Hukum Aqiqah Terhadap Anak Yang Telah Meninggal Dunia



SOALAN:
Saya nak bertanya berkenaan aqiqah untuk anak yang telah meninggal dunia. Adakah masih boleh dan apa hukumnya?

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan sabda Rasulullah SAW:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى
“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.” [Riwayat al-Bukhari (2839)]

Hadith ini merupakan dalil pensyariatan aqiqah apabila seseorang bayi itu dilahirkan. Hukum bagi pelaksanaan aqiqah ialah sunat muakkadah bagi yang berkemampuan. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 8/426]

Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi tersebut disamping memberikan nama yang baik dan juga mencukur rambut bayi tersebut. Ini berdasarkan sabda Baginda SAW daripada Samurah R.A:

الْغُلاَمُ مُرْتَهَنٌ بِعَقِيقَتِهِ يُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ السَّابِعِ وَيُسَمَّى وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ
“Bayi itu tertebus dengan aqiqahnya. Disembelih aqiqah pada hari yang ketujuh kelahirannya, diberikan nama dan dicukur rambutnya.” [Riwayat Abu Daud (1522)]

Berdasarkan hadith di atas, dapatlah difahami bahawa jika seseorang bayi itu dilahirkan, maka disunatkan untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya dengan bilangan sebanyak dua ekor kambing bagi lelaki dan seekor kambing bagi perempuan. Ini juga berdasarkan kepada hadith Nabi Muhammad SAW:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
“Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing.” [Riwayat Abu Daud (2842)]

Kami mengatakan bahawa hukum aqiqah jika ditinggalkan tanpa keuzuran adalah makruh hukumnya dan bukannya maksiat. Begitu juga jika ditinggalkan aqiqah itu kerana tidak mampu, maka tidak haram mahupun makruh.

Sebahagian ulama Syafi’i yang terkemudian berpendapat bahawa seseorang yang tidak mampu melakukan aqiqah kemudian menjadi senang selepas tujuh hari kelahiran maka tidak sunat lagi untuk melakukan aqiqah. Manakala sebahagian Syafieyyah pula berkata sebelum tamat tempoh nifas. Pendapat yang rajih dalam mazhab al-Syafie bahawa hukum sunatnya kekal sehingga anak itu baligh. [Lihat: Mughni al-Muhtaj; 6/139]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, jika seorang anak meninggal dunia, adakah masih perlu dilaksanakan aqiqah ke atasnya. Maka, di sini, ulama’ ada berbeza pendapat berkenaannya.

Pendapat Pertama: Jika mati seorang anak sebelum hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan ibadah aqiqah ke atasnya sepertimana disunatkan ke atas orang yang hidup. Ini merupakan pendapat yang dipegang dalam mazhab Syafi’i.

Pendapat Kedua: Tidak disunatkan aqiqah ke atasnya. Ini merupakan pendapat Hasan al-Basri dan juga Imam Malik.

[Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 8/448]

Namun, jika si anak meninggal selepas hari ke-7 kelahirannya dan setelah berkemampuan, maka di sini ada dua pendapat sepertimana yang dikatakan oleh Imam al-Rafi’ie. Pendapat pertama ialah disunatkan untuk aqiqah ke atasnya. Dan ini merupakan pendapat yang rajih. Pendapat yang kedua pula ialah ia gugur bersama-sama kematian. [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 8/432].

Perihal Janin

Kami lampirkan bersama pendapat ulama’ berkenaan jika janin yang meninggal dunia atau gugur, maka adakah disunatkan juga untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya atau tidak disunatkan. Dalam hal ini kami memetik kata-kata Ibn Hajar al-Haitami di dalam kitabnya:

بأن العقيقة إنما تسن عن سقط نفخت فيه الروح، وأما ما لم تنفخ فيه الروح فهو جماد لا يبعث ولا ينتفع به في الآخرة، فلا تسن له عقيقة، بخلاف ما نفخت فيه فإنه حي يبعث في الآخرة، وينتفع بشفاعته، وقد قال جماعة من السلف: من لم يعق عن ولده لا يشفع له يوم القيامة، فأفهمَ ما ذَكَرتُه من أن العقيقة تابعة للولد الذي يشفع، وهو من نفخت فيه الروح، فكذلك يقيد ندبها بمن نفخت فيه الروح، والله سبحانه وتعالى أعلم.
“Sesungguhnya aqiqah disunatkan ke atas janin yang gugur setelah ditiupkan roh pada dirinya. Dan jika belum ataupun tidak ditiupkan roh padanya maka ia merupakan objek yang tidak akan dibangkitkan dan tiada manfaat daripadanya pada hari akhirat kelak, maka tidak disunatkan ke atasnya aqiqah. Ini berbeza dengan janin yang telah ditiupkan roh ke atasnya maka sesungguhnya dia telah hidup dan bakal dibangkitkan di akhirat kelak, dan bermanfaat dengan syafaatnya. Telah berkata sebahagian ulama’ terdahulu: Barangsiapa yang tidak melakukan aqiqah ke atas anaknya maka tiada syafaat baginya (dari anaknya) pada hari Kiamat. Maka difahami daripada kalam mereka bahawasanya pelaksanaan aqiqah mengikut kepada anak yang boleh memberi syafaat, yakni anak yang telah ditiupkan roh ke atasnya, begitu juga terikat padanya hukum sunat.” [Lihat: al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra; 4/257]

Berdasarkan kalam ini, Dar al-Ifta’ al-Misriyyah ada mengeluarkan pendapat mereka iaitu jika umur janin ialah empat bulan atau lebih maka disunatkan aqiqah ke atasnya disebabkan telah ditiupkan roh ke atasnya. Adapun jika ia tidak melebihi tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan untuk melaksanakan aqiqah ke atasnya kerana ia mengambil hukum objek. Perkara ini dikuatkan lagi dengan fatwa yang dikeluarkan oleh Fatawa al-Lajnah al-Da’imah; 8/407.

Di sini, terdapat juga sebuah kata-kata dari Imam Ahmad bin Hanbal dalam persoalan ini bahawasanya: “Ia (aqiqah) dalam bab syafa’at”. Dimaksudkan dengan itu ialah jika tidak dilaksanakan aqiqah ke atasnya, kemudian meninggal anak tersebut, maka tidaklah dia memberi syafaat kepada ibu bapanya. [Lihat: Fath al-Bari li Ibn Hajar; 9/594]

Penutup

Kesimpulannya, berdasarkan kepada penerangan di atas, dapatlah kami simpulkan jawapan kami kepada beberapa noktah seperti berikut:

• Jika janin gugur setelah tempoh empat bulan atau lebih, maka disunatkan aqiqah ke atasnya.

• Jika janin gugur sebelum cukup tempoh empat bulan, maka tidak disunatkan aqiqah ke atasnya, kerana ia diibaratkan sebagai objek.

• Jika seorang anak dilahirkan kemudian meninggal dunia sebelum sampai hari ke-7 kelahirannya, maka disunatkan untuk dilaksanakan aqiqah ke atasnya mengikut pendapat yang rajih di antara empat mazhab.

• Jika seorang anak yang dilahirkan kemudian meninggal dunia setelah berlalunya tempoh tujuh hari dari tarikh kelahirannya dan setelah dia (ibu bapa) berkemampuan ke atasnya (melaksanakan aqiqah), maka tetap disunatkan juga untuk aqiqah ke atasnya berdasarkan kepada pendapat yang paling sahih dalam mazhab.

Akhir kalam, kami mendoakan agar Allah SWT memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agama-Nya, menetapkan keimanan dan kepercayaan kita, meletakkan keringanan dan keikhlasan dalam diri kita untuk menunaikan ibadah dan seterusnya semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-aqiqah-terhadap-anak-yang-telah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Marshanda Tulis Pesan Belasungkawa Untuk Anak Karen Idol Yang Meninggal Dunia

Marshanda Tulis Pesan Belasungkawa Untuk Anak Karen Idol Yang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 264 hits
Marshanda mengaku turut prihatin dengan kabar duka yang terjadi pada keluarga Karen Idol dan Arya karena anak mereka Zefania Carina atau Zefi meninggal dunia
Kabar Duka Anak Karen Pooroe Meninggal Dunia Diduga Jatuh Dari Balkon Apartemen

Kabar Duka Anak Karen Pooroe Meninggal Dunia Diduga Jatuh Dari Balkon Apartemen

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 334 hits
Kabar duka datang dari keluarga penyanyi Karen Pooroe Sang putri Zefania Carina Claproth meninggal dunia
Kasih Ayah Hingga Hujung Nyawa Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Temani Anak Hadir Interview

Kasih Ayah Hingga Hujung Nyawa Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Temani Anak Hadir Interview

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 537 hits
Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dalam kereta di tempat parkir hadapan Wisma Persekutuan di Alor Setar semalam Dalam kejadian pada 10 30 pagi Mustafa Ariffin 60 an ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan pema...
Berbulan Bulan Cari Keberadaan Sang Anak Karen Idol Syok Saat Tahu Putrinya Meninggal Dunia

Berbulan Bulan Cari Keberadaan Sang Anak Karen Idol Syok Saat Tahu Putrinya Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 315 hits
Anak semata wayangnya diketahui meninggal karena jatuh dari lantai 6 sebuah apartemen Padahal Karen udah lama nggak mendengar kabar putrinya
Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

Lagi Kemalangan Berpunca Dari Pemandu Mabuk Suami Meninggal Dunia Isteri Parah

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 524 hits
Korang tak rasa panas ke bila dengar berita ni Ohmedia tiap kali dengar kemalangan yang berpunca dari pemandu mabuk ni mesti akan rasa geram sangat sangat sampai menggigil rasa jari ni masa menaip Tadi terbaca satu lagi kemalangan maut yang...
Foto Foto Terakhir Tokoh Dunia Sebelum Mereka Meninggal Dunia

Foto Foto Terakhir Tokoh Dunia Sebelum Mereka Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 399 hits
Momen momen terakhir para tokoh ini telah dikumpulkan oleh Oddee com Steve JobsMenjelang kematiannya pengasas Apple Steve Jobs kelihatan begitu rapuh dan sangat kurus Beliau bahkan perlu bantuan dari pembantunya untuk hanya sekadar berjalan...
Legenda Mie Ayam Di Jogja Bu Tumini Sang Pemilik Mie Ayam Tumini Meninggal Dunia

Legenda Mie Ayam Di Jogja Bu Tumini Sang Pemilik Mie Ayam Tumini Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 569 hits
Terimakasih telah menciptakan menu Mie Ayam Tumini yang lezatnya kebangetan Sugeng Tindak Bu Tumini
Innalillahiwainnailaihirojiun Abam Bocey Meninggal Dunia

Innalillahiwainnailaihirojiun Abam Bocey Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 848 hits
Syed Uthman Hamzah Al Juffrey atau nama popularnya Abam dari kumpulan pelawak Bocey dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi tadi Pemergian Abam itu dimaklumkan oleh adiknya Ali Puteh Isteri Abam menghubungi saya dan be...
Kabar Duka Istri Mendiang Chrisye Damayanti Noor Meninggal Dunia Siang Ini

Kabar Duka Istri Mendiang Chrisye Damayanti Noor Meninggal Dunia Siang Ini

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 443 hits
Pernah memerankan sosok Yanti di film Chrisye artis Velove Vexia turut menyampaikan belasungkawa
Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai

Lelaki Oku Penglihatan Meninggal Selepas Jatuh Ke Rel Lrt Dan Dilanggar Kereta Api Di Titiwangsa

Rekod Kepimpinan Cemerlang Amk Wp Sokong Kamil Munim Terajui Amk

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites