Hormati Pasangan Jaga Perasaan Anak Bekas Mufti


Suami isteri patut elakkan daripada membangkitkan kelemahan atau kekurangan masing-masing, lebih-lebih lagi selepas perpisahan berlaku.
Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, menyatakan bahawa Islam mengajar umatnya untuk sentiasa menghargai kebaikan dan mengenang jasa pasangan sepanjang tempoh perkahwinan.
“Dalam perjalanan perkahwinan, tidak dinafikan wujudnya badai dan ombak yang kadangkala menguji kekuatan sesebuah hubungan. Setiap pasangan pasti pernah melalui cabaran ini.
“Namun, Islam mengingatkan bahawa meskipun perceraian itu dibenarkan, ia adalah perkara yang paling dibenci oleh ALLAH SWT dalam kalangan yang halal. Oleh itu, ia sewajarnya menjadi pilihan terakhir setelah segala usaha untuk memperbaiki keadaan telah dilakukan.
“Jika perpisahan itu tidak dapat dielakkan, Islam mengajar kita untuk melepaskan pasangan dengan cara yang baik dan penuh ihsan.”
“Sebagai manusia, kita digalakkan untuk mengelakkan daripada mengungkit keaiban atau kekurangan pasangan, terutama selepas perpisahan. Islam mengajarkan untuk melihat kebaikan dan mengingati jasa pasangan sepanjang perkahwinan.” “Ini kerana ketika cinta masih ada, segala kekurangan tidak dihiraukan, namun ketika perasaan berubah, kekurangan yang kecil sekali pun menjadi hal yang diangkat-angkat. “Justeru, setelah berpisah, berilah ruang untuk masing-masing memulakan kehidupan baru dengan cara yang lebih baik, tanpa menyimpan dendam.”  
Dalam pada itu, gempar di media sosial apabila melaporkan, perkahwinan yang terbina selama tujuh tahun oleh pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya terlerai apabila sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pada Isnin.
Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, melafazkan cerai talak satu pada pukul 9.45 pagi di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh. Bagaimanapun, tidak sampai sejam berlakunya perpisahan tersebut, Fazura, 41, tampil mendedahkan punca berlaku perceraian dengan bekas suaminya itu hingga mendapat perhatian ramai.
JAGA PERASAAN ANAK

Seterusnya, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) itu turut menekankan bahawa ibu bapa perlu memberi keutamaan dalam menjaga perasaan anak-anak, yang mungkin terkesan akibat perpisahan tersebut.
“Sangat penting untuk sentiasa menjaga hati anak-anak yang mungkin menjadi mangsa dalam perpisahan ibu bapa.
“Jangan sekali-kali mencederakan emosi mereka kerana mereka juga mempunyai hak untuk merasai kasih sayang kedua-dua ibu bapa. Anak-anak adalah amanah dari Allah, dan kita wajib menjaga kebajikan mereka dengan penuh perhatian.”
DOA PENGHUBUNG ROHANI 
“Dalam menghadapi perpisahan, doa dan munajat kepada ALLAH SWT adalah sandaran utama kita sebagai hamba-Nya. Berdoalah agar kita diberikan kekuatan, kesabaran, serta petunjuk dalam melalui ujian ini.
“Doa juga menjadi penghubung rohani antara kita dan Tuhan, menjadikan kita insan yang lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran hidup,” katanya.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pihak yang berdepan konflik untuk sentiasa menjadi individu yang mendamaikan dan menasihati dengan kebaikan, bukan sekadar menjaga kesolehan diri sendiri.
“Perkahwinan adalah satu institusi yang amat berharga dan ia memerlukan pengorbanan, keikhlasan, serta kesabaran dari kedua-dua belah pihak. Namun, jika perceraian adalah jalan yang terbaik, lakukanlah dengan cara yang paling baik, menjaga maruah dan harga diri masing-masing.
“Kita sebagai manusia pasti tidak sempurna, tetapi usaha untuk menjadi insan yang lebih baik itu yang paling utama. Kepada ALLAH SWT jua kita memohon,”
The post Hormati Pasangan, Jaga Perasaan Anak – Bekas Mufti appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hormati-pasangan-jaga-perasaan-anak-bekas-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Biar Anak Enjoy Waktu Bercuti Jaga Mood Anak Jangan Paksa Itu Ini

Biar Anak Enjoy Waktu Bercuti Jaga Mood Anak Jangan Paksa Itu Ini

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 173 hits
Bercuti dengan anak anak memang seronok Pun begitu jangan biarkan anak merasa tertekan dengan setiap perjalanan yang kita cipta Mengapa Ikuti perkongsian lanjut dari Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini dan apa perlu mak ayah buat untuk menjadi...
Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat Elak 4 Nama Ni Mufti Beri Pencerahan

Letak Nama Anak Dengan Nama Malaikat Elak 4 Nama Ni Mufti Beri Pencerahan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 118 hits
Memilih nama yang baik sudah semestinya menjadi tanggungjawab ibu dan bapa Namun memberikan nama ini juga perlu ada ilmu dan merujuk kepada yang pakar Trend memilih nama malaikat juga dilihat semakin popular kini namun adakah ia boleh digun...
Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

Saya Nak Jumpa Anak Sendiri Pun Tak Boleh Bekas Pengikut Gisbh

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 210 hits
Aizat Sharifam hmetro com myKangar Sudahlah saya dipisahkan dengan anak saya dan hendak bertemu pun saya mesti mendapat kebenaran penjaga pusat jagaan terlebih dahulu malah ada ketikanya saya tidak dibenarkan untuk berjumpa walhal saya ada ...
Video Remy Ishak Kongsi Video Bonding Dengan Anak Ayah Janji Jaga Tuah Sampai Akhir Waktu

Video Remy Ishak Kongsi Video Bonding Dengan Anak Ayah Janji Jaga Tuah Sampai Akhir Waktu

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 191 hits
Diam tak diam anak kepada hero Malaya Remy Ishak si comel Tuah Alam kini sudah pun berusia satu tahun tiga bulan Melalui satu entrinya di akaun Tik Tok pelakon handalan ini meluahkan rasa syukurnya atas kurniaan tidak terhingga itu buat dir...
Bekas Peguam Gagal Ketepi Hukuman Mati Anak Sosilawati Syukur Pembunuh Ke Tali Gantung

Bekas Peguam Gagal Ketepi Hukuman Mati Anak Sosilawati Syukur Pembunuh Ke Tali Gantung

papar berkaitan - pada 9/10/2024 - jumlah : 221 hits
Panel semakan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati ke atas dua lelaki kerana membunuh jutawan kosmetik Sosilawati Lawiya dan tiga pembantunya 14 tahun lalu Panel yang terdiri daripada tiga hakim dipengerusikan oleh Ketua Hakim Nega...
Kita Sudah Janji Dengan Allah Jaga Aib Pasangan

Kita Sudah Janji Dengan Allah Jaga Aib Pasangan

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 174 hits
PETALING JAYA Pernah berdepan perceraian selebriti versatil Didie Alias menasihatkan pasangan yang bercerai supaya tidak memburukkan dan menjaga aib masing masing sehingga ke akhir hayat Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali 52 berka...
Sbdj Siri 212 Anak Sulung Nikah Seludang

Sbdj Siri 212 Anak Sulung Nikah Seludang

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 165 hits
Semasa mengadakan pertunjukan di kawasan pendalaman Jawa Barat lebih tepatnya di daerah Banten Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang handal dalam ilmu susuk Dengan bantuan orang tua itu Ani cantik dibekalkan dengan sejenis ilmu s...
Tahniah Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ke 3 Baby Tak Sabar Tengok Dunia

Tahniah Eyra Hazali Selamat Bersalin Anak Ke 3 Baby Tak Sabar Tengok Dunia

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 139 hits
Pelakon wanita Eyra Hazali selamat bersalin anak ke 3 dan telah berkongsi berita gembira itu di media sosial miliknya Menerusi muat naik Eyra di Insta Story dia menyatakan bahawa bayinya seakan tidak sabar melihat dunia apabila lahir lebih ...
Demam Sampai Berdarah Hidung Anak Shakilla Khoriri Dimasukkan Ke Bilik Sementara Icu

Demam Sampai Berdarah Hidung Anak Shakilla Khoriri Dimasukkan Ke Bilik Sementara Icu

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 166 hits
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya Ameena dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat Menerusi Instagram story ujar Shakilla anak kesayangannya itu mengalami demam sehingga tidak berselera untuk menjamah...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Remaja Panjat Pagar Curi Tabung Surau

Pentingnya Memilih Kawan Yang Betul Untuk Masa Depan Yang Cemerlang

Dua Lagi Lelaki Serang Warga Singapura Guna Parang Diburu

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Sibu Boy Tiong Shines Light On City In Visit Malaysia Campaign

Mont Kiara Traffic A Nightmare

Bufet Ramadan 2025 Wtckl Tawar Laman Tradisi Dengan Lebih 300 Hidangan Tahun Ini

Celebrate Love At Pavilion Hotel Kuala Lumpur

Nasi Briyani Adabi