Hujah Upsr Pt3 Tak Relevan Seperti Perlekeh Pemimpin Dahulu Kata Ahli Akademik


UPSR dan PT3 dimansuhkan Kementerian Pendidikan pada 2021 yang digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Seorang ahli akademik berpendapat hujah mengatakan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak relevan dan tidak selari Falsafah Pendidikan Negara (FPN) sebagai janggal.

Felo Bersekutu Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA UKM) Anuar Ahmad turut menyatakan pendapat seperti itu seolah-olah memperlekeh kepimpinan pendidikan terdahulu.
Meminta kelompok terbabit tidak lupa sejarah, beliau menjelaskan UPSR dan FPN diperkenalkan ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjadi menteri pendidikan di antara 1986 hingga 1990.
Anuar Ahmad.Menurutnya, di bawah kepimpinannya termasuk Abdul Rahman Arshad selaku ketua pengarah pendidikan, UPSR diperkenalkan pada 1988 dan setahun kemudiannya dilancarkan pula FPN yang kini dikenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di bawah Akta Pendidikan 1996.
Namun tegasnya hari ini ada pihak mempertikai dan mendakwa kononnya UPSR tidak selari dengan FPN, selain tidak holistik dan tidak relevan lagi.
“Mana mungkin UPSR dan FPN bertentangan sedangkan kedua-duanya dimulakan pada waktu yang sama? Oleh pasukan pengurusan pendidikan sama juga.
“Hujah mengatakan UPSR tidak selari FPN sangat janggal. Seperti memperlekeh kepimpinan pendidikan terdahulu,” katanya di Facebook.
Anuar antara ahli akademik kerap membangkitkan isu mengekalkan keputusan pemansuhan UPSR dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang dijelaskan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dibuat bagi mengurangkan tekanan murid.
Dipetik Astro Awani pada 28 Nov lalu, Anuar berpendapat tekanan itu jika dilihat dari sudut positif dapat memberi semangat kepada murid membuat persiapan dan memberi perhatian sepenuhnya kepada aspek pembelajaran.
Beliau turut mempersoalkan status kajian impak Kementerian Pendidikan selepas pemansuhan UPSR dan PT3 masing-masing pada 2021 dan 2022.
Khamis lalu, Fadhlina dalam penggulungan di Dewan Rakyat berkata KPM akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan UPSR dan PT3.
Menurutnya, langkah itu dibuat supaya penilaian bersifat lebih holistik serta sesuai keperluan pembangunan murid pada masa depan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/12/a_62.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yang Mansuh Upsr Pt3 Bukan Saya Tapi Putrajaya

Yang Mansuh Upsr Pt3 Bukan Saya Tapi Putrajaya

papar berkaitan - pada 11/12/2024 - jumlah : 69 hits
Fadhlina bercakap ketika sesi Penggulungan RUU Perbekalan 2025 Peringkat Jawatankuasa bagi KPM di Dewan Rakyat pada Selasa Foto Jabatan PeneranganKUALA LUMPUR 3 Dis Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menegaskan pemansuhan Ujian Pencapaian Se...
Ahli Parlimen Pas Diarah Bayar Rm750 000 Kepada 3 Pemimpin Dap

Ahli Parlimen Pas Diarah Bayar Rm750 000 Kepada 3 Pemimpin Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 148 hits
Malaysiakini nbsp Ahli Parlimen Kepala Batas Siti Mastura Muhammad diarah membayar RM750 000 kepada veteran DAP serta dua ahli parlimen parti itu selepas kalah dalam saman fitnah yang dikenakan terhadapnya Dalam keputusan dibuat di Mahkamah...
Singapura Akan Pupus Kata Elon Musk

Singapura Akan Pupus Kata Elon Musk

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 120 hits
KOSMO MUSK dan Singapura Foto Getty ImagesSINGAPURA Orang terkaya di dunia Elon Musk mendakwa bahawa Singapura akan pupus bersama beberapa buah negara lain kerana kadar kelahirannya yang rendah lapor portal berita The New Paper hari ini Mus...
Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

Laporan Rci Batu Puteh Bukti Ada Berlaku Pengkhianatan Kepada Negara Kata Pm

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 241 hits
HarapandailyDecember 6 2024 Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan membuktikan wujudnya pengkhianatan kata Perdana Menteri Datuk Seri...
Di Malaysia Lain Yang Bodo Dan Yang Suka Kata Kepala Bapak Dipuja Dan Yang Bodo Sejarah Dipuja Kepala Bapak Punya Bodo

Di Malaysia Lain Yang Bodo Dan Yang Suka Kata Kepala Bapak Dipuja Dan Yang Bodo Sejarah Dipuja Kepala Bapak Punya Bodo

papar berkaitan - pada 7/12/2024 - jumlah : 148 hits
Tular rupanya sebuah video seorang entah atau di Indonesia yang seorang penjual air Perbuatan itu dilakukan di tengah acara dan disaksikan oleh Hasil dari video yang tular itu ramai yang berminat untuk berikan bantuan kepada si penjual air ...
Ronaldo Ada Hajat Memeluk Islam Kata Bekas Penjaga Gol Al Nassr Waleed Abdullah

Ronaldo Ada Hajat Memeluk Islam Kata Bekas Penjaga Gol Al Nassr Waleed Abdullah

papar berkaitan - pada 6/12/2024 - jumlah : 125 hits
AgensiRONALDO menyerlah di Arab Saudi bersama Al Nassr FOTO ReutersRiyadh Bekas penjaga gol Al Nassr Waleed Abdullah membuat kenyataan mengejutkan bahawa bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo memikirkan untuk memeluk agama Islam Ket...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Suasana Pantai Rekang Bachok Kelantan Di Waktu Pagi

Asian K Pop Stars As A Platform For Uniting New Talents Across Asia

Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris