Hukum Berkongsi Korban Dan Aqiqah Pada Sembelihan Lembu Unta Yang Sama


Soalan:
Bolehkah sekiranya seekor lembu korban itu diniatkan 5 bahagian untuk korban manakala 2 bahagian lagi untuk aqiqah?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Sebelum menjawab persoalan di atas, suka untuk kami menjelaskan bahawa bagi seekor lembu ataupun unta, ianya boleh dikongsikan kep/ada 7 bahagian. Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Jabir bin Abdullah RA yang mana menyebutkan:
نَحَرْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَامَ الْحُدَيْبِيَةِ الْبَدَنَةَ عَنْ سَبْعَةٍ وَالْبَقَرَةَ عَنْ سَبْعَةٍ
Maksudnya: Kami telah melakukan korban bersama-sama Rasulullah SAW pada tahun Hudaibiyah dengan unta yang dikongsi dengan 7 bahagian dan lembu yang dikongsi dengan 7 bahagian.
Riwayat Muslim (1318), Abu Daud (2809) & Al-Tirmizi (1502)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam kitabnya al-Minhaj Syarh Sahih Muslim mengatakan bahawa hadith di atas menjadi dalil kebolehan untuk isytirak (berkongsi) seekor unta atau lembu untuk tujuh bahagian (yang setiap satunya mewakili seekor kambing).[1]
Meskipun terdapat nas yang menunjukkan bahawa bolehnya melakukan perkongsian pada haiwan korban (unta dan lembu) pada satu ibadat korban yang sama, namun terdapat khilaf dikalangan ulama’ dalam isu isytirak ini iaitu, adakah dibolehkan untuk berkongsi niat untuk korban dan juga aqiqah bagi setiap bahagian pada haiwan korban yang sama?
Pendapat al-Syafi’eyyah membenarkannya. Ini sepertimana pendapat Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah yang mana menyebutkan bahawa:
أَمَّا لَوْ ذَبَحَ بَدَنَةً أَوْ بَقَرَةً عَنْ سَبْعَةِ أَسْبَابٍ مِنْهَا ضَحِيَّةٌ وَعَقِيقَةٌ وَالْبَاقِي كَفَّارَاتٌ فِي نَحْوِ الْحَلْقِ فِي النُّسُكِ فَيُجْزِي ذَلِكَ
Maksudnya: “Sekiranya disembelih unta atau lembu untuk 7 bahagian bagi sebab-sebab darinya untuk korban dan aqiqah manakala bakinya untuk kaffarat bagi bercukur ketika ibadah haji makan sah hukumnya..”
[Lihat al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra. Al-Maktabah al-Islamiyyah, 4/256]
Pendapat al-Hanafiah juga membenarkannya. Ini sepertimana di sebutkan oleh Ibn ‘Abidin al-Hanafi Rahimahullah di dalam Hasyiahnya iaitu dibenarkan untuk berlakunya perkongsian bagi korban dan aqiqah. Ini kerana korban dan juga aqiqah adalah amalan yang keduanya mendekatkan diri kepada Allah SWT (al-qurbah).
[Lihat Rad al-Muhtar ‘ala al-Dur al-Mukhtar. Dar al-Fikr, 6/326]
Adapun yang masyhur dikalangan al-Malikiyyah dan juga al-Hanabilah adalah tidak dibenarkan iaitu menurut mereka ianya tidak sah. Ini kerana pada pendapat mereka, untuk korban dan juga aqiqah itu adalah dua sembelihan yang berbeza tujuannya maka ianya tidak boleh disatukan seperti mana dam al-Tamattu’ dan juga dam al-Fidyah.
[Lihat Fatawa Yas’alunak oleh Prof. Dr. Husamuddin ‘Afanah. Maktabah Dandis, 4/350]
Kesimpulan
Mengetahui bahawa isu ini terdapat khilaf padanya, maka padanya terdapat keluasan dalam beramal dengannya. Kami berpendapat bahawa boleh untuk disekalikan niat korban dan aqiqah pada bahagian lembu dan juga unta seperti mana yang dinaskan oleh pendapat dari kalangan al-Syafi’ieyyah dan juga al-Hanafiah.
Kami juga melihat kepada kemampuan seseorang itu untuk melakukan korban dan juga aqiqah. Sekiranya seseorang itu mampu, maka yang terbaiknya adalah dengan mengasingkan setiap satu daripada ibadah tersebut tanpa berlakunya perkongsian (korban dan aqiqah disekalikan) dan itu bagi kami adalah yang terbaik untuk keluar daripada khilaf. Wallahu a’lam.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Berkongsi Korban dan Aqiqah Pada Sembelihan Lembu/Unta yang Sama appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-berkongsi-korban-dan-aqiqah-pada-sembelihan-lembu-unta-yang-sama/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahasiswa Belajar Online Yuran Tetap Sama

Mahasiswa Belajar Online Yuran Tetap Sama

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 191 hits
Mahasiswa belajar online yuran tetap sama Rata rata mahasiswa di universiti awam merungut berikutan yuran pengajian yang perlu dibayar masih tinggi meskipun pengajian mereka dijalankan secara online sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Run...
Dua Lagi Amk Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal

Dua Lagi Amk Negeri Umum Sudah Tak Caya Sama Akmal

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 310 hits
Semalam 1hb Julai dalam satu kenyataan media AMK Selangor mengumumkan majoriti Ketua Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor Telah Hilang Kepercayaan Terhadap Kepimpinan Ketua AMK Malaysia Hari ini pula tiga Ketua AMK Cabang Negeri Sem...
Sering Dikira Sama Aja Ini Bedanya Deodoran Dan Antiperspiran Di Produk Pencegah Bau Badan

Sering Dikira Sama Aja Ini Bedanya Deodoran Dan Antiperspiran Di Produk Pencegah Bau Badan

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 220 hits
Ternyata yang satu bisa mencegah keringat berlebih sedangkan satunya hanya kurangi risiko bau keti aja
Buat Roti Donat Guna Satu Adunan Yang Sama Roti Lembut Donat Pun Gebu Power Sampai 35k Share

Buat Roti Donat Guna Satu Adunan Yang Sama Roti Lembut Donat Pun Gebu Power Sampai 35k Share

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 473 hits
Wow ini memang best Hanya gunakan satu adunan sahaja dan anda dapat menikmati roti dan donat dalam satu masa Memang hebat dan jimat masa Resipi perkongsian ini memang wajib dicuba Tak hairanlah dapat perkongsian sehingga 35K di facebook Waj...
Aku Kehilangan Makcik Dan Datok Pada Hari Yang Sama

Aku Kehilangan Makcik Dan Datok Pada Hari Yang Sama

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 307 hits
Assalammualaikum Aku Kehilangan Makcik dan Datok Pada Hari Yang Sama Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami Kerana hidu...
Muhyiddin Tak Reti Beza Belanjawan Dan Pakej Bantuan Mereka Yang Terjejas Ulang Kegagalan Yang Sama

Muhyiddin Tak Reti Beza Belanjawan Dan Pakej Bantuan Mereka Yang Terjejas Ulang Kegagalan Yang Sama

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 211 hits
June 29 2021 1 Aku tak nampak apa apa dasar yang tepat membantu Mereka yang Kehilangan Pendapatan dan Perniagaan Terjejas Tidak ada Yang ada ulangan bantuan RM 500 untuk apa RM 500 mereka yang bergaji hari hilang RM 50 100 sehari sudah sebu...
Limau Kasturi Nipis Dan Purut Nampak Sama Tapi Ada Beza

Limau Kasturi Nipis Dan Purut Nampak Sama Tapi Ada Beza

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 576 hits
Sebut sahaja limau ada pelbagai jenis yang terbayang di fikiran Namun untuk limau yang biasa diguna dalam masakan Melayu ada tiga jenis dimana ia digunakan untuk tujuan aroma dan rasa dalam masakan Ketiga tiga jenis limau itu tidak lain tid...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu

Stesen Kereta Api Pelabuhan Kelang

Ikan Itik Bombay

Perasmian Pejabat Umno Bahagian Kalabakan

Lirik Lagu Lelaki Terakhir Fattah Amin