Huawei Diharamkan Di Amerika Syarikat




Berita kurang baik iaitu Huawei diharamkan serta merta membeli produk Amerika syarikat. Impak terbesar ialah chip dan aplikasi Android dari Google.
So kita di Malaysia ni, fikirlah berpuluh kali kalau nak beli Huawei. Kalau anda suka tengok You Tube atai Youtuber atau suka pakai Goigle Chrome maka janganlah beli Huawei sebab ia tak boleh pakai.
Maka apa ertinya pakai smartphone kalau semuanya tak boleh pakai. Umpama pakai Ferari tapi pakai kat jalan kampung..hehehe.
Suka tak suka, Amerika adalah gergasi teknologi dan satu dunia masih bergantung pada sumber teknologi Amerika. 
JOM BACA ARTIKEL LENGKAP PENGHARAMAN HUAWEI.
SYARIKAT teknologi Amerika Syarikat, Google hari ini mengumumkan penggantungan perkhidmatannya untuk syarikat China, Huawei, sekali gus membuatkan mereka dalam keadaan terumbang-ambing mengenai perancangan masa depan perkakasan, perisian dan teknikalnya.

Memetik laporan Reuters, hal tersebut merupakan tamparan terbaru bagi Huawei dalam usaha kerajaan Amerika Syarikat untuk menyenarai hitam syarikat teknologi itu di seluruh dunia.

Namun, perkhidmatan Google masih boleh diakses menggunakan telefon pintar Huawei menerusi lesen secara sumber terbuka (open source).

Pengguna telefon pintar Huawei sedia ada juga masih boleh mengguna dan memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawarkan Google, kata seorang jurucakap Google kepada Reuters.

“Kami sedang mematuhi arahan dan mengkaji apa-apa implikasi yang berlaku,” kata jurucakap berkenaan.

Katanya; “Bagi pengguna perkhidmatan Google, Google Play, serta perlindungan keselamatan Google Play Protect, mereka boleh kekal menggunakan perkhidmatan tersebut pada peranti Huawei sedia ada.”Ia sekali gus mengakibatkan impak besar kepada pasaran telefon pintar Huawei di luar China memandangkan syarikat itu akan hilang akses kepada kemas kini untuk sistem operasi Android.

Telefon pintar Huawei yang akan dikeluarkan pada masa akan datang bakal hilang akses kepada perkhidmatan popular, termasuk Google Play Store, aplikasi Gmail dan YouTube.

“Huawei hanya akan dibenarkan mengguna versi Android yang boleh diakses secara awam (open source), manakala aplikasi dan perkhidmatan proprietari milik Google pula tidak boleh diakses,” kata seorang sumber dalam laporan eksklusif Reuters.

Mulai sekarang, Google tidak lagi memberi Huawei akses, sokongan teknikal serta kolaborasi melibatkan aplikasi dan perkhidmatan propietari miliknya, menurut sumber tersebut.

Namun, Huawei berkata bahawa sejak beberapa tahun lepas, syarikat itu telah menyediakan rancangan kontigensi dan membangunkan teknologinya sendiri sekiranya disekat daripada menggunakan Android.

Kata pihaknya, sebahagian daripada teknologi tersebut telah mula digunakan dalam beberapa produk yang dijual di China.

“Tidak kisah apa yang berlaku, masyarakat Android tidak mempunyai hak undang-undang untuk menghalang mana-mana syarikat daripada mengakses lesen sumber terbuka,” kata Timbalan Pengerusi Huawei Eric Xu dalam temubual bersama Reuters pada Mac lalu.

Bagaimanapun, aplikasi popular Google seperti Gmail, YouTube dan pelayar Chrome akan hilang daripada peranti Huawei yang dikeluarkan pada masa depan kerana aplikasi tersebut tidak disokong menerusi sistem operasi versi sumber terbuka.

Hanya pengguna telefon pintar Huawei sedia ada yang boleh mengakses Google Play Store lalu masih boleh memuat turun kemas kini aplikasi yang ditawarkan Google.

Isu ini juga tidak akan menjejaskan pengguna Huawei di China memandangkan kebanyakan aplikasi Google telah diharamkan di negara itu.

Kerajaan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump pada Khamis lalu meletakkan Huawei Technologies Co Ltd dalam senarai hitam sekali gus menyukarkan syarikat itu untuk beroperasi dengan pihak di Amerika Syarikat (AS).

Pasaran Huawei di Eropah yang merupakan pasaran kedua terbesar syarikat itu mungkin akan terjejas kerana perkhidmatannya dilesenkan menerusi Google di Eropah.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hanifidrus.com/2019/05/huawei-diharamkan-di-amerika-syarikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kami Tak Kisah Pun Ceo Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat

Kami Tak Kisah Pun Ceo Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 508 hits
Kami Tak Kisah Pun CEO Huawei Yakin Boleh Hidup Tanpa Cip Dari Amerika Syarikat Pengasas dan Ketua Eksekutif Huawei Teknologi menegaskan kesemua barang peralatan teknologi daripada China tidak menyalahi undang undang yang diperkatakan oleh ...
Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei Apa Langkah Seterusnya

Sekatan Amerika Syarikat Terhadap Huawei Apa Langkah Seterusnya

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 630 hits
Oleh Prof Madya Ir Dr Rosdiadee Nordin Pusat Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia Semalam Google mengumumkan perlaksanaan sekatan kepada Huawei daripada menggunakan sistem operasi Android pada telefon pi...
Amerika Syarikat Tangguh Keputusan Senarai Hitam Huawei Selama 90 Hari

Amerika Syarikat Tangguh Keputusan Senarai Hitam Huawei Selama 90 Hari

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 361 hits
Selepas kecoh di media sosial berkenaan larangan Amerika Syarikat untuk berurusan dengan syarikat teknologi dari China Huawei Kini dikatakan pihak AS mengarahkan untuk melakukan penangguhan selama 90 hari ke atas larangan terbabit Ini juga ...
Huawei Diharamkan Dari Membeli Komponen Dan Teknologi Dari Syarikat A S Tanpa Persetujuan Kerajaan

Huawei Diharamkan Dari Membeli Komponen Dan Teknologi Dari Syarikat A S Tanpa Persetujuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 373 hits
Berita mengejutkan pagi ini ialah Huawei telah diharamkan dari membeli sebarang komponen dan teknologi dari syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat tanpa kebenaran dari kerajaan menurut laporan Reuters Pengharaman ini adalah sama sep...
Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Huawei

Amerika Syarikat Menyenarai Hitam Huawei

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 334 hits
Syarikat telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd ini akhirnya secara rasminya telah disenarai hitamkan oleh pentadbiran Trump dan ini akan menyukarkan lagi sebarang kerjasama syarikat dari China itu dengan Amerika Syarikat AS juga telah m...
Huawei Akan Menentang Halangan Pengeksportan Teknologi Yang Dikenakan Oleh Amerika Syarikat

Huawei Akan Menentang Halangan Pengeksportan Teknologi Yang Dikenakan Oleh Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 18/5/2019 - jumlah : 638 hits
Semalam Jabatan Perdangangan Amerika Syarikat memasukkan Huawei ke dalam senarai Entity List yang menyebabkan mereka tidak boleh membeli perkakasan teknologi buatan Amerika Syarikat tanpa kebenaran oleh kerajaan Penguatkuasaan halangan ini ...
Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

Pertikaian Di Antara Amerika Syarikat Dan China Menjadi Lebih Serius

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 744 hits
Tweet oleh Donald Trump pada Ahad lalu telah mengubah segala galanya dan di tengah tengah perhatian pelabur kemungkinan akan berlaku gangguan terhadap perjanjian di antara Amerika Syarikat dan China dan akibatnya peningkatan konflik perdaga...
Tips Lengkap Dan Mudah Cara Berniaga Kek Coklat Moist Bermula Dari Rumah

Murid Sekolah Tidak Wajib Pakai Tali Leher Mulai 2026 Kpm

Zakat Pendapatan Cara Kira Bayar Zakat Ikut Negeri

Malaysia Gemilang Meraih Kemenangan Yang Membanggakan

Aktiviti Sembang Akhir Tahun 2025 Kopi Ukhwah Ppim 26 12 2025

Best Recipetin Beef Ribs

4fingers For Lunch

Cindy Prado S Legs And Feet In Tights


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Meneroka Kepelbagaian Dalam Keterasingan

Hantar Borang Pencen

Itinerari Malam Sabtu Tahun Baharu 2026 Membeli Belah Dan Santai Di Pj Night Car Boot Sale

Kotak Kurma Eksklusif Tarikan Utama Jualan Ramadan 2026

Jalan Jalan Cari Makan

Skandal Bekas Wanita Pertama Korea Selatan Menggoncang Landskap Politik Negara