Homestay Di Pantai Penarik Terengganu Allur Galley Suite Tawar Pakej Berpatutan



Sebagai anak jati Terengganu, pantai dan kami berpisah tiada. Setiap kali ada kelapangan, kami akan ke pantai berdekatan untuk bermain di gigi air dan menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Jika suami tidak bekerja, beliau akan bawa kami ke pantai yang agak jauh sedikit dari rumah seperti di Pantai Pandak, Pantai Pulau Kekabu atau Pantai Penarik untuk menghabiskan masa bersama





Kebetulan pada Hari Wanita yang lalu, saya menghabiskan masa bersama dua orang blogger dari #teambpt serta keluarga masing-masing di Pantai Penarik untuk mengeratkan silaturahim sambil menikmati pemandangan pantai. Perancangan awal untuk membuat a day trip ke Pulau Redang, jadi mencari homestay berdekatan Pantai Penarik adalah suatu kemestian bagi kami. Jika jauh risau pula tidak sempat naik bot di Jeti Penarik nanti. Bonus tambahanlah jika homestay itu tawar harga berpatutan


Allur Galley Suite : Tawar Pakej Berpatutan

Risik punya risik akhirnya kami sepakat untuk membuat tempahan di Allur Galley Suite yang terletak berdekatan dengan Pantai Penarik iaitu di Kampung Mangkuk. Faktor utama kami memilih Allur Galley sebagai suite penginapan sementara adalah kerana ia juga menyediakan perkhidmatan bot untuk ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian serta membuat trip melihat kelip-kelip yang terdapat di sepanjang Sungai Penarik pada kadar harga berpatutan. Menarik bukan




Selama 33 tahun hidup, baru saya tahu terdapat santuari kelip-kelip di Terengganu. Ingatkan hanya di Kuala Selangor dan Sungai Cherating sahaja yang terkenal dengan kelip-kelip, rupa-rupanya di tanah tumpah kelahiran sendiri pun boleh lihat kelip-kelip juga. Jadi untuk trip kali ini, menelusuri Sungai Penarik juga menjadi agenda kami untuk melihat kelip-kelip selain agenda utama iaitu membuat a day trip ke Pulau Redang




Allur Galley Suite terletak di lokasi yang strategik kerana berdekatan dengan jalanraya  namun jauh dari kesibukan orang ramai dan penempatan yang lain. Kediaman ini sesuai dijadikan penginapan sementara bagi mereka yang mementingkan privasi ketika percutian. Terletak di dalam pagar berbatu yang luas, ia menempatkan dua buah suites yang terletak bersebelahan dan boleh memuatkan anggaran 15 buah kereta di dalam kawasannya


Kemudahan yang Terdapat di Allur Galley Suite

Saya sangat bersyukur membuat pilihan yang tepat dengan menginap di Allur Galley Suite kerana segala kemudahan semasa percutian yang diperlukan ada disediakan di sini. Private pool dalam pagar bertutup, ruang barbeque, mesin basuh, dapur yang lengkap dengan alatan memasak serta ruang menonton TV yang selesa memberikan kami kepuasan sepanjang berada di Allur Galley Suite.






Sedari awal menjejakkan kaki ke dalam suite, anak-anak sudah tidak betah duduk apabila ternampak private pool yang terletak di luar rumah bersebelahan dengan ruang menonton TV. Semua mata tertumpu ke ruangan kolam dan berharap dapat mandi awal, malahan Ameera asyik merengek-rengek ingin masuk ke dalam kolam bermain air. Terpaksa saya layankan kehendaknya kerana malas mendengar rengekan si kecil. Nah, bila seorang masuk ke dalam kolam, terus yang lain pun tertarik bagai magnet untuk mandi bersama :D




Ruang dapur yang dilengkapi dengan island bar dan dekorasi moden ala pejabat menjadikan ruang tersebut paling popular di kalangan emak-emak a.k.a blogger untuk bersembang. Sambil berbual kami turut menambah lemak di badan dengan makanan yang sempat kami beli sebelum mendaftar masuk. Oh ya, setiap tempahan Allur Galley Suite akan melayakkan pengunjung mendapat 10% diskaun untuk menikmati makanan di Mr Celup Tepung Station. Untung kan?




Terdapat tiga buah bilik yang terdapat di Allur Galley Suite. Sebuah bilik master turut dilengkapi dengan tandas serta dua buah bilik yang lain. Sekiranya kaum ibu ingin memasak, hanya perlu beli bahan mentah dan simpan di dalam peti ais disediakan. Malah, tempahan untuk bbq juga boleh ditempah melalui pemilik suite.


Harga bagi Penginapan di Allur Galley Suite

Sesetengah keluarga yang bercuti di Pulau Penarik inginkan percutian a day trip ke pulau atau mungkin juga melakukan aktiviti malam melihat kelip-kelip di Sungai Penarik dengan menaiki rivercruise. Mereka datang dengan rancangan masing-masing seperti melawat keluarga terdekat atau mungkin juga membawa bersama warga emas yang tidak mampu bergerak bebas. Bagai memahami kehendak pelanggan yang datang dengan pelbagai rancangan dan tahap usia, Allur Galley Suite menawarkan penginapan tanpa pakej dan penginapan beserta pakej pada harga berpatutan.




1. Harga penginapan di Allur Galley Suite tanpa aktiviti (2 hari 1 malam)
Weekday - RM420Weekend - RM450Peak Season - RM480
Bagi pelanggan yang berminat untuk menyertai aktiviti yang ditawarkan samada melihat kelip-kelip di Sungai Penarik atau day trip ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang, pilihan pakej yang boleh ditempah adalah seperti berikut :

1. Pakej 3 hari 2 malam Hari pertama : Menelusuri Sungai Penarik untuk melihat kelip-kelip pada jam 8pm.Hari kedua : Day trip ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian pada jam 9am. Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan. Snorkeling di 5 check point.Penginapan di Allur Galley Suite.Minimum 10 orang.RM260 / dewasa dan RM220 / kanak-kanak.
2. Pakej 2 hari 1 malam Sebelum check-in terus pergi ke Pulau Redang atau Pulau Perhentian jam 9am. Daftar masuk ke suite setelah pulang. Peralatan snorkeling dan jaket keselamatan disediakan. Snorkeling di 5 check point.Jika ingin lihat kelip-kelip, tambahan RM35 / dewasa dan RM25 / kanak-kanak.Penginapan di Allur Galley Suite.Minimum 10 orang.RM165 / dewasa dan RM125 / kanak-kanak.



Tempahan penginapan di Allur Galley Suite melayakkan setiap pengunjung menikmati potongan diskaun makan sebanyak 10% di Mr Celup Tepung Station. Hanya bawa kunci rumah dan tunjuk kupon yang telah dikepilkan bersama kunci kepada cashier semasa membuat pembayaran, jadi anda jimat sebanyak 10%!




Sekiranya pengunjung berminat untuk membuat aktiviti BBQ dan tidak mempunyai bahan mentah bagi tujuan tersebut, usah bimbang. Hanya tempah dengan Allur Galley Suite pada harga RM20 / pax untuk dapatkan bahan mentah merangkumi ayam, ikan dan sosej yang telah siap diperap. Jika ingin tambahan udang dan sotong pula, harga bagi bahan mentah adalah RM40 / pax. Kelengkapan untuk memanggang seperti arang juga turut disediakan.


Tempat Menarik di Sekitar Allur Galley Suite

Bagi kaki pancing yang menginap di Allur Galley Suite, mereka masih boleh melakukan aktiviti kegemaran di sini kerana dengan hanya lima minit perjalanan, pengunjung akan tiba ke Sungai Penarik yang luas membiru. Aktiviti memancing di kawasan sungai yang tenang dan damai ini mampu memberi kepuasan buat kaki pancing sekiranya berjaya mendaratkan ikan talang atau siakap putih.





Golongan bapa ke sungai untuk memancing, manakala golongan ibu dan anak-anak boleh berenang sepuasnya di kolam yang terdapat di Allur Galley Suite. Jadi masing-masing boleh menikmati percutian dengan cara tersendiri dan jika lapar, hidupkan enjin kereta dan pandulah ke Mr Celup Tepung Station serta nikmati 10% diskaun!


Sebelum mendaftar masuk ke Allur Galley Suite, kami melalui suatu pasar tani yang terletak betul-betul bersebelahan jalan raya. Disebabkan perut telah berkeroncong kerana belum makan tengahari, jadi kami singgah ke pasar tersebut untuk membeli sedikit kudapan. Apa yang unik mengenai pasar ini adalah kedudukannya yang terletak di tepi jalan utama berlatar belakangkan suasana pantai yang menarik dan kebanyakan harga makanannya lebih murah berbanding di tempat kami. Pasar tani ini merupakan tempat menarik yang boleh dijadikan persinggahan buat pengunjung yang bercuti di Pantai Penarik.


Gambar cilok daripada Allur Galley Suite FB fanpage
Kami sempat meronda di sepanjang Sungai Penarik dengan menaiki kereta sehinggalah tiba ke kawasan Terrapuri Heritage Village. Pemandangan di sekitar sungai yang damai dihiasi dengan pohonan kelapa yang tinggi merimbun serta kehadiran kaki pancing menjadi penyeri petang kami. Terlalu asyik melihat pemandangan yang menenangkan itu hingga terlupa saya untuk mengabadikan ia dalam bentuk gambar.


Bagaimana membuat Tempahan?

Bagi pengunjung yang ingin menginap di Allur Galley Suite, anda boleh menghubungi nombor yang tertera seperti di bawah :




Kami menikmati percutian yang sangat menggembirakan di Allur Galley Suite. Selain persekitaran penginapan yang cantik dan menenangkan, layanan owner dan pekerja juga lima bintang! Setiap perjalanan kami samada ke pulau atau melihat kelip-kelip, kerenah kami pasti dilayan mesra oleh mereka. Terasa sayu pula sebelum pulang meninggalkan Pantai Penarik. In shaa Allah, kami pasti kembali lagi selepas ini untuk membawa keluarga pula menikmati pengalaman menginap di Allur Galley Suite dan ambil lagi pakej berpatutan ke pulau ini!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nurzariniismail.com/2019/03/homestay-di-pantai-penarik-terengganu-allur-galley-suite-tawar-pakej-berpatutan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

Alur Galley Suites Homestay Paling Cun Di Pantai Penarik Terengganu Dengan Pakej Sewaan Yang Menarik

papar berkaitan - pada 23/3/2019 - jumlah : 1138 hits
Assalamalaikum Hai Tempoh hari CikSha berpeluang bawa anak anak dan suami cuti cuti Malaysia dengan 2 lagi keluarga blogger Team BPT ke Pantai Penarik Setiu Terengganu Bercuti sambil bekerja gitu Yang best tu boleh bawak famili Biasa la tu ...
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 1242 hits
Homestay Tepi Pantai Penarik Terengganu Alur Galley Suites Lain Daripada Yang Lain Assalamualaikum hi korang Mood bercutiku ke Terengganu masih belum habis lagi jika sebelum ni daku bersama famili tapi kali ni bersama dengan rakan blogger A...
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 645 hits
Mr Celup Tepung Station Kedai Makan Wajib Singgah Di Pantai Penarik Terengganu Assalamualaikum kali ini daku nak kongsikan tentang tempat makan best di Pantai Penarik Terengganu Yelah kebetulan baru baru ini daku menginap di Alur Galley Sui...
Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu

Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 412 hits
Fefeeling Macam Dekat Oversea Di Pantai Rantau Abang Terengganu Assalamualaikum Siapa kata pantai dekat Malaysia tak cantik u olls Banyak sebenarnya pantai pantai yang cantik cuma tak berapa nak tak femes especially di Pantai Timur Tak caya...
Homestay Sri Terengganu Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet

Homestay Sri Terengganu Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 666 hits
Homestay Sri Terengganu Penginapan Cantik Selesa Di Terengganu Yang Sweet Episod percutian daku ke Kuala Terengganu ternyata amat bermakna untuk aku dan famili Yelah famili datang nun dari utara ke Pantai Timur semata mata untuk bercuti ber...
Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

Nasi Dagang Terbaik Sedap Di Kak Pah Nasi Dagang Pantai Batu Burok Kuala Terengganu

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 928 hits
Kak Pah Nasi Dagang Batu Burok Kuala TerengganuSudut selera Kak Pah gerai no 30Salah satu tempat makan nasi dagang yang sedap di Terengganu adalah di Batu Burok Dari pembacaan majoriti blog yang review Kak Pah Nasi Dagang ni di sinilah terl...
Spm 276 Calon Di Terengganu Dapat Semua A

Spm 276 Calon Di Terengganu Dapat Semua A

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 324 hits
KUALA TERENGGANU Seramai 276 calon di Terengganu memperolehi semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang diumumkan hari ini engarah Pendidikan Terengganu Shafruddin Ali Hussain berkata ia termasuk empat calon yang memperole...
Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

Spm Kerajaan Terengganu Tawar Biasiswa Kepada Empat Pelajar Cemerlang

papar berkaitan - pada 14/3/2019 - jumlah : 646 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan negeri menawarkan penajaan biasiswa kepada empat pelajar cemerlang Terengganu yang mendapat semua A dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2018 yang diumumkan serentak seluruh negara hari ini Pelajar cemerlang tersebut Muh...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba