Hujah Ilmiah Tentang Perobohan Rumah Oleh Tangan Sendiri 9793



Orang Melayu juga. Orang Melayu yang jadi ketua, jadi pemimpin dari dulu-dulu lagi sampai laa neh yang buatkan tergadainya maruah, wilayah dan terjajah dan asalnya hanya Melayu sekarang telah berbilang-bilang kaum. Dulunya tiga kaum, now macam-macam kaum dah.

Sultan Johor Minta ADUN Pilih PH Atau Gabungan Baharu. JOHOR BAHRU – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar meminta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini, supaya menyatakan pilihan mereka sama ada gabungan baharu atau Pakatan Harapan (PH) pada pertemuan di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di sini hari ini. Perkara terbabit dinyatakan beberapa ADUN yang ditemui pemberita di luar bangunan berkenaan selepas mereka selesai menyatakan pendirian masing-masing berhubung situasi politik semasa. ADUN Kota Iskandar, Dzulkefly Ahmad berkata, pertemuan secara individu berkenaan amat ringkas dan berlangsung lancar, kurang dari tempoh lima minit. “Saya rasa ringkas sahaja (pertemuan beliau dengan Sultan Johor) tidak sampai lima minit

Sumber: https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/sultan-johor-minta-adun-pilih-ph-atau-gabungan-baharu/
Agong Jamu Petugas Media Masakan Patin Tempoyak.KUALA LUMPUR – Jika dua hari sebelum ini Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menjamu petugas media dengan makanan segera KFC dan McDonald’s, hari ini lebih istimewa apabila baginda perkenan mengurniakan nasi berlauk ikan patin masak tempoyak, yang dibawa khas dari Temerloh untuk jamuan tengah hari.
Sumbangan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dari Restoran Temerloh Catering, Temerloh, Pahang. Lebih istimewa petugas media turut berpeluang merasai biskut hasil air tangan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Selain itu sebuah van Milo dan Nescafe turut disediakan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membekalkan air milo kepada pengamal media di sini, yang bertugas di bawah sinaran terik matahari, sejak 9 pagi lagi. Keprihatinan yang ditunjukkan Al-Sultan Abdullah sebelum ini dijadikan contoh, apabila banyak syarikat korporat hari ini tampil memberikan sumbangan makanan serta barangan keperluan termasuk payung, power bank dan hand sanitizer, kepada media yang telah berkampung di Istana Negara, menyebabkan rezeki melimpah ruah dan tidak putus-putus sehingga petang ini.
Antara yang turut memberi sumbangan seperti Hausboom, 100Plus, Nescafe, Saji serta Federation of Investment Managers Malaysia, Marrybrown, Giant, Nestle, San Francisco Coffe, Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Hari ini seramai 131 daripada 222 Ahli Dewan Rakyat yang dititahkan Seri Paduka untuk  menghadiri sesi menghadap dan temu bual dengan baginda, susulan perkembangan terkini situasi politik di Malaysia. 
Semalam, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 Ahli Parlimen bagi mendengar sendiri pandangan mereka dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.
Sumber:https://www.mynewshub.tv/utama-sensasi/agong-jamu-petugas-media-masakan-patin-tempoyak/
Kemelut Politik Malaysia: Satu Cadangan Penyelesaian Yang Adil Dan Saksama.Februari 26, 2020 Jika saya berada pada kedudukan Yang Di-Pertuan Agong, apa yang akan saya lakukan bagi menampakkan keputusan pelantikan kerajaan baru dibuat secara adil dan saksama adalah:

(1) Tidak membenarkan sebarang kerajaan minoriti dibentuk sehingga ruang yang mencukupi telah diberikan kepada semua pihak untuk cuba menubuhkan kerajaan majoriti tetapi ia masih menemui kegagalan. Ini adalah bertepatan dengan peruntukan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.” Kata kuncinya di sini ialah “kepercayaan majoriti” yang membawa maksud lebih separuh, di dalam keadaan bilangan ahli Dewan Rakyat adalah 222 maka maksud “kepercayaan majoriti” adalah 112.

(2) Di dalam keadaan pakatan politik hanya mampu memperolehi sokongan terbanyak daripada, contohnya, 92 ahli Dewan Rakyat sahaja maka peluang sama rata perlu diberikan kepada semua pihak untuk cuba mendapatkan “kepercayaan majoriti” tersebut, apatah lagi jika sebelumnya telah ada pakatan politik yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk sebuah kerajaan baru ditubuhkan dengan syarat yang tertentu, contohnya, tanpa penyertaan mana-mana parti politik tertentu, contohnya, DAP.

(3) Selaras dengan mandat yang telah diberikan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada Pakatan Harapan, maka, untuk berlaku adil dan saksama, peluang untuk cuba mendapatkan “kepercayaan majoriti” tersebut perlulah terlebih dahulu diberikan kepada Pakatan Harapan dan hanya jika Pakatan Harapan gagal mendapatkan “kepercayaan majoriti” tersebut barulah peluang itu diberikan kepada pihak yang mempunyai bilangan ahli Dewan Rakyat kedua terbanyak, contohnya, Muafakat Nasional.

(4) Hanya setelah ruang yang mencukupi telah diberikan kepada semua pihak untuk cuba menubuhkan kerajaan majoriti menemui kegagalan barulah boleh difikirkan kemungkinan untuk membentuk kerajaan minoriti atau untuk mengembalikan mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan di dalam satu pilihan raya umum yang baru.

Saya yakin dan percaya Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 jika Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mendapatkan “kepercayaan majoriti” ahli Dewan Rakyat.

Sekianlah adanya cadangan saya untuk dipertimbangkan.

FB Kamarul YusoffSumber:https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/kemelut-politik-malaysia-satu-cadangan.html
MAHATHIR SAHKAN BELIAU MEMANG ADA HASRAT MUNGKIRI JANJI PERALIHAN KUASAWednesday, February 26, 2020
Dalam perutusan yang disampaikan Tun Mahathir Mohamad petang tadi, selain menunjukkan beliau mahu kembali semula menjadi Perdana Menteri, terdapat juga intipati yang membuktikan dirinya memang ingin memungkiri janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Dalam perenggan 8 dan 9 ucapan perutusannya sebagaimana disertakan dibawah, jika diteliti, jelas membuktikan hakikat tersebut.
8. Sebenarnya saya telah janji akan letak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat menentukan siapa yang akan mengganti saya. Jika benarlah saya masih disokong saya akan kembali. Jika tidak saya akan terima siapa sahaja yang dipilih.
9. Jadi peluang untuk menukar kepimpinan memang ada. Hanya saya berpendapat oleh kerana saya disokong oleh kedua-dua pihak, masa untuk saya letak jawatan belum tiba.
Perenggan 8 dengan nyata mengesahkan Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan dan kemudian menyerahkan kepada Parlimen menentukan siapa yang akan menggantikannya.
Seterusnya, beliau menyebut, jika dirinya masih disokong, dia akan kembali menjadi Perdana Menteri semula.
Wahai Tun Mahathir yang sudah menuju usia 95 tahun, begitukah sepatutnya perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujuinya bersama PH?
Mengapa selepas meletakkan jawatan, jika masih disokong oleh Parlimen, masih mahu kembali lagi sebagai Perdana Menteri?
Tidakkah, apabila sudah meletakkan jawatan, ia bermakna beliau harus meletakkan jawatan secara muktamad dan tiada perlu untuk kembali lagi?
Apakah Tun Mahathir sudah lupa konsensus yang ditandatanganinya dan berulangkalinya beliau menyebut akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar dalam tempoh dua tahun selepas memegangnya?
Jika sudah ada perjanjian dan diri sendirinya berjanji yang sama, untuk apa lagi diserahkan oleh Parlimen untuk membuat penentuan bakal penggantinya, sambil sedia pula untuk dipilih semula?
Tidakkah PH sebagai sebuah kerajaan sudah memiliki majoriti sejak Mei 2018 lagi?
Perutusan Tun Mahathir petang tadi dengan sendirinya mengesahkan tembelangnya untuk terus berkuasa melalui kuasa Parlimen dan melalui sokongan UMNO dan Pas yang memang beliau mempunyai hubungan lain di belakang tabir dengan kedua-dua parti itu.
Selain itu, Tun Mahathir juga memecah-belahkan PKR dengan menjadikan mereka yang pro Azmin Ali sentiasa memihak kepadanya dan menolak Anwar.
Maka, jika setelah Tun Mahathir meletakkan jawatan dan menawarkan untuk dipilih semula, sudah tentulah beliau dengan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sedia ada, dengan mudah memperolehi sokongan majoriti berbanding Anwar.
Perenggan 9 pula mengesahkan sokongan kedua-dua pihak – kerajaan dan pembangkang – yang dimilikinya menyebabkan beliau belum sedia meletakkan jawatan, mampu memungkiri janji peralihan kuasa dan seterusnya dapat memegang jawatan Perdana Menteri sehingga mati.
Dengan kata lain, ayat dalam perenggan 5 perutusan beliau yang berbunyi – Selain itu, terdapat juga tuduhan bahawa saya tidak berniat untuk melepas jawatan dan gila kuasa – adalah benar belaka.
Tun Mahathir memang merancang untuk meletakkan jawatan, tetapi juga merancang untuk kembali dan dipilih semula melalui suara Ahli-Ahli Parlimen kedua-dua belah pihak – kerajaan dan pembangkang – walhal perlantikannya sebagai Perdana Menteri pada 10 Mei 2018 adalah atas mandat PH saja.
Bukan gila kuasa ke tu?
Begitu pun, Tun Mahathir mengakui beliau meletakkan jawatan akhirnya pada Isnin lalu kerana banyak sebab, antaranya kerana tidak sedia bekerjasama dengan UMNO dalam sebuah kerajaan campuran parti-parti pembangkang yang gagal dijadikan kenyataan melalui gerakan Langkah Sheraton yang diusahakan oleh Azmin serta di saat-saat akhir disokong kuat oleh Muhyiddin Yassin. 
Tetapi, dalam hal ini, Tun Mahathir hanya enggan bekerjasama dengan UMNO dalam kerajaan campuran saja, namun tidak pula menolak sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang mahu mengekalkannya lagi sebagai Perdana Menteri jika berlaku pengundian antaranya dengan Anwar.
Kenapa tidak mahu bekerjasama dengan UMNO, tetapi mahu pula menerima sokongan daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO? Siapa yang kaki rasuah yang konon sangat dibencinya itu – UMNO atau Ahli Parlimen UMNO?
Setelah meletakkan jawatan secara mengejut dan kemudian dilantik sebagai Perdana Menteri interim, Tun Mahathir bagaimanapun sebenarnya terus merancang untuk kembali lagi sebagai Perdana Menteri.
Perenggan 16 perutusannya – Saya berpendapat betul atau tidak, politik dan parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang. Jika dibenar saya akan cuba adakan pemerintahan yang tidak memihak kepada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara sahaja yang akan diutamakan dan perenggan 17 – Jika diizin inilah yang akan saya cuba – adalah bukti tanpa hijab tentang gila kuasa dan ingin terusnya beliau berkuasa di negara ini.
Setelah bukan lagi menjadi Pengerusi Bersatu, ideanya mahu melakukan pemerintahan tanpa parti pula? Kalau tanpa parti, bukankah dirinya nanti akan menjadi paling berkuasa sekali selama mana yang dikehendakinya? Cukup-cukuplah tu Tun….
(ShahbudinHusin 26/02/2020)Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Wednesday, February 26, 2020Sumber: https://wrlr.blogspot.com/2020/02/mahathir-sahkan-beliau-memang-ada.html
Rumah Dirobohkan Dengan Tangan SendiriAuthor Februari 26, 20201. Apa yang berlaku pada kerajaan PH hari ini ialah sebagaimana disifatkan oleh Allah dalam surah al-Hasyr ayat 2
يُخْرِبُونَ بُيُوتَهُم بِأَيْدِيهِمْ وَأَيْدِي الْمُؤْمِنِينَ فَاعْتَبِرُوا يَا أُولِي الْأَبْصَارِ"Mereka merobohkan rumah-rumah mereka dengan tangan-tangan mereka dan tangan orang-orang beriman. Maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan jauh"
2. Kabinet baru boleh bertukar dengan sokongan ahli-ahli parlimen melebihi 112 kepada Tun sebagai PM. Ia adalah menurut undang-undang dan peraturan negara yang membenarkan. Itu yang dijangka berlaku apabila dirundingkan untuk PBBM, pasukan Azmin, Warisan, UMNO dan PAS beserta GPS memberikan sokongan kepada Tun untuk membentuk kabinet baru bagi menghalang bahaya dan kerakusan DAP khususnya terhadap kepentingan Melayu Islam. Kabinet baru ini bertujuan menjaga kepentingan Melayu Islam yang menjadi teras bernegara di samping membaiki kedudukan ekonomi dan pengurusan menteri-menteri yang tidak berketrampilan.

3. Namun, apa yang berlaku ialah Tun meletakkan jawatan sebagai PM menyebabkan seluruh kabinet gugur dan kejatuhan kerajaan PH beserta Tun juga bukan lagi berkuasa. Hanya sebagai PM interim yang bertindak sementara menantikan PM baru dilantik.

4. Fasa sekarang ialah istana bertindak untuk melihat siapakah yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi PM. Lobi-melobi sedang berlaku. Anwar masih berhasrat menjadi PM. Inilah peluang beliau yang ada untuk menjadi PM.

5. Tun mengharapkan sokongan kembali PAS dan UMNO dengan alasan membentuk kerajaan perpaduan tanpa pembangkang tetapi dengan naratif melantik individu yang beliau rasakan sesuai sebagai menteri bukan dengan mandat parti masing-masing. Ia ditolak oleh PAS dan UMNO kerana kerajaan itu akan membawa DAP dan pasukan Anwar sekali, sesuatu yang tidak dapat diterima oleh PAS dan UMNO.

6. Tun ingin kembali kepada asal berkuasa dengan dokongan ahli-ahli parlimen PH dengan tambahan PAS dan UMNO tetapi bersama DAP yang sedari awal ditolak oleh PAS dan UMNO serta juga menjadi sebab kenapa PAS dan UMNO bersetuju dengan pelan awal perubahan kabinet iaitu tanpa DAP dan pasukan Anwar.

7. Sekiranya terbentuk kerajaan oleh Tun, ia hanya mengulangi masalah yang berlaku dalam kerajaan PH sebelum ini kerana individu nya adalah sama, daripada DAP dan PKR versi Anwar. Rakyat telah bosan dengan kegagalan kerajaan PH yang telah jatuh. Ia kerajaan yang gagal dan rapuh hubungannya saling berusaha menjatuhkan antara satu sama lain.

8. Dalam ketidak-tentuan sebegini pilihan terbaik untuk rakyat ialah pembubaran parlimen. Mandat diserahkan kembali kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru selepas melihat kerosakan dan kegagalan PH. Itulah yang dituntut oleh PAS dan UMNO sekarang. Dan itulah yang dituntut oleh rakyat Malaysia hari ini berdasarkan pungutan suara di media sosial.

Sekian

Dr Khairuddin Takiri
Rabu 26 Februari 2020Sumber: https://mindarakyat.blogspot.com/2020/02/rumah-dirobohkan-dengan-tangan-sendiri.html
LANGSUNG: Shafie nafi hantar wakil ke istana negara
Wartawan Malaysiakini
Diterbitkan Hari ini 8:58 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 10:22 malam

LANGSUNG | Malaysiakini melaporkan perkembangan terkini mengenai keadaan politik semasa berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan semalam. Baca laporan langsung Malaysiakini pada 23 Feb (Ahad), 24 Feb (Isnin) dan 25 Feb (Selasa). Jika anda suka laporan kami, sokong media bebas dengan melanggan Malaysiakini dengan harga serendah RM0.55 sehari. Maklumat lanjut di sini. 

LANGSUNG

10.00 malam - Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan yang mengatakan beliau telah menghantar wakil ke Istana Negara dan wakil itu tidak dibenarkan berjumpa Agong. Ahli Parlimen Semporna itu menegaskan bahawa beliau telah mengunjungi istana dan telah melakukan apa yang diharapkan daripada sebagai ahli parlimen.

Terdahulu, Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa Shafie dan Ahli Parlimen Padang Rengas Mohamed Nazri Abdul Aziz tidak hadir di istana tanpa memberi alasan. Akhbar itu juga mendakwa bahawa Shafie telah menghantar seorang pembantu untuk mengadap Agong, namun ditolak.

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/512229




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2020/02/hujah-ilmiah-tentang-perobohan-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Dirobohkan Dengan Tangan Sendiri

Rumah Dirobohkan Dengan Tangan Sendiri

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 368 hits
1 Apa yang berlaku pada kerajaan PH hari ini ialah sebagaimana disifatkan oleh Allah dalam surah al Hasyr ayat 2 Mereka merobohkan rumah rumah mereka dengan tangan tangan mereka dan tangan orang orang beriman Maka ambillah pengajaran wahai ...
6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 210 hits
Rambut rontok menjadi masalah yang sering dialami oleh wanita Banyak wanita rela melakukan berbagai macam perawatan rambut demi mendapatkan rambut yang sehat dan indah Selain perawatan yang dilakukan di salon ada banyak bahan alami yang bis...
Diperli Oleh Ustaz Kazim Elias Tentang Isu Hijab Tak Sangka Ini Respon Win Dari Datuk A Aida Buat Warganet Tergamam

Diperli Oleh Ustaz Kazim Elias Tentang Isu Hijab Tak Sangka Ini Respon Win Dari Datuk A Aida Buat Warganet Tergamam

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 592 hits
Nak jadi diri sendiri belum bersedia seruan hidayah belum sampai Itu antara alasan segelintir artis tanah air yang memilih untuk menanggalkan tudung Diperli oleh Ustaz Kazim Elias tentang isu hijab Tak sangka ini respon win dari Datuk A Aid...
Rumah Dibina Sendiri Terbakar Musnah Pakcik Hanya Mampu Terduduk Lemah

Rumah Dibina Sendiri Terbakar Musnah Pakcik Hanya Mampu Terduduk Lemah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 254 hits
Luluh hati si bapa melihat rumah keluarga yang dibina sejak tahun 70 an musnah terbakar dalam sekelip mata tanpa sempat menyelamatkan barang berharga Kejadian berlaku di Kampung Batu 30 di Pekan Nenas Johor itu dipercayai berpunca setelah l...
Isteri Allahyarham Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah Ali Puteh Dedah Cerita Sebenar

Isteri Allahyarham Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah Ali Puteh Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 417 hits
Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan dengan soal harta menimbulkan kemarahan netizen Apa yang dilakukannya itu dianggap biadab dan tidak menghormati ...
Gara Gara Di Ejek Oleh Anak Sendiri Wanita Ini Berubah Jadi Cantik

Gara Gara Di Ejek Oleh Anak Sendiri Wanita Ini Berubah Jadi Cantik

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 358 hits
Bagi wanita bentuk tubuh yang langsing adalah dambaan Wanita yang langsing biasanya dianggap lebih cantik tapi kadang kala proses hamil dan melahirkan anak membuat wanita kehilangan bentuk tubuhnya seperti yang dialami wanita ini Sudah lama...
Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

Suruh Bini Cantik Dlm Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 803 hits
Suruh Bini Cantik Dalam Rumah Tapi Dia Sendiri Pakai Kain Pelikat Tak Pakai Baju Ustaz Syamsul Debat Daripada Abdullah bin Amr r a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda Maksudnya SAMPAIKANLAH DARIKU WALAU HANYA SATU AYAT
Baru Berusia 22 Tahun Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

Baru Berusia 22 Tahun Naim Daniel Dah Beli Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 452 hits
Nampaknya tahun 2020 merupakan tahun terbaik buat Naim Daniel Selepas lagu ciptannya diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke 34 Naim berjaya The post appeared first on
Impian Remaja Miliki Rumah Sendiri Musnah Lepas Terlibat Dalam Kemalangan

Impian Remaja Miliki Rumah Sendiri Musnah Lepas Terlibat Dalam Kemalangan

papar berkaitan - pada 17/2/2020 - jumlah : 291 hits
Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan Ketahuilah bahawa kecuaian kita berkemungkinan besar boleh membawa derita terhadap diri sendiri mahupun orang lain Penderitaan yang di...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah