Hujan Lebat Pasar Payang Dilanda Banjir Kilat Malam Tadi





KUALA TERENGGANU: Hujan lebat dalam tempoh kira-kira enam jam bermula 6 petang semalam menyebabkan beberapa lokasi di Terengganu mengalami banjir kilat lewat malam tadi.
 
Kejadian banjir kilat itu turut dikongsi netizen di media sosial, Facebook melalui video banjir kilat yang turut melanda beberapa pusat pelancongan termasuk Dataran Syahbandar, Pasar Payang dan Kampung Cina.

 
Malah laluan masuk ke kawasan itu, juga terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan.

 
Orang ramai juga dilihat saling membantu dalam memastikan kenderaan tidak ditenggelami air, namun kebanyakan peniaga gagal menyelamatkan barang masing-masing kerana air memasuki premis secara tiba-tiba.

 
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan setakat 7 pagi ini, seramai 439 mangsa daripada 124 keluarga telah dipindahkan ke sembilan pusat pemindahan banjir (PPS), iaitu tidak sampai 24 jam selepas PPS terakhir akibat gelombang kedua banjir di Terengganu, ditutup semalam.

 
Daerah yang terlibat hari ini ialah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Kemaman, malah proses pemindahan mangsa masih berjalan di beberapa daerah lain pagi ini.

 

Sementara itu, wartawan sambilan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Kamaliza Kamaruddin, 39, berkata rumahnya di Jalan Pusara dekat sini, turut dinaiki air pada paras lutut namun masih bernasib baik kerana tidak perlu berpindah ke PPS dan dapat bermalam di tingkat atas.

 
“Ada barangan elektrik sempat dibawa ke tempat tinggi, tetapi ada perkakas lain yang terpaksa dibiarkan sahaja kerana air terlalu cepat memasuki ke dalam rumah. Ini pengalaman ketiga berdepan banjir kilat sejak tinggal di kawasan perumahan ini,” katanya yang pernah  mengalami kejadian serupa pada 2016 dan 2018.

 
Namun kali ini, tempoh air surut agak lambat iaitu sekitar tujuh jam, kata Kamaliza.

 

Jurugambar Bernama Mohd Khairul Fikiri Osman, 34, yang turut terkesan berkata rumahnya mula dinaiki air sekitar 9.30 malam dan kira-kira tiga jam selepas itu membuat keputusan untuk keluar bagi menjaga keselamatan isteri dan dua anaknya.

 
“Saya masih sempat selamatkan peti ais tetapi barangan lain terpaksa dibiarkan kerana air telah memenuhi segenap ruang. Apa yang penting ialah keselamatan keluarga,” katanya yang terpaksa menginap di hotel terdekat.

 
Setakat 7.30 pagi ini, banjir sudah mulai surut namun hujan renyai-renyai masih berlaku di beberapa kawasan di Terengganu.

 
-- BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/hujan-lebat-pasar-payang-dilanda-banjir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muar Jb Dilanda Banjir Ekoran Hujan Lebat Sejak Tengah Hari

Muar Jb Dilanda Banjir Ekoran Hujan Lebat Sejak Tengah Hari

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 522 hits
JOHOR BAHRU 21 Nov Beberapa kawasan di Muar dan bandar raya ini mula dilanda banjir selepas hujan lebat berlarutan selama beberapa jam sejak tengah hari tadi
Kampung Kempas Baru Jb Dilanda Banjir Kilat

Kampung Kempas Baru Jb Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 382 hits
Oleh KHAIRUL MOHD ALI BEBERAPA penduduk Kampung Kempas Baru di Johor Bahru dipindahkan sementara setelah rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat IHSAN BOMBA JOHOR JOHOR BAHRU Hujan lebat dalam tempoh yang singkat menyebabkan Kampung Ke...
Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

Khemah Ujian Saringan Kecemasan Covid 19 Hospital Kulim Dilanda Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 386 hits
Keadaan khemah saringan kecemasan dan Covid 19 bersebelahan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kulim yang dilanda banjir kilat petang tadi Banjir kilat Khemah ujian saringan COVID 19 Hospital Kulim dinaiki air Pekarangan Jabatan Kecemasa...
Panas Hujan Lebat Dan Banjir

Panas Hujan Lebat Dan Banjir

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 303 hits
assalamualaikum salam sejahtera petang Jumaat di rumah saje sepanjang hari bekerja di rumah kan dilarang berada di luar kawasan mesti sentiasa alert dengan phone arahan dari pejabat mesti kena respon on the spot pagi tadi sempat la bersenam...
Remaja Dilapor Maut Disambar Petir Ketika Leka Main Game Di Telefon Tengah Caj Ketika Hujan Lebat

Remaja Dilapor Maut Disambar Petir Ketika Leka Main Game Di Telefon Tengah Caj Ketika Hujan Lebat

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 312 hits
Seoramg remaja dilapor maut setelah disambar petir ketika leka bermain game atas talian di telefon bimbit bersama sama rakan rakanya di sebuah warung ketika hujan lebat dalam kejadian yang berlaku di Jawa Tengah Menurut laporan Tribun News ...
Tumbuk Ibu Kandung Peniaga Pasar Malam Dipenjara

Tumbuk Ibu Kandung Peniaga Pasar Malam Dipenjara

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 230 hits
loading Kuala Lumpur Gara gara mencederakan ibu kandungnya dengan menumbuk wanita itu sehingga cedera seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini
Peniaga Pasar Malam Di Penjara Lima Bulan Kerana Tumbuk Kepala Ibu Kandung Sendiri

Peniaga Pasar Malam Di Penjara Lima Bulan Kerana Tumbuk Kepala Ibu Kandung Sendiri

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 318 hits
KUALA LUMPUR Gara gara menumbuk ibu kandungnya kerana berang tidak diberikan wang yang diminta seorang peniaga pasar malam dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini Majistret Mohamed Fared Abdul Latif meme...
Inilah Punca Sebenar Maradona Meninggal Dunia Secara Mengejut Malam Tadi

Inilah Punca Sebenar Maradona Meninggal Dunia Secara Mengejut Malam Tadi

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 632 hits
Seperti ramai sudah sedia maklum lagenda bola sepak Argentina dan dunia Diego Maradona telah meninggal dunia secara mengejut malam tadi di rumah sewanya di utara San Andres Buenos Aires Ini merupakan satu berita yang amat menggemparkan duni...
Banjir Kilat Di Wad Saringan Hospital Kulim

Banjir Kilat Di Wad Saringan Hospital Kulim

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 429 hits
KULIM Suasana di khemah saringan kecemasan dan saringan Covid 19 Hospital Kulim di sini kelam kabut apabila berlaku banjir kilat dipercayai berpunca daripada limpahan air longkang petang tadi Wad itu didirikan di kawasan letak kereta di had...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Damselfish Fish Facts Az Animals

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Akta Baru Ini Tak Sasar Mana Mana Kaum Dan Masih Dalam Peringkat Kajian Sebagai