Homemade Jeruk Mangga Mudah Sedap Dan Rangup


Pagi pagi dah tunjuk gambar makanan buat orang kecur air liur je kan. Betul kata blogger Kak Zaza, bila tak ada cerita nak cerita kat blog kena gali cari gambar makanan untuk dijadikan modal cerita dalam blog. Dalam kes Fiza ni, tak gali gambar lama tapi gambar baru yang kalau nak update pun tak tahu nak update tentang apa sebab menu dah pernah update sebelum ni.

 Jadi, buat tajuk baru je lah kaedahnya. Tapi resepi kena rujuk entri lama lah. Nak dijadikan cerita, semalam mak mertua datang singgah kat rumah. Macam biasa mesti bawa bekal rendang ayam. Rezeki lebih sikit sebab mak bawa buah mangga epal jiran kat kampung bagi. Biasa kalau nampak mangga mesti akan rasa kecur air liur kan.


Buah mangga epal ni nampak macam muda lagi dan kurang bau. Bila muda lagi memang terus decide nak buat homemade jeruk mangga yang paling mudah dan sedap je lah. Malas nak tunggu masak sebenarnya. Buat jeruk pun Fiza sorang je menghadap sebab suami jenis tak makan jeruk sangat. Makan tu makan tapi tak berapa hadap sangat lah.

baca : resepi jeruk mangga paling mudah
Buah mangga epal ni sumpah besar gedabak. Tak muat tangan nak pegang sebiji besar tu. Fiza cuba potong sebiji nak tengok mangga ni dah masak ke belum. Sambil potong cuba rasa sikit. Perghh dia punya rangup dan manis masam tu sedap. Ni kalau tak buat jeruk makan macam tu je dah sedap dah. Aduhaii, berbelah bahagi nak buat jeruk ke tidak ni


Sudahnya yang masak sikit bahagian dekat dengan biji Fiza makan terus. Yang luar muda rangup sikit tu baru buat jeruk. Itu pun dah dapat satu bekas dah. Kiranya dapat sebekas jeruk untuk sebiji buah mangga. Berbaloi sungguh buah mangga epal ni. Buah mangga epal memang sedap buat jeruk sebab kerangupan dia tu. Dapat yang tak masam lagilah sedap. Kalau masam sangat tak mampu nak telan


Cukup buat sebekas dulu. Yang lain macam nak makan macam tu je lah sebab rasa dia boleh tahan tak masam sangat. Biasanya kalau orang jual mangga jeruk dalam satu bekas memang mahal harganya kan. Paling tak suka kalau beli buah mangga potong atau jeruk dalam bekas tu tak rangup. Hilang rasa selera nak makan tiba-tiba


Dek kerana tak nak hilang kerangupan tu, kali ni Fiza rendam sekejap je dengan air panas dan garam tu. Lepas tu cepat-cepat tos dan taburkan gula sikit. Simpan dalam peti ais. Lepas 5 minit dah boleh makan dah. Senang je cara Fiza buat jeruk mangga. Nak full resepi, klik link yang Fiza dah share selepas gambar pertama dalam entri ni.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2019/10/homemade-jeruk-mangga-mudah-sedap-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

Resepi Kek Marble Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 1084 hits
RESEPI KEK MARBLE SEDAP DAN MUDAH Ini antara Kek yang TB nak sangat buat dari dulu tapi disebabkan peralatan tak cukup dan bahan bahan pun tak cukup TB tak buat pun lagi banyaknya alasan kan hahahha ok suatu hari pasti TB buat sebab dah ada...
Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

Resepi Brownies Kedut Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 608 hits
RESEPI BROWNIES KEDUT SEDAP DAN MUDAH BROWNIES KEDUT MUDAHBahan bahan 400gm coklat masakan 150gm butter 100gm tepung naik sendiri 100gm gula castor 100gm gula perang 30gm serbuk koko 1 sudu kecil esen vanila 4 biji telur gred ACara membuat ...
Resepi Kurma Telur Mudah Dan Sedap

Resepi Kurma Telur Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 561 hits
RESEPI KURMA TELUR MUDAH DAN SEDAP Rasa nak try menu ni pulak nanti harraz suka telur rebus hubby lak suka masak kurma boleh la masak ni nanti dua dua makan ni TB TB ok je apa pun masuk tolak kayu dan batu je hahahha Bahan bahan 10 biji tel...
Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

Resepi Kek Cheese Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 555 hits
RESEPI KEK CHEESE MUDAH DAN SEDAP TB pernah makan Kek Cheese ni MasyaAllahhh sedapnya alahai lembut gebusss lemak berkrim tapi nak buat sendiri peralatan pulak tak cukup TB takde oven huhu takpe tepek resepi sini dulu ek KEK CHEESEBAHAN BAH...
Resepi Apam Sedap Dan Mudah

Resepi Apam Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 539 hits
RESEPI APAM SEDAP DAN MUDAH Tak pernah buat lagi resepi apam yang ni kalau yang guna nasi tu TB dah pernah buat Apam nasi Menjadi nak tengok resepi tengok kat sini Haaa lepas ni nak try resepi ni pulak nak kumpul resepi banyak banyak untuk ...
4 Cara Mudah Buat French Toast Sedap Dan Menyelerakan

4 Cara Mudah Buat French Toast Sedap Dan Menyelerakan

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 563 hits
Apabila berfikir tentang roti bakar Perancis atau french toast kamu mesti memikirkan kepuasan kepingan roti tebal telur yang dicelup bersama sapuan mentega dan ditenggelamkan dalam sirap maple Ini menjadikannya salah satu pilihan sarapan pa...
Mee Bandung Sedap Dan Mudah

Mee Bandung Sedap Dan Mudah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 333 hits
MEE BANDUNG SEDAP DAN MUDAH Orang kata kalau tak try mana tahu sedap ke tak sedap kan TB rasa nak try buat mee bandung ni macam senang je resepi dia bahan pun rasa macam boleh cari je ni cuma daging tu la nak kena tunggu hubby beli kat temp...
Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

Resipi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Daun Kesum Yang Sangat Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 1428 hits
Sedapnya Ikan Cencaru Sumbat Sambal perkongsian saudari Eh Hidayah Ariffin ni Istimewanya resipi ini menggunakan daun kesum Memang wangi semerbak dan lebih enak rasanya Cubalah Anda pasti suka akan rasanya CARA MASAK IKAN CENCARU SUMBAT SAM...
Resipi Cheesy Meatball Yang Paling Mudah Sedap

Resipi Cheesy Meatball Yang Paling Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 1200 hits
Teringin nak makan Cheesy Meatball malam ni Ni ada resipi paling mudah perkongsian saudari Ain Aziz Istimewa resipi ni tak payah masak guna ketuhar pun Guna kuali je puan puan Anak anak pasti suka sebab tak pedas Jom lihat bahan bahan yang ...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu