Hukum Berkenaan Meletakkan Patung Di Dalam Rumah Sebagai Perhiasan



Patung permainan menjadi pilihan ibu bapa dan ada yang kata, ia dibolehkan kerana dianggap permainan semata-mata. Benarkah?Hukum Berkenaan Meletakkan Patung Di Dalam Rumah Sebagai Perhiasan
Pic Credit : SUMBERSoalanApakah hukum menyimpan atau meletakkan patung di dalam rumah/kereta sebagai perhiasan semata-mata?
Hukum Berkenaan Meletakkan Patung Di Dalam Rumah Sebagai Perhiasan 
Jawapan

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Talhah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:  “Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya mempunyai anjing dan gambar patung.” (Riwayat al-Bukhari (3225) dan Muslim (2016))
Imam al-Nawawi berkata : Menurut para ulama’, antara sebab yang menghalang malaikat daripada masuk ke dalam rumah adalah kerana terdapat gambar (makhluk bernyawa). Ini disebabkan perbuatan meletakkan gambar itu merupakan maksiat yang amat keji dan seolah-olah menyerupai ciptaan Allah SWT manakala sebahagian daripada gambar-gambar tersebut dijadikan sembahan.

Oleh itu malaikat tidak akan masuk ke dalam rumahnya, tidak melakukan solat di dalamnya, tidak meminta keampunan bagi penghuninya, tidak memohon keberkatan seterusnya tidak melindungi penghuni rumah tersebut daripada gangguan syaitan.

Malaikat-malaikat yang tidak masuk ke dalam rumah tersebut ialah Malaikat Rahmah iaitu malaikat yang memohon keberkatan dan keampunan bagi penghuninya. Adapun Malaikat Hafazah, mereka masuk ke dalam setiap rumah dan tidak pernah berpisah dengan manusia dalam apa jua keadaan kerana mereka diperintahkan untuk mencatat setiap amalan manusia. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 7/207).

Dalam riwayat yang lain, daripada Abi al-Hayyaj al-Asadi, bahawa Ali bin Abi Talib R.A telah berkata kepadanya: “Tidakkah mahu aku ingatkan engkau sepertimana Rasulullah SAW ingatkan aku, bahawa :

Maksudnya: “Janganlah engkau tinggalkan patung kecuali engkau telah membuatnya menjadi tidak berbentuk.”(Riwayat Muslim (969)).
Imam al-Nawawi berkata : Hadis di atas menunjukkan bahawa wujudnya perintah untuk mengubah patung (berbentuk) haiwan yang bernyawa. (Lihat Syarh al-Nawawi ‘ala Sahih Muslim, 7/36).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, katanya:

Yang bermksud: “Aku pernah bermain patung permainan ketika tinggal bersama Nabi SAW, sedangkan aku memiliki beberapa sahabat yang biasa bermain bersamaku. Maka, ketika Rasulullah SAW masuk dalam rumah, sahabat-sahabat aku itu pun bersembunyi dari Baginda. Lalu Baginda menyerahkan permainan padaku satu demi satu lantas mereka pun bermain bersamaku.” (Riwayat Imam al-Bukhari (6130)).
Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani berkata: “Para ulama berdalilkan dengan hadis ini akan bolehnya patung boneka berupa perempuan dan bolehnya mainan untuk anak perempuan. Hadis ini adalah pengecualian dari keumuman hadis yang melarang daripada mencipta sesuatu yang menandingi dengan ciptaan Allah. Kebolehan ini ditegaskan oleh al-Qadi ‘Iyadh dan beliau berkata bahawa inilah pendapat majoriti ulama.” (Lihat Fath al-Bari, 10/527)


Kesimpulan

Dalam isu seperti di atas, apabila disebut rumah yang berbentuk tempat, yang kita gunakan maka ia termasuk juga kereta dan seumpamanya.

Namun perlu dilihat maksud patung tersebut, adakah ia patung yang dihormati, patung yang besar dan yang dipuja, maka ini jelas dilarang.

Adapun patung permainan kanak-kanak yang kecil yang tidak diagungkan dan dimuliakan seperti mana kanak-kanak yang ada kalanya melempar patung tersebut, meleraikan anggota patung mainan, ia hanya dianggap sekadar barang permainan kanak-kanak, maka dibolehkan dengan syarat ia bukan patung yang besar dan hanyalah semata-mata patung kanak-kanak.

Walaupun begitu, kami mengesyorkan supaya dielakkan agar kita tidak menimbulkan perkara yang boleh membawa kepada perasaan-perasaan pemujaan dan sebagainya. Jika boleh diganti dengan hal-hal yang boleh mengelakkan daripada sebarang bentuk syubhah kerana apabila kita meninggalkan perkara-perkara yang khilaf seperti ini, ia termasuk dalam apa yang disebutkan bahawa:

Maksudnya: “Keluar dari perkara khilaf adalah digalakkan.”
Semoga kita dapat mendidik keluarga dan anak-anak kita agar benar-benar menghayati agama dengan sebaik mungkin. Amin.


SUMBER

Baca Juga : Kisah Taubat Lelaki Yang Membunuh 100 Orang



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dakcaii.blogspot.com/2019/07/hukum-berkenaan-meletakkan-patung-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

Hukum Berkenaan Melewatkan Mandi Wajib Kerana Menunggu Darah Haid Habis Keluar

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 723 hits
Wanita akan mula mengalami haid pada usia purata awal adalah 12 tahun Tetapi biasanya anatara usia 8 hingga 15 tahun Tempoh kitaran haid biasnaya berbeza Ada kitaran pendek dan kitaran yang lebih panjang tempohnya Hukum Berkenaan Melewatkan...
Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak Anak

Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak Anak

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 308 hits
Lambakan pil minda yang dari pelbagai jenama yang dikatakan mampu membuatkan anak lebih bijak dan pintar semakin banyak di jual di pasaran Tetapi adakah ianya dibolehkan dalam Islam Hukum Berkenaan Pengambilan Pil Minda Untuk Anak AnakCredi...
Waspada Patung Di Rumah Jadi Pemerhati Tak Bernyawa Ustaz Zulaffendi

Waspada Patung Di Rumah Jadi Pemerhati Tak Bernyawa Ustaz Zulaffendi

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 782 hits
Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa membelikan anak mereka permainan termasuklah anak patung Ada juga yang membelinya untuk tujuan koleksi peribadi Namun tahukah anda perkara ini boleh mengundang gangguan yang tidak sepatutnya sehingga ada ana...
Hukum Bawa Balik Makanan Dari Jamuan Rumah Terbuka

Hukum Bawa Balik Makanan Dari Jamuan Rumah Terbuka

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 785 hits
Hukum Bawa Balik Makanan Dari Jamuan Rumah Terbuka Kita dijemput ke rumah terbuka anjuran tuan rumah atau pihak masjid surau pejabat dan sebagainya Isunya ada yang bukan setakat makan di sana bahkan ada setengah tetamu yang tapau makanan at...
Hukum Berkenaan Pemasangan Cctv Di Surau Wanita

Hukum Berkenaan Pemasangan Cctv Di Surau Wanita

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 496 hits
Pemasangan kamera CCTV di surau wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki Adakah di bolehkan atau sebaliknya Soalan Apakah hukum memasang kamera cctv di surat wanita yang diawasi oleh pengawal keselamatan lelaki Hukum Berkenaan P...
Piala Dunia Fifa 2034 Asean Setuju Bida Hak Sebagai Tuan Rumah

Piala Dunia Fifa 2034 Asean Setuju Bida Hak Sebagai Tuan Rumah

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 330 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Suasana Rumah Prabowo Jelang Nobar Bersama Sandi Dan Koalisi Di Kertanegara

Suasana Rumah Prabowo Jelang Nobar Bersama Sandi Dan Koalisi Di Kertanegara

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 156 hits
Andre mengatakan pimpinan partai politik Koalisi Indonesia Adil Makmur diundang Prabowo untuk hadir ke Kertanegara IV untuk bersama sama menyaksikan pembacaan putusan MK tersebut
12 Gajah Ngamuk Rusak Rumah Dan Kebun Milik Warga Di Aceh

12 Gajah Ngamuk Rusak Rumah Dan Kebun Milik Warga Di Aceh

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 185 hits
Hingga Kamis pagi kawanan gajah diperkirakan masih berada di dua desa di wilayah pedalaman tersebut dan membuat masyarakat khawatir dengan amukan gajah
Gol Semata Wayang Psis Semarang Taklukkan Tuan Rumah Badak Lampung Fc

Gol Semata Wayang Psis Semarang Taklukkan Tuan Rumah Badak Lampung Fc

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 228 hits
PSIS Semarang berhasil meraih poin penuh pasa lawatan mereka di laga tunda pekan keempat Shopee Liga 1 2019 Menghadapi Perseru Badak Lampung FC di Stadion Sumpah Pemuda Bandar Lampung Rabu PSIS Semarang unggul dengan skor 1 0
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities