Hrmis 2 0 Cara Muat Turun Myhrmis Mobile


HRMIS 2.0 merupakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia yang dibangunkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Malaysia untuk menguruskan data penjawat awam dengan lebih efektif.
Sistem ini menggantikan versi terdahulu dan menawarkan pelbagai fungsi pengurusan sumber manusia secara dalam talian.
Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya
HRMIS 2.0 HRMIS 2.0, Human Resource Management Information System atau Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia adalah sebuah sistem bersepadu yang direka untuk memudahkan pengurusan sumber manusia dalam sektor awam Malaysia.
Ia merupakan sebuah sistem pengurusan sumber manusia sektor awam yang bersepadu, komprehensif dan berteraskan kompetensi bermula dari proses perancangan strategik tenaga manusia dan pengambilan pegawai sehingga pegawai bersara.
Sistem ini memberi tumpuan kepada pelbagai aspek pengurusan tenaga kerja, seperti maklumat peribadi, prestasi, cuti, dan penilaian kakitangan, serta urusan kenaikan pangkat dan pencen.
Melalui HRMIS 2.0, kakitangan kerajaan dapat mengakses maklumat peribadi dan memohon perkhidmatan secara dalam talian.
Secara ringkasnya, sistem HRMIS 2.0:
Dibangunkan secara komprehensif dengan mengambil kira semua proses dan fungsi HR dari mula perlantikan sehingga kepada penamatan perkhidmatan. Semua rekod berkaitan kakitangan sepanjang perkhidmatan akan direkod dan disimpan secara digital. Dapat mempercepatkan proses HR (sumber manusia). BACA JUGA: MyDigital ID Penjawat Awam – Login & Daftar
Objektif Di samping membolehkan data proses sumber manusia sektor awam disimpan dalam satu pangkalan data secara berpusat, sistem ini juga membolehkan analisis dan perancangan strategik manusia dilakukan dengan lebih mudah, sama ada di peringkat jabatan, kementerian, kerajaan Negeri atau pun di peringkat nasional.
Objektif penggunaan sistem HRMIS ini secara spesifiknya adalah untuk:
Membolehkan perancangan tenaga kerja dan penentuan saiz perkhidmatan awam yang berkesan melalui maklumat PSM yang lebih lengkap; Mengautomasikan proses-proses operasi PSM; membangunkan maklumat sumber manusia yang bersepadu dan kemas kini untuk tujuan perancangan sumber manusia yang berkesan; Memudahkan komunikasi dan integrasi secara horizontal, Penyelarasan proses-proses sumber manusia dan capaian melalui single window; Menyumbang ke arah pewujudan persekitaran paper-less; dan Menyediakan satu sistem maklumat sumber manusia yang terbuka dan fleksibel serta kemas kini bagi memenuhi keperluan pengurusan di pelbagai peringkat agensi. Kegunaan Sistem HRMIS Untuk Penjawat Awam Selain menyimpan dan mengemaskini rekod, sistem ini membolehkan setiap anggota sektor awam memohon pelbagai kemudahan yang disediakan dalam perkhidmatan seperti cuti , tuntutan perjalanan dan kursus yang bersesuaian.
Melalui kemudahan layan diri yang disediakan, pegawai dapat melaksanakan, antara lain, perkara-perkara seperti berikut:
Mengemas kini rekod peribadi Memohon dan menyemak cuti rehat Mengemukakan tuntutan Memantau prestasi kerja Memohon kursus yang bersesuaian Membuat penilaian kompetensi Memohon pertukaran Memohon kaunseling Cara Login HRMIS 2.0 Semua penjawat awam akan diberi ID yang boleh didapati dari Pentadbir HRMIS jabatan masing-masing.
Berikut adalah cara login HRMIS untuk mengemaskini rekod peribadi, membuat semakan, serta permohonan.
Pergi ke laman web berikut: https://hrmis2.eghrmis.gov.my/ Masukkan ID Pengguna. Masukkan Kata Laluan. Klik Peti Pesanan untuk sebarang mesej baru / tindakan yang belum diambil Untuk meneruskan dengan lain-lain tugasan, pilih menu / Submodul yang diinginkan. Log keluar setelah selesai. >> PENGURUSAN KATA LALUAN HRMIS
Kata laluan perlu ditukar mengikut standard Polisi Keselamatan Siber (PKS) seperti berikut:
Sekurang-kurangnya 12 aksara Mengandungi huruf dan nombor Mengandungi aksara khas (Contoh : @, &,*) Mengandungi huruf besar dan huruf kecil Rujuk panduan di bawah untuk kemaskini maklumat / membuat permohonan cuti, pengurusan prestasi dan tuntutan.
Panduan Muat Naik Gambar Sendiri Pada HRMIS 2.0 Syarat & Peraturan Muat Naik Gambar Pegawai Pada HRMIS
Saiz gambar mestilah mengikut ukuran gambar passport dalam format .GIF / BMP / JPG / JPEG Saiz fail : Tidak melebihi 204..8kb Latar belakang gambar mesti berwarna putih / biru Gambar memakai purdah atau menutup sebahagian muka adalah tidak dibenarkan Penampilan pegawai : Pegawai Lelaki Berbaju kemeja dan digalakkan bertali leher atau berpakaian seragam (uniform) Berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. Fesyen rambut tidak keterlaluan & bersesuaian Pegawai Wanita Berbaju kurung atau berpakaian yang bersesuaian dan tidak menjolok mata Berpakaian seragam (uniform) Rujuk contoh gambar yang diterima dan tidak diterima dalam poster di bawah:
Semakan Data & Kemaskini HRMIS 2.0 Pastikan data dalam HRMIS dikemas kini.
Data anda tanggungjawab anda.
Luangkan 5 minit untuk buat semakan data HRMIS.
Antara data yang perlu sentiasa disemak dan dikemaskini adalah
1. SOKONGAN/KELULUSAN CUTI
2. PERISYTIHARAN HARTA
3. PENGISIAN/PENGESAHAN SKT
4. KEMASKINI/PENGESAHAN MAKLUMAT REKOD PERIBADI
5. PENGESAHAN DAN SEMAKAN TUNTUTAN PERJALANAN
>> HEBAHAN FUNGSI SEMAKAN DATA HRMIS.
Untuk makluman, Bahagian Digital dan Teknologi Maklumat (BDTM) JPA telah menyediakan Panduan Pengguna Fungsi Semakan Data HRMIS.
Disertakan poster rujukan FUNGSI SEMAKAN DATA.
Untuk panduan pengguna tuan/puan boleh melayari pautan: https://bit.ly/3J4OSyS 
Atau, layari Portal HRMIS di pautan berikut: https://www.eghrmis.gov.my/panduan-pengguna/hrmis-2-0.html
NOTA: Pastikan anda log keluar selepas selesai menggunakan sistem untuk mengelakkan akses yang tidak dibenarkan.
Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri JPA telah menerbitkan 2 video tutorial HRMIS untuk Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri (TNT).
Video tersebut boleh diakses melalui pautan berikut:
1. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian I/IV) – Peranan Pemohon
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Modul Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran.
Fungsi ini menawarkan kemudahan permohonan tuntutan perjalanan dalam negeri secara dalam talian sepenuhnya iaitu bermula daripada permohonan sehingga penerimaan bayaran tuntutan.
Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=W34HDsZjOcQ
2. Video Tutorial Fungsi TNT (Bahagian II/IV) – Peranan Pengesah Tuntutan
Fungsi ini terdapat di dalam Submodul Pengurusan Tuntutan dan Pendahuluan Diri iaitu di bawah Fungsi Tuntutan Perjalanan Dalam Negeri bagi Pemilik Kompetensi (Pengesah Tuntutan).
Pengesah Tuntutan ialah pegawai yang diberi peranan untuk mengesahkan tuntutan pegawai di bawah seliaannya.
Peranan dan aliran kerja tersebut ditetapkan oleh pentadbir HRMIS agensi.
Rujuk video penuh: https://www.youtube.com/watch?v=0VBg-NTMVxg
Muat Turun Aplikasi MyHRMIS Mobile Semua kemudahan dalam sistem HRMIS ini boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui aplikasi mudah alih MyHRMIS yang boleh dimuat turun melalui beberapa platform seperti Google Play Store dan Apple AppStore.
>> Apa Itu MyHRMIS Mobile? Aplikasi MyHRMIS Mobile merupakan satu aplikasi yang menggabungkan 6 fungsi dalam aplikasi MyHRMIS iaitu MyHRMIS Cuti, MyHRMIS Profil, MyHRMIS eGL, MyHRMIS Self Check, MyHRMIS Care dan MyHRMIS Keluar Pejabat.
Aplikasi MyHRMIS Mobile boleh di muat turun melalui aplikasi GAMMA, GOOGLE PLAY STORE, APPLE APP STORE dan HUAWEI APP GALLERY seperti di pautan berikut:
GAMMA – https://gamma.malaysia.gov.my/appdetails/9 GOOGLE PLAY STORE – https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.jpa.eghrmis.mobile&hl=en APPLE STORE – https://apps.apple.com/my/app/myhrmis-mobile/id976019876 HUAWEI APP GALLERY – https://appgallery.huawei.com/#/app/C101640047 BACA JUGA: SSPA – Pekeliling Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
>> Pengguna Kali Pertama Bagi pengguna kali pertama untuk aplikasi MyHRMIS Mobile, klik Pengguna Kali Pertama pada paparan utama aplikasi selepas muat turun. Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti no kad pengenalan, no telefon dan kata laluan. Pendaftaran MyHRMIS Mobile telah berjaya. >> Log Masuk MyHRMIS Mobile Setelah pendaftaran berjaya, anda boleh log masuk menggunakan kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.
>> Menu Utama Berikut ialah menu utama yang terdapat dalam aplikasi MyHRMIS Mobile dan fungsi-fungsi yang ada, iaitu:
Profil Menu Profil membolehkan pengguna:
Melihat dan mengemaskini maklumat peribadi Menyemak rekod perkhidmatan Mengakses butiran gaji dan elaun Mengemaskini maklumat perhubungan eGL eGL atau e-Guarantee Letter membolehkan pengguna:
Menjana surat jaminan elektronik untuk rawatan perubatan Mengisi maklumat hospital dan tarikh rawatan Memuat turun dan mencetak surat jaminan untuk kegunaan di hospital2 Cuti
Melalui menu Cuti, pengguna boleh:
Membuat permohonan cuti Menyemak baki dan rekod cuti Melihat status permohonan cuti Menerima notifikasi kelulusan atau penolakan cuti Self Check
Fungsi Self Check membolehkan pengguna:
Merekod kehadiran harian Menyemak rekod kehadiran Memantau waktu kerja Keluar Pejabat
Menu ini membolehkan pengguna:
Merekodkan aktiviti keluar pejabat semasa waktu kerja Menyatakan tujuan dan tempoh keluar pejabat Mendapatkan kelulusan untuk keluar pejabat Care Menu Care menyediakan:
Saluran untuk melaporkan isu-isu berkaitan tempat kerja Akses kepada perkhidmatan sokongan dan kebajikan Maklumat mengenai program kesihatan dan kesejahteraan MUAT TURUN PANDUAN MyHRMIS MOBILE:
User_Manual_MyHRMISMobileDownload Maklumat Lanjut Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, hubungi talian telefon 03-8321 1400, hantarkan emel permasalahan anda ke Sistem Pengurusan Meja Bantuan di [email protected], atau layari https://spmb.jpa.gov.my/#/login untuk bantuan.
Sebarang maklumat terkini boleh diperolehi melalui laman Facebook rasmi Change Management HRMIS JPA dan laman web https://www.eghrmis.gov.my/
Anda juga boleh mengemukakan pertanyaan terus melalui alamat Aras 3 – 6, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 W.P Putrajaya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/myhrmis-mobile/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=myhrmis-mobile

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

Cara Tingkatkan Earning Google Adsense Dengan Platform Mobile Di Blog

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 149 hits
Sebelum tu nak bagi tahu ini adalah pengalaman sendiri dan cara ini aku buat untuk aku tingkatkan earning adsense dengan platform mobile di blog aku ni Jika korang seorang blogger pemula mungkin ini antara tips yang korang boleh pakai untuk...
Cara Mudah Solat Jenazah

Cara Mudah Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 171 hits
Sent by Copilot Berikut adalah cara mudah untuk melakukan solat jenazah Niat Berniat dalam hati untuk menunaikan solat jenazah empat kali takbir fardu kifayah kerana Allah Ta ala Takbir Pertama Angkat tangan dan ucapkan Allahu Akbar Baca Su...
7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

7 Cara Buat Duit Guna Blog Bagi Tahun 2024

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 199 hits
Sudah masuk tahun 2024 adakah blog masih releven untuk jana pendapatan Kalau tanya aku ianya masih releven kerana aku sendiri berjaya berjaya buat duit guna blog sepanjang tahun 2024 ini Sekarang kita biasa dengar nak buat duit mudah buka a...
Cara Betul Mendidik Anak Tanpa Guna Ayat Anak Saya Ni Nakal

Cara Betul Mendidik Anak Tanpa Guna Ayat Anak Saya Ni Nakal

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 142 hits
Siapa sahaja tak suka berkongsi cerita tentang kejayaan anak anak Namun ada ibu bapa yang terlalu ingin bersikap rendah diri sehingga terlepas kata kata yang negatif tanpa sedar Lebih menyedihkan kalau anak itu mendengarnya sendiri Menerusi...
Tak Guna Bawang Putih Letak Santan Ini Cara Masak Sambal Bilis Sedap Cara Orang Tua

Tak Guna Bawang Putih Letak Santan Ini Cara Masak Sambal Bilis Sedap Cara Orang Tua

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 165 hits
Sambal bilis antara lauk ringkas yang jadi kegemaran ramai Meski nampak sama tapi cara memasak sambal ini ada macam macam versi Dikongsi oleh ini adalah cara memasak sambal bilis yang dipelajari daripada orang kampung di Negeri Sembilan Uja...
Cara Tukar Surat Beranak Lama

Cara Tukar Surat Beranak Lama

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 136 hits
Cara tukar surat beranak lama kepada yang baruDokumen yang kena bawa IC original Salinan IC Surat beranak original Itu sahaja kena bayar RM5 Kalau nak tolong tukarkan sekali untuk pasangan pun boleh Kena bawa Surat nikah original Salinan su...
5 Cara Melembutkan Daging Tanpa Rebus

5 Cara Melembutkan Daging Tanpa Rebus

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 145 hits
Ikuti 5 cara melembutkan daging tanpa rebus Daging yang lembut dan enak merupakan idaman setiap individu ketika menyediakan hidangan Namun sering kali daging menjadi liat dan keras jika tidak dimasak dengan betul Walaupun merebus daging ada...
5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

5 Petua Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Dan Produk Hilangkan Jerawat Badan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 137 hits
Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat Di Badan Jerawat bukan sahaja muncul di wajah malah boleh juga menyerang bahagian badan seperti belakang bahu dan dada Walaupun jerawat sudah sembuh parut yang ditinggalkan boleh menjejaskan keyakinan di...
3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

3 Cara Kemaskini Mysejahtera Maklumat Keputusan Ujian Dan Kata Laluan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 237 hits
Cara Kemaskini Mysejahtera Ketahui 3 cara kemaskini Mysejahtera Aplikasi MySejahtera telah menjadi satu platform penting bagi rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik COVID 19 Ia bukan sahaja digunakan untuk melaporkan status kesihatan tet...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game