Impian Remaja Miliki Rumah Sendiri Musnah Lepas Terlibat Dalam Kemalangan


Kemalangan adalah sesuatu yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Ketahuilah bahawa kecuaian kita berkemungkinan besar boleh membawa derita terhadap diri sendiri mahupun orang lain. Penderitaan yang dilalui oleh orang yang terkesan dengan kemalangan sangat sukar digambarkan.
Ini kerana, jika mereka terlibat dengan kemalangan sudah pasti akan ada kesannya terhadap fizikal serta mental. Seperti yang telah berlaku kepada individu bernama Dik Wan ini, dia telah terlantar di katil biliknya susulan daripada kemalangan yang telah terjadi ke atas dirinya beberapa tahun lepas.
Seorang pengguna Facebook bernama Natipah Abu ada berkongsikan tentang kisah individu bernama Dik Wan dalam melalui kehidupan yang terpaksa dihadapinya selepas daripada kemalangan yang telah mengubah hidupnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
BILA IMPIAN BERKECAI Dik Wan, perjalanan kisah hidupnya pernah dikongsi di sini 5 tahun lalu dan sejak itu, Kak Pah akan selalu berkongsi perkembangan semasa tentang Dik Wan.
Dik Wan, anak sulung dari 4 beradik, bergelar yatim piatu ketika usianya 16 tahun. Kini, Dik Wan sudah pun berusia 24 tahun. Setelah kematian ayah dan ibu, dua orang adik beradiknya dijaga oleh nenek sebelah ibu dan dua orang lagi dijaga oleh nenek sebelah bapa.
Kedua orang datuk, baik sebelah ibu mahupun sebelah bapa telah lama meninggal dunia. Setelah tamat sekolah, Dik Wan bekerja demi membantu nenek menyara adik-adik yang masih kecil. Namun sayang segalanya itu berakhir bila Dik Wan ditimpa kemalangan ketika usianya 18 tahun.
Berakhir keindahan alam remaja Dik Wan Motosikal yang ditunggang Dik Wan bertembung dengan sebuah kereta. Dik Wan “ terbang“ ke atas cermin depan hingga ke cermin belakang kereta. Sejak itu, berakhirlah keindahan alam remaja buat Dik Wan dan dia terlantar tanpa mampu mengurus diri lagi.
2015 , kisah Dik Wan sampai kepada kita lalu tular. Banyak pihak di luar sana tampil menghulurkan bantuan demi meringankan beban mereka sekeluarga. Dik Wan juga dihantar menjalani rawatan lanjut di Pusat Rehabilitasi Melaka dan juga PPUM.
Berbulan-bulan Dik Wan tinggal di sana tanpa pernah ada rasa ingin pulang ke kempung. Sebab, Dik Wan sangat mengharapkan rawatan moden di sana mampu mengubah nasibnya kini. Dik Wan menyemai satu impian dan harapan yang sangat tinggi.
Walaupun mungkin tidak dapat berlari seperti waktu dulu lagi, dia sangat berharap agar cukuplah kalau dia dapat bangkit berdiri semula. Walau tidak dapat berjalan, cukuplah kalau dia mampu duduk dan menguruskan sendiri keperluan dirinya.
Harapan pulih Dik Wan semakin tipis Setelah berbulan-bulan menjalani rawatan, akhirnya Dik Wan dibenarkan pulang ke kampung. Dia pulang membawa bersama sebuah kenyataaan yang teramat pahit baginya. Doktor mengesahkan harapan untuk dia kembali pulih semakin tipis bahkan sebarang pembedahan akan merisikokan nyawanya.
Sejak itu, dia mula diberi ubat penenang utk mengawal emosinya. Dia menjalani hari yang suram di atas katil khas ditemani gadget-gadget penghilang bosan.
Tiba-tiba, di tengah suram lorong kehidupannya, hadir sebutir sinar di hujung jalan. Tampil sebuah syarikat korporat yang menjanjikan bantuan kawangan untuk menyiapkan sebuah rumah buat Dik Wan dan adik-adik.

Impian Dik Wan tidak kesampaian Selama ini, Dik Wan juga mengimpikan untuk mendiami rumah sendiri kerana rumah yang mereka diami sekarang, tanahnya milik orang. Berbunga hati Dik Wan bila merasakan impiannya yang satu ini bakal menjadi kenyataan. Dia ingin berkumpul semula dengan adik-adiknya di rumah baru kelak.
Namun, tiba-tiba pihak tersebut menyatakan bahawa janji itu tidak dapat dipenuhi atas masalah yang tidak dapat dielakkan. Bagai kaca jatuh ke batu, berderai segala impiannya buat kali kedua. Sejak itu, mendadak emosi Dik Wan semakin merudum.
Sebelum ini, walaupun terlantar namun dia masih mampu memendam segala kehilangan yang menimpanya. Hilang ibu dan ayah membawa bersama hilangnya kasih sayang yang teramat suci serta hilang pula keupayaaan diri yang tiada penawarnya lagi.
Yang pasti dulu, walaupun telah kehilangan segalanya, dia masih belum hilang doa dan harapan. Hari ini, itu pun sudah tiada lagi. 
Kini, Insan terpilih ini terus diuji. Ada ketikanya dia menangis, air matanya jatuh berjurai di pipi. Bila ditanya mengapa, dia mendiamkan diri.
“ 🎶 Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu 🎵 …“
Itulah antara bait lagu yang dinyanyikan dengan suara yang mendayu sekali. Selesai nyanyian, dia menyambung dengan bacaan surah-surah lazim. Lancar sekali bacaannya. Dan sesekali dia ketawa tanpa tahu sebabnya.
Adakalanya juga, dia mengadu sakit di badannya yang datang secara tiba-tiba. Mungkin, semua ini terjadi lantaran Dik Wan terlalu kecewa dan sedih atas segala yang telah berlaku. Satu demi satu harapannya hancur berkecai.
Kudrat tok menjaga Dik Wan tidak sama macam dulu Tok lah insan paling terkesan dengan apa yang terjadi kepada Dik Wan. Selagi ada hayat , Tok memang nekad akan menjaga Dik Wan. Tok telah pun berkorban menjaga Dik Wan sejak sekian lama tanpa memperdulikan dirinya yang sakit.
Berat sungguh ujian Tok. Ketika rakan sebayanya sudah bebas ke surau dan masjid menadah telinga untuk kuliah agama dan beramal ibadah, tok masih lagi bermain dengan kencing-berak cucu. Sedangkan, kudrat tok sudah tidak seperti dulu lagi. Tetapi inilah takdir yang harus dijalaninya dengan tabah.
Mujurlah Dik Wan ada menerima wang bantuan JKM dan juga pencen perkeso ( RM700 ). Dengan wang itulah, Tok yang menjual kuih basah itu membeli segala keperluan ubat-ubatan Dik Wan termasuklah lampin pakai buang.
Saudara terdekat Dik Wan sudah pun menghubungi Jabatan Psikiatri Hospital Langkawi. Hari ini, mereka akan menziarahi Dik Wan di rumah. Di dalam hati bermain satu persoalan yang belum ada jawapannya “Mungkinkah impian Dik Wan utk memiliki dan mendiami rumah sendiri akan menjadi kenyataan nanti”.
Sumber: Natipah Abu
The post Impian Remaja Miliki Rumah Sendiri Musnah Lepas Terlibat Dalam Kemalangan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/02/17/impian-remaja-miliki-rumah-sendiri-musnah-lepas-terlibat-dalam-kemalangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Dibina Sendiri Terbakar Musnah Pakcik Hanya Mampu Terduduk Lemah

Rumah Dibina Sendiri Terbakar Musnah Pakcik Hanya Mampu Terduduk Lemah

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 254 hits
Luluh hati si bapa melihat rumah keluarga yang dibina sejak tahun 70 an musnah terbakar dalam sekelip mata tanpa sempat menyelamatkan barang berharga Kejadian berlaku di Kampung Batu 30 di Pekan Nenas Johor itu dipercayai berpunca setelah l...
Israel Paksa Keluarga Palestina Di Yerusalem Bongkar Rumah Sendiri

Israel Paksa Keluarga Palestina Di Yerusalem Bongkar Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 223 hits
Sebuah keluarga Palestina di Yerusalem Timur yang diduduki dipaksa untuk membongkar rumah mereka setelah menerima perintah pembongkaran dari Israel
Hati Ku Yang Tercalar Kisah Kemalangan Yang Berlaku Setahun Yang Lepas

Hati Ku Yang Tercalar Kisah Kemalangan Yang Berlaku Setahun Yang Lepas

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 313 hits
Hati Ku Yang Tercalar Kisah Kemalangan Yang Berlaku Setahun Yang Lepas Assalamualaikum dan Selamat Petang Hai Reader semua Kisah ini berlaku setahun yang berlalu Tak kuat masa tu This is a content summary only Visit my website for full link...
Isteri Allahyarham Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah Ali Puteh Dedah Cerita Sebenar

Isteri Allahyarham Sendiri Yang Mahu Keluar Dari Rumah Ali Puteh Dedah Cerita Sebenar

papar berkaitan - pada 21/2/2020 - jumlah : 417 hits
Tindakan adik Allahyarham Abam Bocey yang memuat naik status berbaur hinaan terhadap balu abangnya iaitu Noor Hidayah berkaitan dengan soal harta menimbulkan kemarahan netizen Apa yang dilakukannya itu dianggap biadab dan tidak menghormati ...
6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

6 Cara Mengatasi Rambut Rontok Dengan Masker Alami Bisa Dibuat Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 19/2/2020 - jumlah : 210 hits
Rambut rontok menjadi masalah yang sering dialami oleh wanita Banyak wanita rela melakukan berbagai macam perawatan rambut demi mendapatkan rambut yang sehat dan indah Selain perawatan yang dilakukan di salon ada banyak bahan alami yang bis...
Dulu Kerja Kilang Sambil Pasang Pelamin Rumah Orang Siapa Sangka Kini Punya Bangunan Sendiri

Dulu Kerja Kilang Sambil Pasang Pelamin Rumah Orang Siapa Sangka Kini Punya Bangunan Sendiri

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 969 hits
Bukan senang nak jadi senang Pelbagai cabaran dan halangan perlu ditempuhi untuk mencapai kejayaan hari ini Siapa tahu kekayaan mahupun kejayaan seseorang itu dicapai dengan titisan keringat dan air matanya sehari hari Ramai yang nak mulaka...
Polisi Berpangkat Komisaris Terlibat Pembakaran Rumah Di Samosir

Polisi Berpangkat Komisaris Terlibat Pembakaran Rumah Di Samosir

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 224 hits
Sebelum menangkap personel yang disebut bertugas Biddokes Polda Sumut itu petugas lebih dulu menangkap RM Wanita itu diringkus di Mojokerto Jawa Timur pada 20 Januari lalu
Apa Nak Buat Bila Terlibat Dalam Kemalangan Kereta

Apa Nak Buat Bila Terlibat Dalam Kemalangan Kereta

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 329 hits
Bila eksiden kita kena bijak menguruskan caranya MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN BAWA KERETA ANDA KE BALAI POLIS DAHULU Ramai lagi yang belum tahu
9 Cara Alami Mengobati Jerawat Yang Bisa Dilakukan Sendiri Di Rumah

9 Cara Alami Mengobati Jerawat Yang Bisa Dilakukan Sendiri Di Rumah

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 215 hits
Ketika kegiatan semakin padat di usia dewasa melakukan perawatan aman dan terpercaya di klinik memerlukan waktu luang dan tidak murah Berikut merupakan 10 cara alami mengobati jerawat yang bias dilakukan sendiri di rumah
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut