Homemade Sardine Dengan Periuk Noxxa



Saya tidak pandai berenang walaupun sejak kecil suka bermain air pantai atau sungai. Jadi sehingga sekarang saya  selalu phobia bila cerita bab air. Phobia sekarang jer. Masak kecil dulu tak pula rasa macam tu. Saya boleh mengharung air banjir sedalam bawah dada dengan arus yang kuat. 

Saya boleh bermain tepi tepi sungai mengail ikan. Bayangkan kalau jatuh tergelincir. Saya boleh bermain dalam anak sungai separas dada menangkap ikan yang sedang pening pening kerana dituba oleh saya dan dua orang kawan. Seronok bukan kepalang. Tak fikirpun kalau ular atau anak buaya pun pening dan timbul sekali di permukaan. 
Tapi ada satu perkara yang agak aneh ialah bila saya kerap bermimpi terjun sungai untuk menyeberangi jambatan terapung yang diperbuat dari kayu dan buluh yang kami panggil sebagai ghetak. Setiap kali musim banjir, bongkahan pokok pokok nipah yang hanyut akan melanggar ghetak sehingga terputus dua. Dalam mimpi tersebut, seolah saya terjun dan melonjakkan diri sehingga mencapai arah satu lagi. Itu lah pelik kerana saya kerap bermimpi yang sama. Dan sehingga kini saya masih terbayangkan mimpi dan air sungai tersebut. 
Walaupun sungai itu agak menakutkan kerana kedalamannya tapi saya kerap juga bermain main air di bawah ghetak terutama di musim banjir. Di musim ini, air telaga yang terletak di tepi sungai juga penuh. Airnya boleh diceduk dengan tangan sahaja. Saya suka menggunakan daun keladi untuk menceduk air. Seronok melihat air yang bergerak atas daun keadi. 

Saya selalu merasa ngeri terutama bila membonceng motosikal untuk menyeberangi ghetak tersebut kerana ada bahagian ghetak yang hanya dilapik dengan papan sahaja. Sehingga kini saya masih teringat dan terbayang cerita arwah Bonda di mana ada seorang wanita yang menaiki motor terjatuh ke dalam sungai dan meronta ronta meminta tolong dari maknya ketika dihanyutkan air yang deras. Manakala emaknya hanya mampu melihat tanpa dapat berbuat apa apa. Saya tidak pasti jika cerita ini benar benar berlaku. Tapi itulah yang diceritakan oleh arwah Bonda kepada saya dan menakutkan saya sejak kecil. OK sekarang kita masuk bab masakan pula. 

Memang telah lama berhajat untuk membuat homemade sardin. Berbelas tahun dahulu dah dapat resepi. Masa tu, belum ada pun lagi teknologi periuk tekanan. Tapi sehingga kini belum ada kerajinan. Jadi ianya belum menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

Hari ini saya tiba tiba terasa ingin mencuba pertama kerana adanya periuk Noxxa dan kedua kerana adanya ikan sardin yang sangat segar dari Pantai Remis. Maka kedua faktor ini, menjadilah homemade sardin saya. Hasrat hati untuk menyediakan sardin terlaksana. Jadi blog masakan saya kini telah menpunyai resepi homemade sardin.

Seronok bukan kepalang bila dibuka jer periuk Noxxa, dah ternampak rupa ikan sardin umpama sardin dalam tin. Hahaha puas hati kerana rupanya dah menjadi. Sebab ada yang saya tengok di blog, rupa homemade sardin mereka tak sama seperti sardin dalam tin pun. Mungkin kerana mereka tidak potong ikan atau mereka tidak menggunakan ikan sardin yang jenis ini. 


Nelly awal awal dah merasmikan bila dia dah ambil untuk makan malam. Masa siap dimasak dah agak lewat, jadi saya simpan untuk makan keesokan hari nya. Keesokannya Boy dan Mia datang bermalam di rumah.  Boy siap menanya mana ikan sardin. Saya ingatkan tak ada siapa yang berminat, jadi saya minta Ros simpankan dalam peti ais. Rupanya Boy, Mia dan Nelly pun gemar dengan ikan sardin ni. Seronok melihat mereka makan menambah nambah sehingga habis. 
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba...


Homemade Ikan SardinOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 kg ikan sardin segar ½ cawan sos tomato½ cawan tomato puri¼ cawan sos cili ½ cawan minyak - untuk menumis2 biji  buah tomato - cincang2 biji bawang Holland - potong dadu4 ulas bawang putih - cincang½ cawan airGaramGula
Cara cara:Ikan dibuang kepala dan ekor. Bersihkan dan ketepikan. 


Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang holland. Masukan buah tomato cincang dan kacau sampai masak. 

Masukkan sos tomato, tomato puri dan sos cili dan air. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa. 

Bila sos dah masak dan secukup rasa, boleh susun ikan dalam periuk. Tuang sos ke atas ikan.  


Masak dengan pressure cooker selama 90 minit. 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/12/homemade-sardine-dengan-periuk-noxxa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

Dodol Sedap Dan Mudah Menggunakan Periuk Noxxa

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 1166 hits
Selamat berhari minggu semua Lepas sarapan dengan BFF pagi tadi saya hanya berbaring baring dan melepak di ruang keluarga sahaja Insya Allah esok saya akan admit di hospital lagi untuk procedure pembuangan batu karang lagi Doakan saya ya Ha...
Resepi Homemade Keropok Cheezy Popiah Goreng

Resepi Homemade Keropok Cheezy Popiah Goreng

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 642 hits
hi there resepi homemade keropok cheezy popiah goreng in the house pertama kali buat misi berjaya selepas peram keinginan nak buat keropok cheezy cheesy popiah goreng ni berbulan bulan padahal nak buat bukan susah mana pun just 2 bahan saja...
Roti Canai Homemade Mudah Buat

Roti Canai Homemade Mudah Buat

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 348 hits
Suka makan roti canai tetapi paling sedap kalau dapat buat sendiri Lebih puas dan terjamin kebersihannya Kadang kala kalau makan di luar rupanya elok tapi rasa tidak mencapai apa yang dihajati Keras dan tidak gebu Apa kata canai sendiri iku...
Jangan Sangka Semua Produk Homemade Itu Selamat Yang Kebanyakan Bahannya Dari Supplier Luar

Jangan Sangka Semua Produk Homemade Itu Selamat Yang Kebanyakan Bahannya Dari Supplier Luar

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 436 hits
The ReporterProduk produk kosmetik tempatan kini semakin laris di pasaran Masyarakat berpusu pusu mendapatkan produk produk ini tanpa mengira soal harga dan kesan jangka panjang Jelas sekali motifnya adalah untuk mendapatkan kesan yang terb...
Smiley Potato Homemade Pakai Kentang Je Bonding Anak Pun Makin Kuat

Smiley Potato Homemade Pakai Kentang Je Bonding Anak Pun Makin Kuat

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 274 hits
Adakalanya anak kita selalu moody dan kurang ceria merajuk bila inginkan sesuatu dan sebagainya Nak pujuk anak merajuk ni senang sahaja jom ajak anak anak ke dapur Main masak masak bersama dengan mama Bila anak anak lupa dan nampak sesuatu ...
Aiskrim Homemade 3 Layer Dari Buah Segar Anak Rebut Rebut Nak Makan

Aiskrim Homemade 3 Layer Dari Buah Segar Anak Rebut Rebut Nak Makan

papar berkaitan - pada 2/12/2019 - jumlah : 754 hits
Cuti sekolah yang sedang berlangsung ini jadikan waktu terbaik untuk bersama anak anak Ambillah cuti sekali sekala untuk lebihkan masa bersama anak anak Tak perlu bercuti atau ke tempat tempat mahal nak hiburkan hati anak di rumah pun sudah...
Menu Yong Tau Foo Resepi Homemade Yg Menjimatkan

Menu Yong Tau Foo Resepi Homemade Yg Menjimatkan

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 486 hits
assalamualaikum lama da tak blogging di mlm hari ni hah ada plak masa skit sambil layan movie Dendam Pontianak takut terkejut malas lah nak tgk hu hu hu hu biarkan anak anak je yg layan better ibu update blog hi hi hi hi nak la share cerita...
Chicken Nugget Homemade Terlebih Sedap Bila Buat Sendiri Anak Teruja Nak Makan

Chicken Nugget Homemade Terlebih Sedap Bila Buat Sendiri Anak Teruja Nak Makan

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 378 hits
Salah satu makanan yang senang untuk anak makan terutama ketika travel adalah nugget Pun begitu nugget segera yang dijual di pasaran adakalanya mencurigakan kita sebagai ibu bapa Bimbang kandungan bahan seperti garam yang tinggi dalam nugge...
Resepi Homemade Carbonara

Resepi Homemade Carbonara

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 361 hits
Resepi homemade carbonara ini saya hasilkan daripada campuran dan penambahbaikan dari resepi sedia ada Terjebak dengan carbonara Saya mencari resepi homemade carbonara ni sebab anak anak suka sangat makan spaghetti carbonara dan Mac and Che...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday