Hujan Berpanjangan Di Sabah Penyebab Kerosakan Di Ibu Negeri


Lereng bukit runtuh bersebelahan wad pesakit batuk kering di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu
KOTA KINABALU: Hujan lebat semalam mengakibatkan beberapa bahagian di ibu negeri terjejas, selain mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan (kiri) memeriksa kawasan tanah runtuh ke laluan kediamannya di Inanam, Kota Kinabalu, hari ini. Kejadian gelongsoran tanah di kawasan berbukit di Inanam, menuju ke kediaman Timbalan Ketua Menteri Sabah Jeffrey Kitingan, juga dilaporkan berlaku selepas hujan lebat, sekali gus menyebabkan ia tidak dapat dilalui.


Kitingan yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan negeri, terpaksa berjalan lebih satu kilometer menuruni bukit untuk bekerja pagi tadi, susulan pokok tumbang yang menyekat akses masuk ke jalan raya.

Anggota bomba dan penyelamat dan penduduk kampung terbabit dalam usaha mencari bangkai Myvi yang dihanyut arus deras dalam kejadian di Kampung Kionsom, semalam. Di Inanam, pasukan bomba dan penyelamat turut menjumpai satu mayat, dipercayai Juning Maturun, 37, penumpang kereta yang dibawa arus deras di Kampung Kionsom, semalam.

Bangkai kereta Myvi yang dihanyutkan itu ditemui 200m dari lokasi kejadian, selepas dilaporkan hilang pada jam 6 petang, semalam.

Kenneth Wilfred yang mengetuai operasi mencari dan menyelamat (SAR), berkata bangkai kereta itu ditemui sepasukan anggota bomba dan penduduk tempatan di sungai berkenaan pada jam 7.20 pagi tadi, namun pihak berkuasa hanya mampu menarik keluar bangkai kereta itu empat jam kemudian.

Katanya, usaha mencari masih diteruskan bagi mengesan pemandu, Simon Sanga Tupe, 68.


Kereta yang membawa dua individu itu, dirakam dalam video yang tular menunjukkan kenderaan itu cuba merentasi jambatan sebelum dibawa arus deras sungai. Kenderaan itu terjunam ke sungai dan hanyut.

Anggota bomba sedang mengeluarkan mayat salah seorang mangsa dihanyutkan bersama kereta Perodua Myvi. – Foto Facebook Sementara itu, pesakit batuk kering di wad Hospital Queen Elizabeth, di sini, dipindahkan ke kawasan selamat selepas bukit berdekatan wad terbabit runtuh dalam kejadian pada 7 malam, semalam.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Shahelmey Yahya, ketika melawat kawasan terjejas berkenaan, berkata tiada mangsa direkodkan dalam insiden terbabit, namun pesakit dan kakitangan perubatan dipindahkan ke kawasan berasingan bagi tujuan keselamatan.

Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengekalkan kestabilan cerun sebelum kerja pemulihan dapat dilaksanakan di kawasan terjejas.

Dalam kejadian berasingan, di Kampung Kopungit, 500m dari situ, sebuah fasiliti penyimpanan digunakan Kementerian Kesihatan untuk menyimpan bekalan perubatan yang dibina dibukit runtuh akibat gelongsoran tanah, semalam.
Tiga kereta dan sebuah motosikal milik kakitangan kementerian turut tertimbus susulan kejadian pada jam 7.30 malam itu.

Menurut jurucakap jabatan bomba dan penyelamat, tiada mangsa direkodkan, tetapi ketua kampung menasihati penduduk sekitar berpindah demi keselamatan.

Kata jurucakap itu, jabatan bomba dan penyelamat sudah mendirikan ‘pagar perangkap’ dalam kawasan terjejas di kawasan bukit yang turut menempatkan sebuah tangki air besar, di atas lokasi tanah runtuh berlaku.

Sumber: FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/09/hujan-berpanjangan-di-sabah-penyebab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartakan 31 Ogos Sebagai Hari Sabah Kerajaan Negeri Diberitahu

Wartakan 31 Ogos Sebagai Hari Sabah Kerajaan Negeri Diberitahu

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 423 hits
Ahli politik veteran Sabah Mohd Noor Mansoor KOTA KINABALU Ahli politik veteran Sabah Mohd Noor Mansoor mencabar pimpinan kerajaan negeri supaya bertindak lebih berani dan segera mewartakan Hari Sabah sebagai memperingati kemerdekaan negeri...
Istana Negeri Sabah Kini Dikenali Istana Seri Kinabalu

Istana Negeri Sabah Kini Dikenali Istana Seri Kinabalu

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 512 hits
ISI SINI KOTA KINABALU Istana Negeri Sabah di sini dinamakan sebagai Istana Seri Kinabalu demikian menurut Warta Kerajaan Negeri Sabah Istana Negeri Sabah kini dikenali Istana Seri Kinabalu Warta itu dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri S...
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Sabah 2021

Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Negeri Sabah 2021

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 307 hits
Zon 1 SabahZon 2 Sabah Terusan Beluran Kuamut Jambongan Paitan Telupid Tongod Dan Pinangah Zon 3 Sabah Tambisan Sahabat Tungku Semporna Silabukan Kunak dan Lahad Datu Zon 4 Sabah Balung Bandar Tawau Pulau Sebatik Merotai dan Kalabakan Zon 5...
Lantikan 6 Pemimpin Dari Sabah Satu Pengiktirafan Buat Rakyat Negeri Ini Bung Moktar

Lantikan 6 Pemimpin Dari Sabah Satu Pengiktirafan Buat Rakyat Negeri Ini Bung Moktar

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 321 hits
Bung Moktar pada sidang akhbar di Jabatan Kerja Raya Sembulan Kota Kinabalu hari ini KOTA KINABALU Pelantikan enam Ahli Parlimen Sabah dalam pembentukan Kabinet baharu disifatkan sebagai satu pengiktirafan buat rakyat negeri itu Timbalan Ke...
Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

Lonjakan Kes Covid 19 Di Sabah Kerajaan Negeri Harus Dipersalahkan Kata Bekas Menteri Kesihatannya

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 263 hits
Keadaan orang ramai yang bersesak di PPV di Sandakan Sabah KOTA KINABALU Bekas menteri kesihatan Sabah Frankie Poon mahu kerajaan negeri bertanggungjawab atas lonjakan kes Covid 19 pada bulan lalu yang turut menyebabkan rekod kematian yang ...
Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga Di Pantai Barat Sabah

Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga Di Pantai Barat Sabah

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 219 hits
Amaran Hujan Lebat Peringkat Jingga Di Pantai Barat Sabah KUALA LUMPUR Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga melibatkan pantai barat di Sabah sehingga Sabtu ini Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada...
Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 1038 hits
Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11 45 pagi mengikut prosedur operasi standard COVID 19 KOTA KINABALU Jenazah bekas Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negeri Kota Kinab...
Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

Hiburan Mama Neelofa Tunai Hasrat Ibu Hamil Mengidam Nasi Goreng Air Tangannya

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 351 hits
Rata rata daripada ibu mengandung pasti akan melalui fasa mengidam kan Ada sahaja makanan yang ingin dirasai sebelum tiba waktu bersalin Ada makanan yang senang diperoleh ada juga pelik pelik ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSeperti perkongsi...
Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Bersyukur Anak Dah Berubah Jangan Si4 Si4kan Masa Muda Abang Lagi

Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Bersyukur Anak Dah Berubah Jangan Si4 Si4kan Masa Muda Abang Lagi

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 342 hits
Tampil dengan perubahan baru selepas menyertai kumpulan tabligh dan keluar selama 3 hari untuk mendalami agama Islam nama penyanyi Aliff Aziz semakin mencvri tumpuan netizen di media sosial Terbaru Aliff dilihat memuat naik sebuah ucapan is...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempoh Gajah Mengandung

Empangan Bukit Kwong

Fakta Mengenai Gajah Asia

Seribu Tahun Lagi By Imran Ajmain

Program Affiliate Klikjer

Rumahku Sepatutnya Syurgaku