan puasa. Sekiranya air tidak sampai maka ia tidak membatalkan. Begitu jugalah dengan mencium. Rujuk al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/321).
Hukum Persetubuhan Di Siang Hari Bulan Ramadhan
Bersama dengan pasangan di siang hari bulan Ramadhan adalah haram hukumnya. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
أُحِلَّ لَكُمۡ لَيۡلَةَ ٱلصِّيَامِ ٱلرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَآئِكُم
Maksudnya: Telah di halalkan buat kalian pada malam hari puasa itu untuk bersama dengan isteri kalian.
Surah al-Baqarah (187)
Cara memahami hukum berdasarkan ayat ini adalah dengan menggunakan kaedah mantuq dan juga mafhum dalam usul feqh. Mantuq bermaksud perkara yang dituturkan manakala mafhum pula bererti sesuatu yang difahami daripada ayat yang dituturkan.
Maka apabila Allah mengatakan telah halal bagi kita untuk bersama dengan isteri pada malam hari puasa maka ini merupakan mantuq (yang dituturkan). Manakala yang difahami dari ayat ini (mafhum) adalah haramnya bersama dengan isteri di siang hari bulan puasa.
Kesan Bagi Sesiapa Yang Bersetubuh Di Siang Hari Ramadhan
Sesiapa yang bersama dengan pasangannya di siang hari bulan Ramadhan, maka kesan dari perbuatan tersebut adalah:
Pertama: Puasanya batal dan wajib qadha (ganti) ke atas keduanya. Ini kerana perbuatan bersetubuh dengan isteri di siang hari bulan Ramadhan termasuk dalam perkara yang membatalkan puasa. Ia berdasarkan sabda Nabi S.A.W:
وَصُمْ يَوْمًا مَكَانَهُ
Maksudnya: Dan berpuasalah pada hari yang lain menggantikan hari tersebut.
Riwayat Ibn Majah (1671)
Kedua: Sesiapa yang bersama dengan isterinya di siang hari bulan Ramadhan maka dia dikenakan kaffarah seperti berikut secara tartib (mengikut urutan):
Membebaskan seorang hamba.
Berpuasa dua bulan berturut-turut.
Memberi makan kepada 60 orang miskin.
Ini adalah berdasarkan kisah seorang arab badwi yang datang menemui Rasulullah S.A.W sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Abu Hurairah yang berikut:
أَتَى النَّبِيَّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ رَجُلٌ فَقَالَ هَلَكْتُ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ وَمَا أَهْلَكَكَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ وَقَعْتُ عَلَى امْرَأَتِي فِي رَمَضَانَ ‏.‏ فَقَالَ النَّبِيُّ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏”‏ أَعْتِقْ رَقَبَةً ‏”‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أَجِدُهَا ‏.‏ قَالَ ‏”‏ صُمْ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أُطِيقُ ‏.‏ قَالَ ‏”‏ أَطْعِمْ سِتِّينَ مِسْكِينًا ‏”‏ ‏.‏ قَالَ لاَ أَجِدُ
Maksudnya: Seorang lelaki telah datang kepada Nabi S.A.W lalu dia mengatakan: “Aku telah binasa”. Lalu Rasulullah berkata: “Apa yang menyebabkan kamu binasa ?”. Maka lelaki itu menjawab: “Aku telah bersama dengan isteriku pada bulan Ramadhan”. Maka Nabi S.A.W bersabda: “Bebaskanlah seorang hamba”. Lelaki itu menjawab: “Aku tidak memilikinya”. Baginda bersabda lagi: “Puasalah selama dua bulan berturut-turut”. Lalu lelaki itu mengatakan: “Aku tidak mampu”. Kata Baginda lagi: “Berilah makan kepada 60 orang miskin”. Maka jawab lelaki itu: “Aku tidak memiliki sesuatu untuk diberi makan”.
Riwayat al-Bukhari (1936)
Adakah Beronani Membatalkan Puasa ?
Jumhur ulama mazhab yang empat mengatakan bahawa perbuatan beronani atau mengeluarkan mani dengan sengaja itu membatalkan puasa. Inilah juga yang disebutkan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah. Lihat Raudhah al-Thalibin, al-Nawawi (2/356).
Ini adalah berdasarkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah R.anhu yang mana Rasulullah S.A.W bersabda:
يَتْرُكُ طَعَامَهُ وَشَرَابَهُ وَشَهْوَتَهُ مِنْ أَجْلِي
Maksudnya: Dia (orang yang berpuasa itu) meninggalkan makanannya, minumannya, serta syahwatnya kerana Aku.
Riwayat al-Bukhari (1894)
Sebagaimana makan dan minum membatalkan puasa, begitulah juga perbuatan seseorang yang mendatangi syahwatnya dengan cara beronani turut membatalkan puasa.
Demikian juga kata Imam al-Nawawi Rahimahullah: Sesungguhnya kami telah sebutkan bahawasanya seorang lelaki itu apabila dia mengeluarkan air mani dengan sengaja maka batallah puasanya dan tiada kaffarah ke atasnya. Lihat al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, al-Nawawi (6/342).
Keluar Mani Secara Tidak Sengaja Membatalkan Puasa ?
Dalam beberapa keadaan, boleh jadi seseorang lelaki itu keluar air maninya selain dari sebab mencium dan bermesraan dengan isteri.
Di dalam kitab al-Majmuk Syarah al-Muhazzab, penulisnya menyebut tentang dua keadaan keluar air mani tetapi tidak membatalkan puasa:
Jika seseorang lelaki memandang, talazzuz (bersedap-sedap), lalu terkeluar air mani maka itu tidak membatalkan puasa.
Jika seseorang bermimpi di siang hari bulan puasa lalu terkeluar air maninya maka itu juga tidak membatalkan puasa.
Kedua-dua ini tidak membatalkan puasa kerana terpancutnya air mani itu bukan disebabkan oleh mubasyarah (dengan usaha). Inilah pendapat yang dikatakan oleh Imam al-Nawawi. Rujuk al-Majmuk Syarah al-Muhazzab (6/321).
Penutup
Akhir kalam, semoga penjelasan ini sedikit sebanyak dapat memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami isu ini. Ameen.
Akhukum Fillah
S.S DATUK DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
 
Sumber: https://muftiwp.gov.my/
 
 
The post Hukum Bermesraan Bersama Pasangan di Bulan Ramadhan appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-bermesraan-bersama-pasangan-di-bulan-ramadhan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan

Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 427 hits
Media Sosial Berehat Sementara Waktu Sepanjang Bulan Ramadhan Bukan mudah untuk berehatkan jari jemari dari media sosial ini tau hehehe Sebab kita dah biasa sharing benda dan perkara yang baik baik di media sosial bila terpaksa stop tu rasa...
Cara Ibadah Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

Cara Ibadah Wanita Haid Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 1888 hits
Assalamualaikum dan Salam RamadanCARA IBADAH WANITA HAID DI BULAN RAMADHAN 1 Perbanyakkan Niat Yang Baik Rasulullah bersabda Apabila seorang hamba sakit atau bermusafir dicatat amalan untuknya seperti kebiasaan yang dilakukannya semasa dia ...
4 Tanggungjawab Muslim Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan

4 Tanggungjawab Muslim Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 484 hits
4 Tanggungjawab Muslim dalam Menghadapi Bulan Ramadhan Pertama Menyiapkan jiwa untuk menerima kehadiran Ramadhan dengan taubat nasuha yang sebenar benarnya dan menyucikan jiwa dengan sepenuhnya Kedua Menjaga puasanya secara hissi dan ma naw...
9 Keistimewaan Bulan Ramadhan

9 Keistimewaan Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 25/4/2021 - jumlah : 332 hits
9 KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN Ramadhan bermaksud panas yang sangat terik Dinamakan Ramadhan kerana pada bulan tersebut tanah Arab cuacanya panas terik dan kering Ironinya kepanasan yang terik dan kering itu diharap dapat membakar kotoran ti...
Mengapa Umat Muslim Ramai Baca Al Qur An Di Bulan Ramadhan

Mengapa Umat Muslim Ramai Baca Al Qur An Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 240 hits
Huruf dalam Alquran Sejak 1200 tahun silam ketika dunia blm mengenal KOMPUTER atau alat hitung sejenis Maka IMAM SYAFI I telah mampu mendata JUMLAH masing masing HURUF dalam AL QUR N secara detail dan tepatIMAM SYAFI I dalam kitab Majmu al ...
Design Poster Amalan Di Bulan Ramadhan

Design Poster Amalan Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 24/4/2021 - jumlah : 532 hits
Design PosterAmalan Di Bulan RamadhanBiro Dakwah MTPI designmurah design4daawah designposter DesignSimple DesignCantik designcantik upahdesign upahdesignmurah upahdesignposter PosterCantik RamadanMubarak Berminat untuk tempah design poster ...
Subhanallah Mustajabnya Berdoa Pada 4 Waktu Bulan Ramadhan

Subhanallah Mustajabnya Berdoa Pada 4 Waktu Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 292 hits
Rasulullah s a w ada bersabda tidak ada sesuatu yang paling mulia di sisi Allah daripada doa HR Tirmizi Ibn Majah Di dalam bulan yang mulia ini terdapat 4 waktu yang paling mustajab jika seseorang berdoa Kejarlah waktu waktu ini dan mintala...
Niat Puasa Ramadhan Rumi Dan Jawi Di Bulan Mulia

Niat Puasa Ramadhan Rumi Dan Jawi Di Bulan Mulia

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 680 hits
Niat Puasa Ramadhan Rumi Dan Jawi Di Bulan Mulia Untuk mendapatkan manfaat bersama admin ingin kongsikan Niat Puasa Ramadhan untuk anda Ada segelintir dari kita yang tidak boleh membaca dalam jawi Untuk itu admin kongsikan Ramadhan rumi Sam...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025