Hktdc Dg Studio Membawakan Produk Bertemakan Gaya Hidup Trendy Dari Hong Kong


HKTDC DG Studio  Membawakan Produk Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong'|  Hai korang...Hari ini sis nak cerita kisah hari jumaat yang lalu,Kebiasaannya sis akan bawa anak-anak jalan bila cuti hujung minggu,yelah setelah penat menjalani hari persekolahan apa salahnya kita reward anak-anak dengan sesuatu yang tenang dan enjoy.Sis ke IOI City Mall Putrajaya jer,sebab dekat dengan rumah.

Tengah jalan-jalan nampak satu booth yang best ,ceria dan berwarna-warni.Eh produk apa pulak ni?Rupa-rupanya ia adalah produk dari Hong Kong.Jom kita baca entry ni lebih lanjut sebab staff nya baik hati bagi penerangan dan fungsi barang-barang yang dipamerkan.

 Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) DG Studio telah menganjurkan inisiatif pembangunan perniagaannya di Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada usahanya dalam penjenamaan bandar Hong Kong. Dimulakan sejak tahun 2015, inisiatif ini bertujuan membangunkan platform perniagaan online dan offline (luar talian) di negara-negara ASEAN dalam memasarkan jenama gaya hidup Hong Kong.


Bertemakan 'Gaya Hidup Trendy dari Hong Kong', promosi HKTDC DG Studio telah berlangsung di IOI City Mall (LG-K5A, Sayap Barat) bermula dari 19 hingga 30 Jun ini di mana 14 jenama Hong Kong yang inovatif dipamerkan. Dua daripada jenama ini juga akan mengambil bahagian di Toys, Anime, Games & Comic Con (TAGCC) 2019 yang bertempat di PWTC (Dewan 4 Booth 101, 102, 107, 108) dari 22-23 Jun.

14 jenama DG Studio ialah Artiart, Cardhoda, Eco Concepts, FLUFFY House, Hoobbe, Hyone, Kilovest, Konstar, MH Blocks, Paris Garden, SOAP Studio, Tea Lab, Team Green and TINY. Dua jenama yang dipamerkan di TAGCC adalah SOAP Studio dan TINY.


Menurut Puan Hoh Jee Eng, Pengarah, Malaysia, HKTDC, "14 jenama ini menawarkan pelbagai hadiah dan barangan premium berkualiti dan unik untuk kegunaan peribadi atau korporat. Pembeli dan peniaga Malaysia akan rambang mata dengan produk kegunaan isi rumah kami yang bukan sahaja menawarkan fungsi, malah juga inovatif, menyeronokkan dan berwarna-warni. Tambahan lagi, Hong Kong dikenali sebagai tempat kelahiran banyak jenama tempatan unik yang telah membawa kreativiti dan imaginasi ke tahap yang lebih tinggi untuk memenuhi imaginasi dan kepuasan pengguna. Barisan produk ini benar-benar menarik. Pembeli dan peniaga pastinya akan dapat menghargai kesungguhan, inovasi dan kualiti yang dtawarkan oleh setiap jenama.
"HKTDC juga gembira dapat kembali ke Malaysia untuk kali kedua tahun ini berikutan kejayaan acara kami pada awal tahun ini, di mana kami mengalami peningkatan jualan yang ketara berbanding perolehan purata bulanan kami. Sudah tentu, ini menandakan bahawa Malaysia merupakan pasaran penting bagi jenama kami dan kami cukup teruja dengan peluang perniagaan yang bakal memanfaatkan kedua-dua negara, "katanya.
Artiart merupakan jenama produk kegunaan isi rumah dengan rekaan inovatif. Jenama ini menghasilkan perkakasan untuk rumah, perkakasan untuk minuman dan item-item berkaitan-bisnesdengan rekaannya yang kreatif, unik, menyeronokkan dan berwarna-warni. Antaranya adalah cawan AR Iceberg Suction Cup, dengan cengkaman bawah, dan Elegance Suction Bottle yang 100% bebas bocor, produk yang dikatakan dihantar dari ‘syurga’ untuk individu yang kerap ditimpa ‘kemalangan’dan menjadi produk yang paling laris bagi syarikat itu.
Konstar pula mengutamakan peralatan isi rumah yang kecil. Jenama ini direka secara inovatif bagi memudahkan kerja-kerja rumah yang banyak mengambil masa. Empat daripada produknya telah meraih anugerah Red Dot Design. Amat membanggakan apabila Super Apple Peeler juga meraih anugerah penghormatan Red Dot 2014, manakala Salad Master Berjaya meraih anugerah Red Dot 2014.


Bagi yang mengutamakan kesedaran alam sekitar, permainan puzzle mesra-alam rekaan Green Teamini diperbuat daripada kayu dan sumbernya diambil secara beretika. Permainan puzzle 3D Ferris Wheeler, Kotak Muzik dan Menara Eiffel sungguh mempesonakan serta mampu memberikan hiburan berpanjangan.


Bagi pejuang alam sekitar, cawan dan mug biodegradasi daripada Eco Concepts yang kreatif dan diperbuat daripada 100% sekam jagung juga cukup menarik, inovatif dan menyeronokkan. Produk-produk ini membuktikan bahawa konsep cintakan hijau tidak semestinya membosankan.


Menyokong inisiatif pertanian dalam bandar, Paris Garden menampilkan dengan kit berkebun di rumah untuk mereka yang baru berjinak-jinak mencucuk tanam dengan menanam pokok-pokok herba, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga di rumah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya dengan panduan langkah-demi-langkah yang terdapat pada kit berkebun tersebut. Kit bagi menanam pokok herba daripada jenama tersebut cukup popular terutamanya dalam kalangan chef-chef yang inginkan taman herba sendiri.


Produk isi rumah oleh Hoobbe pula direka dengan cukup kreatif dan pintar, memadai untuk menjaditajuk pembuka perbualan yang menarik ketika menjadi tuan rumah kepada tetamu yang mengunjungi. Direkabentuk dengan elemen-elemen unik dan menyeronokkan, peralatan seperti Wooly Pins Pushpin, Floaty Duck Salt & Pepper Shaker, Right Cake Measuring Cups dan Thanks Giving Salad Server,sememangnya direka bagi membangkitkan minat pada sesiapa pun yang melihatnya.

Untuk yang berjiwa muda, MH Blocks merupakan permainan menyusun batu-bata bersaiz mikro yang membangkitkan semula jiwa kanak-kanak dalam diri. Bas HK Kowloon yang klasik dan Feri Cross Harbour HK versi miniatur, adalah antara cenderamata unik Hong Kong yang popular dan banyak disokong oleh orang ramai.

FLUFFY House bermatlamat untuk menyebarkan keseronokan, menggembirakan yang tersayang dan melakar senyuman di wajah mereka dengan barangan “plushes” dari karakter yang diminati ramai dan haiwan comel yang ceria.

TINY mengkhusus dalam model ikonik, model kereta, aksesori dan pemandangan Hong Kong yang mengabadikan binaan dan kemudahan yang sinonim dengan Hong Kong, di dalam dunia yang pesat membangun pada hari ini. 

 Bagi mereka yang menyukai perkara-perkara halus dan berseni pula, Tea Lab mungkin merupakan jenama paling tepat untuk anda. Bersesuaian dengan namanya, ia membawa pengguna menerokai sebarang perkara mengenai teh. Pencinta teh akan mendapati bahawa proses membancuh secawan teh merupakan sesuatu yang menyeronokkan dengan menggunakan penyeduh dan akseseori membuat teh yang kreatif daripada jenama tersebut. Penceduk dan penyeduh teh yang unik merupakan kegemaran di kalangan penggemar teh.

Penggemar teknologi pula pasti akan menyukai rangkaian produk Hyone. Ia memasarkan rekaan yang pintar dan bergaya untuk semua acara, dengan fokus utamanya kepada gajet telefon mudah alih dan aksesori eklektronik. Kekunci, Chic Crystal Keys yang cantik dilekatkan pada telefon mudah alih dapat digunakan sebagai pemegang telefon dan Stand Firm Cup, pemegang cawan bebas tumpah telah menjadi item yang paling laris. Mini Selfie Stick dengan unit kawalan jauh Bluetooth amat berguna kepada personality-personaliti Instagram.


Penggemar teknologi juga akan menyukai jenama Cardhoda, rangkaian kad pelindung dompet dan pemegang kad nama. Bekas aluminium menghalang pihak-pihak yang berniat jahat daripada membaca kandungan kad yang mengandungi cip untuk aktiviti-aktiviti tidak bertanggungjawab.


SOAP Studio pula berkolaborasi dengan artis terkenal b.wing bagi melahirkan karakter-karakter adiwira yang cukup menarik dan amat terkenal seperti Wonder Woman dan Batman dalam produk-produk cenderamata dan item-item kolektor yang pasti akan memikat hati peminat-peminat adiwira.



Bagi mereka yang tercari-cari helah-helah unik dalam barang-barang harian mereka, Kilovest menghasilkan pelbagai produk seperti jam, beg dan pemegang pasport, kesemuanya menggunakan bahan-bahan silikon yang tahan lasak dan bergaya.

Hoh juga berkongsi bahawa 2 pemilik jenama, Encik Adran Chong dari SOAP Studio dan Encik Steve Ng dari TINY akan berada di tapak TAGCC untuk bertemu peniaga dan pembeli serta berkongsi pandangan mengenai perjalanan mereka dalam industri ini, dari tercetusnya sebuah idea hinggalah merealisasikan produk dan pengkomersialan.

Produk-produk DG Studio boleh terus diperoleh di kedai-kedai berikut.
    •       Parkson Elite di Pavilion KL
    •       Parkson di 1 Utama Shopping Centre
    •       CM3 di Sunway Pyramid
    •       Times Bookstore di Pavilion KL
    •       Times Bookstore di Bangsar Shopping Centre
    •       Parkson Elite di Gurney Plaza, Pulau Pinang





#DGStudioHK #DGStudio




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.linliena.com/2019/06/hktdc-dg-studio-membawakan-produk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tempelak Artis Berkongsi Gaya Hidup Mewah Di Laman Sosial Mamat Khalid

Tempelak Artis Berkongsi Gaya Hidup Mewah Di Laman Sosial Mamat Khalid

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 272 hits
HALAMAN HIBURAN Tindakan artis sendiri yang memakan diri PENGARAH Mamat Khalid menempelak tindakan segelintir artis yang suka berkongsi gaya hidup mewah serta barangan berjenama di laman sosial selama ini sehingga jadi pertikaian warganet s...
Cegah Covid 19 Masyarakat Muncar Mulai Ubah Gaya Hidup Sehat

Cegah Covid 19 Masyarakat Muncar Mulai Ubah Gaya Hidup Sehat

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 158 hits
Selama masa pencegahan sebaran Corona Virus Disease masyarakat di Kabupaten Banyuwangi mulai menerapkan gaya hidup sehat Mulai dari menjaga jarak dari kerumunan sosial memasang pencuci tangan di depan rumah hingga rutin meracik rempah rempa...
Emui 10 1 Membawakan Banyak Fungsi Ciri Menarik Agar Pengguna Boleh Hidup Tanpa Gms

Emui 10 1 Membawakan Banyak Fungsi Ciri Menarik Agar Pengguna Boleh Hidup Tanpa Gms

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 278 hits
EMUI adalah sistem operasi tersendiri daripada Huawei Ia dibina berasaskan Android Tetapi kelak EMUI mungkin akan dibina berasaskan Harmony OS pula Semalam semasa pelancaran Huawei P40 Huawei turut mengumumkan versi EMUI yang terkini iaitu ...
Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

Hidup Ikut Kemampuan Zarina Anjoulie Hentam Artis Minta Bantuan Kerajaan

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 513 hits
Pagi tadi pelakon Zarina Anjoulie ada memuat naik sebuah video di instagram mengenai sikap artis Malaysia yang boros dalam berbelanja dan terpaksa meminat bantuan dari pihak kerajaan di saat negara dilanda Covid 19 Foto IG Zarina AnjoulieVi...
Bea Cukai Gagalkan Penyelundupan Impor Unggas Hidup Senilai Rp 8 Miliar

Bea Cukai Gagalkan Penyelundupan Impor Unggas Hidup Senilai Rp 8 Miliar

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 101 hits
Petugas gabungan Kanwil Bea Cukai Aceh Kanwil Bea Cukai Sumatera Utara dan Pangkalan Sarana Operasi Bea Cukai Tanjung Balai Karimun berhasil gagalkan upaya penyelundupan importasi unggas hidup asal Satun Thailand di Perairan Aceh Tamiang Pr...
Perubahan Pola Hidup Akibat Coronavirus Bisa Bantu Atasi Krisis Iklim

Perubahan Pola Hidup Akibat Coronavirus Bisa Bantu Atasi Krisis Iklim

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 165 hits
Beberapa minggu belakangan bursa saham dunia mengalami periode terburuk dalam 10 tahun terakhir melebihi krisis finansial global pada tahun 2008 Pembatasan pergerakan manusia sebagai langkah kontrol penyebaran coronavirus berdampak terhadap...
Diusir Oleh Orang Tuanya Yusuf Tetap Tabah Dan Ikhlas Meski Hidup Sebatang Kara

Diusir Oleh Orang Tuanya Yusuf Tetap Tabah Dan Ikhlas Meski Hidup Sebatang Kara

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 127 hits
Yusuf seorang bocah yang viral baru baru ini karena kisah memilukannya Di usianya yang masih kanak kanak Yusuf sudah harus merasakan pahit dan kerasnya hidup Dilansir dia ditinggal selama lamanya oleh ibunda tercinta ketika ia masih berusia...
Virus Tu Apa Dan Bagaimana Dia Boleh Terus Hidup

Virus Tu Apa Dan Bagaimana Dia Boleh Terus Hidup

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 345 hits
Virus ni zombie Ya kalau korang nak senang faham boleh cakap macam tu Virus ni ibarat macam robot atau mesin yang bukan mekanikal tapi mesin biologi
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025