Hukum Beri Pinjam Kereta Perlu Dipulangkan Dengan Minyak Penuh
“Weyh, pinjam kereta.”
“Okay, nanti isi minyak penuh eah.”
Dialog di atas sering berlaku dalam kalangan kita. Bukan sahaja kereta, ada yang bagi pinjam motor, ada yang bagi pinjam rumah, ada yang bagi pinjam beras dan sebagainya.
Tetapi si pemberi pinjam itu memesan agar ia dikembalikan bersama dengan balasan. Sebagai contoh, minyak yang perlu diisi semula atau dalam bentuk bayaran yang lebih kurang sama dengan nilainya.
Namun, tahukah anda bahawa ia adalah salah satu bentuk sewaan, bukannya pinjaman. Dalam hal ini, ada dua konsep yang perlu difahami, iaitu;
#1 – Al-‘Ariyah (Pinjaman)
Pinjaman barang fizikal yang dimanfaatkan tanpa menjejaskan barangan tersebut seperti rumah, kereta dan motosikal sehingga ia dikembalikan.
Ia tidak berpindah harta pemilikan kerana ia hanyalah pinjaman ke atas harta seseorang.
#2 – Al-Qardh (Sewaan)
Pinjaman barang yang bersifat boleh dipakai (consumable) seperti duit, gula, garam dan ia perlu dikembalikan dalam jumlah yang sama.
Sebagai contoh kepada situasi di atas – Jika memberi kawan menggunakan kereta anda dan diminta agar ia dikembalikan dengan nilai minyak yang sama, maka ia adalah Qardh.
Namun, jika nilai minyak pada waktu itu adalah separuh, tetapi perlu dikembalikan secara penuh, maka inilah yang tidak dibolehkan.
Ibnu Qudamah menghuraikan perkara ini adalah haram kerana mengambil keuntungan atas dasar sewaan yang perlu dipulangkan.
Maksud: “Setiap hutang yang dipersyaratkan ada tambahan, maka itu adalah haram. Hal ini tanpa diperselisihkan oleh para ulama.” (Al-mughni, 6:436)
Jadi, seeloknya apabila ingin memberi sewa kereta kepada kawan anda, diberitahu dengan jelas akan syarat-syarat yang perlu dipersetujui.
Jika ingin memberi pinjam, maka tidak boleh mengharapkan balasan. Tetapi dalam masa yang sama, si peminjam juga perlu ada kesedaran dan common sense terhadap situasi tersebut.
Apabila sudah meminjam barang orang lain, maka kembalikanlah ia dalam keadaan yang baik seperti mana keadaan asalnya. Jika minyak kereta waktu itu penuh, maka kembalikanlah ia dalam keadaan penuh. Walaupun pemilik kereta tersebut rapat dengan anda dan tidak kisah akan keadaan itu, tetapi anda harus faham dan sedar akan situasi itu.
Wallahu a’alam.
Rujukan: Rumaysho.com via tzkrh.com
The post Hukum Beri Pinjam Kereta, Perlu Dipulangkan Dengan Minyak Penuh appeared first on Islam Itu Indah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.islamituindah.my/hukum-beri-pinjam-kereta-perlu-dipulangkan-dengan-minyak-penuh/