Huawei Y6p Bateri 5 000mah 4gb Ram Cuma Berharga Rm559


Bateri smartphone tahan lama, skrin besar dan gaya hebat antara kriteria diutamakan dalam pemilihan telefon pintar namun, untuk memiliki tiga aspek penting itu, harganya juga pasti mahal, kini HUAWEI mempunyai telefon pintar diimpikan pada harga yang sangat berpatutan iaitu HUAWEI Y6p, dilengkapi hayat bateri besar, skrin besar dan gaya besar.


Huawei mengumumkan kemasukan telefon baharu, Huawei Y6p di pasaran Malaysia pada harga RM 599 seunit dan tidak ketinggalan, model Y5p turut diperkenalkan pada tanda harga RM359.

Huawei Y6p

Menampilkan tiga pilihan warna iaitu, Emerald Green, Phantom Purple, dan Midnight Black, model Y6p mengguna pakai cipset MTK 6765. Ia dipadankan dengan RAM 4GB berserta storan 64GB.

Skrinnya pula seluas 6.3 inci, dengan resolusi 1600×720 HD. Kuasanya dijana oleh bateri sebesar 5,000mAh.

Di bahagian pengimejan, Huawei Y6p mempunyai trikamera belakang dengan sensor 13MP kamera utama, 5 MP (wide-angle) dan 2 MP bokeh. Kamera hadapannya pula mempunyai sensor 8 MP.

Huawei Y5p

Model Y5p mempunyai skrin lebih kecil, iaitu 5.45 inci, TFT LCD dengan nisbah 18:9.

Operasinya dijana oleh cipset Mediatek MT6762R dan dipadankan dengan RAM 2GB serta storan 32GB yang boleh ditingkatkan kepada 512 GB dengan tambahan kad memori SD. Baterinya juga lebih kecil iaitu, 3,020mAh.

Y5p hanya mempunyai satu kamera belakang dengan sensor 13 MP dan 5 MP kamera hadapan untuk swafoto.

Sama seperti Y6p, model ini boleh didapati dalam warna Phantom Purple, Midnight Black dan Mint Green.

Huawei AppGallery

Kedua-dua model ini tidak disertakan dengan stor aplikasi Google Playstore, yang secara langsung ia tidak menyokong Google Mobile Services (GMS).

Namun, HUAWEI dengan pantas mengisi AppGallery dengan lebih banyak aplikasi seperti Maybank2U, RHB Bank, PB Engage, e-dompet Touch n go, shopee, lazada, Facebook, Whatsapp, Astro Go, Here WeGo dan banyak lagi.

Dengan mekanisme pengesanan empat lapisan, ia memastikan aplikasi diperiksa secara menyeluruh untuk mengelakkan perisian hasad sekali gus pengguna akan lebih yakin terhadap keselamatan aplikasi yang dimuat turun dari AppGallery.

AppGallery HUAWEI juga dikenali secara berterusan memberikan faedah tanpa henti kepada pengguna seperti:
Pelbagai ganjaran dan faedah yang dapat ditebus daripada AppGallery.Aplikasi yang dibina di seluruh dunia dapat diakses berbanding Google di mana aplikasi tertentu disekat di sesetengah kawasan.AppGallery adalah lebih selamat, lebih banyak simpanan dan lebih ganjaran.
Walaupun HUAWEI sentiasa mengisi AppGallery dengan aplikasi yang banyak, kadang kala pengguna menginginkan aplikasi tertentu yang belum tersedia di platform itu.

Pengguna boleh memuat turun aplikasi FindApps di AppGallery, yang berfungsi sebagai hub membantu pengguna mencari aplikasi diinginkan dan mengarahkan mereka ke sumber yang ada untuk memuat turun aplikasi terbabit seperti Grab, Facebook, Telegram, Facebook lite dan lain-lain.

Harga Murah


Untuk mereka yang mencari telefon bajet, Huawei Y6p mempunyai beberapa kelebihan seperti bateri yang besar, RAM dan storan yang agak standard pada harga bawah RM600 serta pemproses yang cukup baik untuk mereka yang juga suka bermain permainan video.

Bagi yang ingin mencari telefon untuk anak kecil, Y5p mungkin lebih sesuai dan murah.

Untuk info lebih lanjut, layari https://huaweitogether2020.3ex.com.my dan https://consumer.huawei.com/en/mobileservices/appgallery/.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kehebatan Tekonologi 5G Punca 'Perang Ekonomi' China-AS!Pengguna China Boikot iPhone Tanda Sokongan Kepada Huawei
sumber: soyacincau



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/05/huawei-y6p-bateri-5000mah-4gb-ram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Huawei Y6p Dilancarkan Cuma Rm559 Gaya Skrin Bateri Semuanya Besar

Hiburan Huawei Y6p Dilancarkan Cuma Rm559 Gaya Skrin Bateri Semuanya Besar

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 383 hits
Apabila ingin membeli sebuah smartphone apakah 3 perkara utama yang perlu ditekankan Bateri yang besarSkrin yang besarGaya rekaan yang besar menarikKetiga tiga faktor ini amat penting untuk kita menikmati pengalaman menggunakan telefon pint...
Gaya Skrin Bateri Lebih Besar Huawei Y6p Boleh Dimiliki Dengan Harga Rm559 Sahaja

Gaya Skrin Bateri Lebih Besar Huawei Y6p Boleh Dimiliki Dengan Harga Rm559 Sahaja

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 497 hits
Macam nice je kalau dapat satu small Cover image via HUAWEI Malaysia span span small i Artikel ini ditaja oleh HUAWEI i p Mencari telefon pintar yang menepati cita rasa memang tak mudah Lagi lagi buat anda yang inginkan telefon berskrin dan...
Huawei Y6p Dilancarkan Serendah Rm559 Dengan Kebesaran Bateri Skrin Dan Style

Huawei Y6p Dilancarkan Serendah Rm559 Dengan Kebesaran Bateri Skrin Dan Style

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 262 hits
Huawei baru saja melancarkan telefon pintar mampu milik mereka iaitu Huawei Y6p pada harga RM559 jer gais Apa yang menariknya model ini didatangkan dengan BIG screen BIG battery dan BIG in style Bateri sebesar 5 000mAh pada smartphone ini b...
Smartphone Huawei Y6p Spec Tak Padan Harga

Smartphone Huawei Y6p Spec Tak Padan Harga

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 819 hits
Huawei Y6P Smartphone Berteknologi Tinggi Pada Harga Mampu MilikHuawei antara pengeluar telefon pintar atau smartphone yang mempunyai ramai peminatnya di Malaysia Ini adalah disebabkan HUAWEI menawarkan peranti yang tidak kalah teknologinya...
Tech Huawei Malaysia Menawarkan Telefon Y6p Yang Berpatutan

Tech Huawei Malaysia Menawarkan Telefon Y6p Yang Berpatutan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 649 hits
TECH Huawei Malaysia Menawarkan Telefon Y6p yang Berpatutan Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon bimbit Huawei Y6p peringkat baru dengan resolusi 6 3 inci akan tersedia di Malaysia pada harga RM559 Telefon ini mempunyai bateri 5000 mAh...
Vivo Y30 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm899 Bersama Bateri Sebesar 5 000mah

Vivo Y30 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga Rm899 Bersama Bateri Sebesar 5 000mah

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 376 hits
Vivo Malaysia telah melancarkan satu lagi telefon pintar baru pada spesifikasi pertengahan di pasaran tempatan iaitu Vivo Y30 Telefon pintar ini dijual pada harga RM899 jer gais Mesti korang tertanya tanya apa yang ditawarkan pada telefon p...
Lirik Lagu Rindu Cuma Sehiris Rindu Screen

Lirik Lagu Rindu Cuma Sehiris Rindu Screen

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 609 hits
Lirik Lagu Rindu Cuma Sehiris Rindu Screen Bukannya aku tak rindu padamu Kau yang menjauhkan dirimu Bukan aku tak kasih padamu Kau juga meninggalkan diriku Jauh darimu Tetapi kini kau salahkan aku Berpisah kita kau kata aku yang pinta Tanpa...
Tak Cuma Hina Petugas Medis Pemuda Ini Juga Nantang Disuntik Virus Corona

Tak Cuma Hina Petugas Medis Pemuda Ini Juga Nantang Disuntik Virus Corona

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 318 hits
Media sosial kembali digegerkan oleh ulah seorang warganet yang tega menghina petugas medis Ia mempertanyakan kinerja tenaga medis dalam menangani pasien corona yang menurutnya tidak memberikan kontribusi apapun Hal tersebut awalnya ia samp...
Belum Ada Keputusan Menteri Nadiem Pastikan Sekolah Masuk Juli Cuma Hoaks

Belum Ada Keputusan Menteri Nadiem Pastikan Sekolah Masuk Juli Cuma Hoaks

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 233 hits
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Nadiem Makarim menegaskan pihaknya belum memberikan keputusan resmi apapun terkait pembukaan kembali sekolah pada tahun ajaran baru Juli mendatang Hal itu ia tegaskan usai diminta klarifikasi atas rumor yan...
Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Embark On The Journey Of Family Togetherness With Sharp This Parents Day

Pengangguran Hilang Kerja Dan Kerja Luar Bidang

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Meneladani 3 Nilai Semangat Ki Hajar Dewantara Sebagai Bapak Pendidikan Indonesia

Beyond The Buzz Exploring The Science Behind Mushroom Gummie

Senandung Buruh Kasar

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Pertahan Keharmonian Bagi Mengukuhkan Ekonomi Negara Mohamad Sabu

Jangan Nanti Plot Twist Didakwa Ambil Barang Terlarang Sarah Yasmine Tak Takut Buat Ujian Air Kencing