Howard Balas Ka Siong Yb Ke Mana Masa Sejam Penggulungan Miti







SITI NUR ZAWANINovember 3, 2025Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee tampil menjawab kenyataan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Wee Ka Siong berhubung sesi penerangan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri di Parlimen mengenai perjanjian Perdagangan Timbal Balas Malaysia -AS.
Katanya, tiada siapa pun menuduh Wee tidak hadir ketika sesi itu berlangsung, kerana ia hanyalah sesi penerangan 30 minit tanpa sebarang perbahasan seperti yang diakui sendiri oleh MP MCA itu.
Namun katanya, Wee tidak pula menjelaskan bahawa Tan Sri Speaker telah memaklumkan segala soalan berkaitan boleh dikemukakan semasa sesi penggulungan belanjawan oleh MITI pada hari berikutnya.


Menurut Howard, ketika sesi itu berlangsung, MITI menjawab hampir sejam, lebih lama berbanding mana-mana kementerian lain, menunjukkan ruang dan peluang luas diberikan kepada semua Ahli Parlimen untuk bertanya dan membangkitkan isu.
“Kalau nak soal, nak bangkitkan isu, nak dapat jawapan terus, nak tembak, nak hentam dengan peluru atau meriam, itulah waktunya, di situ tempatnya.
“Soalannya: masa itu YB di mana? Bangun tak? Tak bangun. Taklimat tak hadir. Penggulungan MITI pun tak hadir. Sudah diberi peluang, tak mahu guna. Sudah diberi masa, tak mahu datang.




“Apa punya alasan kononnya lambat dapat teks Perjanjian AS–Kemboja? Punya lama dimuat naik dalam laman web rumah putih sudah,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.
Howard berkata, perkara itu lebih menghairankan apabila rakan-rakan pembangkang lain telah pun membangkitkan isu sama berkaitan Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja semasa penggulungan MITI dijalankan.
“Padahal, masa penggulungan MITI, rakan-rakan YB di sebelah pembangkang sudah tanya berulang kali pasal Perjanjian AS–Malaysia dan AS–Kemboja. Hujah mereka sama dengan YB. Berpakat atau tidak itu biar rakyat yang bagi penghakiman. 
“Kalau YB hadir masa tu, boleh tanya terus, tak perlu nak buat video berbelit-belit sekarang.


“Sekarang giliran YB pula jawab. Kenapa ponteng sesi MITI kalau betul-betul mahu perjuang isu ini?,” soalnya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/11/howard-balas-ka-siong-yb-ke-mana-masa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

Hiburan Perkeso Lindung 24 7 Tak Kisah Di Mana Bila Atau Bagaimana Pekerja Kini Dilindungi Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 199 hits
Bayangkan ini Anda baru habis bekerja gembira mahu pulang ke kampung bersama keluarga Jalan licin tiba tiba bam kemalangan berlaku Malangnya kerana ia terjadi di luar waktu kerja anda tidak layak menuntut bantuan daripada Situasi seperti in...
Muka Getah Scrap Ni Nak Hentam Orang Masa Ada Kuasa Kepalterbang Israel Lalu Pun Hangpa Bagi

Muka Getah Scrap Ni Nak Hentam Orang Masa Ada Kuasa Kepalterbang Israel Lalu Pun Hangpa Bagi

papar berkaitan - pada 29/10/2025 - jumlah : 152 hits
Che Ibrahim Dia gini jah Kalau buat sambutan ala kadar sembrono nampak nah muka Trump tak puashati mereka akan kata sambutan dingin ke atas Trump memalukan negara PMX tak layak untuk duduk setaraf semeja dengan pemimpin negara lain
Rahsia Dapur Mak Mak Stok Bahan Kisar Homemade Tahan 3 Bulan Jimat Masa Wangi Macam Baru Kisar

Rahsia Dapur Mak Mak Stok Bahan Kisar Homemade Tahan 3 Bulan Jimat Masa Wangi Macam Baru Kisar

papar berkaitan - pada 27/10/2025 - jumlah : 265 hits
Kalau ada satu perkara yang mak mak paling suka dalam hidup selain tengok anak cukup makan mestilah bila dapur sentiasa teratur dan masak pun jadi cepat Tapi kita pun tahu bukan setiap hari sempat nak kupas bawang potong cili atau tumbuk ha...
Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang

Detik Masa Yang Tidak Pernah Menoleh Ke Belakang

papar berkaitan - pada 7/11/2025 - jumlah : 213 hits
Hadiah dari Blogger Rozoiah Hadiah Top Komentator5 10 2025 bersamaan hari Rabu kesibukan menjalani program perkemahan UBF peringkat sekolah Tiada lagi ruang masa walau sedikit untuk jengok blog dan apatah lagi mencatat entry di wall blogspo...
Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang Lebih Jimat Masa Lebih Murah

Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang Lebih Jimat Masa Lebih Murah

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 195 hits
Tempah Baju Korporat Terus Dari Kilang Lebih Jimat Masa Lebih Murah Pernah tak bila korang tengok staf syarikat besar terus rasa wow sebab uniform diorang nampak kemas bergaya dan profesional Sebenarnya rahsia utama bukan semata mata pada r...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik