Hospital Teluk Intan Terus Beroperasi Keadaan Terkawal Kata Pengarah Negeri


Bernama
-March 26, 2020 7:26 AM
Pada 23 Mac Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan kakitangan Hospital Teluk Intan positif Covid-19 dan langkah keselamatan serta pencegahan segera diambil. (Gambar Facebook)
IPOH: Perkhidmatan Hospital Teluk Intan (HTI) masih beroperasi seperti biasa dan dalam keadaan terkawal walaupun ada petugas kesihatan di premis itu disahkan positif Covid-19, kata pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr Ding Lay Ming.

Beliau berkata, semua pesakit dan orang awam tidak perlu bimbang terhadap keselamatan mereka kerana langkah pencegahan penyakit berjangkit serta kawalan jangkitan dilaksanakan di HTI selain penambahbaikan dilakukan secara berterusan dan menyeluruh sebaik kes pertama dikesan.

Menurut Ding, dekontaminasi 2 kali sehari dijalankan setiap hari di Jabatan Kecemasan HTI dan perkhidmatan kecemasan pula dijalankan sementara di ruang menunggu bersebelahan Unit Pesakit Luar.

Bagaimanapun katanya, untuk sementara waktu, Jabatan Kecemasan HTI hanya akan menumpukan kepada kes kecemasan kritikal untuk zon kuning dan zon merah sahaja, manakala semua kes tidak kritikal bagi zon hijau diarahkan ke Unit Pesakit Luar.

“Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hilir Perak dimaklumkan untuk membantu daripada segi rujukan terus pesakit ke wad dan kes hijau untuk dilihat di klinik kesihatan berdekatan.

“Semua kemasukan kes rujukan adalah melalui ‘direct admission’ ke wad,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Tambah Ding, HTI mendapatkan bantuan pakar perubatan kecemasan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh, Hospital Taiping dan Hospital Seri Manjung serta staf dari jabatan lain digerakkan ke Jabatan Kecemasan secara berjadual dan berkala bagi membantu dalam melancarkan operasi harian.

“Bantuan staf daripada hospital berhampiran juga dimohon, terutama pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan bagi membantu di Jabatan Kecemasan,” katanya.

Selain itu, semua janji temu klinik di HTI, sama ada pesakit luar dan pakar ditangguhkan serta urusan janji temu dan ubat-ubatan dilakukan melalui panggilan, namun pihak klinik masih menerima kes atau pesakit yang mempunyai masalah semasa saringan melalui panggilan telefon.

“Perkhidmatan pembekalan ubat di hadapan Unit Pesakit Luar melalui kaedah pandu lalu disediakan bagi kemudahan pelanggan dan mengurangkan risiko jangkitan.

“Operasi dewan bedah bagi kes elektif ditangguhkan bagi menumpukan kepada kes kecemasan dan semi-kecemasansahaja dan khidmat pegawai perhubungan awam digunakan untuk memberi maklumat sebenar kepada staf dan lain-lain yang terlibat,” kata Ding.

Selain itu, Ding berkata pasukan “Psychology First Aid (PFA)” diaktifkan pada 21 Mac untuk membantu dalam pengurusan emosi dan mental staf yang terlibat.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/03/hospital-teluk-intan-terus-beroperasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kkm Beberapa Staf Hospital Teluk Intan Positif Covid 19

Kkm Beberapa Staf Hospital Teluk Intan Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 346 hits
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menggesa orang ramai tidak menularkan berita tidak sahih kerana dibimbangi mencetuskan kegusaran orang ramai Foto oleh Choo Choy MayIPOH 23 Mac Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah hari ini me...
Covid 19 Spikes Now Over 2 000 Cases Even As Teluk Intan Hospital Reports 39 Of Its Staff Are Infected

Covid 19 Spikes Now Over 2 000 Cases Even As Teluk Intan Hospital Reports 39 Of Its Staff Are Infected

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 241 hits
PERAK 20 03 2020 Police performed road block at Jalan Kuala Kangsar here following the movement control order tu curb the spread of Covid 19 infection MALAY MAIL Farhan NajibThe death toll from the Covid 19 pandemic has risen to 23 while 23...
Keadaan Tak Terkawal Arahan Isi Borang Rentas Negeri Di Tarik Balik

Keadaan Tak Terkawal Arahan Isi Borang Rentas Negeri Di Tarik Balik

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 309 hits
Selepas pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai orang ramai perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan rentas negeri nampaknya orang ramai telah berpusu pusu ke balai p...
Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva Aa Dayangku Intan

Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Diva Aa Dayangku Intan

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 339 hits
Disaat saat penularan wabak COVID 19 di negara kita petugas kesihatan antara individu yang paling bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka namun ada sesetengah pihak The post appeared first on
Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Fasa Kedua Pkp Lebih Kritikal Dan Mustahak Kata Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 266 hits
Hari telah masuk hari pertama fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan setelah dua minggu fasa pertama kita jalani Ketua Pengarah Kesihatan berkata tempoh fasa kedua PKP ini lebih kritikal dan mustahak kerana tempoh ini penentu bagi Malaysia ...
Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

Makcik Kiah Akan Terus Dapat Bantuan Selepas Mei Kata Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 245 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan kewangan kepada kumpulan B40 seperti Makcik Kiah tidak akan berakhir pada Mei kerana kerajaan akan terus membantu dalam bentuk bantuan isi rumah pada bulan berikutnya Di bawah...
Tun Terus Bersama Ph Kata Salahudin Selepas Pertemuan

Tun Terus Bersama Ph Kata Salahudin Selepas Pertemuan

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 251 hits
BORHAN AHMAD Pertemuan dengan Anwar di sebelah pagi sebelum mereka bertemu Tun Dr Mahathir di sebelah petang bagi menyusun pendekatan jangka pendek dan panjang PH Tun Dr Mahathir Mohamad berjanji akan terus bersama Pakatan Harapan bagi mene...
Keadaan Terkawal Tiada Pembelian Panik

Keadaan Terkawal Tiada Pembelian Panik

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 373 hits
KEADAAN TERKAWAL TIADA PEMBELIAN PANIK https chat whatsapp com D666mZWGibC49nYhOZ2czp https t me johortimes
Di Jangkiti Covid 19 Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera Charles

Di Jangkiti Covid 19 Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera Charles

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 365 hits
Di Jangkiti COVID 19 Ini Kata Doktor Tentang Keadaan Terkini Putera CharlesPewaris diraja Britain Putera Charles disahkan positif COVID 19 dan kini sedang dikuarantin di Scotland
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia