Sbdj Siri 212 Anak Sulung Nikah Seludang


Semasa mengadakan pertunjukan di kawasan pendalaman, Jawa Barat lebih tepatnya di daerah Banten, Ani Cantik telah menemui seorang tua yang memang handal dalam ilmu susuk. Dengan bantuan orang tua itu Ani cantik dibekalkan dengan sejenis ilmu susuk yang cukup kuat pengaruhnya. Setiap orang yang memandang, lebih-lebih lagi kaum lelaki akan tertarik dan jatuh hati kepadanya.


Kerana ilmu susuk yang dikatakan amat mujarab itu, Rani cantik terpaksa patuh dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pemilik ilmu susuk.

Roda kehidupan 'Ani Cantik' terus berputar. Kemasyhurannya terus menguasai dunia bangsawan. Tiada orang yang tidak kenal atau tidak tahu menyebut nama “'Ani Cantik'. Banyak kumpulan bangsawan yang lain gulung tikar kerana Ani Cantik.

Semasa bangsawan Inderpura mengadakan pertunjukan di Tanjung Pinang-Riau, seorang saudagar muda yang membekalkan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan basah dari Tanjung Pinang ke Singapura dan Melaka terus jatuh cinta dan gilakan Ani Cantik setengah mati.

Saudagar muda yang kacak itu akan berusaha menghadirkan diri di mana sahaja bangsawan Inderapura mengadakan pertunjukan. Tidak mudah memenangi hati 'Ani Cantik' kerana terpaksa bersaing dengan anak-anak muda lain.

Untuk memiliki 'Ani Cantik', saudagar muda yang berasal dari Kampong Serkam Melaka itu terpaksa mengeluarkan jumlah wang yang banyak untuk meminangnya. Barang hantarannya juga mahal-mahal belaka, kebanyakannya buatan luar negeri.

"Siapa orang muda yang berjaya menakluki hati Seri Panggung itu memanda?" Nonong mengajukan pertanyaan.

Datuk sambut dengan senyum dan diakhiri dengan ketawa kecil penuh sinis.

"Kamu nak tahu orangnya Nonong."

Nonong anggukkan kepala.

"Ayah awaklah, kawan memanda Raja Amiruddin, tak suka dipanggil raja, dia muda lima belas tahun dari aku. Baik orangnya, tinggi budi bahasa dan setia bila berkawan. Pemurah orangnya."

"Dari mula saya dah agak, pemuda itu ayah saya," kata Nonong keriangan dan sebuah senyum bangga terpamer di kelopak bibir.

Tidak ada orang yang tidak merasa bangga, bila ayah sendiri dipuji orang, fikir saya dalam hati.

"Berbalik semula pada cerita tadi, aku mendapat tahu semasa Rani Cantik memasang susuk, si dukun mengenakan syarat yang mesti dibuat. Kalau tidak dipenuhi "Ilmu susuk" akan memakan diri..."

Saya melihat datuk menelan air liur. Keberatan untuk meneruskan kata-kata. Dia nampak gusar semacam.

JEMU

Beberapa saat masa terus berlalu begitu saja. Bagi menghilangkan rasa jemu, saya kembali merenung dada langit. Awan berarak seperti tadi juga.

Entah mengapa badan saya terasa seram sejuk. Nonong yang tadi tenang nampak resah. Melaga-lagakan gigi atas dengan gigi bawah berkali-kali hingga menimbulkan bunyi seperti orang menarik kain kapan. Matanya masih merah dan nampak liar semacam.

"Nonong, tenang Nonong. Bacalah ayat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nas," datuk mengingatkan Nonong.

Permintaan datuk segera dipatuhi oleh Nonong. Setelah dilaksanakan ternyata kegelisahan yang dialami terus hilang. Gigi atas dan gigi bawah tidak dilagakan, mata yang merah kembali normal.

Saya yang secara diam-diam membaca surah yang disebutkan oleh datuk tadi, tidak lagi mengalami rasa seram sejuk.

"Apa syarat yang dituntut?"

Datuk mengigit bibir bawah. Renung ke dinding ke dinding dan ke arah tingkap seketika sebelum menatap wajah Nonong dengan pandangan yang tajam, tetapi, penuh simpati.

"Rani Cantik mesti mempertaruhkan anak perempuan sulungnya. Mesti dikahwinkan dengan batu gunung yang ditemui di Kuala Sungai dengan kedudukan batu menghala ke arah matahari jatuh. Cara kebetulan anak perempuan sulung "Rani Cantik" itu adalah kamu."

"Kenapa saya dijadikan korban dan taruhan?" Nonong jengilkan sepasang biji mata sambil menggenggam penumbuk. Datuk terus memujuknya agar bersabar.

"Kenapa emak bertindak begitu kejam pada saya? Apa tujuan dia berbuat demikian?" Muncul lagi pertanyaan dari Nonong. Wajahnya membayangkan rasa kesal yang tidak ada penghujungnya.

Datuk mula menyedari, dia kini berada dalam keadaan terdesak. Kalau lambat bertindak, mungkin Nonong mengalami tekanan yang membawa kepada histeria, menjerit tidak tentu fasal, meracau tak tentu arah.

"Nonong bertenanglah, kisahnya belum habis. Aku sekarang sedang berusaha membetulkan kesilapan yang emak kamu lakukan. Kalau kamu tidak dapat mengawal perasaan, tidak sabar, semua usaha yang dibuat menjadi sia-sia Nonong."

"Maafkan saya memanda."

"Dengan mengahwinkan kamu dengan batu gunung, daya pesona, seri wajah dan apa yang kamu miliki akan berpindah ke wajah emak kamu. Emak kamu sentiasa keliahatn berseri-seri. Nampak menarik di mata sesiapa saja."

"Rasa macam tak percaya, susah untuk diterima akal," Nonong berusaha sambil merenung kosong ke arah pintu yang terdedah.

"Tetapi itulah yang terjadi Nonong," keluh datuk penuh kehampaan.

"Apa tindakan selanjutnya memanda,"

"Kita bersurai, malam nanti, lepas sembahyang Isyak, kita baca Yassin. Kemudian kita sama-sama masuk bilik rahsia emak kamu," datuk meluahkan agenda selanjutnya.

"Adik saya Harun macam mana?"

"Dia ikut sama. Dia waris kuat kamu, lagipun dalam ilmu yang emak kamu amalkan, boleh dihalang oleh anak bongsu lelaki dari berlanjutan pada waris kamu pada masa akan datang," sebuah penerangan yang penuh yakin dari datuk untuk Nonong.

BERTINDAK

Setelah usai membaca surah Yassin, Datuk menyuruh Harun Fadillah memakai pakaian serba putih. Nonong diminta jangan menukar telekong yang dipakai. Saya disuruh memakai kain pelikat tanpa baju. Kepala diikat dengan kain merah.

Seperti biasa bila mahu melakukan tugas-tugas khas, datuk akan mengenakan pakaian serba hitam. Dan kerana mahu ikut serta dalam gerakan tersebut, saya disuruh berpakaian ganjil kerana saya orang luar. Tidak ada sangkut paut dengan keturunan Nonong.

Tugas dimulakan oleh datuk menggunakan rotan untuk mengetuk pintu bilik rahsia. Lima kali ketuk, mangga tembaga terbuka sendiri. Ketukan kali keenam daun pintu bilik terkuak sendiri. Harun Fadillah meluru mahu masuk kebilik rahsia.

"Jangan, nanti kamu terima padah," tahan datuk.

Semua biji mata tertumpu ke bilik rahsia. Kerana gelap tidak ada satu pun yang kelihatan. Bila direnung lama-lama, terasa seram.

"Ada lilin?"

"Ada memanda," jawap Harun Fadillah.

"Ambil enam batang, nyalakan dan bagi seorang dua. Bila sampai ke dalam letakkan rapat-rapat dan letakkan di tempat yang agak tinggi. Arahan ini sekali saja tidak akan diulangi lagi, faham."

"Faham," balas harun Fadillah.

Semua arahan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tugas selanjutnya banyak dilakukan oleh datuk tanpa memberitahu kami terlebih dahulu.

Sepanjang operasi berjalan, semuanya membisu. Semuanya mengharapkan cahaya lilin. Saya tidak tahu kenapa lampu letrik tidak dinyalakan. Memang membosankan berada dalam bilik yang kekurangan cahaya, pergerakan jadi terbatas. Lebih dari sepuluh minit berada dalam suasana yang serba tak kena.

"Onkan lampu," bisik datuk ke telinga Harun Fadillah.

Bagaikan kilat hjari Harun Fadillah menekan "Switch" lampu. Dengan serta merta seluruh ruang bilik dilimpahi cahaya terang benderang. Semuanya nampak cerah. Masing-masing menarik nafas lega.

"Nonong, Harun, kamu lihat apa yang terletak di bucu bilik."

Biji mata Nonong dan Harun Fadillah tertumpu ke arah yang dikatakan oleh datuk. Saya juga tidak mahu ketinggalan lalu merenung ke bucu bilik yang keadaan tidak bersih.

Nampak berhabuk dan ada bungkusan yang dibalut dengan kain dua warna hitam-putih.

"Harun Fadillah, kamu waris kuat dalam keluarga, ambil bungkusan itu dan buka," sambil duduk bersila, berpeluk tubuh di muka pintu.

Datuk terus memberikan panduan dengan kelopak mata separuh pejam. Harun Fadillah nampak cemas mahu mematuhi arahan. Renung ke arah kakaknya seketika seolah-olah minta bantuan.

"Jangan lambat-lambatkan," datang lagi araan dari datuk. Kali ini nada suara keras dan meninggi.

Harun Fadillah tidak ada pilihan. Antara berani dan takut, bungkusan yang dibalut dengan dua warna segera diambil dan dibuka.

Sungguh mengejutkan, seketul batu gunung kehitaman berkilat dibalut dengan segumpal rambut yang hitam berkilat dan seakan-akan memancarkan cahaya.

KECIL

Satu bungkusan kecil yang dibalut dengan kain kuning sebesar tiga jari orang dewasa turut ditemui diantara gumpalan rambut itu.

"Buka bungkusan kecil itu," arah datuk.

Terketar-ketar Harun membukanya. Mata saya dan mata Nonong tidak bergerak melihat ke arahnya. Dan bungkusan itu ditemui tujuh helai rambut yang halus.

Warnanya agak kekuning-kuningan, tidak ubah macam rambut bayi yang baru lahir dalam kotak kecil, bersama daun pandan kering tetapi masih berbau.

"Semua barang-barang diletakkan dekat hujung kepala lutut kiri aku. Jangan diangkat. Tarik perlahan-lahan," nada datuk agak lembut. Tetapi, perintahnya menyusahkan.

Menarik barang-barang dalam kain bukanlah satu kerja mudah. Kenapa tidak dibungkus semula kemudian diletakkan di hujung lutut. Bukankah cara itu lebih mudah dan cepat. Begitu saya membuat kesimpulan.

Walau apa pun arahan datuk itu tetap dipatuhi oleh Harun Fadillah. Bila semua barang-barang sudah berada di lutut kiri, secara perlahan-lahan datuk membuka kelopak mata. Silih berganti dia menatap wajah Harun Fadillah dan kakaknya (Nonong).

Tidak dinafikan dua bersaudara itu nampak pucat dan cemas semacam. Saya berdebar-debar menanti arahan ang bakal di tuturkan oleh datuk.

Rasanya, memang tidak ada untungnya saya melibatkan diri dalam perkara ini. Tetapi, apakan daya sudah terlanjur. Susah senang terpaksa juga dihadapi.

"Harun, Nonong."

Dua bersaudara itu segera angkat muka, merenung ke arah datuk dengan seribu pertanyaan. Apakah arahan yang mesti dipatuhi?

Apa yang dinanti tidak menjadi kenyataan. Dua minit masa berlalu begitu sahaja. Datuk tidak berkata sepatah apapun. Asyik resah tidak menentu. Macam ada perkara yang berputar dalam tengkorak kepalanya.

"Apa yang kamu lihat di hujung lutut ini, sebahagian daripada barang yang mesti disediakan oleh emak kamu, sesuai dengan kemahuan dukun susuk," ungkap datuk.

Nonong dan Harun Fadillah anggukkan kepala.

"Aku tidak boleh menjelaskan perkara ini secara terperinci, kecuali kamu berdua mahu tahu. Jadi, kamu boleh bertanya sebelum pukul dua belas tengah malam," sambung datuk.

"Apakah itu syarat dan pantang larangnya, memanda?" Nonong memberanikan diri cuba bertanya

"Kalau dilanggar apa padahnya?" susul Harun Fadillah.

"Usaha aku untuk memulihkan kakak kamu tidak berjaya. Malah, anak bini kamu menanggung susah."

Nonong terkejut dengan penjelasan itu. Wajah Harun Fadillah pucat. Datuk yang duduk bersila, secara mengejut jatuh tersungkur ke depan, macam ada kuasa yang menolaknya dari belakang.

Secara tidak semena-mena udara dalam bilik jadi panas, bagaikan berada di tepi unggun api. Badan saya terus berpeluh. Rasanya seperti ada sepasang mata berwarna hijau menucul di dinding bilik dari arah belakang.

Dalam keadaan yang serba gawat dan cemas itu, datuk berjaya duduk kembali seperti keadaan asal. Serentak dengan itu suasana kembali tenang, rasa panas yang membara dan mata hijau yang ganjil terus lesap.

"Kerana benda-benda inilah adik-adik kamu dilarang masuk kedalam bilik khas ini," datuk renung ke arah dua objek yang berada di hujung lututnya.

"Iya, saya ingat sekarang, kata-kata emak," Nonong bersuara penuh perasaan.

Wajahnya nampak cerah dan matanya bersinar penuh ghairah membayangkan sepenuhnya kepuasan yang tiada taranya. Bagaikan orang haus mendapat air.

"Apa yang emak kamu katakan pada kamu Nonong."

"Bila emak ajak saya masuk ke bilik khas. Saya minta kebenaran supaya Khatijah ikut sama. Emak tak benarkan, dia selalu berkata: Anak sulung yang sudah susah dapat rezeki. Rupa-rupanya ada perkara yang mahu dirahsiakannya," ucap Nonong.

Harun Fadillah menarik nafas, Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

MENARIK

Tiada siapapun boleh menafikan bahawa apa yang dialami oleh Nonong menarik dan menyeronokkan. Ada ketikanya menakutkan, semuanya itu menambahkan minat saya untuk mengikutinya hingga akhir.

Mungkin, pada satu masa kelak, cerita yang dikira tidak masuk akal itu, boleh dikisahkan pada generasi akan datang. Samada mereka mahu percaya atau tidak itu hak mereka.

Setidak tidaknya mereka tahu bahawa dunia ghaib tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan nenek moyang mereka.

Malah ada yang mendampingi makhluk ghaib untuk tujuan tertentu. Biasanya untuk kejahatan yang akhirnya menjahanamkan diri manusia itu sendiri. Fikir saya dalam hati.

"Sekarang ceritakan rambut siapa yang membungkus batu gunung tu, memanda," Nonong ingin tahu.

"Rambut emak kamu yang dicabut semasa bulan mengambang, dibalut pada batu sebagai tanda ikatan perjanjian dengan dukun susuk."

"Yang lagi satu tu?" Soal Harun Fadillah.

"Rambut kakak kamu yang semasa berusia 55 hari, dipotong dengan bilah buluh tumpat semasa matahari mahu naik. Ditaruh dalam seludang kelapa gading bersama dengan daun pandan diselitkan celah gumpalan rambut emak kamu," datuk berhenti bercakap.

"Tujuannya,?" desak Nonong.

"Macam aku katakan tadi, seri wajah kamu berpindah kepada emak kamu. Kecantikan zahir yang kamu miliki, tidak ada daya penarik membuat orang lelaki tidak minat. Dalam istilah ilmu hitam disebut sebagai 'NIKAH SELUDANG.'"

Harun Fadillah dan Nonong terkejut besar. Dan mereka mengakui kalau datuk tidak membuktikan kebenarannya ceritanya, mereka tidak akan percaya perkara itu dilakukan oleh ibu mereka.

"Sekarang terjawap sudah kenapa arwah ayah beria-ia benar menyuruh saya mencari memanda. Rupanya semua yang terjadi ada dalam pengetahuan memanda," suara Harun Fadillah penuh terharu.

"Dari dulu aku sudah tahu arwah emak kamu banyak melakukan perkara yang kurang baik. Aku suruh berhenti. Malangnya dia tidak mahu. Arwah ayah kamu juga gagal memujuknya. Akibatnya kamu yang tanggung derita," datuk tidak berhasil meneruskan kata-kata. Dia tersedak.

Semasa datuk tersedak, saya rasa batang leher seperti disentuh jari manusia yang tidak dapat dilihat yang terasa amat sejuk sekali. Nonong menjerit dan Harun Fadillah melompat macam ada sesuatu mengusik mereka.

"Kenapa Nonong," tanya datuk.

"Saya rasa ada tangan menyentuh buah dada saya, memanda."

"Ada jari panjang meraba leher dan telinga saya, sejuknya bukan main macam tangan mayat."

"Hum...," keluh datuk.

Kerana saya tidak ditanya, saya pun tidak menceritakan apa yang saya alami. Apa yang saya tahu tidak jauh bezanya dengan apa yang dirasai oleh Harun Fadillah.

BERGERAK

TIBA-TIBA apa yang berada ddalam bilik berterbangan. Tetapi, anehnya benda yang berada di kepala lutut kiri datuk tidak bergerak walau sedikit pun. Keadaan itu membuat saya, Nonong dan Harun Fadillah merasa cemas.

Memang cemas dan menakutkan, bila saya lihat tubuh Nonong dan Harun Fadillah bergerak dalam keadaan duduk dari sudut ke sudut, tidak ubah macam berada di perahu yang dipukul gelombang.

Nonong dan Harun Fadillah terkapai-kapai, mulut mereka terbuka dan cuba berkata sesuatu ke arah saya dan datuk. Malangnya, suara dua beradik itu tidak keluar.

Paling mengerikan, bila tubuh mereka terangkat dan cuba bergerak ke arah pintu. Pada ketika itu datuk segera bangun dan mulutnya keluar beberapa ayat Quran penghalau syaitan.

"Aduh..." Jerit Nonong dan Harun Fadillah serentak.

Kedua-duanya jatuh terperosok di sudut dinding, dimana bungkusan ganjil itu di temui. Dengan susah payah mereka bangun, lalu duduk bersila di tempat asal.

"Sebelum tengah malam, sebelum pukul dua belas, kita mesti selesaikan semuanya ini. Datuk melahirkan sebuah keazaman. Dari nada suara dan gaya dia bercakap, nampaknya datuk tidak mahu bertolak ansur lagi. Segala-galanya mahu diselesaikan dengan segera.

"Api," kata datuk.

Dengan jari telunjuk, saya menunjukkan ke arah enam batang lilin. Salah satu lilin itu masih lagi terbakar. Lilin yang masih menyala itu datuk ambil.

Setelah mengemaskan silanya serta memastikan kedudukan batu gunung yang dibalut dengan rambut serta tujuh helai rambut dalam seludang pinang berada di hujung lutut kirinya, perlahan-lahan datuk menghalakan di hujung lilin ke arah objek tersebut.

Tamat Siri Bercakap Dengan Jin 212/284

BACA: SBDJ Siri 211: Susuk Gadai Anak
BACA: Siri Bercakap Dengan Jin (Koleksi Lengkap)

-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2024/09/anak-sulung-nikah-seludang-sbdj-siri-.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Tahun Menanti Sungmin Super Junior Kongsi Foto Anak Sulung

10 Tahun Menanti Sungmin Super Junior Kongsi Foto Anak Sulung

papar berkaitan - pada 28/9/2024 - jumlah : 137 hits
Sungmin Super Junior telah berkongsi gambar comel bayinya yang baru lahir Artikel Berkaitan Sungmin dan isterinya Kim Sa eun menyambut kelahiran anak pertama mereka pada 13 September dan ahli Super Junior itu kemudian memuat naik ke media s...
Wanita Panik Hamil Benih Anak Sulung Rayu Doktor Gugurkan

Wanita Panik Hamil Benih Anak Sulung Rayu Doktor Gugurkan

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 87 hits
Baru baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita menjadikan menjadikan anaknya sebagai konten Point of View di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapa...
Lagi Pengakuan Mengejutkan Pengikut Gisbh Kakak Nikah Tanpa Wali Mak Ada Anak Luar Nikah

Lagi Pengakuan Mengejutkan Pengikut Gisbh Kakak Nikah Tanpa Wali Mak Ada Anak Luar Nikah

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 100 hits
Berita mengejutkan buat rakyat Malaysia baru baru ini adalah berkenaan sebuah entiti yang bergerak perlahan namun menggunakan nama Islam iaitu Global Ikhwan Service and Business Holding Tidak kurang juga bekas para pengikut GISBH menularkan...
Rupanya Ada Beza Anak Tak Sah Taraf Dengan Anak Luar Nikah Ramai Masih Keliru

Rupanya Ada Beza Anak Tak Sah Taraf Dengan Anak Luar Nikah Ramai Masih Keliru

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 191 hits
Anak tak sah taraf dan anak luar nikah mempunyai perbezaan yang penting dan masih ramai yang belum menyedarinya Perkara ini perlu diambil serius agar persepsi masyarakat dapat diubah Jangan mudah membuat kesimpulan tanpa memahami perbezaann...
Selalu Rasa Tersisih Ni Sebenarnya Anak Sulung Mahukan Daripada Mak Ayah

Selalu Rasa Tersisih Ni Sebenarnya Anak Sulung Mahukan Daripada Mak Ayah

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 90 hits
Anak sulung sememangnya cukup istimewa di hati kita selamanya Penghuni rahim yang pertama bagi seorang ibu Biarpun anak sulung segalanya namun anak ini sering diabaikan Perkongsian Penulis Keibubapaan Hanis Athirah Rusli mengenai anak sulun...
Intan Najuwa Kongsi Baby Cot Anak Sulung Lain Pula Yang Netizen Nampak Video

Intan Najuwa Kongsi Baby Cot Anak Sulung Lain Pula Yang Netizen Nampak Video

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 164 hits
Intan Najuwa Kongsi Baby Cot Anak Sulung Lain Pula Yang Netizen Nampak VIDEO Umum mengetahui kini pelakon Datin Intan Najuwa semakin giat membuat persiapan menanti kehadiran cahaya mata perempuan selepas disahkan hamil selepas setahun mendi...
Sbdj Siri 210 Mangsa Susuk Ibu

Sbdj Siri 210 Mangsa Susuk Ibu

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 110 hits
Kematian yang ganjil dan mengejutkan Datuk mengeluh dalam nada suara yang lembut Dua tiga kali hujung dagu saya raba Entah mengapa secara mengejut hati terasa tidak aman resah semacam Angin yang masuk menerusi jendela merempuh sebahagian tu...
Sbdj Siri 213 Tak Rela Mati Katak

Sbdj Siri 213 Tak Rela Mati Katak

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 183 hits
Seluruh bilik dikuasai bau rambut dan seludang kelapa yang terbakar Hangit dan melemaskan lubang hidung Mata kami berair dan terasa pedih terbatuk batuk Datuk tidak mengalami sebarang gangguan Tetap tenang tidak memperlihatkan sebarang reak...
Hiburan Kami Namakan Anak Kami Julian Noh Salleh Kongsi Momen Kehilangan Anak Sulung Dalam Kandungan 7 Bulan Lalu

Hiburan Kami Namakan Anak Kami Julian Noh Salleh Kongsi Momen Kehilangan Anak Sulung Dalam Kandungan 7 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 182 hits
Penyanyi dan komposer menerusi satu hantaran di media sosial ada berkongsi mengenai momen kehilangan anak sulungnya bersama isteri Fathin Athira Difahamkan bayi sulung Noh dan Fathin meninggal dunia di dalam kandungan ketika umurnya tujuh b...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik