Hujan Emas Di Negeri Orang


 
Membawa rakyat Palestin ke negara ini dan diberi perlindungan mencetuskan reaksi berbeza dalam kalangan rakyat Malaysia. Ada yang suka, ada yang tidak. Rata-rata orang Melayu menyokong usaha dijalankan kerajaan. Sebaliknya ada orang bukan Melayu yang tidak setuju dengan inisiatif itu.
Ramai ke mereka? Maksud saya besar ke bilangan mereka? Saya tidak tahu. Tetapi apa yang saya dapati menerusi komen dan ulasan di platform media sosial dan beberapa kumpulan sembang WhatsApp rata-rata yang tidak setuju orang bukan Islam. Meskipun ada juga orang Melayu. Tetapi saya bercakap secara umum.
Maka itulah sebabnya saya senang melihat Tian Chua dan lain lain aktivis bukan Melayu bukan Islam yang menyokong perjuangan Palestin sekali gus menyambut baik usaha membawa rakyat Palestin ke Malaysia. Bukan saya penyokong tegar Tian Chua. Bagi saya sokongan mereka bersama golongan muda bukan Melayu Islam membuktikan bukan orang Melayu sahaja pro-Palestin. ‘There’s hope yet for Malaysia. The last thing we need is to be divided over a foreign issue’.
Namun, hakikatnya seperti dikatakan tadi ada rakyat Malaysia yang tidak setuju dengan apa yang dijalankan kerajaan. Mengapa? Bukankah inisiatif kerajaan ialah demi menyelamatkan golongan tertindas dan dikejami? Dalam kes ini menyelamatkan rakyat Palestin daripada keganasan tentera Israel di Gaza.
Adakah mereka yang tidak setuju tidak tahu mengapa inisiatif diambil kerajaan? Tidak mungkin. Adakah mereka tidak berhati perut? Saya yakin mereka berperikemanusiaan. Lalu saya ulangi mengapa tidak setuju bawa rakyat Palestin yang menderita ke sini?
Ada yang melihat usaha kerajaan sebagai langkah populis supaya Anwar Ibrahim disanjung di pentas antarabngsa khususnya dalam kalangan negara Islam. ‘He wants to be the world’s greatest Islamic leader’. Ini pernah saya baca menerusi WhatsApp. Mungkin di Facebook. Lupa mana satu. Apa pun memang ada komen itu. Ada juga komen berbunyi: ‘Anwar wants to be PM of Palestine’.
Tidak dinafikan Anwar mendapat ‘pulangan’ daripada usaha dijalankan. Malaysia negara pertama di Asia melakukan misi kemanusiaan membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini. (Saya tidak pasti tetapi pada hemat saya ada juga rakyat Palestin yang tidak cedera terutama wanita dan kanak- kanak turut dibawa ke Malaysia)
Anwar pasti gembira dan bangga akan ‘accolades’ yang diberi kepadanya oleh pemimpin dunia. Tentulah selain Amerika dan sekutunya. Namun untuk mempertikaikan keikhlasan Malaysia dan Anwar sendiri dalam isu Palestin bagi saya sesuatu yang tidak adil.
Ada juga golongan ‘antiinisiatif bawa rakyat Palestin ke Malaysia’ yang melihat itu usaha kerajaan khususnya PMX mahu meraih sokongan orang Melayu yang majoritinya memang bersimpati dan menyokong ‘the Palestinian cause’. Mungkin ada benarnya. Tetapi apa salahnya PMX dan pentadbiran Madani mendapat ‘manfaat?’ Semua ahli politik akan menjalankan usaha yang boleh beri mereka sokongan. Dalam isu yang ditulis ini sekali lagi saya katakan adalah tidak adil mempertikaikan keikhlasan PMX dan kerajaan Madani pimpinannya membantu rakyat Palestin.
Ada lagi ‘rungutan’ orang yang tidak setuju kerajaan bawa rakyat Palestin ke Malaysia. Bagi mereka ramai rakyat Malaysia sendiri yang susah. Banyak masalah di Malaysia. “Janganlah kera di hutan disusukan anak sendiri di rumah kebuluran,” kata mereka.
Tidak dinafikan di Malaysia ada orang susah yang memerlukan bantuan kerajaan dan ada pelbagai masalah perlu dibeRi perhatian kerajaan. Saya tidak mahu membandingkan kesusahan rakyat kita yang bukan mangsa perang dengan rakyat Palestin yang mangsa perang. Dua-dua susah, susah tetap susah. Maka dalam menolong rakyat Palestin semestinya kerajaan pada masa sama memberi perhatian terhadap masalah dalaman.
Pun begitu apabila ada dalam kalangan rakyat Palestin yang diberi perlindungan di Malaysia menimbulkan masalah atau bikin kecoh, ramai rakyat Malaysia bengang. Umpamanya insiden Oktober tahun lalu. Sabtu 4 Jan lalu berlaku lagi. “Rakyat Palestin yang ditempatkan di Wisma Transit Kuala Lumpur mencetus kekecohan,” kata Angkatan Tentera Malaysia yang menjaga mereka. Versi di media sosial mereka ‘merusuh’. Hakikatnya mereka marah-marah dan bertindak liar. Ini dilihat ramai rakyat Malaysia, bagai rakyat Palestin ‘menggigit tangan yang menyuap mereka’.
Bagaimanapun, insiden kedua ini dikatakan berpunca daripada keinginan mereka pulang ke Palestin. Mereka mahu proses kembali ke negara asal dipercepatkan. Ertinya mereka mahu pulang ke Palestin mungkin juga ke Gaza walaupun tahu apa yang menunggu mereka di sana.
Insiden pertama Oktober lalu membabitkan golongan wanita yang ‘mengamuk’. Bukan saya mahu mempertahankan tindakan wanita itu. Cuma boleh faham akan trauma yang dialami akibat terkorbannya anak-anak mereka.
Saya kehilangan anak berusia enam bulan dalam kemalangan jalan raya. Ia berlaku pada 2001. Sehingga sekarang saya masih merasai kesedihan. Isteri saya lebih terkesan. Saya boleh rasa kesedihan wanita Palestin yang kehilangan anak akibat keganasan tentera Israel.
Di Malaysia rakyat Palestin dilayan baik. Wisma Transit mempunyai segala kemudahan. Bagaimanapun, penghuni tidak dibenar bergerak bebas ke luar pekarangan. Mungkin mereka rasa bagai burung dalam sangkar emas.
Realitinya mereka mahu pulang ke tanah air. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Rasanya begitulah yang mereka yakini. - FMT
Nota kaki: Semasa artikel ini tulis diberitakan insiden kekecohan warga Palestin dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2025/01/hujan-emas-di-negeri-orang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ribut Petir Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga Malam Ini

Ribut Petir Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Hingga Malam Ini

papar berkaitan - pada 29/12/2024 - jumlah : 126 hits
Cuaca buruk dijangka di kawasan kawasan di Kedah Pulau Pinang Selangor dan Sarawak hingga malam ini KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir hujan lebat dan angin kencang di lima negeri serta Kuala Lumpur da...
Hujan Lebat Berterusan Dijangka Landa Beberapa Negeri

Hujan Lebat Berterusan Dijangka Landa Beberapa Negeri

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 59 hits
Hujan lebat berterusan dijangka landa beberapa negeri di Semenanjung Sabah serta selatan dan barat Sarawak KUALA LUMPUR Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Sabah serta selatan dan barat Sarawak bermula Rab...
Sedih Negeri 32 0

Sedih Negeri 32 0

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 97 hits
Aman Muhammad Sangat menyedihkan apabila data MIDA dikeluarkan baru baru ini Disaat Pahang dan Kelantan berjaya menarik ratusan juta ringgit pelaburan asing dalam tempoh 9 bulan pertama 2024 Terengganu hanya mampu menarik RM4 7 juta Pelabur...
Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pahang Dijangka Dapat Diguna Sepenuhnya September Ini

Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Pahang Dijangka Dapat Diguna Sepenuhnya September Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 116 hits
KUANTAN Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pahang yang dibina dengan kos lebih RM24 juta dijangka siap sepenuhnya Jun tahun ini Exco Komunikasi Dan Multimedia Belia Sukan dan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Fadzli Mohamad Kamal berkata perke...
Sri Pahang Fc Bawa Misi Serampang Dua Mata Berdepan Negeri Sembilan Fc Di Paroi Pada Jumaat Ini

Sri Pahang Fc Bawa Misi Serampang Dua Mata Berdepan Negeri Sembilan Fc Di Paroi Pada Jumaat Ini

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 112 hits
KUANTAN Aksi Sri Pahang FC berdepan Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Jumaat ini akan menjadi penanda aras bagi menilai prestasi skuad itu menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia Penjaga gol skuad Tok Gajah Zarif I...
Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak Rm95 Juta Pada Tahun 2024

Polis Pahang Rekod Kerugian Jenayah Komersial Di Negeri Ini Sebanyak Rm95 Juta Pada Tahun 2024

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 119 hits
KUANTAN Sebanyak 2 263 kes jenayah komersial direkodkan di negeri ini melibatkan kerugian berjumlah RM95 juta pada tahun lepas Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata nilai berkenaan menunjukkan peningkatan 59 peratus berbanding...
Pesta Orang Kampung Di Perkarangan Parking Kereta Stadium Negeri Sarawak

Pesta Orang Kampung Di Perkarangan Parking Kereta Stadium Negeri Sarawak

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 97 hits
PESTA ORANG KAMPUNG DI PERKARANGAN PARKING KERETA STADIUM NEGERI SARAWAKPesta Orang Kampung merupakan satu lagi event yang sangat menarik yang menghimpun ramai usahawan atau vendor vendor yang menjual pelbagai jenis produk termasuk makanan ...
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mahu Tindakan Terhadap Pihak Menyimpang Daripada Islam

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Mahu Tindakan Terhadap Pihak Menyimpang Daripada Islam

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 101 hits
Malaysiakini nbsp Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir mahu supaya tindakan tegas diambil terhadap mana mana pihak yang menyimpang daripada ajaran Islam sebenar mengikut Enakmen Syariah negeri Baginda menyeru pi...
Statistik 2024 Jumlah Penduduk Malaysia Dan Setiap Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia

Statistik 2024 Jumlah Penduduk Malaysia Dan Setiap Negeri Jabatan Perangkaan Malaysia

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 292 hits
Statistik Terkini Jumlah Penduduk Malaysia 2024Pada suku tahun pertama 2024 jumlah penduduk Malaysia dianggarkan mencecah 34 juta orang meningkat sebanyak 2 3 peratus berbanding 33 2 juta pada tempoh yang sama tahun sebelumnya Ketua Perangk...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti