Hujan Emas Dinegeri Orang Hujan Batu Di Negeri Sendiri


 Yang pernah tinggal di luar negara memang paham akan kenyataan ni. Mula-mula sampai, memang syok alang kepalang, bila dah mahir barulah tahu.
Artikel dibawah ni asalnya diterbit di SINI.
Sebab saya pon pernah mengalaminya... Jadi usahlah baik sangat pada warga asing, kerana apabila anda jadi warga asing, baru tahu betapa geramnya hak asasi manusia pon dinafikan.



Michael (bukan nama sebenar) bekerja sebagai pemandu bas untuk sebuah syarikat pengangkutan awam di Singapura selama enam tahun, dari 2014 hingga 2020.

Kini dia kembali ke kampungnya menjual nasi lemak untuk menampung hidup, lelaki berusia 34 tahun itu mempunyai pengalaman pahit di republik itu.

Kisah Michael bermula 2013 ketika dia mencari kerja di Singapura.

Pada Disember tahun itu, dia berjaya mendapat tempat di SBS Transit Ltd dan dia pada tahun berikutnya, dia memulakan kerja.

"Selepas tiga bulan latihan, ada ujian polis trafik, selepas ujian, mereka akan letakkan kami dalam perkhidmatan.”

Namun, dia dan beberapa pekerja kurang senang dengan beberapa perkara, di mana mereka mendakwa tidak mendapat layanan secara adil.

“Kami tidak dibenarkan mengambil MC. Jika kami mengambil MC, mereka akan menolak bayaran bonus.”

Sepanjang berkhidmat di SBS, dia menetap di Johor Bahru yang memerlukannya berulang-alik setiap hari ke Singapura.

Dia memulakan kerja dengan gaji asas S$1,350 (RM4,340) sehingga 2020, gajinya ialah S$1,970 (RM6,334).

Syifnya bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat sekitar pukul 12.00 tengah malam.

Selepas syifnya tamat, dia akan memandu bas balik ke depo untuk dibersihkan dan beberapa prosedur lain yang perlu disemak.

Semua kerjanya selesai pada pukul 2.00 pagi dan ketika itu dia akan pulang ke Johor Bahru.

“Mereka desak kami bekerja pada hari cuti umum. Mereka mahu anda bekerja sepanjang hari, seperti robot,” katanya.

"Saya bekerja tujuh hari seminggu, masuk hari kelapan ialah hari cuti saya."

Mengulas lanjut, dia berkata, selama sebulan bekerja di SBS dia sudah mula mengesan ketidakadilan yang berlaku.

Bagaimanapun, untuk memastikan dirinya masih bergaji dan memiliki pekerjaan, dia bertindak untuk mendiamkan diri serta tidak mempersoalkan apa-apa perkara.

Namun akhirnya, dia dan 12 lagi pekerja bersetuju untuk membuat tindakan undang-undang.

Saman pertama dimulakan Chua Qwong Meng yang menjadi plaintif utama, membuat tuntutan terhadap syarikat itu pada 2019.

Perbicaraan itu dimulakan pada Mac 2022 di Mahkamah Tinggi Singapura.

Pada 26 Ogos, Mahkamah Tinggi Singapura menolak semua tuntutan Chua, mematahkan harapan 12 yang lain untuk membuat kes.bersama 12 pemandu lain, sembilan daripadanya adalah rakyat Malaysia.

"Sebelum perkara ini dibawa ke mahkamah, saya dapat tahu melalui laman web Kementerian Tenaga Kerja (MOM) waktu bekerja seminggu ialah 44 jam."

Dia pernah mengemukakan perkara itu dengan kesatuan pekerja, namun jawapan yang diberikan adalah menghampakan.

Katanya, selepas SBS mengetahui dia menyertai tuntutan di mahkamah, syarikat itu mula bertindak “menyasarkan" dirinya.

“Pengurus saya pergi ke tepi jalan, mengambil bacaan laju saya. Biasanya, ini dilakukan oleh pegawai tiket.”

Sementara itu, seorang lagi bekas pemandu di syarikat yang sama meluahkan kekecewaan terhadap keputusan tersebut.

Alex (bukan nama sebenar) berkata tidak pernah menyangka akan dihina dan diperguna sedemikian rupa apabila mengambil keputusan untuk bekerja di republik itu yang kononnya terkenal dengan bayaran gaji lumayan dan sempurna segala aspek.

Selepas berkhidmat di SBS selama lebih dua tahun, dia sering kali memendam rasa tidak puas dan marah kepada pihak pengurusan.

Ini kerana katanya, jika dia membuat masalah atau mengadu kepada pihak atasan, dia berisiko kehilangan kerja sedangkan ketika itu hutang untuk mengambil lesen memandu bas masih belum dilangsaikan.

“Saya dari Puchong ke Singapura pinjam duit dengan ahli kelurga. Saya dabik dada apabila lulus ujian dan dapat kerja di Singapura.

“Tetapi dilayan jauh lebih teruk daripada pekerja buruh asing di negara sendiri. Saya selalu menasihati rakan-rakan yang mahu datang ke Singapura untuk kerja supaya berfikir masak-masak.

“Kehidupan di sana sangat kejam, tidak seindah dan romantis seperti yang dibayangkan,” katanya kepada MalaysiaNow.

 Ketika ditanya, apakah pekerjaan terbarunya selepas meninggalkan syarikat tersebut, dia enggan mengulas lanjut kerana bimbang menjadi sasaran “perisik-perisik” tempat kerjanya sebelum ini.

Sementara itu, sekembalinya Michael ke kampung halamannya di Semenyih, dia bekerja keras untuk menjual nasi lemaknya.

Kontraknya dengan SBS tamat pada 2020 akibat pandemik Covid-19.

Pada masa ini, Michael sedang berusaha untuk membayar pinjaman rumah dan keretanya yang kesemuanya menelan belanja kira-kira RM3,000 sebulan.

“Perniagaan nasi lemak ini sahaja yang saya buat untuk tampung kehidupan,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sayadahpencen.blogspot.com/2023/07/hujan-emas-dinegeri-orang-hujan-batu-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Keluar Amaran Ribut Petir Hujan Lebat Di 11 Negeri

Kerajaan Keluar Amaran Ribut Petir Hujan Lebat Di 11 Negeri

papar berkaitan - pada 30/6/2023 - jumlah : 406 hits
Kerajaan Keluar Amaran Ribut Petir Hujan Lebat Di 11 Negeri Pada hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran tentang kewujudan ribut petir hujan lebat dan angin kencang yang dijangka akan berlaku di 11 negeri sehingga pu...
Tiga Dun Negeri Bubar Esok Hanya Negeri Sembilan Belum Umum

Tiga Dun Negeri Bubar Esok Hanya Negeri Sembilan Belum Umum

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 169 hits
BERNAMAKuala Lumpur Bahang Pilihan Raya Negeri semakin hangat selepas Pulau Pinang dan Terengganu hari ini masing masing mengumumkan Dewan Undangan Negeri dibubarkan esok Kelantan menjadi negeri pertama dibubarkan pada 22 Jun diikuti Selang...
Dun Negeri Sembilan Bubar 1 Julai Kata Aminuddin

Dun Negeri Sembilan Bubar 1 Julai Kata Aminuddin

papar berkaitan - pada 28/6/2023 - jumlah : 155 hits
DUN Negeri Sembilan bubar 1 Julai kata Aminuddin Dikemas kini 59 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2023 11 31AM
Video Tawaran Presiden Jokowi Untuk Korban Ham 1965 Di Luar Negeri Kembali Jadi Wni

Video Tawaran Presiden Jokowi Untuk Korban Ham 1965 Di Luar Negeri Kembali Jadi Wni

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 154 hits
Dalam acara ini Jokowi sempat menawarkan dua korban HAM 1965 kembali menjadi warga negara Indonesia
Senarai Pasar Malam Di Daerah Seremban Negeri Sembilan

Senarai Pasar Malam Di Daerah Seremban Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 238 hits
Pasar malam memang tempat yang paling best kalau nak cari pelbagai makanan Aku kalau pergi jer pasar malam penuh plastik kat tangan bawa balik makanan Selain makanan yang selalu orang cari dipasar malam juga jual barang barang basah untuk k...
Rindu Momen Dia Bayi Jaga Sendiri Rina Lepas Lahir Ryzal Ibrahim Terharu Penghargaan Best Papa

Rindu Momen Dia Bayi Jaga Sendiri Rina Lepas Lahir Ryzal Ibrahim Terharu Penghargaan Best Papa

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 251 hits
Bagi selebriti media sosial yang juga cukup sinonim dengan Duriankimchi Ryzal Ibrahim meluahkan rasa terharunya selepas menerima penghargaan buat jasanya selepas bergelar seorang bapa Walau sering kali muncul di media sosial menghiburkan pe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord