Hubungan Tun M Anwar Sepatutnya Makin Diperkukuh Bukan Disulitkan




Untuk kesekian kalinya, dua hari lalu Anwar Ibrahim terus membidas pihak-pihak tertentu, termasuk media yang masih cuba mahu melaga-lagakan hubungannya dengan Tun Mahathir Mohamad.


Cara mereka bertindak tidak lain ialah dengan berterusan membangkitkan kes liwat yang pernah menjadi punca pergeseran mereka berdua


"Saya tidak akan melayan sebarang provokasi itu. Kami telah membuat keputusan untuk bekerjasama dan saya akan mempertahankannya.


"Sekarang bukan mengenai Anwar atau Tun Mahathir, tetapi kita mesti fokus kepada masalah ekonomi dan rakyat yang menghadapi beban kos sara hidup," tegas Presiden PKR.


Logiknya, setelah berbaik semula dan wujud perjanjian berhubung penyerahan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar, hubungan mereka tidak harus disulitkan lagi ke kancah pergeseran buat kali kedua.


Rakyat telah membuat pilihan menumbangkan UMNO dan BN, bermakna rakyat bukan saja mahu Tun Mahathir menerajui negara selepas kejatuhan Najib Razak, tetapi juga mahukan Anwar sebagai pengganti seterusnya.


Seharusnya perkara itu tidak perlu dipertikaikan lagi, apa lagi dengan cuba mengungkit semula kes liwat yang pernah dihadapi oleh Anwar sebelum ini.


Dalam kedua-dua kes liwat yang dihadapinya, Anwar sudah pun diberi pengampunan penuh oleh Yang Dipertuan Agong atas sandaran beliau didapati tidak mendapati perbicaraan yang adil mengenainya.


Lantaran itu, Yang Dipertuan Agong telah memberi pengampunan penuh yang sekaligus membersihkan namanya dan dengan demikian, Anwar tidak seharusnya dipertikaikan lagi dari segi kelayakannya untuk menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir.


Mengungkit kes tersebut juga seperti mempertikaikan pengampunan yang telah diberikan oleh Yang Dipertuan Agong kepada Anwar.


Siapakah yang masih cuba melaga-lagakan itu?


Jika diperhati, kelompok yang berbuat demikian tidak bukan saja mahu Tun Mahathir lebih lama menjadi Perdana Menteri iaitu melebihi dua tahun sebagaimana yang sudah dipersetujui sebelum ini, malah bertujuan agar penyerahan kuasa kepada Anwar itu tidak akan berlaku.


Sepatutnya, setelah Najib, UMNO dan BN berjaya ditumbangkan pada PRU14 lalu, tugas utama semua pihak dalam Pakatan Harapan ialah memastikan kalau pun bukan semua, tetapi sebahagian besar masalah negara, janji manifesto dan peralihan kuasa dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Dalam erti kata lain, mengukuhkan lagi hubungan Tun Mahathir dengan Anwar adalah antara yang paling wajib untuk terus diutamakan.


Melaga-lagakan Tun Mahathir dengan Anwar, mengungkit kes liwat yang sudah diberi pengampunan dan seakan-akan gembira jika Anwar sekali lagi gagal menjadi Perdana Menteri, bukanlah suatu amalan yang sihat dalam era Malaysia Baru pasca tumbangnya BN ini.


Selain dalang di sebalik semua itu dipercayai ada agenda tertentu, mereka ini juga secara tidak langsung mahu Pakatan Harapan bergolak, berpecah dan akhirnya memungkinkan BN kembali menguasai pentadbiran negara selepas pilihanraya akan datang.


Apakah itu juga yang kita semua turut mahukan selepas bersusah payah menumbangkan BN pada 9 Mei 2018 lalu? (ShahbudinHusin 21/01/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/01/hubungan-tun-m-anwar-sepatutnya-makin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Politik Anwar Musa Setaraf Lokman Adam Makin Murahan

Politik Anwar Musa Setaraf Lokman Adam Makin Murahan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 409 hits
Anuar Musa sudah benar bermain POLITIK murahan dengan menjadikan ISU perletakan jawatan YDP sebagai ISU POLITIK ke arah fitnah apakah masih terbawa kebiasaan POLITIK umno Tak berubah ubah YDP letak jawatan atas keputusan peribadi yang baik ...
Kita Perlu Akui Najib Anwar Hadi Tak Mampu Lakukan Tun M Hebat Dalam Hal Ini

Kita Perlu Akui Najib Anwar Hadi Tak Mampu Lakukan Tun M Hebat Dalam Hal Ini

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 344 hits
Sama ada kita penyokong Najib atau penyokong BN atau penyokong Anwar Ibrahim hakikat kehebatan Tun Mahathir apabila berdepan dengan Israel Yahudi atau Singapura sudah tidak boleh dinafikan lagi Kemampuan Najib Anwar Ibrahim dan Haji Hadi ti...
Sepatutnya Ramai Sebab Semua Keluarga Boleh Masuk Tetapi Sekarang Makin Takde Orang

Sepatutnya Ramai Sebab Semua Keluarga Boleh Masuk Tetapi Sekarang Makin Takde Orang

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 370 hits
PETALING JAYA Pemilik restoran mempersoal dakwaan menteri kesihatan bahawa pengharaman merokok di premis menjual makanan di seluruh negara menyebabkan peningkatan perniagaan Mereka berkata pengharaman itu yang mula berkuat kuasa pada 1 Jan ...
Hubungan Azmin Dengan Anwar Terjejas

Hubungan Azmin Dengan Anwar Terjejas

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 436 hits
Anne Muhammad Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menafikan ciapan bernada sindiran berhubung teguran mengikut saluran dalaman hari ini menunjukkan hubungannya dengan Anwar Ibrahim sudah terjejas Tidak Tidak betul katanya ringkas kepada...
Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

Saya Dengan Tun Mahathir Tiada Masalah Tapi Ada Yang Bermuka Muka Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 958 hits
Firdaus Azil Astro Awani KUALA LUMPUR Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan beliau langsung tidak mempunyai sebarang masalah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Dalam satu kenyataan hari i...
Halang Atlet Israel Anwar Sokong Pendirian Tun M Dan Kerajaan

Halang Atlet Israel Anwar Sokong Pendirian Tun M Dan Kerajaan

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 313 hits
Foto oleh Bernama KUALA LUMPUR 19 Jan Presi den PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong pendirian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia yang menghalang atlet Israel daripada bertanding dalam Kejohanan Renang Para Duni...
Anwar Nyanyi Lagu Alleycats Sampaikan Salam

Anwar Nyanyi Lagu Alleycats Sampaikan Salam

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 411 hits
Tetamu principle hadir pada Majlis Malam Gala PKR malam ini pasti tak Kwa melupakan pengalaman menyaksikan persembahan istimewa presiden parti itu Anwar Abraham Kali ini Anwar dipelawa naik ke pentas oleh penyanyi Alleycats David Arumugam u...
Entire Malaysia Coming To Standstill Amid Pak Lah S State Funeral And Monumental Xi Jinping S State Visit

Michelle Yeoh Berhijab Tercantik Di Funeral Negara Pak Lah Untuk Memberi Hormat Terakhir

Understand Your Target Audience

Johan Pakai T Shirt Topi Di Istiadat Pengebumian Allahyarham Pak Lah Ditegur Netizen Macam Tak Tahu Hormat Majlis

Saya Sudah Berjanji Saya Tidak Boleh Mungkir Janji Pak Lah

Tema Hijau Menjadi Pilihan

Inilah Cerita Bagaimana Pak Lah Bantu Selamatkan Nyawa Anwar

3 Lagu Untuk Ana


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masak Ketupat Goreng Untuk Sarapan Pagi

Flava Kenapa Singgah Kalau Tak Masuk Chord

Air Mineral Spritzer Sebundle Murah

Lirik Lagu Chand Chupa Badal Mein

Hukum Guna Duit Raya Anak Cara Simpan Duit Raya

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Najib Untuk Hadiri Istiadat Pengebumian Negara