Hj Hadi Tandatangan Perjanjian Kerjasama Pn Tanpa Meminta Pandangan Kepimpinan Parti




KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali mendedahkan perjanjian di antara PAS dengan Perikatan Nasional (PN) dibuat oleh Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang tanpa meminta pandangan daripada kepimpinan parti itu.
Malah, kata Khairuddin, Presiden PAS itu menjalinkan kerjasama dengan PN tanpa mengikut lunas perlembagaan parti.
"PN ditubuhkan tidak mengikut lunas perlembagaan parti, hanya dengan tandatangan surat oleh presiden parti dan dengan nasihat dua tiga orang saja.
"Ditandatangani, bersetuju untuk tubuhkan PN tanpa dibawa kepada jawatankuasa harian pusat, tanpa ada kertas kepada AJK PAS Pusat, tanpa dibawa ke Majlis Syura Ulama dan dibahaskan untuk dilihat siasah syarie, maqasid syariahnya, belum dipersetujui tetapi sudah diluluskan.
"Ini contoh kesilapan tetapi apa yang berlaku kita diamkan, kita betulkan dalaman saja," katanya dalam satu temu bual di BernamaTV, malam tadi.
Mengulas lanjut, Khairuddin berkata perkara itu berbeza dengan apa yang berlaku ketika Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan.
"Dasar parti adalah MN, dasar parti yang dibuat melalui proses yang sangat hebat, bermula dengan kertas kerja di peringkat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, dibawa ke Majlis Syura Ulama dan ini peraturan, Fasa 26 (9)(K).
"Maka ini berlaku, Majlis Syura meluluskan dan dua kali dibawa ke muktamar iaitu pada tahun 2018, 2019 dan akhirnya kita bersetuju untuk tubuhkan MN.
"Draf MN dibawa ke dalam Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Majlis Syura dan diturunkan ke pusat, dibetulkan draf dan dibawa semula ke bawah barulah ditandatangani di hadapan ahli dan kepimpinan PAS dan UMNO di PWTC pada 14 September 2019.
"Ini contoh proses mengikut proses dalam parti tetapi apa jadi pada PN?” soalnya.
PN ditubuhkan secara mengejut bagi mengambil alih pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang runtuh pada 24 Februari tahun lalu.
Proses pengambilalihan kerajaan oleh bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin itu mendapat sokongan ahli Parlimen daripada BERSATU, UMNO, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan beberapa parti lain.
Bagaimanapun, UMNO pada 30 Julai 2020 melalui Presidennya, Daruk Seri Ahmad Zahid Hamidi memutuskan parti itu tidak menyertai PN secara rasmi.
Zahid berkata UMNO sebaliknya akan terus memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan parti komponen BN yang lain.
Menurutnya, sokongan kepada kerajaan PN hanya berlandaskan sokongan anggota parlimen UMNO dan BN di Dewan Rakyat dan ADUN di peringkat negeri.
Kesal aduan dibocorkan
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Khairuddin menyatakan rasa kesalnya tindakan pihak tertentu merakam perbualannya dengan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Haji Hashim Jasin dan membocorkannya.
Menurut Khairuddin, ia telah menjadi fitnah kepada dirinya sendiri dan memaksa parti membuat keputusan mengeluarkannya daripada barisan kepimpinan.
"Saya mengadu kepada musyidul am, aduan seorang setiausaha kepada ketuanya musyidul am tetapi aduannya (tentang segala perkara yang perlu saya bawa menerusi saluran parti) dibocorkan sehingga menjadi fitnah kepada diri saya sendiri.
"Tetapi itu sudah berlalu, yang penting sebagai ahli parti saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pemimpin parti menggunakan saluran yang ada dan kemuncaknya saya terkeluar daripada barisan kepimpinan.
"Maka telah berakhirlah tugasan saya sebagai pimpinan parti yang menegur secara dalaman," katanya.
Terdahulu, Khairuddin mengumumkan permohonan berhenti daripada menjadi ahli PAS.
Menurutnya, surat telah dikemukakan kepada Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, mengikut perlembagaan PAS.
Sebagai rekod Khairuddin sejak kebelakangan ini tampil mengkritik pendekatan PAS termasuk langkah pemimpin yang menyerang UMNO ketika berkempen dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor.
Dia juga sebelum ini digugurkan daripada anggota jawatankuasa (AJK) PAS.
Jawatankuasa pusat PAS juga menarik balik pencalonannya sebagai anggota Majlis Syura, menyebabkan kelayakannya sebagai setiausaha badan itu terbatal. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/03/khairuddin-dedah-hadi-tandatangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pau 2021 Tok Mat Bidas Pemimpin Umno Catur Pepecahan Dalam Parti

Pau 2021 Tok Mat Bidas Pemimpin Umno Catur Pepecahan Dalam Parti

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 136 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata ada sesetengah pemimpin Umno yang gemar mencatur perpecahan dalaman parti sehingga wujud kluster dan kem dalam parti itu Katanya budaya sebegitu boleh merencatkan Umno daripada menjelmakan potens...
Politik Negara Tak Stabil Selagi Pemimpin Parti Sekarang Aktor Utama

Politik Negara Tak Stabil Selagi Pemimpin Parti Sekarang Aktor Utama

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 167 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Politik negara tidak akan stabil selagi parti diterajui pemimpin sedia ada kata penganalisis Mohammad Agus Yusoff Beliau berkata oleh itu sampai masanya pemimpin lama melepaskan teraju kepada kepimpinan baharu Pad...
Tu La Takiri Hang Pun Dapat Habuan Juga Dulu Dok Kutuk Orang La Ni Hang Kena Dengan Kawan Kawan Dalam Parti Agama Ni

Tu La Takiri Hang Pun Dapat Habuan Juga Dulu Dok Kutuk Orang La Ni Hang Kena Dengan Kawan Kawan Dalam Parti Agama Ni

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 132 hits
Samsuri kata Pas tak akan pujuk Khairuddin kerana keluar partiMarch 17 2022 PAS menganggap tindakan Khairuddin Aman Razali meninggalkan parti itu mulai kelmarin sebagai hak peribadi ahli parlimen Kuala Nerus berkenaan Naib Presiden PAS Ahma...
Ketua Puteri Saran Kerat Anu Pemimpin Umno Yang Takut Kepada Parti Lawan

Ketua Puteri Saran Kerat Anu Pemimpin Umno Yang Takut Kepada Parti Lawan

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 131 hits
Ada kebenaran juga pada saranan Ketua Puteri UMNO pada ucapan dasar nya di PWTC semalam Dalam ucapan nya Datuk Zahida Zarik Khan ada menyebut kepada pemimpin pemimpin UMNO yang masih takut kepada pihak lawan dan masih akur dengan kehendak m...
Yb Sany Hentam Parti Lebai

Yb Sany Hentam Parti Lebai

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 145 hits
KAH KAH YB Sany hentam pak lebai kutuk Pas yang kata asalkan islam boleh curi Kah kah
Rafizi Menyahut Seruan Untuk Kembali Ke Arena Politik Bagi Membersihkan Kulat Dalam Parti

Rafizi Menyahut Seruan Untuk Kembali Ke Arena Politik Bagi Membersihkan Kulat Dalam Parti

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 157 hits
Setelah beberapa kali formulanya sebelum ini telah banyak membantu Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan kini Rafizi Ramli kembali berpencak di arena politik tanahair Ikuti penulisan beliau berkenaan dengan kembalinya beliau untuk bertanding j...
Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

Apa Function Aku Datang Tapi Tak Dapat Apa Pengundi Luar Bengang Parti Politik Mungkir Janji Nak Bagi Duit

papar berkaitan - pada 15/3/2022 - jumlah : 183 hits
Apa function aku datang tapi tak dapat apa Pengundi luar bengang parti politik mungkir janji nak bagi duitVideo Viral di TwitterPilihan Raya Negeri Johor baru saja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan...
Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

Bertanding Jawatan Timbalan Presiden Pkr Selepas Sedar Parti Ph Jadi Gabungan Ketiga

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 175 hits
RAFIZI RAMLIKeputusan Pilihan Raya Negeri Johor baru baru ini mengesahkan bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan telah menjadi parti ketiga selepas Barisan Nasional dan Perikatan Nasional Keputusan itu perlu diterima dengan terbuka dan tawaduk...
Ulama Pas Pun Boleh Isytihar Keluar Parti Apa Sangatlah Ahli Biasa

Ulama Pas Pun Boleh Isytihar Keluar Parti Apa Sangatlah Ahli Biasa

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 163 hits
ZULHAZMI SHARIFF Bahawa saya berikrar untuk patuh kepada hukum Allah dan Rasul Nya dan patuh kepada arahan pucuk pimpinan parti selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam Dan bahawa saya bersumpah dengan nama Allah Wallahi Wabillahi W...
Pet Expo Midvalley 2024

All Cheers For 1q 2024 Gdp Growth Of 4 2 But Sustaining That Pace Is Tricky And Highly Challenging

Speed Read Rsd S Nitrous Fueled Bmw R18 Drag Bike And More

Tajuk Utama Minggu Ini Ytl Power Euforia Gabungan Axiata Inflasi Rendah Gdp 1q Wajib

Isu Uitm Kerajaan Kena Berani

Cara Buat Kad Guru Malaysia Online Dan Cara Dapatkan Sijil Guru Malaysia

Menyamar Polis Samun Warga Asing Penjawat Awam Antara 4 Ditahan

Kenapa Bini Aku Tak Cantik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bunga Salju Slot Tiara Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia


Al Ikhsan Sports Mengumumkan Pemenang Peraduan The Ultimate Sports Experience Spend And Win

Jinda888 Website 888 Casino Online Slot888 Top 41 By Tamie Slot888 Jinda888 Bet 2 2567

Stour House By Facit Homes In London United Kingdom

10 Cara Menyambut Hari Guru Selain Memberi Hadiah

Lucy M Enggai Tundi Dek Chord

Sivasangari On Cloud Nine As She Breaks Into World Top 10