How Far Did U Change In The Past 10 Years
Tadi saja skrol balik ke belakang untuk tengok entry-entry yang pernah aku buat. Rupanya, aku dah start blogging dari tahun 2011 lagi!
Sendiri tengok, sendiri terkejut tau!
Rupanya dah nak hampir 10 tahun blog ini wujud rupanya. Tak sedar sebab on-off buka. Tapi bila tengok entry zaman-zaman tu, ape yang aku buat sebenarnya? Hazabedah sungguh! Hahahadoi.
2011 dah pergi klinik kulit weh. Tapi cantiknya tang itu jugak. Tak bertambah pun. Hmm. Silakan perhalusi laras bahasa ku 😭
Memang teruk. Dengan banyak short form. Dengan tak tersusun baris. Dengan huruf besar dan huruf kecil bercampur baur. Ya ampun. Ini blog student uni ke blog budak tadika? 😂
Ramai yang buang entry-entry lama zaman kemunculan berblogging. Tapi aku rasa nak biar je. Biar jadi bukti kartunnya awak dahulu kala. Bukti how far im changed along the way.
[Baca juga] : Tinggi Sangat Sarcasm Mu Bang
Korang mampu buat shortform begitu? 😂
2011 dah ada blog. Diulangi. Ada sahaja tau! Bloggingnya ke laut sebab konon ingat dulu ala-ala online diary.
2014 baru betul rajin blogging. 2016 kelaut dalam semula sebab tahun tu tahun genting usaha sungguh-sungguh nak transfer balik semenanjung.
Dengan series of outstation (ambik kesempatan balik KL bila ada orang taknak pergi outstation 😁), dan series of courses dan juga interview nak lompat kerja.
But none of the interview lekat, im still with my old job but the location changed .... Dah balik semenanjung! I guess, itulah antara big achievement dalam dunia nyata yang tak direkodkan dalam blog ini.
Dari 2016 ke 2019, 2019 bulan 11 baru betul-betul rajin blogging balik. Kembali menjadi newbies, banyak benda yang dah berubah kan? But still blogging is fun. I got to express everything I want in the fun way.
Jangan tertipu dengan personaliti dalam blog dan luar blog tau! U might think seseorang itu kelakar, in reality perangai dia macam singa.
Siapa orang tu? Siapa lagi kalau bukan aku.. kahkah.
So, how far did u change in the past 10 years?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurulshahira.com/2020/01/how-far-did-u-change-in-past-10-years.html