Hokkaido Ice Cream Puff Yang Sedap Giler
Assalamualaikum...
KALAU tak dikenangkan 'orang lain nak makan jugak' dan penatnya malasnya nak beratur, mungkin Sk akan beratur lagi sekali demi berbiji-biji Hokkaido Ice Cream Puff, salah satu makanan viral yang wajib anda cuba jika datang ke Ipoh. Beberapa kali ke Ipoh dan dah jadi warga Ipoh pun, Iman kecewa sebab tak pernah sekali pun berpeluang mencubanya tapi kali ini, Sk gagahkan juga. Bukan apa, setiap kali ke Ipoh, bersusun agenda, ke sana ke sini, makan sana sini, lalu desserts yang menjadi pilihan akhir selalunya terkeluar sendiri dari senarai, hahaha
Disebabkan, kami hanya akan dapat masuk bilik di RPGC hanya pada jam 2 petang tetapi semasa kami check-in di RPGC tu, baru jam 12, Sk mengajak Pak Inche pergi makan desserts dahulu. Pak Inche pulak, asyiklah kata, dia masih kenyang makan capati, tapi bila nampak aje gambar aiskrim tu, laju-laju angguk kepala, hahaha. Disebabkan cuaca agak hangat, kami memilih untuk dine-in walaupun tak banyak meja disediakan. Dalam pada beratur tu, doa-doa ada pelanggan lain yang selesai makan
Mematuhi SOP, hanya ruang bawah cafe sahaja dibuka dan empat meja sahaja diletakkan dengan dua kerusi sahaja setiap meja. Sofa di sediakan untuk menunggu sementara pesanan disediakan. Selain ais krim puff, ada juga kek dan teh ais pior. Pehhhh.. memang pior laaa. Tak lama beratur, nampak ada pelanggan nak bangun, cepat-cepat suruh Pak Inche pergi cop tempat
Tak faham bila ada yang menafikan hak pelanggan lain dengan selambanya makan bertiga tanpa rasa bersalah sedangkan kerusi satu lagi tu patutnya meja sebelah punya. Dah orang sebelah tu makan seorang berdiri, seorang duduk. Ehhh, tak ada perasaan atau tak cukup akal agaknya orang macam ni ya 😈
Chocolate untuk Pak Inche dan Cikwa, Iman pilih mint dan Sk pilih rasberry. Nak flavor durian tapi tak ada. Tapi rasberry tu pun sedap sangat, lemak-lemak masham, hahaha. Masa kita order tu, staf akan tanya kita, nak masuk kotak atau nak terus makan, disebabkan dah dapat meja, kami pilih untuk makan terus. Sudu kecil disediakan kalau korang malu nak nganga besar-besar gigit puff tu, hahaha
Besar, kan. Camno tu nak gigit? Nganga ajelah, geget jer. Tak feel la kalau makan guna sudu, heheheh. Memang puas hati betul, dapat jugak makan Ice Cream Puff ni. Puff nya dibuat ala-ala Japanese dengan crust yang rangup di bahagian atas dan gebu di bahagian dalam. Puff yang masih suam tu disumbat pulak dengan aiskrim. Tekstur aiskrim tu pun kenyal-kenyal dan tak mudah cair atau meleleh. Nak bandingkan dengan aiskrim jenama apa, tak tahulah Sk sebab Sk tak biasa makan aiskrim mahal-mahal, huwa huwa huwa
Presentation mantap. Macammana agaknya dia picit aiskrim masuk dalam puff tu sampai elok no rupa berlapis-lapis gitu ya? Mesti masuk piping bag jugak nikan, kalau pakai scoop mana dapat rupa lagu tu, hihi
Puas, berbaloi rasa beratur tapi mujurlah Sk datang ni waktu lunch hour jadi taklah beratur panjang sangat, esoknya tu lalu dah petang, dia punya beratur sampai lima biji kedai. Puas sebab dapat tunaikan hajat anak tekak sendiri nak makan benda sedap dan viral di Ipoh ni😝😝😝😝😝
Lepas makan aiskrim, kami terus balik semula ke RPGC. Sampai-sampai terus dapat masuk bilik.. yabedabeduuuuu
Hokkaido Ice Cream Puff 36, Jalan Yau Tet Shin, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Negeri PerakTelefon 010-341 3370Buka setiap hari 12.30 pm - 6.00 pm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2020/09/hokkaido-ice-cream-puff-yang-sedap-giler.html