Terima Kasih Lelaki Melayu Kata Keluarga Pencuci Kereta


Robin Augustin S Sukumarah bersama anak bongsunya, Hariaran dan peti seju baru di rumahnya. SHAH ALAM: M Kanagi memulakan paginya dengan mendoakan keluarganya seperti kebiasaan. Tetapi, beliau kini turut berdoa untuk seorang individu yang hanya dikenalinya sebagai “lelaki Melayu”.

Adi Kamal ialah lelaki baik hati yang muncul dalam doanya.

Kisahnya bermula dengan anak perempuan pasangan itu, Sarmini, mengetuk tingkap kereta Adi dan bertanya jika bapanya boleh mencuci keretanya.

Ketika S Sukumarah mencuci keretanya, Adi berborak dengan lelaki itu dan mendapat tahu nasib malang beliau yang terpaksa mencuci kereta untuk mencari sesuap nasi serta membeli buku yang diperlukan Sarmini di sekolah.
Adi memuat naik kisah keluarga itu di Facebook dan orang ramai mula menghulurkan sumbangan mereka.

Kini, hampir 3 bulan selepas catatannya tersebar, kehidupan keluarga itu berubah melebihi apa yang mereka boleh bayangkan.

“Saya selalu berdoa keluarga saya akan bebas daripada kehidupan susah dan mempunyai kesihatan baik. Doa saya dijawab dalam bentuk lelaki Melayu itu,” kata Kanagi kepada FMT baru-baru ini.

Rumah yang disewa keluarga itu di Padang Jawa tidak lagi kosong seperti dulu. Dengan sumbangan orang ramai, Sukumarah mampu membeli sebuah katil bertingkat supaya keluarganya tidak lagi perlu tidur di lantai.
S Sukumarah menunjukkan peralatan mencuci keretanya dan berharap dapat memulakan perniagaannya secepat mungkin.Sekarang, mereka tidak lagi sakit perut akibat memakan makanan rosak kerana mempunyai sebuah peti sejuk.

Mungkin perkara paling penting bagi masa depan keluarga itu ialah Sukumarah mampu membeli peralatan mencuci kereta dan sebuah van terpakai untuk membolehkannya memulakan perkhidmatan mencuci kereta.

Katanya, beliau tidak pernah membayangkan boleh mendapat begitu banyak sokongan, bukan saja dalam bentuk sumbangan orang ramai, tetapi juga lawatan ke rumah oleh rangkaian restoran makanan segera KFC dan bekas perdana menteri, Najib Razak.

Beliau mengakui terharu dengan kemurahan hati semua pihak.

“Ada orang beritahu saya patut beli emas untuk isteri saya kerana sudah ada sedikit duit, tetapi saya tidak mempercayainya. Saya hanya beli apa yang kami perlukan dan saya simpan selebihnya untuk pendidikan anak saya.”

Sarmini tidak lagi perlu membantu bapanya, tetapi boleh menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya.
S Sukumarah bersama isterinya, M Kanagi dan 2 anak mereka, Sarmini serta Hariaran.“Sekarang, saya pulang ke rumah untuk belajar dan membantu ibu saya buat kerja rumah. Kami juga makan dengan kenyang sekarang. Sebelum ini, saya perlu kongsi makanan dengan adik saya, Hariaran.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu kami. Saya akan belajar bersungguh-sungguh kerana saya tidak lagi selalu penat. Pada masa depan, saya boleh membantu ibu bapa saya.”

Hariaran, 6, lebih banyak bercakap sekarang berbanding kali pertama FMT melawat keluarga itu. Beliau ke tadika buat pertama kali dalam hidupnya.

Beliau menunjukkan apa yang dipelajarinya dengan menghafal ABC dan 123 dalam mata pelajaran kegemarannya, Bahasa Malaysia.
Sarmini dan Hariaran gembira kerana mempunyai katil bertingkat baru.Sukumarah dan Kanagi yang tidak pernah mendapat pendidikan sewajarnya, berharap dapat memulakan perniagaan mencuci kereta secepat mungkin, tetapi mereka tidak tahu cara untuk mendaftarkan perniagaan dengan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bagaimanapun, bagi Kanagi yang kini boleh menumpukan sepenuh masa untuk menjaga keluarganya, halangan birokratik ialah cabaran kecil berbanding apa yang dihadapi keluarganya ketika mereka terpaksa bermalam di perhentian bas.

Antara gambar keluarga di dinding, gambar Adi daripada satu keratan akhbar diletakkan di tempat paling penting.

“Satu-satunya perkara yang menyedihkan saya ialah walaupun kami sudah mendapat banyak bantuan dan sokongan kerana lelaki Melayu itu, kami belum lagi sempat mengucapkan terima kasih kepadanya secara peribadi,” kata Kanagi.

FMT sedang membantu keluarga itu menemui Adi.

LIHAT VIDEO DI SINI



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/04/terima-kasih-lelaki-melayu-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Kasih Kepada Penyokong

Terima Kasih Kepada Penyokong

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 335 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Rantau ini merupakan keputusan rakyat Pakatan Harapan dan KEADILAN menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohamad Hasan Kekalahan ini merupakan peringatan ...
Kami Hanya Penuhi Hasrat Keluarga Kebumi Wanita Cara Islam Kata Mufti

Kami Hanya Penuhi Hasrat Keluarga Kebumi Wanita Cara Islam Kata Mufti

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 502 hits
Predeep Nambiar GEORGE TOWN Mufti Pulau Pinang berkata pihak berkuasa agama hanya memenuhi hasrat keluarga dan tiada niat jahat dalam keputusan mereka membenarkan pengebumian cara Islam bagi seorang wanita Sikh selepas beberapa pemimpin Sik...
Jokowi Terima Kasih Spesial Kepada Bapak Jusuf Kalla

Jokowi Terima Kasih Spesial Kepada Bapak Jusuf Kalla

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 186 hits
Jelang akhir pidato Jokowi Jusuf Kalla dan Ma ruf Amin maju menghampiri Ma ruf Amin berdiri di sisi kanan Jokowi Sedangkan Jusuf Kalla di sisi kiri Jokowi Momentum ini digunakan Jokowi untuk menyampaikan terima kasih kepada Jusuf Kalla yang...
Terima Kasih Rantau

Terima Kasih Rantau

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 375 hits
Raja Sara Petra At the start of the Rantau by election campaign I had some reservations that we could actually make it I was told our chances were 60 40 but I still had doubts I had forecasted a win of a majority of between 1 000 to 1 500 v...
Terima Kasih Rantau Terima Kasih Anwar Terima Kasih Koling

Terima Kasih Rantau Terima Kasih Anwar Terima Kasih Koling

papar berkaitan - pada 14/4/2019 - jumlah : 361 hits
Terima kasihTerima kasihTok Mat monangTerima kasih AnwarTerima kasih AnwarSalah pilih calunTerima kasih AnwarTerima kasih AnwarStreram CeylonTerima kasih StreramTerima kasih StreramTamil tak suka CeylonTerima kasih AnwarTerima kasih AnwarTa...
Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

Mengalir Air Mata Reaksi Keluarga Terima Berita Hamil Ibu Ini Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 297 hits
Tidak dinafikan mengalir air mata menyaksikan kasih sayang keluarga ini menerima berita kehamilan anak perempuan mereka Netizen ramai mengakui memang sebak Perkongsian video berdurasi 1 44 minit Puan di Twitter menjadi tular sehingga ditont...
Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Ph Iktiraf Program Permata

Terkini Najib Ucap Terima Kasih Kepada Ph Iktiraf Program Permata

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 218 hits
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap kepada media selepas hadir pada hari ketiga perbicaraan kes dana RM42 juta milik syarikat SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur MalaysiaGazette com Online News ...
Kampanye Selesai Airlangga Ucapkan Terima Kasih Pada Senior Golkar

Kampanye Selesai Airlangga Ucapkan Terima Kasih Pada Senior Golkar

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 185 hits
Airlangga meyakini dengan kampanye yang sudah dijalankan lebih dari tujuh bulan Golkar akan meraup suara optimal di Pileg 2019 Dalam kampanye Golkar tokoh senior Golkar seperti Jusuf Kalla Akbar Tandjung Aburizal Bakrie hingga Agung Laksono...
Terima Kasih Ya Allah Masih Panjangkan Umurku Kren Hilang Kawalan Rempuh 8 Pemandu Berderet

Terima Kasih Ya Allah Masih Panjangkan Umurku Kren Hilang Kawalan Rempuh 8 Pemandu Berderet

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 435 hits
Terima kasih ya Allah masih panjangkan umurku Kren hilang kawalan rempuh 8 pemandu berderet Terselamat dari kemalangan begitulah yang dirasai oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Afiq Ajemy apabila dia terselamat daripada satu kemalang...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11