Hisyam Teh Ketuai Pembelaan Muhyiddin Dalam Kes Jana Wibawa


freemalaysiatoday.comV Anbalagan 04 May 2023, 12:30pm
Seramai 12 peguam lain juga akan menganggotai pasukan pembelaan bekas perdana menteri itu.
Hisyam Teh Poh Teik dilantik bulan lalu bagi mengetuai pasukan pembelaan bekas PM Muhyiddin Yassin dalam kes Jana Wibawa.
PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin melantik peguam Hisyam Teh Poh Teik mengetuai pasukan pembelaannya melawan tuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berkait program Jana Wibawa yang dimulakan oleh pentadbirannya.

Firma guaman Chetan Jethwani & Co dilantik sebagai peguam cara Muhyiddin dalam rekod.

“Ya, beliau (Hisyam) akan mengetuai pasukan pembelaan Muhyiddin,” kata Chetan Jethwani kepada FMT.

Difahamkan bahawa Hisyam, pengamal undang-undang jenayah selama kira-kira 40 tahun, dilantik bulan lalu.

Seramai 12 orang peguam lain akan membantunya dalam kes itu.

Hisyam juga peguam utama dalam kes rasuah membabitkan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.

Pada 23 Sept lalu, Zahid, 70, dibebaskan daripada 33 tuduhan menerima rasuah berjumlah SGD13.56 juta (RM42 juta) tanpa dipanggil membela diri.

Kes itu melibatkan sistem visa luar negara (VLN) kendalian Kementerian Dalam Negeri, ketika Zahid menjadi menterinya.

Pihak pendakwaan membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam itu.

Zahid, yang juga presiden Umno, masih berdepan 35 tuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas kesalahan pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi dan kerana menerima rasuah bagi pelbagai projek sepanjang menjadi menteri dalam negeri.

Dia diperintahkan untuk membela diri tahun lepas dan setakat ini, enam saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Hisyam juga buat masa yang singkat mewakili bekas perdana menteri Najib Razak dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International.

Peguam itu cuba melepaskan diri daripada mengendalikan kes itu selepas permohonannya untuk mendapatkan penangguhan rayuan utama ditolak.

Pada 23 Ogos, mahkamah tertinggi mengesahkan sabitan Najib, serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai 2020.

Sementara itu, seorang lagi peguam dalam pasukan pembelaan, yang enggan namanya disiarkan, berkata Hisyam akan menghadiri pengurusan kes pada Isnin berikutan permohonan Muhyiddin membatalkan empat tuduhan salah guna kuasa.

Muhyiddin, yang memfailkan permohonan itu pada 19 April di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, memohon dibebaskan daripada semua tuduhan.

Sebagai alternatif, presiden Bersatu itu mahu semua prosiding di Mahkamah Sesyen, tempat dia didakwa, ditangguhkan sementara menunggu keputusan permohonan itu.

Katanya, tuduhan-tuduhan itu tidak menunjukkan berlakunya sebarang kesalahan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tuduhan-tuduhan itu juga merupakan penyalahgunaan proses kerana tidak mempunyai butiran bagaimana dia menyalahgunakan kuasa sebagai perdana menteri antara Mac 2020 dan Ogos 2021.

Tuduhan-tuduhan tersebut adalah berhubung program Jana Wibawa, yang didakwa digunakan bagi mendapatkan RM232.5 juta untuk Bersatu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/hisyam-teh-ketuai-pembelaan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Libatkan Isu Perlembagaan Muhyiddin Mohon Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Kes Libatkan Isu Perlembagaan Muhyiddin Mohon Kes Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 174 hits
KUALA LUMPUR 8 Mei Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon supaya kes menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232 5 juta bagi Parti Bersatu dan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang dihadapinya dibicarakan d...
Dapat Pada Rakyat Balik Juga Ini Bukan Projek Jana Wibawa Faham Tak

Dapat Pada Rakyat Balik Juga Ini Bukan Projek Jana Wibawa Faham Tak

papar berkaitan - pada 21/4/2023 - jumlah : 145 hits
Haah la Betul jugak apa yang mamat ni cakap Tol percuma tu maknanya kerajaan kena bayar kepada pemegang konsesi pampasan Duit pembayar cukai tu Adoi Tapi jap Memang duit pembayar cukai tapi siapa yang dapat Pembayar cukai juga kan So apa ya...
Kes Ini Senyap Ya Atau Apa Sudah Jadi

Kes Ini Senyap Ya Atau Apa Sudah Jadi

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 137 hits
PH MALAYSIA Kes rasuah bestari net sebanyak 1bilion ringgit melibatkan muhyiddin yassin dan menantu dia sampai sekarang di senyap kan olih pihak SPRM Dan yang terbaru anak muhyiddin yassin pulak terlibat dengan duit 1MDB secara senyap sampa...
Boy Iman Ceritakan Hal Sebenar Kes Penipuan Horray X Fest

Boy Iman Ceritakan Hal Sebenar Kes Penipuan Horray X Fest

papar berkaitan - pada 29/4/2023 - jumlah : 227 hits
Tular baru baru ini pelakon Boy Iman bersama tiga lagi rakannya yang lain ditahan polis kerana terbabit dalam kes penipuan penganjuran festival Horray X Fest Rayay di World Trade Centre Kuala Lumpur Dalam kenyataan awalnya Boy Iman menafika...
Status Penyelesaian Kes Tuntutan Harta Rm2 Bilion Balu Jj Akan Di Maklum Esok

Status Penyelesaian Kes Tuntutan Harta Rm2 Bilion Balu Jj Akan Di Maklum Esok

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 165 hits
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini menetapkan esok untuk pihak pihak terlibat memaklumkan status perbincangan bagi penyelesaian kes tuntutan harta sepencarian lebih RM2 bilion yang difailkan balu Allahyarham Tan Sri Jamal...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat